BAB 1

Romance Completed 12991

"Geng!! Jom balik!!" Teriak aku yang kemudiannya meninggalkan kawasan parkir motosikal di tempat kerja aku. Jam Casio yang dipakai oleh aku menunjukkan hampir kepada pukul pagi. Kehadiran para pelanggan yang ramai di tempat kerja aku membuatkan waktu operasi dilanjutkan sehingga 2 tengah malam.

Kelesuan hampir kurasa di seluruh tubuhku. Dengan perut yang lapar membuatkan aku ingin singgah di sebuah kedai burger di tepi jalan sebuah taman perumahan berhampiran dengan tempat kerjaku. Mujur nasibku baik kerana tuan empunya kedai itu masih lagi belum pulang walaupun hari sudah pun lewat.

"Hai Zam. Lambat kau balik hari ni?"

Tanya tuan kedai burger, abang Rafi.

"Nak buat macam mana bang. Orang ramai gila. Mentang-mentang ada discount 0%. Customer bukan main ramai lagi. Pukul pun ada yang baru sampai nak beli barang."

Jawabku sambil membuka topi keledar yang dipakai olehku.

"Lah. Ada promosi ke hari ni? Asal kau tak cakap? Kalau tak, dah boleh aku memborong siang tadi.Hah, ni nak order apa ni? Aku dah nak balik dah ni."

Tanyanya lagi.

"Emm... Macam biasalah bang. Burger daging double."

Balasku sambil menyalakan rokok Winston yang baruku seluk dari dalam pouch bag yang berada di dalam bakul motosikal. Sambil-sambil menunggu burgerku siap dimasak, aku melihat suasana malam yang sedikit sunyi. Dari kejauhan aku terlihat kilat mula menghiasi langit malam.

"Ah sudah. Jangan hujan kejap lagi dah."

Bisikku sedikit risau. Tidak lama kemudian, burger daging double yang dipesan olehku tadi siap dimasak dan dibungkus. Lalu aku menghulurkan not satu ringgit sebanyak empat keping kepada abang Rafi.

"Terima kasih. Baik-baik bawak motor."

Abang Rafi mengingatkanku. Aku hanya tersenyum lalu bergegas pulang ke rumah sewaku. Di dalam perjalanan pulang aku teringat yang aku hanya berseorangan. Penyewa-penyewa yang lain sudah pulang ke kampung.

Kebanyakan penyewa rumah itu adalah pelajar yang menuntut di universiti yang berhampiran rumah sewa itu. Jadi, sudah menjadi kelaziman apabila tiba cuti semester, mereka akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience