BAB 2

Romance Completed 12991

5 minit membelah laluan sunyi, akhirnya aku tiba di rumah sewaku. Aku hanya menyewa di sebuah rumah kedai yang juga kepunyaan sepupu aku. Kebanyakan kedai sudah pun tutup pada waktu-waktu begini. Yang tinggal hanyalah kedai dobi yang lengang tanpa pelanggan.

Sebaik sahaja aku menutup dan mengunci pintu rumah, aku terus melangkah naik ke atas. Topi keledarku kubuka lalu aku letakkan di atas meja makan di hadapan bilikku. Kemudian, aku masuk ke dalam bilik dan membuka baju dan seluar kerjaku lalu aku letakkan di dalam bakul yang berisi pakaian kotor.

Memandangkan rumah sewaku pada ketika itu tiada penghuni selain aku, aku hanya memakai seluar tight pendek lalu aku melangkah kembali ke meja makan untuk menikmati burger yang telah aku beli di tepi jalan tadi.

Sambil-sambil aku menikmati makanan tersebut, kepalaku ligat berfikir apa yang mahu dilakukan pada keesokan hari memandangkan aku tidak bekerja pada hari esok. Mungkin aku akan mencuci pakaian-pakaian kotorku. Atau mungkin juga menghabiskan masa di hadapan laptop melayan movie-movie yang sudahpun berulang kali aku tengok.

Namun, dengan tidak semana-mena aku terdengar bunyi flush tandas. Serta merta bulu roma ku menjadi tegak. Kunyahanku terhenti. Fikiranku mula memikirkan yang tidak-tidak. Jantung aku janganlah dicerita lagi. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa lajunya jantung aku berdegup ketika itu.

Kemudian, muncul seorang gadis dari arah bilik air. Hanya berbaju tshirt dan bertuala putih di bahagian bawah tubuhnya. Riak wajahnya bertukar terkejut apabila melihat aku yang sedang makan di meja makan.

"I... Ika?"

Aku menyebut namanya. Dia pantas mengurut dadanya sambil menarik nafas kelegaan. Aku pula menjadi sedikit malu melihat dia berpakaian sebegitu. Aku juga dapat merasakan yang dia seolah-olah tidak memandang tepat ke arahku memandangkan aku hanya berseluar tight pendek ketika itu

"Ehh... Zam rupanya... Angah kata kau balik kampung?"

Ika memulakan perbualannya lalu dia berjalan menghampiriku. 'Angah' yang disebutnya tadi merujuk kepada abangnya yang merupakan tuan rumah sewa itu.

"Ha'ah. Ingat nak balik kampung. Tapi kena kerja shift malam pulak. Itu yang ada lagi kat sini ni."

Balasku sambil meneguk air masak yang berada di atas meja itu.

"Kau dah makan ke belum Ika?"

Tanyaku kepadanya yang sedang berjalan kearah peti sejuk yang terletak beberapa meter dihadapanku.

"Dah makan. Tapi aku macam laparlah pulak. Nak-nak baru lepas hujan ni kan."

"Oh... Iya tak ya... Ni pun macam nak hujan lagi. Kalau kau nak pergi mamak pun sempat lagi rasanya."

Ketika itu, dia sedang membongkokkan badannya ke bahagian bawah peti sejuk. Mataku mula meliar nakal melihat bahagian punggung gadis itu. Walapun hanya bertuala, punggung bulat yang berada dihadapanku itu masih ku tatap dan kusemat didalam kotak memori aku. Apabila dia mula menegakkan semula tubuhnya, aku alihkan pandanganku pada makanan yang sedang dinikmati aku ketika itu.

"Nak pergi mamak... Tapi macam malas pulak... Dah pukul berapa dah ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience