BAB 2

Romance Series 15046

HAZZEL menunduk memandang madam Zoey dengan raut wajahnya yang tegang.

"Since when are you good at not completing the assignment I gave you?" Madam Zoey bersuara keras.

"I'm sorry madam…" balas Hazzel perlahan.

"Okay, I'll forgive you. Because this is the first time, not for the second time Hazzel. Keep that in mind." Dia memberi amaran.

"What about me Madam. Always getting scolded by you. Am I that bad student?" Chrystin bersuara.

"Shut up Chrystin. You and Hazzel are different." Balas Madam Zoey. Semasa dia ingin bertukar posisi, Chrsytin bersuara lagi.

"Why? Because Raisya Hazzel is the top student of Garrot Mirana? And I am the loser one?" Ujar Chrystin bengang.

"Get out from my class." Arahnya dingin.

"I just made the first mistake, but you scolded me like I've done a thousand mistake!" Chrystin terus keluar dari kelas Madam Zoey.

"I admit that. Raisya Hazzel is the best student. So I want to keep her in a good name. In this university, if you want to be like her, study hard guys." Pesannya.

Hazzel dan Kayra saling berpandangan. Tiba–tiba telefonnya berbunyi, terus dia buka telefon dan lihat notifikasi yang terpapar di skrin.

"I'm sorry sayang. I nak tolong you semalam, tiba–tiba ada hal pulak," Ryan.

Satu jam kemudian, mereka keluar dari kelas untuk sarapan pagi.

Terlihat Ryan di salah sebuah kerusi di cafe itu. Hazzel berjalan ke arahnya, lalu mengambil tempat duduk.

"Sayang…" panggil Ryan apabila tersedar wajah Hazzel yang dari tadi masam mencuka.

Hazzel menyuap spaghetti ke dalam mulutnya tanpa memandang ke arah Ryan.

"Sayang, muka you masam sangat sebabkan your first mistake. Hey, manusia semua tak sempurnalah. Yang penting, I sayangkan you." Dia meraih tangan Hazzel yang berada di atas meja, lalu digenggam erat.

"You juga yang kata, jangan pentingkan cinta lebih dari kerjaya I." Hazzel akhirnya bersuara.

"I ubah sikit. Benda yang paling penting sekali, adalah diri you, yang kedua your future, yang ketiga barulah cinta." Balas Ryan seraya tersenyum kecil.

"You tengok tak apa yang Chrystin buat tadi, dia iri hati dengan I. Dia tu macam psiko tau." Luah Hazzel. Dia tak senang dengan kelakuan Chrystin tadi.

"Kalau dia psiko, dan apa–apakan you. I will be your hero. Don't worry." Balas Ryan sambil keningnya terangkat sedikit.

"Poyo lah you ni. You ingat apa, you ni Iron Man yang kebal tu? Sixpack pun tak ada." Ujar Hazzel seakan mengejek.

Ryan tergelak kecil. Tak ada sixpack? Hatinya sudah tergelak besar.

"Itu sebab I belum pernah buka baju depan you sayang. Nak ke?" Cabar Ryan sinis.

"Tak payah. You ingat I tak kenal you ni macam mana? Gatal tak habis!"

"Sayang, nanti kita balik Philio, kita kahwin nak? Tak sabar nak bina rumah tangga dengan you."

Berkerut wajah Hazzel mendengarnya. Balik dari Lidden?

"You kata utamakan kerjaya I dulu. Biarlah I kerja lama sikit, lepas tu kita kahwin. Okay?" Pujuk Hazzel, walhal hatinya rasa pelik dengan pertanyaan Ryan.

"Tapi kalau kita kahwin, I janji I takkan rosakkan kerjaya you. I just dah tak sabar nak hidup berdua dengan you."

Kata–katanya seakan dia terlalu berharap pada Hazzel. Hazzel gigit bawah bibir. Ragu–ragu dengan jawapan yang bakal dikatakan.

"Ryan… kenapa ni? Kenapa you tiba–tiba nak ajak I kahwin? Kita ada satu semester lagi. And we're still young. Please? Kita bincang hal ni kemudian okay?" pujuk Hazzel lagi. Hatinya rasa tak sedap melihatkan Ryan beria–ria mengajak dia berkahwin.

"Tak ada apalah sayang. You maafkan I kan?" Tanya Ryan, dia cuba mengubah mood.

"Mana boleh I tak maafkan. You satu–satunya lelaki yang selalu buat I tersenyum." Hazzel hadiahkan senyuman manisnya pada Ryan.

"Kita pergi… funfair nak?" Pelawa Ryan senang hati.

"Are you okay? Hey, kita ni dah besar, funfair tu untuk budak–budak je." Tanpa berdolak–dalih, Hazzel terus membangkang. Raut wajahnya berubah kelat.

"But you want it right?" Usik Ryan.

"No! Tu untuk budak je." Hazzel berkeras.

"Cakap je lah yang you malu. Banyak je orang tua datang situ." Hidungnya terus dicuit Ryan. Hazzel terus masam muka.

"Mmm…" dia berfikir sejenak.

"Just say yes sayang! Susah sangat ke nak teman biy ni?"

"Okay–okay, but make sure, jangan bagitau my mom and dad. Habis nanti I masuk penjara." Balas Hazzel serius.

"Hahaha, takut dengan parents, tapi hati kata nakkan? Don't worry, I belum gila lagi nak bagitau your mom and dad." Pujuk Ryan sambil tersenyum. Jari kelingking dihulurkan tanda dia berjanji tidak akan memberitahu ibubapa Hazzel tentang perkara ini.

"Okay." Hazzel akhirnya tersenyum, mereka membuat pinky promise sebelum menyambung semula menyuap suapan yang terhenti tadi.

TIBANYA di funfair, Hazzel mula terpesona dengan keindahan lampu–lampu yang berada disitu. Cantik!

Dia perhati sekeliling, banyak permainan yang tinggi dan gayat. Hazzel tersenyum.

"Tu dah kenapa senyum tu? Nampak lelaki handsome ke?" Tegur Ryan, sedari tadi Hazzel langsung tidak memandang ke arahnya. Saja dia mengusik, dia tahu gadis itu sedang rambang mata dengan keadaan sekeliling.

Hazzel terus berdehem. Dia cuba tutup rasa malu.

"Jom." Ajak Hazzel.

Terangkat kening Ryan mendengar pelawaan Hazzel. Jom? Ke mana?

"Jom, naik roller coaster." Sambung Hazzel.

Rasa terujanya tak dapat disorok lagi. Mendengarkan bunyi jeritan yang datang dari sana dan sini buatkan dia lagi tak sabar nak main semua yang ada di funfair ini.

"Sayang… I ajak you main tempat rendah–rendah je." Ujarnya sambil tersenyum kelat.

"Kalau rendah–rendah, bukan funfair lah namanya." Dia tarik tangan Ryan agar lebih dekat dengan permainan roller coaster.

Niatnya tadi nak dating dengan buah hati aje. Tak sangka pulak ini jadinya!

"Okay okay. Kejap biar I tarik nafas dulu."

Ryan terus ambil nafas dalam–dalam, lalu dihembuskan keluar.

"Eh, nervous ke?" Sindir Hazzel.

"Bila masa I nervous sayang? I takut kita tercampak je, berani sangat!" Pipi Hazzel menjadi mangsa cubitannya.

"Sakitlah!" Hazzel pegang pipinya yang terasa sakit. Tahulah dia pipi pau, tapi melampau–lampau pula cubitannya!

Setelah mereka berdua naik ke roller coaster yang gayat itu, Ryan terus menutup mulutnya yang tiba–tiba rasa loya. Habis dia menjerit tadi, lemah satu badan. Hazzel tergelak kecil, lelaki ni tau cakap besar je, tapi inilah realitiya, senang kecut!

"Mengadalah you ni. Baru naik roller coaster, belum terjun dari bukit lagi." Sindir Hazzel lagi.

"Okay, jom, pergi rumah hantu pulak?" Pelawa Ryan.

"Wait… tengah malam macam ni you ajak masuk rumah hantu?" Tanya Hazzel tak percaya. Mentang–mentang kita kenakan dia tadi, sekarang nak kenakan kita pulak ya?

"Baru syok. Tak apa, kalau you takut, peluk je I dari belakang." Ryan pula yang teruja. Memang ini plannya dari awal lagi.

Hazzel beri jelingan maut. Hantu lah yang paling dia benci sekali!

Dengan hati yang terpaksa, dia masuk ke dalam rumah hantu dengan penuh rasa takut.

"You… janganlah jauh dari I!" Jerit Hazzel.

Ryan pula yang terkejut. Ingatkan hantu mana yang jerit tadi.

"Sayang, kita baru je lepas dari pintu ni." Pujuk Ryan. Buat dia cemas aje.

Tiba–tiba ada sesuatu yang memegang bahunya. Terus dia menjerit lagi.

"Arghh!"

"Sayang ni I lah! I yang pegang you!" Ryan meninggikan suara. Sensitif betul!

Tiba–tiba ada patung hantu yang terhayun ke arah mereka. Hazzel terus menjerit sekuat hati. Hampir gugur jantungnya mendengar jeritan itu. Bukan takutkan patung tu, takutkan suara Hazzel yang terlalu kuat!

HAZZEL duduk di atas katil sambil berpeluk tubuh tanda protes.

"Dah tak payah buat muka sangat, bukan hantu betul pun. Nasib I ni tak terkena serangan jantung tau?" Sindir Ryan. Macam dia sorang aje yang salah!

"Harini you pelik. Kenapa you tiba–tiba nak dating dengan I?" Tanya Hazzel dengan raut wajahnya yang ingin tahu.

"Saja, nak date dengan GF sendiri pun tak boleh ke?" Balas Ryan tenang.

"Boleh je. Tapi…" terasa bibirnya sedang bersentuh dengan sesuatu. Ryan.

Kucupan dilepaskan. Dia pandang ke arah Hazzel sambil tersenyum.

"Kalau boleh, sesaat pun I taknak berenggang dengan you." Ryan bersuara.

Hazzel kaku, perbuatan itu terlalu tiba–tiba.

"I mandi dulu." Ryan terus masuk ke dalam bilik air.

Hazzel ketap bibir. Ryan terlalu lain, hatinya rasa tak sedap.

Sementara menunggu Ryan yang sedang mandi, dia berdiri di balkoni, menikmati pemandangan di Kota Lidden yang penuh dengan cahaya.

Tiba–tiba terasa tubuhnya di peluk sesuatu. Hazzel baru nak alih posisi, kepala Ryan terus menyinggah di bahu kanannya.

"Sayang… apa yang you akan buat, kalau you kehilangan I?" Tanya Ryan tiba–tiba.

"Kenapa pulak you nak hilang? Kalau you hilang, you tinggalkan I. I rela bunuh diri." Balas Hazzel dingin.

"Hei, nak bunuh diri buat apa? Sia–sia je you mati disebabkan orang macam I Hazzel, ingat pesan I. Kalau sesuatu berlaku, fokus pada kerjaya you. Lupakan benda yang boleh buat hati you sakit." Pesan Ryan.

Berkerut wajah Hazzel mendengarnya. Apa maksud disebalik kata–kata Ryan?
Dia ingin bertanya, tapi mulutnya berat sangat ingin bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience