#3 Segala Apa pun... (Bahagian 3

Other Completed 1915

#3
Segala apa pun, ianya bergantung kepada perspektif si pemerhati (Bahagian 3)

Bahagian Tengah.

Sudah 2 bulan aku di matrikulasi, baru aku tahu yang Asasi Seni Bina itu adalah kursus untuk menjadi seorang arkitek. Kalau sebelum ni aku sudah hampa, sekarang yang melanda aku adalah hampa square. Kejadahnya semua ini? Sudah 2 bulan weh dibazirkan begini! Nak patah balik? No way dude. Banyak kerja nak kena buat. Tambahan lagi, aku bukan straight student pun nak demand itu ini. Maka, aku hidup saja lah dengan matlamat yang baru itu, iaitu nak achieve 4 flat supaya boleh apply degree bidang arkitek.

Sayangnya, di matrikulasi bari aku sedar yang aku rupanya tidaklah berapa pandai. Dah la tak berapa pandai, pemalas pulak lagi. Sedangkan semua manusia tahu bahawa matrikulasi itu silibusnya susah nak mati!

Nak dipendekkan cerita, aku pun berada di UTHM dalam bidang yang aku tidaklah minat tapi hampir dengan benda yang aku minat. Sumpah, memang aku menyumpah. Menyumpah tindakan aku yang dulu kerana memilih matrikulasi sebagai cara hidup. Itu aku katakana tadi, kalau aku ingat manusia yang mencadangkan matrikulasi pada aku, memang kali ini makin aku rasa nak bagi 20 tumbukan di rusuk kiri dan kanan! Aku tak boleh terima benda ni. Masa tu, aku lansung tak nampak apa impaknya matrikulasi sudah beri pada aku, selain dari menjahanamkan masa depan aku. Itu saja.

Nak dijadikan cerita semasa aku di UTHM, aku terjumpa pelajar yang sama

matrikulasi dengan aku. Mereka cam aku, tapi aku tak cam mereka. Hendak tahu apa ayat pertama yang keluar dari mulut mereka?

"Kau yang budak freak suka jalan sambil pakai earphone tu kan?"

Fuck you Matrikulasi.

Fuck you.

Ya, marahnya aku pada Matrikulasi bukan kepalang.

*******

Kau bayangkan, dalam aku tengah berjoging sekejap tu pun aku asyik memikirkan semua perkara yang aku ceritakan di atas. I have problem with myself,

right?

Aku jadi pening kepala.

Tertekan dengan tekaan ciptaan sendiri.

Tak boleh jadi.

Selama ni bila aku jogging, mata aku tumpukan ke tanah.

Aku tarik nafas, hembus.

Aku angkat kepala.

Buka mata dan pandang ke hadapan.

Dan kali ni, aku terpegun.

Ya Tuhan, indahnya Universiti tempat aku belajar ni.

Aku pandang pula ke sekeliling.

Ada kanak-kanak yang sedang bermain laying-layang. Comel.

Ada gadis yang turun sama berjoging. Cantik.

Sudah setahun aku berjoging, namun hari ni baru aku perasan semua ini. Ya, silap aku juga kerana sepanjang aku jogging itu, sekali pun aku tidak pernah gagal untuk tundukkan pandangan. Kerana ketika itu, aku fokus. Fokus aku hanya hendak menguruskan badan. Tanpa sedar, selama itulah aku terlepas banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling aku. Terlalu banyak.

Alangkah membazirnya.

Sedarlah yang aku selama ini memandang dari sudut perspektif yang salah.

Aku senyum.

Aku pandang ke kiri dan aku nampak seorang pemain bola yang terjatuh tatkala cuba menyepak bola. Aku ketawa kecil.

Aku pandang ke kanan dan aku nampak beberapa ekor bangau putih yang jarang dapat dilihat tatkala berada di Kuala Lumpur. Aku senyum kecil.

Aku pandang hadapan dan aku nampak beberapa orang gadis sedang melangkah pulang dari kuliah masing-masing. Aku control kecil.

Pandang punya pandang, tanpa sedar aku sudah pun mengelilingi Universiti aku dalam keadaan berjoging, dan percayalah tatkala aku katakan yang ianya

merupakan antara perkara mustahil untuk berlaku sebelum ini. Sekurangnya sepanjang aku berjoging disini.

Aku tak penat. Aku tak pengsan. Aku nampak banyak benda hari ini. Aku rasa semua perkara hari ini.

Saat inilah aku terfikir akan penyelesaian kepada perkara yang sering

menghantui hidup aku selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience