Perjumpaan kedua

Drama Series 2367

Cuti telah pun berakhir. Mimy mengejutkan aku untuk pergi ke kerje. Kereta Honda City berwarna merah kepunyaan syuu. Mimy menaiki satu kereta bersamanya.

Mereka gerak awal dari aku. Jadi, terpaksalah aku menaiki uber atau grab.

Sesampai di tempat kerja aku, aku terus masuk ke pejabat. "Haa tu pun kau. Weh nanti lunch teman aku boleh?" Ujar rakan sekerja ku sharmin. "Sorry shar, aku ade banyak kerja yang nak kena buat. So aq pergi lambat sikit la." Balas ku. "Ouh takpelah aku ajak khai jelah." balasnya pula.

Waktu lunch telah hampir setengah jam. "Perut rasa lapar pula. Hurm... Bawa jelah separuh nanti sambung kat sana." Bisik hatiku sambil mengemas barang. Aku berjalan keluar dari pejabat dan terus ke cafe berdekatan.

Semasa aku berjalan ke selekoh dinding kedai, aku terlanggar seorang lelaki yang berjalan dihadapan dengan aku dan jatuh serentak. "Opps sorry. Awak okey?" Ujarku sambil mengemas kertas yang bersepah. Dia terus bangun dan berpaling kearah aku. "Eh awak ni macam pernah nampakla." Ujarnya. "Tahlah saya tak ingat." balas aku. Dia pun menolong aku mengemas kertas tersebut. Selesai mengemas semua kertas, dia pun bersuara "Haa baru saya ingat. Awak kan yang kena ragut haritu. Yang saya tolong awak tu." "Oh awk ke..."balas ku. "Awak, boleh teman saya pergi minum?" ujarnya. "Um... Sure but not too long." balas ku. "Okey Sayang." balasnya dengan muka tersengih-sengih. Aku hanya abaikan dan berjalan bersamanya.

Tiba di suatu tempat dia hilang dari pandangan ku. Aku hanya berdiri menunggunya , mungkin dia ke tandas.

Situasi di dalam sebuah kedai, lelaki itu bersama seorang wanita yang menariknya sebentar tadi ke dalam kedai tersebut. lelaki itu sedang bercakap dengan wanita itu. "U nak apa lagi. Jangan cari I lagi lepas ni boleh?" Lelaki itu bersuara dengan perasaan yang geram. "U tau kan I masih sayangkan U kenapa U jadi macam ni.' balas wanita itu dengan nada yang manja. " Eii u jangan sampai I hilang sabar. U memang tak paham bahasa ke?! U pergilah dengan laki baru U tu. Teruskan apa yang u nak buat tu. " balasnya marah. "U kenapa nak marah-marah I ni." lalu memegang lengan lelaki itu. "Hey lepaslah U ni apahal... Jap bagi sini Phone U. " "U nak buat apa?" "Bagi jelah!" Tegas lelaki itu dan perempuan itu pun menghulur telefon bimbitnya. Lelaki itu merampas "Tengok sini. I taknak U ade kena mengena dengan I lagi." balasnya lalu membuang nombornya dari telefon wanita itu. " No!" Jeritnya dan terus rampas telefon bimbitnya. Lelaki itu terus keluar dari kedai tersebut.

Baru aku persan kehadirannya , tiba-tiba ada seorang wanita menarik tangannya. Aku terus pergi dari situ dan terus ke pejabat semula.

"U nak ape lagi. I tak akan bersama U lagi paham." marahnya lagi dan terus tinggalkan wanita itu di belakang. Dia dapati aku tiada disitu. "Argh!" dia merungut. "Kenapa ni?" Soal wanita tadi. "Tak payah sibuk lah. Bukan hal kau!" Lelaki itu memarahi lagi lalu terus ke kereta lelaki tersebut.

Di pejabat aku teringat tentang peristiwa tadi. "Sapa perempuan tu?. Soalku dalam hati.
"Woi Pikir pasal apa tu?!" Usikkan shar membuat aku sedar ke alam realiti. "Takde papelah." balasku ringkas. "Yeke... ke pasal cinta." usiknya lagi. "Ish kau ni ada-ada je." lalu menepuk bahunya. "Ok lah aku nak sambung buat kerja balik." ujarnya pula. "Hmmm yelah."sambil menyambung kerja yang belum siap.

Jam menunjukkan pukul 9.50mlm. Masa untuk pulang. Aku mengemas barang dan terus menuju keluar pejabat. Hampir setengah jan aku menunggu, satu teksi pun takde. Tiba-tiba ada satu buah kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan ku. Dia membuka tingkap dan bersuara. "Nak tumpang? soalnya. "takpelah. Saya dah call teksi." balasku. Dia terus keluar dari kereta dan menyelak rambutnya lalu memaling kearahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience