1

Drama Series 1661

Musim perayaan Tahun Baru Cina! Wad lelaki hospital tempat aku bekerja mulai kosong. Banyak bilik-bilik yang tidak berpenghuni. Suasana hening sunyi wad menyeramkan aku. Di sudut kaunter jururawat kelihatan beberapa orang rakan sepasukan sedang asyik bercerita. Mungkin kerana kebanyakan kerja umum telah disiapkan. Jam menunjukkan angka 1.30 petang.

'Cis! Awal betul aku datang hari ni!' , gerutuku dalam hati.

Biasanya aku akan tiba tepat pada waktunya masa bekerja. Jarang sekali aku tiba lebih awal. Cuma hari ini aku dihantar oleh adik lelaki aku kerana dia mahu menggunakan jentera kuningku untuk ke event kolejnya.

Aku lihat pakcik Karim dari bilik 203A sedang mundar mandir dihadapan kaunter. Kiraku sedang berfikir. Mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu. Tangannya ligat mengetuk-ngetuk siku seakan berfikir sesuatu. Semua jururawat yamg sibuk bercerita memandang pakcik Karim. Mereka cuma diam. Hampir seminggu dia dimasukkan ke wad kerana paru-parunya dijangkiti kuman. Dia masih dalam rawatan antibiotik sekarang. Tinggal dua hari lagi sebelum dos terakhir habis. Ah, terlalu cepat aku bercerita.

"Pakcik Karim! Kenapa mundar-mandir ni? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?," soal kak Fay atau nama sebenarnya Faye. Barangkali dia perasan yang pakcik Karim sedang buntu.Pakcik Karim memandang berat kak Fay. Berkerut-kerut dahi serta matanya. Bingung.

"Pakcik tunggu anak pakcik ni nurse. Katanya nak datang. Dah tiga hari ni pakcik tunggu. Makcik kau dah rindu tu katanya," jawab pakcik Karim ringkas sambil tangannya menunjukkan di satu arah. Kak Fay diam sejenak. Dia memandang aku. Kemudian memandang ke arah yang ditunjukkan pakcik Karim. Tiada sesiapa disitu. Aku kaget.

'Kenapa kak Fay memandang aku begitu?'.

"Pakcik ada nombor telefon anak pakcik ke? Nanti saya telefon dia maklumkan hal ni ya. Pakcik masuk bilik dulu dan berehat. Lama-lama berdiri di sini nanti pakcik semput pula", jawab kak Fay dan memapah orang tua itu ke kamarnya. Aku masih lagi duduk di kaunter. Kiraku hendak membuka komputer wad untuk menyemak tiket kapal terbang murah. Ada peluang untuk request cuti pertengahan tahun ini. Bolehlah aku ke Kuala Lumpur menjenguk adik aku yang bekerja disana.

"Sya! Kau cari nombor telefon relative dekat Nota Kes pakcik Karim ni. Cuba hubungi sesiapa dan maklumkan hal ni. Kesian aku tengok pakcik tu. Dah berhari-hari asyik cari anak dia saja," ujar kak Fay selepas siap dia menghantar pakcik Karim ke biliknya. Aku segera mengangguk. Niatku untuk ke komputer terbatal dengan sendirinya dan Nota Kes pakcik Karim aku belek bagi mencari maklumat yang diperlukan. Yes! Ada dua nombor yang tersedia. Masing-masing pemiliknya adalah anak pakcik Karim. Suhaimi!

Aku terus ke kaunter jururawat dan mendapatkan telefon direct line untuk menghubungi nombor tersebut. Punat telefon ditekan dan..

"The number that you dial, is not available at the moment. Please try again later!", jawab si gadis dihujung sana.

Ah! Sudah berkali aku mendail nombor ini. Masih tiada yang menyambut.

Setelah hampir 6 kali aku mencuba dan berkali-kali suara gadis komputer yang menjawab akhirnya panggilan itu disambut. Suara lelaki berada di talian. Aku mengemaskan kotak suara. Suara aku perlu kedengaran lembut dan tegas dalam masa yang sama. Aku bukan gadis digi yang hendak memberikan promosi. Aku adalah jururawat yang bertugas untuk memaklumkan khabar pesakit kepada ahli keluarga. Sekurang-sukarangnya itu yang aku fikirkan. Buat masa ini.

"Helo selamat petang, ini encik Suhaimi ke?", soal aku ringkas.

"Ya selamat petang. Ya saya Suhaimi. Ini siapa ya?," soalnya pula.

Yes! Berjaya dihubungi anak pakcik Karim. Aku harap dia tidak mematikan panggilan dengan segera seperti yang dikhabarkan oleh kawan-kawan yang lain. Kata mereka, anak pakcik Karim ini selalu sahaja mengelak panggilan hospital. Acapkali dihubungi, asyik jawapan yang sama sahaja. 'Nanti habis kerja saya akan datang melawat!'. Namun sudah berhari-hari masih tiada juga berkunjung tiba.

"Encik Suhaimi, saya jururawat yang jaga bapa encik dari wad lelaki Hospital 00000. Saya nak maklumkan keadaan bapa encik".
"Kenapa dengan dia ya? Ada apa-apa yang tidak kena ke?".

"Bukan. Bapa encik pakcik Karim sering bertanya dan mencari encik. Katanya ada hal penting yang perlu diberitahu pada encik sendiri sebelum terlambat", jawabku. Aku cuba menahan senyum yang terukir. Walaupun sebenarnya salah, tapi bagi aku ini perlu dilakukan. Biar anak pakcik Karim ini berasa panik dan sekaligus membuatkan dia akan datang ke sini segera. Kalau aku cuma nyatakan bahawa pakcik Karim rindu, pasti dia akan mengelak lagi dan memberikan berbagai alasan. Aku harap pelan ini berjaya.

"Ya ke? Kenapa dengan bapa saya nurse? Dia sakit tenat ke? Ya Allah! Janganlah kau apa-apakan ayahku. Semoga sempat aku bertemu dengannya!", jawab Suhaimi panik. Kedengaran nafasnya turun naik. Suaranya bergetar. Berdia berharap agar tiada apa-apa yang berlaku.

'Berdoa bagi aku dengar. Dah kenapa?'.
"Ayah saya masuk wad mana nurse? Saya kurang ingat lepas beberapa hari sibuk bekerja. Saya akan ke sana sekarang juga!"

Bingo! Ternyata umpan aku mengena. Aku harap sangat pelan ini berjaya. Ternyata encik Suhaimi benar-benar tidak ambil pusing. Sehinggakan wad bapanya dimasukkan pun dia tidak tahu. Apalagi nombor bilik. Aduh!

"Wad Perubatan Lelaki tingkat 2, nombor bilik 203A!", jawab aku ringkas sambil tersenyum.
"Baiklah nurse. Terima kasih ya!", balas Suhaimi ringkas.

'Nampaknya dari nada suaranya yang agak panik, kiraku pelan ini berjaya. Walaupun cara yang aku gunapakai macam tidak kena, ah! Peduli apa aku. Takkan tunggu bapanya nazak tenat baru mau melawat. Itupun sekadar tandatangan borang pelepasan jenazah. Masa itu semuanya sudah terlambat. Lagipun, bukan si Suhaimi tu tahu aku yang pedajalkan dia. Aku takda bagi nama. Kekeke!'.

"Oh ya! Lupa saya nak ingatkan, pakcik Karim kata. Dah lama dia mengidam makan bubur lambuk masakan kamu. Saya pun tidak pasti apa jenis masakan itu. Kami berusaha mencari di sekitar hospital. Tapi tiada bertemu. Harap kalau kamu tahu mana nak cari, bole bawakan sekali ye. Terima kasih encik Suhaimi!", ucapku sebelum mengakhiri panggilan.

Sebenarnya bubur Lambuk itu tiada pun dikatakan pakcik Karim. Cuma aku ada terdengar beberapa hari lepas bahawa anak pakcik Karim pandai memasak. Jadi semestinya dia tahu apa yang dimaksudkan. Apa lagi orang tua itu asyik meminta bubur Lambuk dari kami. Aku bingung dari mana mau dapatkan makanan permintaan pakcik Karim kerana pihak hospital cuma menyediakan bubur nasi biasa.

Panggilan telefon dimatikan dengan ucapan selamat tinggal. 'Aku harap benar lah si Suhaimi tu akan datang tengok bapa dia'.

Gagang telefon kusimpan kemas. Aku tersenyum. Harap-harap berhasil pelan ini. Segera aku menoleh melihat bilik 203A, bilik pakcik Karim. Hanya bunyi bising televisyen berpasang yag menjadi teman di bilik. Dia duduk termangu di katil sendiri. Usianya yang menjejak tujuh puluh lima tahun, sudah pasti keadaannya tidak begitu baik. Dengan penyakit lelahnya yang seringkali tiba tatkala sejuk, diburukkan lagi dengan jangkitan kuman di paru-paru yang sememangnya berbahaya. Tambahan pula dia mengalami simtom short amnesia. Sering lupa dengan keadaan sekeliling. Kadangkala kencing beraknya juga tidak disedari. Aku kasihan melihat dia. Aku harap anaknya datang lah hari ini. Paling tidak sekadar memunculkan bayang. Yalah tu, kalau setakat bayang manalah pakcik Karim nampak. Harapnya begitu lah!

"Sya! Jom take over, akak nak balik awal ni. Ambil anak dekat taska!", pekik kak Jee.
Lamunan aku terhenti. Aku melihat jam di dinding. 1.55 petang. Kelihatan kak Jee sibuk mengemas Nota Kes. Cuma 4 Nota Kes kelihatan bermaksud cuma 4 pesakit daripada 10. Ah, apakah ini bala atau tuah yang menanti.

Kak Jee kelihatan sibuk. Kerut diwajahnya seakan-akan ada masalah. Nak kesian, dia selalu kenakan aku. Banyak kerja tak siap kalau aku yang take over. Tapi itu yang bagus kerja secara shif. Kau tak siap kerja, pass je kat orang next shif. Kalau kau nak tunggu juga sampai siap semua kerja, memang tak lah jumpa keluarga di rumah. Bak kata pepatah orang 'kerja di dunia ni tidak akan siap biarpun sepuluh tubuh yang bekerja. Hanya iman didada menjadi penguat untuk segala masalah' . Eh! Macam tiada kaitan pula pepatah tu. Whatever lah! Yang penting, kalau tak siap kerja minta baik-baik secara berhemah dengan rakan sekerja. Yang penting kebajikan pesakit terjaga. Chewah!

Kak Jee merengus lagi. "Cepatlah Sya! Dok ngelamun kat kaunter tu buat apa?", jenuh kak Jee lagi. Aku tersentak.

'Eleh, belum pun pukul dua. Dah kelam kabut. Dia selalu lambat tak pulak aku bising!', gerutuku dalam hati.

"Husband akak kerja hari ini. Jadi akak kena ambil anak dekat taska awal. Petang karang kitaorang nak pergi piknik dekat pantai Tanjung Aru. Dah lama akak nak tengok pantai, stress la kerja!," ucap kak Jee tanpa aku soal kenapa dia perlu balik awal. Aku cuma mengangguk faham 'Untunglah ada anak!,'

Sesi Pass Over berjalan lancar. Semua pesakit stabil dan tiada pergerakan cuma masih dalam pengawasan. Petang itu tidak banyak jerja yang perlu dilakukan. Apatah lagi banyak katil kosong.

Sememangnya apabila musim perayaan tiba, kebanyakan wad akan kosong. Semua pesakit menahan rasa sakit mereka semata-mata ingin bersama keluarga tersayang. Dan apabila musim perayaan tamat, maka berduyun-duyun lah umat manusia meluru ke hospital mendapatkan rawatan. Dan unit Kecemasan & Trauma lah yang paling cemas dan trauma menguruskan keadaan. Aku salut dengan ketangkasan mereka. Dibandingkan dengan aku. Walaupun profession jururawat dan kakitangan perubatan yang lain adalah sama, namun kredibiliti kerja berbeza mengikut individu.

Bagiku sendiri, aku kurang gemar berada dalam situasinyang memerlukan ketangkasan dan kecemasan. Boleh panik sendiri aku. Aku lebih gemar menguruskan pesakit dalam rawatan berterusan ataupun susulan di wad. Mungkin ini kepakaran aku. Fikirku sendiri.

"Okay akak balik dulu ye. Lambat dah ni. Pass over dengan kamu ni buat akak bercerita banyak sangat! Jenuh mulut", jawab kak Jee memotong lamunanku. Aku tersentak. Melopong mulut aku dek terkejut dengan penyataan kak Jee. Jam baru menunjukkan angka 2.10 minit petang. Bermaksud baru sepuluh minit dia berceloteh dan kurang dari 3 minit untuk satu pesakit. Terlalu cepat! Namun dapat aku fahami isi-isi penting dari celoteh kak Jee.

Aku meneruskan kerja. Usai menulis laporan pembuka kata, nama ku dipanggil lagi. Kali ini tidak selembut panggilan kak Fay. Tapi...

"Nurse!!", jeritan lopong kedengaran. Aku menoleh segera mencari empunya suara. Kedengaran jelas dari bilik bersebelahan kaunter jururawat. Aku segera meluru masuk. Kukira ada kecemasan kerana suaranya begitu lantang kedengaran. Kelihatan pakcik Karim memandang suatu sudut. Tangannya menunding ke arah itu terketar-ketar. Wajahnya pucat dan menggigil. Aku kaget. Segera aku dapatkan beliau. Ku sentuh tubuh badannya. Ku kira dia kesejukan atau apa dek wajahnya yang pucat. Selimut putih itu aku sarungkan ke badannya. Alatan memeriksa vital aku keluarkan segera. Tekanan darahnya normal, cuma nadi yang agak laju tetapi masih di peringkat normal. Kandungan gula juga normal.

"Ya pakcik. Kenapa tu? Pakcik tunding jari kemana tu?", soalku pada pakcik Karim.

"Tuu nurse.. Ada kat sana tu!", sambungnya sambil cuba menutup mata dengan selimut. Aku jadi serba salah. Arah yang beliau tunjuk itu kosong. Cuma dinding putih sahaja dan tiang drip stand yang masih terpacak. Tiada apa yang dapat aku lihat. Takkan lah... Hari ini jari Selasa, siang lagi masih. Takkan awal sangat dia muncul kiraku.

"Ada siapa dekat sana pakcik? Saya tak nampak sesiapa pun", ujarku jujur. Memang tiada sesiapa ataupun apa-apa disitu. Atau aku yang tidak bisa melihat. Hmm..

"Makcik kau ada sana tu! Tu haa.. Marah betul dah dia sebab si Suhaimi tak datang tu. Sekarang dia marah pakcik pulak!", jawab pakcik Karim sambil cuba bertenang. Nafasnya turun naik. Bunyi wheezing dari paru-paru beliau jelas kedengaran. Risau pulak aku keadaan bertambah teruk. Rasanya pakcik Karim berhalusinasi.

"Kenapa tu Sya?!", soal kak Fay. Turut hadir bersama makcik cleaner , auntie Karen. Aku rasa gara-gara jeritan pakcik Karim tadi mereka tertarik datang ke sini. Barangkali turut risau ada apa-apa berlaku kepada pesakit.

"Nokuro dii? Kenapa si uncle?", soal aunti Karen dengan bahasa ibundanya. Aku menggeleng kepala tanda tidak tahu.

"Kak Fay! Rasanya pakcik ada halucination. Visionary punya. Dia nampak wife dia dekat sudut tu", jawab aku perlahan. Berbisik dengan kak Fay. Takut pula pakcik Karim tersinggung.

"Jangan nurse~ Jangan berbisik. Makcik kamu tak suka tu!", ucap pakcik Karim. Tercengang aku dibuatnya. Hilang semua senyuman pahit. Rasa seram pulak.

Kemudian aku lihat auntie Karen berjalan ke sudut yang dimaklumkan pakcik Karim. Dia terus ke arah itu dan bercakap sesuatu. Bahasa yang tidak biasa aku dengar. Seakan-akan berkomunikasi dengan seseorang. Terangguk-angguk kepalanya. Aku dan kak Fay diam melihat. Kami cuma berpandangan dalam masa yang sama cuba menenangkan pakcik Karim.

"Nurse, sudah kau telefon anak dia? Dia tanya mana anak dia", soal antie Karen. Nampaknya dia baru sahaja berkomunikasi dengan entiti. Oh my! Betulkah apa yang aku saksikan ini?
Kak Fay serta-merta memandang aku. Terjegil biji mata aku. Bingung seketika. Tiba-tiba aku teringat.

"Ya! Ada! Sudah saya telefon anak dia, Suhaimi kan. Dia cakap dia akan datang hari ni", jawab aku. Cuba bertenang walau hati bergelora. Adakah gangguan ini akan berakhir sekiranya si Suhaimi itu datang? Kalau dia tidak datang? Ah sudah makcik! Jangan lah..

Kemudian auntie Karen kembali berkomunikasi dengan entiti yang aku dan kak Fay tidak dapat lihat. Auntie Karen mengangguk kepala dan bahasa tubuhnya susah untuk aku mengerti. Dia seakan-akan menepuk bahu seseorang seperti cuba menenangkannya. Kami masih bingung dengan kejadian ini. Walaupun perkara sebegini adalah biasa untuk dilihat bagi kakitangan hospital, tapi tidak bagi aku. Selalu aku mendengarnya daripada pengalaman rakan sekerja. Dan hanya dapat dilihat dalam drama televisyen. Tapi jarang berlaku di alam realiti. Kelihatan pakcik Karim terkejut dengan berita aku. Dia tersenyum meleret.

Betulkah nurse? Mie mau datang tengok pakcik hari ni?", soalnya kegirangan.

"Ya pakcik! Itulah yang dia maklumkan pada saya tadi. Dia kata, dia akan bawa bubur Lambuk kesukaan pakcik tau!", balasku.

Sedangkan aku sendiri tidak tahu apa benar si Suhaimi itu akan datang atau tidak. Takut pula aku di ganggu 'makcik' yang tidak suka orang berbisik ini.

Pakcik Karim nampaknya tersenyum gembira. Dia menurunkan selimut yang bersarung tadi. Kemudian memandang je arah sudut yang tadinya dia tunding ketakutan.

"Mah! Mie datang hari ini. Mungkin lewat petang. Mah balik dulu la ya. Nanti Mie datang abang bagitahu Mah", ucap pakcik Karim. Kelihatan aunti Karen juga menganggukkan kepalanya. Setuju dengan cadangan pakcik Karim. Adakah mereka dalam grouping sekarang? Grouping dimana aku dan kak Fay tidak terlibat.

Tiba-tiba langsir wad bergerak seakan-akan ditiup angin. Hairan juga sebab bilik-bilik di wad ini semuanya tingkap yang jenis bertutup dan tidak boleh dibuka. Dari mana angin itu datang. Pakcik Karim kemudiannya baring daripada duduk. Dia menyarungkan kembali selimutnya. Nadinya juga kembali normal, wajahnya juga mula kelihatan seperti biasa. Tidak lagi pucat.
"Nurse, pakcik tidur dulu ya. Nanti anak pakcik Mie datang, tolong kejutkan pakcik ya. Tak mahu biar dia menunggu lama", ujar pakcik Karim lagi dan terus beransur untuk melelapkan mata.

Aku dan kak Fay diam. Tersentuh hati kami. Betapa seorang ayah rindukan anaknya yang lama tidak kelihatan sehingga berhalusinasi. Kasihan pakcik Karim, isterinya sudah meninggal dunia setahun lepas akibat sakit tua. Selepas pemergian isterinya, tinggallah dia sendiri dirumah pusaka yang terletak jauh di pinggir bandar. Dengar-dengar anaknya tinggal di bandar Kota Kinabalu. Bekerja sebagai seorang pegawai bank. Barangkali dia si pakcik Karim kesunyian. Dalam masa yang sama, anaknya cuma seorang. Dan yang seorang itu pula tiada langsung menjenguk. Aku dan kak Fay beransur ke kaunter. Dalam hati masih terasa sebak. Aduh! Sensitif pula petang-petang macam ni.

"Sya, saya rasa kan. Bagus kau cross finger berdoa supaya anak pakcik ni datang. Apa lagi kau cakap dia bawa bubur. Naaaaaa... Kalau tiada datang nanti si aunti Karen bawa 'kawan' dia. Baru kau tau!", usik kak Fay sambil tergelak bersama auntie Karen. Berdekah-dekah mereka mentertawakan aku. Hilang terus perasaan sedih tadi. Seram pulak bila fikir kebenaran kata-kata berbaur ancaman dari kak Fay itu.

"Kak Fay, sudah saya telefon tu. Harap-harap datang lah dia. Kesian pula si pakcik kan", balas aku. Kak Fay dan auntie Karen tersenyum lagi. Suka mereka mengenakan aku.

Sekilas ku lihat jam di dinding. Sudah hampir jam lima petang. Aku turut berdebar, berkali-kali aku menjengah pakcik Karim. Harapan agar dia bertenang dan tidak diganggu oleh 'makcik'. Dalam hati masih berkira-kira.

'Adakah Suhaimi akan datang menjenguk bapanya yang sedang sarat kerinduan?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience