Ragut

Drama Series 2367

Cuaca harini agak panas. Jam menunjukkan pukul 2.30ptg. Aku berjalan di lorong lot kedai untuk membeli stok makanan di rumah sebab rakan serumahku syuu aku untuk membelinya. Syuu seorang yang penyayang dan rajin.

Pada masa aku ingin melintas di sesuatu lorong yang agak kelihatan sunyi. Tiba² ada sesuatu yang menarik aku dari belakang dengan kuat hingga aku jatuh terduduk. Apabila aku melihat ke belakang rupanya ada peragut telah meragut beg aku. "Tolong! Tolong! Ada peragut!"jerit aku. Kebetulan ade seorang lelaki perasan tentang kejadian kejap tadi. Dia terus mengejar peragut itu.Mereka berlari menuju ke lorong belakang kedai. aku terus bangun dan mengekori mereka.

"Woi! Bagi balik beg tu!" Jerit lelaki itu. Peragut itu berhenti dari lari dan memaling kearahnya. " Oh kau nak beg ni ye?" soal peragut itu. Lelaki itu menghampiriperagut itu lalu menumbuk pipinya dengan kuat. Peragut itu melepaskan beg itu ke tanah. " Oh kau main kasar nampak , kau piki rkau boleh lawan aku!" Peragut itu marah lalu menolak dada lelaki itu hingga terjatuh. Sebaik sahaja lelaki itu bangun untuk merampas beg itu , peragut itu mengeluarkan pisau lalu terus menoreh tangan kanannya. " Aduh!" lelaki itu bersuara akibat sakit. Peragut itu melarikan diri.

Aku menghampirinya. " Awak okey?" Soal aku cemas. "Eh takdelah, sakit sikit je ni. Ahh.... Nah ni beg awak." jawabnya lalu menghulur beg aku. "Terima kasih. Tapi awak kena pergi klinik cuci luka tu." Ajak ku. Dia hanya mengangguk dan kami berdua terus bergerak ke klinik berdekatan.

Selapas cuci luka dan balut , dia terus keluar dari bilik rawatan." Terima kasih." Ujar lelaki itu. "Sama-sama." Balasku
"Awak okey ke?"
"Saya okey tapi awak yang macam tak okey."
"Saya okey je sikit je ni." balasnya sambil tersengih macam kerang busuk. "Okeyla saya nak kena pergi ni. Ubat klinik tu saya dah bayar nanti ambil ye. Bye." Ujar ku dan terus berlalu pergi. Belum sempat dia ingin bercakap apa-apa, aku terus keluar dari klinik itu dan teringat tentang tujuan aku ke sini. Selesai sudah membeli barang. Aku terus pulang ke rumah. "Lamanya." Syuu bersuara sambil mengambil barangyang aku beli. "Erm.... Jalan jem." balas aku. "hmm yelah." Aku terus ke bilik dan mandi. Kemudian aku menuju ke bilik mimy, rakan serumah yang gila-gila orangnya tapi takdelah over sangat.

"Woi bangun la. Tidur je kerja kau." Usik ku membuat mimy terbangun. "Terkejut aku. Lain kali kejut la elok-elok." Mimy memarahi ku lalu mengambil bantal menutupi mukanya dengan bantal. "Amboi taknak makan ke? Syuu masak sedap tau." Ajak ku. 'Haa yeke." Terus membuka mata . "Kot ye pon pergi la cuci muka tu dulu." Mimy bangun lalu menuju ke bilik air.

Aku berjalan menuju ka dapur. "Ui dah siap ke?" Usik ku. "Kau ni kan sabar la sikit. Kejap lagi siap la." Balas syuu. "Hehe."Malam itu kami bertigam makan malam bersama. Harini hari cuti dua hari. Aku bekerja di sebuah syarikat penulisa. Mimy mempunyai butik dan pekerja sendiri. syuu pula seorang pensyarah. selapas makan aku terus ke bilik manakala mimy dan syuu menonton televisyen.

"Siapa la jejaka yang monolong aku tadi. Dahlah baik. Handsome . Kalau dapat jadi kekasih dia mesti best. Kalau ada rezeki dapat lah jumpa dia lagi." bisik hatiku lalu memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience