BAB 4

Romance Series 15046

RAJA ALBERTO mula buat perjumpaan dengan semua keluarga diraja.

Hans mula rasa rimas apabila satu kerabat diraja hadir dalam istana itu.

"Beta rasa, umur beta dah tak panjang." Ujarnya pendek.

"Jadi sekarang, beta mahu memilih pewaris yang sesuai untuk menjadi raja yang seterusnya. Pemimpin yang boleh menjaga keamanan negara Philio." Sambung Raja Alberto.

"Siapa anak lelaki beta yang berkahwin, akan beta serahkan takhta ni bila beta hembuskan nafas terakhir nanti." Jelasnya.

Hans mula fokus pada ayahandanya. Kena kahwin? Susahlah macam ni!

Semua mata memandang ke arah Putera Hans. Apahal pandang aku?

"Hans, ayahanda tahu, memang hasrat Hans untuk jadi raja yang seterusnya, dengan syarat. Hans kena kahwin. Sebelum umur 30. I give you a chance…" Raja Alberto memberi cadangan.

"Ayahanda, memang Hans nakkan takhta Ayahanda, tapi kalau soal kahwin. Hans sanggup lepaskan takhta tu." Hans memberi tunduk hormat sebelum beredar dari situ.

Hans mengeluh panjang apabila Bondanya pula yang memanggilnya, ada sedikit perbincangan yang ingin dibicarakan.

"Hans…" panggil Permaisuri Laura apabila ternampak kelibat Hans di depan matanya.

"Bonda…" Hans beri tunduk hormat.

"Bonda tak kesah siapa yang dapat takhta tu. Cuma bonda teringin nak tengok anakanda semua berkahwin. Dan Hans yang paling tua sekali. You know what I mean?" Jelas permaisuri Laura, kata–katanya sentiasa berlapik apabila dia inginkan sesuatu dari anaknya.

"Hans tunggu Bella…"

"No! Bonda dah tak boleh terima dia. Dia ingat bercinta dengan keluarga diraja ni perkara main–main ke?" Bangkangnya.

Membulat mata Hans mendengarnya. Bonda tak boleh terima Bella?

"Bonda, Bella Katrina lah satu–satunya yang ada dalam hati Hans." Dia cuba pertahankan cintanya. Nak suruh kahwin dengan orang lain? Memang taklah!

"Bonda dah ada calon yang sesuai, bonda berkenan sangat dengan dia." Balas Permaisuri Laura sambil mengukir senyuman.

"Siapa dia Bonda? Hans tak boleh terima siapa–siapa pun selain dari Bella Katrina." Tegas Hans.

"Raisya Hazzel, the royale guard."

"What?!" Hans meninggikan suara. Nama yang tak disangka–sangka, Raisya Hazzel?!

Hazzel yang dari tadi berdiri tegak terus membulatkan mata. Permaisuri sebut nama aku ke tadi?

"Hazzel, apa keputusan kamu?" Soalnya meminta kepastian.

"Tuanku, saya… Putera Hans terlalu baik untuk saya." Balas Hazzel. Untuk mengelakkan persalahfahaman, baiklah dia mengambil langkah berjaga–jaga dahulu.

"Dah cliche' ayat tu Hazzel. Beta tau, Hans dan Hazzel adalah pasangan paling serasi." Balas permaisuri Laura. Dia mendekatkan jarak mereka, lalu tangan Hazzel diraih.

Hazzel yang mula hilang fokus, kembali menundukkan wajahnya. Dia tahu, dia hanyalah pengawal diraja.

"That's not fair bonda!" Hans meninggikan suara.

"What? Apa yang tak adilnya? Semua yang Hans minta, semua bonda tunaikan. Tak boleh ke Hans pulak yang tunaikan permintaan bonda?" Ujarnya serius. Dia tenung wajah anaknya, tanda dia tidak main–main.

"Hans ada orang lain, Bonda, this is about my future." Balasnya perlahan. Dia cuba berlembut supaya bondanya berubah fikiran.

"Izinkan saya ambil masa beberapa hari untuk berfikir Tuanku." Hazzel tunduk hormat. Permaisuri Laura tersenyum. Inilah sebab dia senang dengan gadis itu, sentiasa mendengar arahan, dan sopan bila bercakap.

"Beta izinkan. Beta nak kamu tahu, yang Beta memang suka sangat dengan cara kamu, perangai kamu. Sebab tu beta kata kamu sesuai untuk Hans." Jelas Permaisuri Laura sambil tersenyum.

"Baik Tuanku." Balas Hazzel dalam keadaan terpaksa.

Cepat saja dia beredar dari situ. Hans sudah berdiri kaku, dia tunggul ke sekarang ni? Kenapa tak ada siapa dengar cakap dia?

"Bonda…"

"Enough! Bonda dah penat nak tunggu Bella Katrina tu! Keputusan bonda muktamad!" Permaisuri Laura meninggikan suara.

HANS mengejar Hazzel dari belakang. Dia bengang, mereka langsung tidak bertanyakan soalan untuknya.

"Hazzel!" Panggilnya dari jauh, semacam aje Hazzel berjalan. Laju betul!

"Hazzel tunggu kejap!" Pantas dia menarik tangan Hazzel apabila jaraknya dan Hazzel sudah dekat.

"Apa yang Tuan Putera nak?!" Tengking Hazzel.

"Kau tak boleh terima arahan bonda. Aku taknak kahwin dengan orang macam kau!" Ujarnya bengang.

"This is all your fault!" Bentak Hazzel.

"Kenapa pulak salah aku?" Tanya Hans pelik. Dia taktau apa–apa, kenapa pulak dia yang bersalah?

"Sebab perangai Tuan Putera yang terlampau baik tu, dah jerat kita sampai perkahwinan!" Balasnya tak puas hati.

"Eh, kalau kau taknak. Kau pergi je lah cakap dengan bonda, cakap yang kau taknak kahwin dengan aku. Senang!" Cadang Hans. Apa susah? Taknak kahwin? Lagi senanglah hidup aku!

"Tak boleh. She's a queen of Philio! I have to obey her orders!" Bantah Hazzel.

"So what now? You want to marry me?"

"Are you crazy?!" Marah Hazzel. Kahwin dengan Putera Hans? Tak pernah terlintas perkara itu di fikirannya.

"Sekarang ni kau jawab dengan aku. Kau nak kahwin dengan aku ke atau tak?" Hans menapak ke depan. Hazzel terpaksa mengundur.

"Kalau Tuan Putera yang ajak saya kahwin, saya takkan terima. Tapi kalau permaisuri yang perintahkan, saya akan kahwin dengan awak. Hans." Hazzel beranikan diri menjawab soalan yang rumit itu. Hans ketap bibir, tak lama itu dia ketawa hambar.

"Bukan ke dua benda tu, perkara yang sama?" Soalnya bengang.

"Berbeza." Balas Hazzel tegas.

"Ak…"

Belum sempat dia berkata apa–apa, Hazzel terus beredar. Hans membeku disitu. Siapa Tuan Putera sekarang ni?!

HAZZEL mengeluh panjang. Dia menghempaskan diri ke atas tilam.

Tiba–tiba telefonnya berbunyi, terus dia menjawab panggilan itu.

"Hello."

"Hazzel, there's something you should know." Suara di hujung talian buatkan Hazzel curiga.

"What is it?" Tanya Hazzel serius.

"About him." Sambung lelaki itu.

"What about him?" Tanya Hazzel lagi.

"SEKARANG, Bonda hanya perlukan jawapan dari Hazzel. Shut your mouth up Hans." Sempat dia memberi amaran pada Hans.

Hans mengeluh berat. Kenapa dia rasa macam anak buangan? Layanan pada Hazzel jauh lebih baik!

"I think…"

Permaisuri Laura setia menanti perkataan seterusnya yang akan keluar dari mulut Hazzel. Nalurinya kuat mengatakan, Hazzel akan turut perintah.

"I'll follow your orders, your highness."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience