BAB 3

Romance Series 15049

3 TAHUN KEMUDIAN

"Call Raisya Hazzel now!" Teriak Putera Hans dari kamarnya.

Pengawal yang berada disitu cepat–cepat berhubung dengan Hazzel melalui panggilan di telefon.

"Kenapa Encik Fairuz?" Hazzel bersuara.

"He asking for you. Now!" Arahnya tegas.

Terdengar bunyi keluhan di hujung talian. Mesti akhirnya Raisya hazzel juga yang dipanggil!

Perlahan–lahan Hazzel melangkah masuk ke bilik Putera Hans.

Hans sudah menunggunya di depan pintu sambi berpeluk tubuh.

"Kenapa panggil saya, in your room Prince Hans?" Tanya Hazzel dingin.

"Kau siapa nak buat semua ni Hazzel? You not a princess, then act like one." Arahnya bengang.

"Yeah, you're right. Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai pengawal diraja. Kalau Tuan Putera mengadu dekat permaisuri, she will be my backup." Balas Hazzel berani.

"Delete all the rumours." Arah Putera Hans.

"I can't do that. Dah berapa banyak kali the Royale buat met up in public. But where are you Prince Hans?" Hazzel enggan menerima arahannya.

"Aku busy." Balasnya dingin.

"Saya pun terlalu busy nak delete all the rumours. Sebab saya post satu aje rumours tu. Post yang lain tu adalah rekaan dari reporter dan netizen. That's your fault." Balas Hazzel tegas.

"Aku ni orang yang paling penting dalam kerajaan Philio. Tapi kalau orang asyik nampak keburukan aku je, hancurlah kerabat diraja nanti!" Bentak Hans.

"Oh and one more thing, that isn't a rumours. That's the truth." Hazzel berpeluk tubuh tanda protes.

"Berapa banyak orang yang kau hantar nak siasat aku?" Tanya Hans. Dia gugup apabila Hazzel dapat tahu aktiviti dia yang sebenarnya.

"Mmm untuk buat research satu kerajaan ni, about… two hundred, and all of that, are the royale guard." Jawab Hazzel.

"You leave the palace just because you want to spy me?! Kalau ada pembunuh, pencuri, perogol…"

"Stop it your highness. Kalau Tuan Putera risau sangat dengan keadaan sekeliling. Masih nak pentingkan diri lagi ke? Perlu ke Tuan Putera pergi club malam hampir setiap hari?" Hazzel memotong percakapannya.

Bengang tu tak dapat dinafikan lagi, hari–hari dia kena hadap benda yang sama, fikir pengawal diraja ni terlalu bendul untuk tahu semua benda ni?

"Itu hal aku!" Teriaknya.

"Don't be a selfish, Tuan Putera sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan gelaran yang diberi 'Putera'. Tapi saya tengok, sebiji macam orang tak guna dalam kelab malam tu!" Tengking Hazzel pula.

Baru saja tangannya naik, sudah ditepis awal–awal oleh Hazzel.

"Bila–bila masa kau boleh masuk penjara sebab kurang ajar dengan aku!" Tengking Hans. Dadanya turun naik menahan rasa marah.

"Rileks. The Royale takkan dapat apa–apa news dalam 2 hari. Kalau Tuan Putera boleh ikut cakap saya, saya akan padam semua berita tu." Cadang Hazzel.

"Kau…"

"Tapi… kalau Tuan Putera tak dapat ikut cakap saya, orang pertama yang akan tahu tentang berita tu, adalah Permaisuri Laura." Ugut Hazzel.

"Kalau kau tak padam sekarang, aku takkan bagi kau keluar dari bilik ni." Ugut Hans pula.

"Ehem. Tuan Putera nak buat apa?" Hazzel angkat kening. Pura–pura tak faham, sedangkan dia kenal sangat dengan Putera Hans ni. Apa je yang dia pandai kalau bukan 'main dengan perempuan'.

"Kau ni… cantik tau sebenarnya. Rugi tau aku lepaskan orang macam kau." Hans datang mendekat.

Hazzel mengundur. Sambil itu dia buat muka menyampah.

"Sama ada kau nak padam berita tu, atau… maruah kau hilang?"

Hazzel yang dari tadi pandang bawah, terus tegak kepalanya memandang Hans. Maruah hilang ya?

"Tuan Putera, saya paling tak suka dengan orang yang macam ni. Macam terlajak bodoh." Hazzel berpeluk tubuh.

Hans ketawa hambar. Dia kata aku bodoh? Disebabkan rasa tercabar, dia menolak Hazzel hingga tubuh gadis itu terhempas ke atas tilam bersaiz king.

"Kalau aku bodoh, aku takkan belajar dekat luar negara, dapat gred paling tinggi." Ujarnya dingin.

Hazzel mengeluh berat. Dia pandang Hans tak puas hati.

"Buatlah apa Tuan Putera nak buat. Kalau rasa nak mati cepatlah." Ugut Hazzel.

Pantas saja Hans merendahkan badannya, lagi beberapa inci, wajah mereka akan bersentuh. Rambut Hazzel di elus lembut. Semasa jarinya sampai di bibir gadis itu, terasa satu tendangan di perutnya, padu!

Hans terus jatuh ke lantai. Dia pegang perutnya yang terasa sakit.

"Saya tak kesahlah awak berketerunan diraja ke, anak hartawan ke. Kalau Tuan Putera buat salah dengan saya, memang layak dapat balasannya." Ayat itu seperti diludah–ludah kepadanya.

"Kau…" baru saja Hans selamat bangun, kakinya ditendang kuat oleh Hazzel.

"Kau nak bunuh aku ke?!" Tengkingnya.

Tiba–tiba terdengar bunyi tapak kaki yang begitu banyak. Sedang menuju ke bilik Putera Hans.

"Stop! Hanya saya je yang Putera Hans benarkan untuk masuk." Teriak Hazzel dari dalam.

Pengawal di luar sedang gelisah, lagi–lagi mendengarkan ayat 'bunuh' makin bertambahlah gelisahnya.

"Apa. Apa kau nak?" Tanya Hans lemah.

"Kan senang kalau Tuan Putera ikut cakap saya dari tadi." Hazzel akhirnya tersenyum. Serupa macam psiko.

"Saya nak Tuan Putera tahan diri dari pergi kelab malam, selama dua bulan." Ujarnya, dah sama gaya macam mengarah.

"Buat apa pulak?" Tanya Hans bengang.

"Saya nak Tuan Putera padam semua nombor yang berkaitan dengan kelab malam tu." Arahnya lagi.

"Masalah sekarang ni, kau ni pangkat rendah dari aku tau. Orang bawahan! Aku ni Putera Philio! Berani kau nak arah–arah aku?!" Tengking Hans.

Sekali lagi pengawal ingin memecah masuk ke biliknya. Namun Hazzel pantas bersuara.

"Tuan Putera arahkan tak ada siapa–siapa boleh masuk kecuali saya!" Teriak Hazzel.

"Elakkan berhubung dengan orang kelab malam. Your life is in danger your highness. Makin Tuan Putera berhubung dengan tempat tu, makin banyak maklumat tentang Tuan Putera, orang jahat akan tahu. That's why! Saya halang Tuan Putera dari jejak tempat tu lagi. Tambahan, Tuan Putera adalah harapan kepada kerajaan Philio. Kalau nyawa Tuan Putera terancam, The Royale kena tempias sekali, just like your brother!" Jelas Hazzel panjang lebar. Entah kenapa emosinya bercelaru saat ini.

"Macam mana kau tahu pasal abang aku?" Tanya Hans sambil dahi dikerutkan.

"Ikut arahan saya. Atau saya sebarkan berita ni pada Permaisuri Laura." Hazzel terus keluar dari kamarnya.

Dinding ditumbuk sekuat hati. Dia paling sensitif apabila abangnya menjadi topik perbualan.

"Tangkap Hazzel, campak dia dalam penjara." Arah Hans pada beberapa orang pengawal.

"Kami tak boleh Tuan Putera, Hazzel hanya berkerja di bawah permaisuri, dan hanya permaisuri saja yang boleh memberi arahan." Balas pengawal itu.

Hans ketap bibir. Pengaruh Hazzel terlalu kuat. Tambahan, Hazzel adalah orang yang paling rapat dengan permaisuri.

HAZZEL masuk ke biliknya dengan raut wajah yang runsing. Dia terus menuju ke sebuah almari, lalu di ambil sekeping gambar.

"Macam mana saya nak terima dia Ryan, he's different. Dia terlalu berbeza dari you Ryan… I can't accept him." Air matanya menitis, membasahi wajahnya.

Maaf lambat update. hahaha enjoy! jangan lupa komen dan rate!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience