Series
4214
~~'MINTA PERHATIAN KEPADA SEMUA TERUNA-TERUNA DI LUAR SANA YANG BERPANGKAT 27 TAHUN KE ATAS. DI SINI ADA SATU PENGUMUMAN... Suelu Gembat atau lebih mesra dipanggil Sue, berumur 25 tahun dan berstatus bujang. Jantina?... sudah semestinyer dia seorang perempuan a.k.a. 'KUMANG SARAWAK'. Dia merupakan anak sulung kepada Tuai Rumah Panjang iaitu Tuan Gembat, orang yang paling dihormati di rumah panjang Ng. Jelai. Selain itu, dia mempunyai seorang ibu yang penyayang lagi pemurah yang dikenali sebagai Pn. Rose dan dua orang adik... satu pompuan, satu lelaki... yang paling tua diberi nama Suziey Gembat, nama comelnya ialah Ziey, berumur 24 tahun dan yang paling bongsu dianugerahkan oleh Tuan Gembat dengan nama Simone Gembat a.k.a. Sim, berumur 7 tahun. Sue juga memiliki di ploma bagi jurusan pertanian dan perdagangan. Kini dalam usaha mengejar impiannya yang ingin menyambung legasi turun-temurun datuknya dalam perusahaan lada. Kalau ada peluang, dia berhasrat untuk memperkembangkan perusahaan ini hingga ke persada dunia. Moga-moga tercapai.Amin. Di samping itu, dia sangat meminati Shah Rukh Khan. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH HUBUNGI TUAN GEMBAT DALAM TALIAN 019-8571*** UNTUK MAKLUMAT YANG SELANJUTNYA. SEKIAN TERIMA KASIH>.
Share this novel