Rate

BAB 5

Family Completed 733

Setelah itu, aku pusingkan badanku ke belakang dan aku lihat mak sudah teresak-esak cuba menahan tanggisnya. Tanpa berlengah masa aku terus memeluk mak... Aku dapat rasakan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya pada waktu itu. Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu. Sayu, terharu, gembira... Semuanya bercampur-baur. Hanya Allah sahaja tahu bertapa sayang dan rindunya aku pada mak...

“Mak, maafkan Wan mak. Wan dah tahu perkara sebenar. Wan janji tak akan lukakan lagi hati mak. Arwah abah dah tinggal Wan. Abang Man pun dah tinggal kita. Wan cuma ada mak... Mak jangan tinggalkan Wan ye... mak....”

Mak mengangkat kepala aku dan mengesat air mata aku dengan kedua tangannnya. Mak cuma menggangguk dan tersenyum kepada aku... Itulah senyuman ikhlas daripada mak yang aku nantikan selama ini. Kami terus berpelukan... Dan kami dua beranak berteriakan dalam malam yang hening itu seolah-olah sudah tiada lagi hari esok untuk kami berdua.

Terima kasih Ya Allah... Aku bersyukur kepadaMu kerana mengembalikan kembali ibuku yang dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience