Sesuatu yang menakjubkan

Drama Series 2367

Keesokkan malam. Aku bersiap di dalam bilik, jam mununjukkan pukul 9.28 mlm.

Tiba² ada seseorang buka pintu bilik aku dan terus masuk ke dalam. "Ish kau ni kan, main masuk je." Tegas aku. "Sorry... Jap, kau bersiap ni nak pergi mana haa?" soal mimy. "Adalah." balas ku. "Ouh paham. Mesti pakwa kan." ujar mimy. "Tau² je kau ni." balasku sambil tersenyum. "Well, mimy kan..." balasnya dengan sinis." Mesti handsome kan? Apa nama dia? Dia kerja apa? " soal mimy. "Banyak pula soalan kau en. Syuu mana, senyap je." balas ku. "Tadi lepas dia hantar aku balik, dia kata nak jumpa ngan tunang dia jap." balas mimy.

Tiba-tiba kedengaran hon kereta. "Haa tu dah sampai." Ujar mimy. "Okeylah bye. Jumpa balik nanti." balas ku dan terus keluar dari bilik. Mimy mengekori aku dari belakang. Aku buka pintu rumah, dia berdiri di sebelah kiri kereta sambil memandang aku. Aku terus kearahnya dan dia membukakan pintu kereta. Mimy melambai aku.

"Kawan serumah ye." Naz bersuara. "Yes." balas aku bersahaja. Dia membawa kereta ke sebuah kedai makan istimewe. Sampai disitu aku keluar dari kereta, naz mengunci kereta dan berjalan di sebelab aku.Aku mengambil tempat duduk lalu datang seorang pengambil order. Selepas itu kami berborak.

"Awak saya nak cakap something ni." Ujar naz. "Apa?"soal ku. "Sebenarnya saya dah rasa sesuatu dengan awak." balasnya. "Rasa apa?" soal ku pelik. "Rasa sayang." balasnya selamba sambil tersengih macam kerang busuk. Aku tidak menghiraukannya. "Saya cakap betul lah." Balasnya lagi. "Awak tak sayang saya ke?" Soalnya pula. "Tahlah." balas ku bersahaja. Dia hanya tersenyum dengan gelagat aku.

Kami sering berjumpa sejak kebelakangan ini. Pada suatu hari, kami bersembang di sebuah restoran. "Awak." Ujar naz. "Yes."Balas ku. "Saya nak bawa awak ke satu tempat ni. Mesti awak suka." ajak naz. "Kemana pula. Jangan yang bukan² sudah." balas aku. "Eh takda lah." balasnya sambil tergelak. "Pelik betul dia harini." bisikku dalam hati.

Dia membawa aku kesebuah taman yang cantik. "Wah mana awak tahu tempat ni. Saya tak tau pun... Cantiknya." ujar aku. "Saya tahu tempat ni sebab awak." balasnya lalu duduk di sebuah bangku bersebelahan kolam ikan. Aku pun turut sekali. Dia hanya merenung aku dari tadi. "Oi awak ni apahal." tegasku. "Haa sorry, buat awak tertunggu. Awak cantik harini." balasya. " Tunggu? Tunggu apanya kan saya ada kat sebelah ni." Soal aku. "Hehe. Awak, dah tiba masa untuk awak tahu." katanya lalu berdiri. Aku pelik dan hanya menyaksikan apa yang dia cuba lakukan. Dia menyelok poket kanannya dan duduk disebelah aku semula sambil menghulur sebentuk cincin. "Sudi tak saya nak jadikan awak kekasih saya, supaya saya dapat kenal awak lebih dalam." Ucap naz bersungguh-sungguh. Aku terdiam seketika dan terkejut dengan kelakuannya harini. Adakah aku bermimpi. "Saya serius ni." katanya lagi. Aku hanya tersenyum lalu menyarungkan cincin tersebut. "Sebenarnya pertama kali saya nampak awak, saya tak sangka yang saya sanggup tolang awak. Sebenarnya saya seorang yang sombong tetapi bila saya nampak awak saya rasa awak tu penting untuk saya. Saya sangat mencintai awak, isya." katanya penuh bermakna. "Saya pun cintakan awak naz." balas ku sambil tersengih. Kami berbual seketika. Kemudian dia menghantar aku pulang.

"Bye. Sweetheart." ujar naz. "Bye." balas aku dan terus masuk ke rumah.

Di dalam rumah. Mimy dan syuu menonton tv bersama.. " Oi." panggil ku. "Hang baru balik. Tak prasan pula." balas mimy sambil makan kentang goreng. Aku mengambil tempat dan duduk di sofa. "Korang nak tau something tak?" Soal ku. "Haa apa dia cakap jelah kitorang dengar." balas syuu. "Hmm... Dia lamar aku jadi kekasih dia tadi. " Kata ku. "What?!" syuu terkejuy. "Biar betul." Mimy pula bersuara. Aku menunjukkan cincin ku kearah mereka berdua. "Wow sweetnya korang." ujar syuu. "Apa nama dia. Dapat tau nama pun jadi lah. " ujar mimy pula. " Nama dia... Nazmi panggil naz. Dia sebaya aku but dia tinggi dari aku." balas aku. "Serius ah." syuu terkejut lagi. " Mesti handsome kan." mimy balas. "Boleh lah." Mana gambar dia, boleh aku tengok." ujar mimy. "Tu nanti dulu." balas aku. "okeylah." balas mimy. "Pergilah mandi pastu boleh tengok tv sama². "ujar syuu. Aku terus ke bilik dan mandi lepastu aku ke ruang tamu. Kami berbual dengan rancak hingga ke tengah malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience