#2 Segala Apa pun... (Bahagian 2

Other Completed 1915

#2
Segala apa pun, ianya bergantung kepada perspektif si pemerhati (Bahagian 2)

Matrikulasi.

Kalau member-member aku bertanya, aku akan jawab yang pengalaman di

matrikulasi ni best. Pengalaman di matrikulasi ni awesome. Pengalaman di matrikulasi ni fantastik. Walaupun sebenarnya, matrikulasi ni lebih banyak bawa pengalaman paling menakutkan dan buat aku tak senang duduk.

Mari aku ceritakan dalam beberapa bahagian supaya kau lebih mudah faham.

*******

Bahagian Sebelum

Sebelum aku masuk matrikulasi, aku tak pernah terfikir pun nak jadikan matrikulasi tu sebagai salah sebuah pilihan untuk aku sambung belajar. Sebab, 1st priority aku adalah untuk menjadi seorang arkitek yang kacak dan berjaya. Ini semua atas faktor yang aku semenjak dari kecil lagi suka melukis. Tambahan pula, kebanyakan lukisan aku tu lebih kepada bentuk-bentuk banguanan. Aku rasa, korang pun faham jugak perasaan ni sebenarnya.

Masa kita semua kecik dulu, zaman kita suka nak tuliskan biodata dalam buku kawan yang beriya nak kumpul. Ataupun tak silap aku, biodata ni perlu ditulis tatkala kita nak mendaftar ke mana kelab sekolah (tak silap la). Pada biodata tu, kan ada sebuah ruang di dalam biodata yang menjadi antara soalan paling puaka susah dan sukar bagi aku untuk dijawab. Ruang itu diberi nama, cita-cita.

Bukan kerana susah nak jawab sebab ada formula istimewa. Cuma time tu tak pasti pilihan jawapan yang aku beri bagi menggambarkan cita-cita aku itu adalah benar ataupun tidak.

Aku sendiri masa tu, jika ditanyakan soalan tentang apa aku nak jadi tatkala aku besar, jawapan aku seringnya bertukar-tukar. Hari ni, aku akan katakan yang aku ingin menjadi seorang peguam. Esok jika ditanya lagi, aku akan katakan nak jadi seorang juruterbang. Lusa kalau kau rajin dan tanya lagi, aku mungkin akan kata nak jadi macam Power Rangers colour merah.

Namun begitu, bermula aku masuk tingkatan 3, aku dah ada cita-cita. Bila orang tanya bila besar nak jadi apa, aku dengan muka habis confident, sambil tenung mata yang bertanya dalam-dalam akan jawabkan yang aku mahu menjadi seorang Arkitek.

Sumpah masa tu aku rasa aku sangat cool sebab percayalah cakap aku, lebih separuh lagi budak lain yang sebaya dengan aku pun tak tahu esok besar nak jadi apa. Masing-masing mesti jawab randomly ataupun akan bagi jawapan paling cliché dalam dunia iaitu ‚Nak jadi orang yang berguna‛.

Blergh.

Dan aku sendiri, sudah ada cita-cita masa tu. Dah nampak dah sebuah matlamat yang perlu aku capai. Happy-nya aku masa tu, lain macam. Rasa macam separuh dari diri aku dah berguna untuk masyarakat.

SPM tamat dan aku masih lagi dengan cita-cita nak menjadi seorang Arkitek yang hensem dan berjaya. Tibalah masanya untuk aku daftarkan UPU (sebuah aplikasi laman sesawang milik kerajaan untuk mendaftarkan Universiti mana yang kamu mahu teruskan pengajian). Dan ketika itulah, aku berjaya melakukan sebuah silly mistake.

Walaupun aku bercita-cita masa tu, sayangnya aku masih lagi tak berilmu (ataupun sekurangnya memilik ilmu yang sepatutnya). Aku cari dalam UPU tu course yang bertajuk Asasi Arkitek. Tiada. Gagal jumpa. Aku hampa. Yang aku jumpa masa tu hanyalah asasi seni bina. Euw, asasi seni bina? Macam kursus untuk orang nak bina arca je. Aku abaikan. Masa tu, dah dapat rasa macam impian bakal berkubur.

Tatkala itu, ramai yang sarankan untuk aku masuk saja ke kursus Jurutera Awam. Dikhabarkan ianya sama sahaja dengan arkitek. Aku memberontak. Taknak. Aku nak juga Asasi Arkitek! Sampai hentak-hentak kaki jugak perginya.

Dan pada suatu hari, seseorang yang aku tidak ingat siapa (bagus sebab kalau aku masih ingat, mahu kucar-kacir dia menyorok sebab aku akan tumbuk rusuknya paling kurang dua kali) memberitahu yang jika aku mendapat 4 flat semasa aku di matrikulasi, maka aku boleh ambil sijil Ijazah dalam bidang Arkitek. Aku punya gembira sebab dijumpakan jalan tu serupa orang hilang akal. Nyaris saja aku bermabuk, namun aku sedar, nak bermabuk perlukan wang. Aku tak berwang. Bukan beruang! Berwang!

Jadi ketika aku, aku nyatakan ‘Challenge Accepted’.

Silap aku kerana assume matrik itu mudah. Sebab di matrik, kamu cuma mengaji 3 subjek je. Apa yang susah sangat nak matinya kan?

Disitulah bermulanya penyesalan demi penyesalan untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience