BAB 5

Romance Series 15046

"FOLLOW the orders? Finally, you're crazy." Hans mengekori Hazzel dari belakang sambil mulutnya tak berhenti membebel.

"Stop membebel Tuan Putera!" Tengking Hazzel, sakit kepalanya mendengar bebelan Hans yang tak putus–putus.

"Kalau kau nak aku berhenti bebel, jangan ikut arahan permaisuri!" Tengking Hans pula.

"Hello, kalau ikutkan antara permaisuri dan putera, gelaran mana yang ada kuasa?"

Hans ketawa hambar mendengar pertanyaan itu. Berani betul kau ni…

"Tapi… kalau aku kahwin dengan kau. Siapa yang berkuasa, aku ke permaisuri?" Bisiknya di telinga Hazzel.

"You think you can throw me away, when we got married right?" Soalnya sinis.

"Dream on, Permaisuri akan selalu backup saya… TUAN PUTERA." Hazzel meninggalkan Hans di belakang.

Dadanya turun naik mendengar kata–kata Hazzel yang berbaur ugutan itu. Kakinya laju menapak ke depan, lalu mengejar gadis itu.

Dia ikut Hazzel sampailah di tempat Dorm Pengawal Diraja.

"Hazzel stop!" Arahnya.

Hazzel mengeluh berat. Dia kejar aku sampai sini?

"Don't ever step in my room." Ugut Hazzel.

"Siapa kata ni bilik kau? Semua dekat istana ni, aku yang pu…"

"Watch your step, your highness…" Hazzel acukan pistol pada Hans. Membulat mata lelaki itu, betul ke apa yang dia nampak sekarang? Hazzel sedang acukan pistol pada pewaris Philio?

"Berani kau nak tembak aku?" Tanya Hans geram.

"5 steps in, you'll be dead." Ugut Hazzel. Pemacu pistol ditarik… pistol dihalakan betul–betul ke arah Hans.

"Bilik ni… bukan kau punya."

"I pay for this room, dua kali ganda harga bilik ni, saya bayar. Jadi bilik ni saya punya, Putera Hans." Balas Hazzel yakin.

Disebabkan Hans tak mahu berundur, Hazzel mara ke hadapan.

"K… kau…"

"Get lost, your highness." Lembut saja dia berbicara. Namun ayat yang dikeluarkan kesat semata.

"Kau siapa nak arah aku!" Bentak Hans. Hans terus berjalan mendekati Hazzel.

"I'm not kidding!" Tembakan dilepaskan. Hans terus menunduk, lalu menggigil ketakutan.

"This room, is a soundproof. Segala bunyi, takkan tembus keluar. Termasuklah… bila Tuan Putera menjerit." Ugut Hazzel.

Hans mendongakkan wajahnya, lalu memandang ke arah pasu bunga yang telah pecah.

"Berani kau mainkan nyawa aku Hazzel…" bibirnya diketap kuat menahan amarah.

"I don't need a coward like you to be the King. Prince Hans…" Hazzel masih mengeluarkan kata–kata kesatnya.

"Hazzel…"

"You don't deserve it." Potong Hazzel lagi.

Rahangnya bergerak–gerak, kata–kata Hazzel memang memperlekehkan dirinya semata. Aku tak layak? Kenapa?!

"Jumpa aku esok." Hans membuka kasar pintu bilik itu, sehinggakan pengawal di luar terkejut dengan tindakannya.

Hazzel mengeluh berat. Dia terduduk ke lantai. Air matanya gugur satu persatu.

"Ryan… you're the only one, that suit's the title." Tangannya beralih ke bahagian dada. Sakit hatinya… belum terubat lagi.

HANS merenung satu gambar yang terletak di dinding.

"Habis kalau bukan aku yang layak, siapa? Takkan kau?!" Tangannya mengepal penumbuk.

"The royale selalu pandang kau. Dari mula lagi… tapi sekarang kau dah mati. Aku dah taknak jadi bayang kau. Aku nak diorang tahu, yang aku pun wujud dalam istana ni!" Gelas dibaling tepat pada gambar yang tergantung di dinding.

"Aku bukan tak sayang kau, tapi aku pun manusia… aku nakkan perhatian. Cukuplah the Royale pandang kau. Aku taknak orang lain pulak yang masih anggap hanya kau yang sesuai pegang takhta tu." Luah Hans.

Gambar yang sudah bercalar itu diusap lembut. Meskipun luarannya mengatakan benci, tapi di sudut hati… rasa sayang itu masih kuat.

"Hazzel… aku akan tunjukkan kau. Aku bukan pengecut macam apa yang kau bayangkan." Hans mengatur langkah, keluar bilik itu.

"The Royale Designer, I need to see her now." Dhafir, seorang pengawal diraja itu mengangguk. Lalu dia menghubungi seseorang.

HAZZEL melihat Hans yang sedang duduk bersantai di ruang tamu. Dia datang menghampiri lelaki itu.

"Kenapa Tuan Putera nak jumpa saya?" Tanya Hazzel bingung. Takkan nak ajak lepak kot? Tenang semacam je.

"Dah sampai? Duduklah." Hazzel mengambil tempat duduk di hadapannya. Lalu dahinya berkerut, dia nak buat apa ni?

"The Royale Designer?" Tanya Hans kepada Dhafir.

"She's here now." Balasnya.

"I'm sorry your highness. Oh… I bought the dress that you asking for. Wanna see?" Tanya Julie, sambil memberi tunduk hormat.

"Ofcourse…" balasnya sambil tersenyum sinis. Hazzel yang tidak faham akan situasi itu, cuba memikirkan apa yang terjadi. Berkerut habis dahinya melihat situasi itu.

"Hazzel…" panggil Hans lembut.

"Awak nak turut perintah permaisuri kan?" Tanya Hans sinis.

"What…"

"Let's do it, tomorrow." Potong Hans.

"Do what?" Tanya Hazzel buntu.

"Let's get married. Tomorrow."

Share this novel

Muhammad Asyraaf
2021-01-31 00:41:54 

best

liyana
2021-01-27 14:43:56 

ending buat rasa nak tahu apa jadi next

liyana
2021-01-27 14:43:41 

best cerita kali ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience