Bab 2

Short Story Series 4059

Suelu memandang jamnya. Pukul 7.30 a.m. Sudah setengah jam dia menunggu teman sekerjanya. Janji pukul 7, tapi masih juga belum datang. Ini memang mengundang kemarahan Suelu. Dia memang pantang kalau ade orang yang tak menepati masa. ARGH!! GERAMNYER!

"Tenang... tenang... Sue " ucap Suelu perlahan- lahan. Tidak mahu dia marah- marah pada pagi yang cerah itu. Kata neneknya, rezeki takkan masuk kalau marah-marah pada awal pagi. Ya ke? Takde lah... Inik Suelu ni cuma nak menakutkan cucunya saje. Tapi bila difikirkan lagi, logik juga. Yelah... Bayangkan kalau marah pada awal pagi, comfirm tak fokus buat kerja. Kesimpulannya, rezeki tak masuklah! Gaji pun menurun. Tak ke kite juga yang rugi.

"Hoi!" sergah satu suara. Suelu terperanjat beruk. Kacau daun betullah. Baru sajer nak berangan jadi Priyanka Chopra.

"TIMOTHY! Baru sekarang aw..." Suelu belum habis membebel, tiba-tiba Timothy menekup mulut Sue dengan tangan.

"SHH!! You ni... Sue... kan I dah bagitau You, panggil I Mimy. Banyak kali I bagitau you, call me M.I.M.Y. Tapi you ni degil tahap 4 betul la. Suka sangat panggil I Timothy. Tak suka tau," lelaki itu berpeluk tubuh. Marah. Pantang kalau kawan-kawannya memanggil dirinya dengan nama Timothy.

'AIK! Bukan ke aku yang sepatutnya marah? Sekarang dia pula yang marah,' bisik Suelu. Tiba-tiba dia rasa lucu pula. Ketawa terbahak-bahaklah jadinya. Amboi, lupa dunia nampak!

"YOU!! I marah ni, pujuklah..." Timothy mengetap bibirnya. Kawan tengah merajuk, boleh pulak dia ketawa.

"Eeee!! I cubit pipi tu kang," ugut Timothy, tapi Suelu masih juga ketawa. Tiba-tiba bagaikan satu pukauan, Timothy pula turut serta ketawa. YEPIYEI! Taktik Suelu berjaya. Hehehe...

Kemudian suasana menjadi diam. Malaikat lalu. 10 saat selepas itu, dua orang itu kembali ketawa. Nasib baik la kedai mamak tu takde pelanggan. Kalau tak... entah apelah yang akan jadi.

"Okey, mulau saat ini... Saya Suelu Gembat berjanji akan memanggil nama awak, Mimy," janjinya.

"Janji tau,"

"Awak pun mesti janji jangan tinggalkan saya sorang-sorang. Suka sangat datang lambat," beritahu Suelu.

"I bukan sengaja tau. Tadi traffic jam... yelah ape orang putih cakap tu... err... blue..." Timothy menggaru kepalanya. Entah ape la yang hendak dicakapnya.

"Blue Moon," balas Suelu.

"Dahlah I lapar la, order makan, jom," ajak Timothy. Suelu menganggukkan kepala tanda setuju.

Siape Timothy tu ye pembaca sekalian? Ha! Timothy Timmy ni kawan Suelu sejak kecik. Jangan salah faham... walaupun Timothy ni lembut, tapi sebenarnya dia ni berhati jantan. Dia satu-satunya anak lelaki dalam lima beradik. Bermakna dia ada empat orang kakak. Sebab tu la dia sedikit keperempuanan. Bagaimana Timothy dan heroin dapat bertemu? Macam ni ceriternya, masa zaman sekolah dulu, Suelu ni slalu jadi mangsa buli. Tapi sejak Timothy berpindah sekolah ke Ng. Jelai, Suelu tidak lagi memegang pangkat mangsa buli. Sebab ape? Sebab... Timothy le. Jangan tidak tau, Timothy ni handal wushu. Maklumlah peminat Jackie Chan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience