Rate

BAB 1

Family Completed 733

Air mata di kelopak mata mak mula bergenang. Hanya menanti masa untuk menitis. Aku masih membatukan diri di hujung dinding ruang tamu rumah mak ini. Salahkah tindakan aku ini? Aku masih berteka-teki sendiri. Bagi aku puncanya cuma kecil... Aku cuma bertanyakan tentang telekung lusuh itu. Aku terkilan kerana hanya disebabkan pertanyaan itu, mak seolah-olah sudah tidak mahu lagi mengambil tahu tentang aku. Aku tertanya-tanya apa istimewanya telekung itu kepada mak. Sudah lama aku mencari jawapannya.

Segalanya bermula kira-kira 6 bulan yang lalu apabila mak mengadu kepada aku tentang telekungnya yang lusuh itu selepas aku mengimamkannya Solat Isyak. Ketika itu aku sedang menghabiskan cuti semester aku di kampung. Keesokan harinya tanpa pengetahuan mak, aku menuju ke pekan Muar yang terletak kira-kira 15 minit dari rumah untuk membelikan telekung baharu untuk mak. Setelah memilih satu telekung yang aku rasakan sesuai dengan saiz mak, aku membawa balik dan terus menghadiahkan kepada mak. Ketika itu aku mula perasan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mak hanya berterima kasih tanpa menunjukkan sebarang perasaan gembira dengan pemberianku. Riak wajah mak seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Mak hanya merenung tajam mata aku. Malah tak lama selepas itu, aku perasan mak masuk ke bilik dengan mata yang berkaca. Mungkin mak tak sedar bahawa aku sedang memerhatikannya ketika itu.

-------------------------

Selepas 4 bulan, aku kembali ke rumah kerana pengajian semester akhirku dalam jurusan pendidikan Bahasa Melayu di universiti sudah tamat. Kini aku cuma menanti panggilan pekerjaan sahaja daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk bergelar seorang guru. Dalam menantikan panggilan pekerjaan tersebut, aku mengambil upah membaiki komputer atau peralatan elektrik penduduk kampung yang rosak. Alhamdulillah, walaupun pekerjaan ini tidaklah memberi pulangan yang besar tetapi aku berasa puas kerana dapat membantu orang lain dan secara tidak langsung dapat menampung kehidupan aku di kampung. Kemahiran membaiki peralatan elektik ini aku peroleh daripada pengalaman bekerja di kedai elektrik di pecan Muar semasa cuti semester pada tahun lepas. Aku adalah seorang yang jenis tidak boleh duduk diam dan suka melakukan sesuatu yang baru untuk mencabar diri. Walaupun gaji yang aku dapat itu kecil tetapi aku lebih mementingkan pengalaman selain berasa seronok kerana memperoleh kawan-kawan baharu.

Sejak abang Man meninggal dunia kira-kira 15 tahun yang lalu, mak tinggal seorang diri ditemani oleh Mak Ngah yang rumahnya tidak jauh dari rumah mak. Mak Ngah sama seperti mak iaitu seorang ibu tunggal. Mak Ngah merupakan satu-satunya adik mak. Mak cuma dua beradik dengan Mak Ngah, sama seperti aku yang cuma dua beradik dengan Abang Man tetapi abang Man telah pergi dahulu sebelum kami. Semoga roh arwah abang Man dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T... Apabila aku balik ke kampung, aku yang akan bersama mak dan kami tidak perlu lagi pertolongan Mak Ngah. Aku sangat berterima kasih kepada Mak Ngah kerana aku terlalu risaukan keselamatan mak di rumah semasa ketiadaan aku terutama pada waktu malam. Tambahan pula, sekarang ini sedang heboh kes kecurian dan pecah rumah yang semakin berleluasa di kampung ini. Aku terlalu sayangkan mak dan aku tidak mahu apa-apa terjadi kepada mak. Sehinggakan pernah satu tahap, aku merasakan bahawa lebih baik tuhan ambil nyawa aku dahulu nanti kerana aku tidak pasti adakah aku mampu menerima kenyataan sekiranya mak pergi dahulu meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua orang tuaku. Amin Ya Rabbal alamin.

------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience