#10 Tanda-Tanda Yang Mengatakan... (Bahagian Akhir)

Other Completed 1915

#10
Tanda-tanda yang mengatakan anda sudah berjaya move on sepenuhnya (Bahagian Akhir)

Ok.

Korang kata susah nak mampus untuk move-on sebab tak tahu macam mana

perasaan move on itu. Bagi aku caranya mudah untuk kenal pasti. Cuba pejam mata.

Kenang kembali akan sesuatu.

Siapakah cinta pertama yang yang anda pernah suka semasa kecil?

Ingat tak nama dia?

Ingat tak kelakuan dia?

Dan yang terakhir, ingat lagi tak wajahnya?

Aku percaya kebanyakkan antara kita mampus la nak ingat. Blank terus. Mana nak ingat, kan lelaki tu macam hadir tak hadir je dalam hidup. Lagipun, kehadiran dia dalam hidup time tu macam takde effect pun. Ada ke takde ke sama je.

Huish! Jangan cakap mana ada bila bercerita tentang perasaan ni. Lagi pula pada benda yang kau tak ingat ni. Kau betul-betul yakin ke perasaan masa kau kecil tu memang anang-anang je? Alah enteng kos promen?

Ok, andai kata korang still ingat lagi. Aku percaya kalau korang terserempak dengan dia pun, macam takde masalah lansung nak tegur. Habis kuat pun mungkin segan sikit. Ye la, dulu masa kecik-kecik mandi bogel sama-sama. Segan la. Ish, terbayang pulak. Bila dah say bye-bye, korang teruskan kehidupan macam biasa. Tiada apa-apa.

Nak tahu tak?

Itulah sebenarnya perasaan move on.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience