Bab 3

Short Story Series 4059

Malam itu, Suelu tidak dapat tidur. Serabut pemikirannya. Dia pening memikirkan tugas yang diberikan oleh Tuan Muda. Apa yang patut saya buat, ye?

Jom kite flashback 7 jam yang lalu, di tempat kerja Suelu...

"Tugas ape yang Tuan Muda hendak bagi pada saya," tanya Suelu sopan sebaik saje masuk ke dalam bilik kerja Tuan Muda. Sempat juga dia memerhatikan keadaan di situ. Kemas, teratur, dan bersih seperti selalu. Satu habuk pon takda.

"Oh, Suelu... Duduklah dulu," pinta Tuan Muda lalu dia berkalih semula ke arah skrin komputernya dan satu persatu perkataan ditaipnya. Sibuk nampak.

Tapi sebelum itu, biar saya memperkenalkan Tuan Muda dahulu. Namanya Mathew Henderson. Seorang businessman yang berjaya. Orangnya baik dan selalu buat amal kebajikan. For your information, Tuan Muda masih muda dan bujang. Sememangnya dia menepati ciri-ciri lelaki idaman semua wanita. Wajah ade iras-iras Robert Parkinson sikit. Gayanya pasti membuatkan semua wanita terpikat. Suelu terpikat ke? Hehehe... 10% jer. Dia tidak berkenan pun, tapi dia sangat menghormati Tuan Muda. Muda-muda lagi sudah bergelar usahawan.

"Tugas kali ni, bukan sebarang tugas..." tutur Tuan Muda dengan nada yang serius sekali. Seperti selalu. Tangannya masih sibuk menaip.

"Tugas awak... bantu saya cari gadis... sekejap... yep siap sudah laporan saya," setelah selesai menaip, dia mengambil sesuatu dari dompet berjenamanya itu.

'Aik! Nak bagi saya duit ke?' bisik hati Suelu.

"Gambar??" Suelu berasa pelik. Tuan Muda tiba-tiba menyerahkan sekeping gambar yang sudah 'usang' kepadanya. Gambar itu kabur dan kekuningan kerana sudah terlalu lama. Di dalam gambar itu ada seorang budak perempuan yang tidak jelas wajahnya. Tapi kenapa dia berasa seperti pernah berjumpa dengan budak perempuan itu. Dejavu ke?

"Tugas awak, bantu saya cari pemilik gambar ni sebelum 30 September," beritahu Tuan Muda.

"HOO... Ni nak cari gadis idaman la ni," sakat Suelu. Entah siapalah gadis bertuah yang berjaya menambat hati Tuan Muda. Tuan Muda hanya tersenyum. No commemt.

"Tapi Tuan Muda... kenapa mesti sebelum 30 September? Setahu saya birthday Tuan Muda sudah berlalu," soal Suelu musykil.

"Datin beri saya tempoh sebulan untuk mencari calon isteri.Kalau saya gagal... awak tau kan?" melihat reaksi Suelu yang tersengih-sengih, Tuan Muda sudah tahu yang dia tidak perlu bersusah-payah menjelaskan amaran Datin. Hem... beruntunglah dapat pekerja yang obses dengan drama cinta.

" Kalau Tuan Muda gagal... kena kahwin paksa la ni. Fuhyoo! Dramatic giler la! Kalau macam tu saya setuju,"

JENG! JENG! JENG!

'Nasi dah jadi bubur. Aku ni suka sangat buat keputusan tanpa berpikir dahulur. Tulah... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanyur.' Amboi, bermonolog entah ape-apelah si heroin kiter ni. Bahasa pun tunggang-langgang.

"Tapi... Aku bukannya buat salah. Lagipun menolong orang tu amalan yang mulia kan?" katanya sambil memandang Pooh yang setia menemaninya sejak zaman kecik-kecik lagi. Pooh lah tempat mengadunya tidak kira siang dan malam. Waduh, ngomong sama patung!

"OKEEEY! Misi mencari cinta Tuan Muda bermula!" jeritnya.

"Oooii! Ape Sue jerit-jerit tu? Orang mau tidorlah! Mengigau ke??" omel kawan serumahnya, Bella, yang merangkap BFF kepada si heroin kite ni.

'Opps! Ter-over le pulak...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience