#4 Segala Apa pun... (Bahagian Akhir)

Other Completed 1915

#4
Segala apa pun, ianya bergantung kepada perspektif si pemerhati (Bahagian Akhir)

Matrikulasi bukan kesalahan.

Ianya pembetulan.

Di matrikulasi, aku sedar yang aku bukannya manusia genius. Yang boleh goyang kaki ponteng kuliah kemudian skor 4 flat sambil senyum menganjing kepada kawan-kawan yang tak berapa pandai. Hakikatnya, aku cuma manusia biasa yang tak genius. Maka, aku sepatutnya sedar diri dan mula buka buku untuk ulang kaji pelajaran sekarang.

Matrikulasi bukan penamat.

Ianya pengenalan.

Di matrikulasi, aku kenal beberapa insan yang begitu istimewa. Dan ada di antara mereka ialah rakan-rakan kelas ku sendiri semasa di Matrikulasi. Mereka awesome. Mereka semua awesome.


Matrikulasi bukan penyesalan.

Ianya pengajaran.

Selepas aku dapat result untuk matrikulasi, aku rasakan hidup aku masa tu paling gelap. Aku rasakan sebuah kegagalan yang aku tak pernah hadapi ataupun jumpa selama ini. Aku rasa akulah manusia paling benak. Aku rasa akulah manusia paling bodoh. Di hadapan ibu, aku menangis. Sampai hati aku hancurkan harapan dia.

Aku mendapat pengajaran bahawa gagal sekali, bukan bermakna gagal selamalamanya. Sebab walaupun aku tidak mendapat result yang awesome di matrikulasi, namun hidup aku tidak terus merempat. Aku masih lagi tidak hisap dadah dan minum arak sampai buncit tanda kecewa dengan hidup dan diri sendiri. Perlahan-lahan, aku hadam kegagalan ini dan aku jadikan ianya sebuah pengajaran yang paling pahit dalam hidup aku selama ini.

Dengan perspektif baru ini, aku berjaya nampak…

…yang di matrikulasi, aku bukan belajar mengejar cita, namun aku belajar

mengenali diri dengan lebih sempurna.

Dan itu merupakan sebuah course pengalaman hidup paling berguna yang pernah aku hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience