Bab 4

Short Story Series 4059

Kepalanya digaru. Serabut pemikirannya. Masih tinggal sebulan lagi, sebelum Datin bertindak. Matanya tidak henti-henti menatap gambar usang itu. Budak perempuan berpakaian gaun putih bereben merah itu seperti pernah dilihatnya. Tapi entah dimana. Dipejamnya mata rapat-rapat, otaknya mula memproses.

"ARGH! Kalau duduk jer, manakan nak dapat hasilnya. Sampai ke tua lar Tuan Muda menanti cinta. Tak boleh jadi ni. Aku mesti siasat betul-betul," beritahu Suelu pada dirinya.

"Adoi!" Suelu segera menoleh ke belakang. Bahunya dicuit. Sakitnya bukan kepalang. Ni mesti kerja kawannya yang satu tu. Siapa lagi kalau bukan Timothy Timmy. Cubitannya memang berbisa. Amboi! Hihihi...

"Yang you ni buang tabiat je ape? Cakap sorang-sorang. Patah hati?" soal Timothy sambil bercekak pinggang. Wajahnya agak men'jengkel'kan. Tidak jadi pulak Suelu hendak marah. Yeee! Simpan dalam hati jelah. Beruntung ade peneman macam Timothy ni. Hilang segala reaah dalam hati. Suelu tersenyum, Timothy pulak berasa aneh dengan sikap kawannya itu. Memang buang tabiat budak ni.

"Ha, apehal ni Mimy? May I help you?" tanya Suelu. Selalunya waktu-waktu kerja macam ni, Timothy ni memang susah nak angkat kaki pergi mencari Suelu. Yerlah... pekerja berdedikasilah dikatakan.

"Amboi, si minah sorang ni! Sudah lupa keer? Hari ni kita ade pekerja baru datang.So... miss Suelu Gembat, kite kenalah pi sambut. Tuan Muda kan dah bagitau you semalam. Ha! Ni mesti lupa... ke you ni nyanyuk tahap lima? Or... ermmm... ape ye orang putih slalu cakap tu erkk? Oh, Alzheimer!"satu jentikan singgah di dahi Timothy.

Tak semena-mena, suara soprano Timothy memecah keheningan pejabat pada pagi itu.

"Nak saya jentik lagi? Kali ni saya pakai double fingers punya. Nak?" beritahu Suelu yang cuba menahan ketawanya. Lucu pulak rasanya melihat reaksi Timothy.

"YEEE! Sakit tau!" omel Timothy. Dahinya diurut.

"Udah-udah. Jom pergi bilik mesyuarat. Nanti lambat pulak," dalih Suelu. Memang Suelu tak nafikan lagi, dia ni jenis yang pelupa. Patutlah semua tempat duduk rakan-rakan setugasnya kosong. Rupa-rupanya, pergi bilik mesyuarat sambut kedatangan pekerja baru. Inilah tradisi syarikat Henderson Holding Sdn.Bhd. yang lain daripada yang lain. Respect is the number one. Cehwah!

Sampai sahaja di bilik mesyuarat, Suelu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Pn. Laila, ketua seksyennya. Timothy pulak di sebelah kanannya. Memang tak boleh berenggang la dua sahabat ni. Kalau ada Bella, pasti mereka bertiga ni bagai kumpulan penyanyi trio yang sentiasa bersama. Mana tidaknya, ikatan pertalian persahabatan mereka sudah terikat sejak zaman kanak-kanak lagi. Dicincang berkali-kali pun, air itu tidak akan putus. Cumanya, Bella masih melanjutkan pelajarannya. Impiannya mahu sampai ke tahap PHD. Moga tercapai.Amin.

Sebaik sahaja pintu bilik mesyuarat dibuka, keadaan seperti pasar ikan tadi berubah menjadi sunyi sepi. Tuan Muda yang sentiasa segak bergaya melangkah masuk dibuntuti oleh empat orang wajah-wajah baru.

Suelu membulatkan matanya. Terkejut ke dia? Gelisah? Resah? Semuanya bercampur-aduk.Segera dia menyembunyikan badannya yang kecil molek di sebalik tubuh Pn. Laila. Jejaka cina yang berada di sisi Tuan Muda amat dia kenal. Kisah sebelas tahun yang lalu kini kembali menghantuinya. Jejaka pertama yang berjaya menggetar jiwanya.

"You ni dah kenapa? Nampak hantu kak Limah ke?" soal Timothy. Hairan dia melihat Suelu yang tertunduk-tunduk, tersorok-sorok. Suely segera memberi isyarat mata kepada Timothy agar melihat ke hadapan. Timothy pun menurut anak mata Suelu lalu...

"SENIOR!!" alamak, suara soprano Timothy terlepas lagi untuk kali yang kedua. Kali ini semua mata tertumpu ke arah Timothy yang tersengih-sengih.

"Sorry, you alls. Danny Wong, senior I dulu. Hai, Danny!" jelas Timothy sambil tangannya tidak henti-henti melambai ke arah Danny Wong. Jejaka cina itu membalas dengan anggukan machonya ditambahkan lagi dengan senyuman Hotnye. Aduh, patutler Si Heroin kite ni tertarik. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan rakan seperjuangannya suatu masa dahulu dan kini bakal bergelar rakan setugasnya. Tidak juga dia perasan ade lagi sorang di situ. Hehehe...

Tuan Muda tersenyum, " Jangan risau,Mimy. Lepas ni dapat la awak lepaskan rindu awak kepada senior awak sebab Danny Wong bakal menjadi Ketua Seksyen kumpulan awak..."

"... dan Pn.Laila telah pun dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pemasaran Henderson Sdn. Bhd." umum Tuan Muda. Setelah pengumuman itu selesai, bunyi tepukan dan sorakan memenuhi ruang bilik mesyuarat. Timothy membulatkan mata. Suelu pejamkan mata. Entah ape yang patut dibuatnye. Tiba-tiba hatinya diselubungi rasa sedih. Pasti dia merindui saat-saat bersama Pn. Laila. Dalam pada masa yang sama hati Suelu tidak keruan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience