Rate

BAB 2

Family Completed 733

Seperti biasa apabila aku berada di rumah, akulah yang akan mengimamkan solat fardhu bersama mak. Apabila selesai solat, aku akan membacakan doa dan diakhiri dengan kami bersalaman antara satu sama lain. Pada satu malam, selepas bersalaman aku melihat mak masih memakai telekung lusuh yang selalu dipakainya sebelum ini. Dengan berat mulut aku pun bertanya kepada mak.

“Mak, boleh tak Wan tanyakan sesuatu?”

“Tanyalah…” jawab mak sambil melipat sejadahnya.

“Mak masih simpan telekung yang Wan belikan beberapa bulan lepas?”

“Oh... telekung tu masih ada dalam plastik, mak tak buka lagi.”

“Ha? Maksudnya mak belum buka dan tengok? Wan beli telekung itu untuk mak sebab Wan tengok telekung mak guna sekarang ni dah lusuh. Mak pun pernah jahit telekung yang mak pakai ni kan?” suara aku sedikit tinggi.

Selepas kata-kata aku itu, mak tertunduk diam. Mata mak mula berkaca dan tanpa sedar air mata mak telah menitis satu persatu di atas ribanya. Mak mengesat air matanya dengan telekung yang masih dipakainya itu. Kemudian, mak terus bangun menuju ke biliknya tanpa sepatah kata.

Aku cuma mampu memerhatikan tingkah laku mak itu tanpa mampu berbuat apa-apa. Ketika itu aku mula sedar bahawa kata-kata aku tadi telah mula menyakiti hati mak. Aku mula dibayangi rasa bersalah. Sejujurnya aku tiada niat mahu melukakan hati mak. Tidak sama sekali! Aku sayang mak lebih daripada aku sayangkan diri aku sendiri. Mustahil aku mahu membuat mak terasa dengan aku tetapi benar kata orang, telajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya. Sungguh hebat rupanya penangan lidah yang tidak bertulang ini. Patutlah ada orang yang terputus ikatan keluarganya hanya disebabkan ketelanjuran kata-kata. Aku tidak mahu itu berlaku kepada aku. Aku tidak punya siapa-siapa di dunia ini melainkan mak seorang sahaja. Mak... Maafkanlah anakmu ini....

---------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience