Pada suatu petang, Naz mengajak aku menemaninya main Roller Blade. Aku tak reti main sangat tapi dia reti dan dia dah lupa macam mana nak main sebab dah lama tak main so aku ajar la dia sikit. Kami bermain dengan seronok hingga penat.
"Huh penatnya. Hebat juga skill awak tu. Saya tak reti nak buat semua tu." ujar ku. "Alah sikit-sikit je. Besok kalau ada masa boleh main lagi saya ajar awak okey." balasnya sambil tersenyum. "Dahlah jom balik." ujar aku. "Alah dah nak balik ke, kejap lagi lah." balasnya sambil buat muka yang tak berapa nak comel tu. "Pikir comel ke?" soal ku. "Comel. Awak lagi comel." Balasnya lalu duduk di sebelah aku dan meletakkan kepalanya di bahu ku. "Eii... Berpeluh macam tu nak sandar. Kalau dah kahwin bolehlah." balasku sambil menolaknya. " Kalau macam tu cepat² lah kita kahwin." ujar naz. "Dahdah awak dah penat ni, jom kita balik k, besok boleh sambung." ujar ku. "okey. sweetheart. Asalkan saya boleh lindungi awak." Balasnya lalu menarik tangan ku. Aku bangun dan berjalan kearah kereta seberang jalan.
Sewaktu aku sedang melintas, aku melintas keseorang. Ketika itu naz sedang beli air di sebuah lori. Apabila aku betul² berada di tengah jalan, tidak jauh dari situ ada sebuah kereta yang laju kearah aku tanpa disedari.
Selesai membeli air, naz berpaling kearah aku dan ternampak kereta tersebut. Naz terus berlari kearah aku. "Isya! " jerit naz. Aku dengan sekilas pandang naz menghampiri aku dan....
BEEP... BEEP... BEEP... Naz membuka mata perlahan. Kedengaran seperti bunyi mesin nadi di hospital. Dia melihat sekeliling. Tiba² ada seseorang masuk kedalam bilik naz. "Are you okey?" sapa lyssa. "Apa kau buat kat sini? Macam mana... Kau..." Naz terasa curiga. "I yang call ambulan suruh hantar U kat sini." kata lyssa. "Keluar.. U call ambulan ke, call sapa ke... Aku tak kesah. Sekarang aku nak kau keluar. Keluar!" Tegas naz. Kemudian doktor dan nurse masuk. "Doktor, tolong halau dia keluar saya rasa nak mati bila dia ada kat sini." ujar naz. "Bertenang. Cik lyssa boleh beredar sekarang. Kami nak periksa dia dan tolong lepas ni jangan datang sini lagi. Ini peritah untuk keselesaan pesakit.." ujar Doktor mirza. "Tapi..." belum sempat lyssa habiskan kata. "Tapi apa lagi? Aku taknak kau datang sini lagi! Tak paham² ke? Ke nak tunggu aku mati baru paham!" tegas naz. Lyssa terus keluar dari situ. "Aku tak akan lepaskan kau macam tu je." bisik hati lyssa lalu tersenyum sinis.
"Cik naz, kamu dah boleh keluar esok tengah hari. Keadaan kamu semakin stabil. Jadi rehat dulu ye." ujar Doktor Mirza. "Doktor macam mana keadaan kawan saya?" Soal naz "Oh. Maafkan kami, dia masih dalam keadaan koma dan masih belum sedarkan diri. Tapi kami akan cuba yang terbaik. Saya minta diri dulu ye." ujar doktor mirza dan meninggalkan nurse yang sedang menulis tentang maklumat doktor bersama naz. "Maaf kawan perempuan saya wad ke berapa ye?" soal naz. "Oh. Dia masih di ICU sedang menjalankan rawatan. Besok akan dipindahkan ke wad 22."balas nurse lalu pergi dari sini. Naz bangun dan duduk di penjuru katil. "Aku syak ni mesti kerja lyssa. " bisik hati naz.
Share this novel