Epilog

Drama Series 1661

Pen berdakwat biru itu lincah bergerak di atas permukaan kertas. Satu-satu bait perkataan ditulis dengan kelajuan yang penuh. Naik jenuh urat nadi bertungkus lumus menyiapkan hasil karangan untuk tugasan hari ini. Lengan uniform yang putih bersih itu di sinsing hingga ke paras lengan bagi memudahkan penulisan. Dan uniform yang putih kini bersalut banyak noda-noda dakwat pen biru dan merah terutama di bahagian poket depan uniform khususnya di kawasan untuk meletakkan pen. Kelihatan putiih tapi tidak kurang juga dengan kotoran indah yang sememangnya menghiasi laman uniform itu.

Uniform jururawat! Ya! Aku jururawat. Seorang jururawat kakitangan kerajaan yang bekerja di sebuah hospital utama ibu negeri aku. Sabah! Sabah negeri di bawah Bayu! Itulah ungkapan yang sering di berikan bagi negeri Sabah negeri kelahiran aku. Disini aku lahir dan membesar serta akhirnya di negeri ini aku mencurahkan baktiku kepada warga Sabah sebagai seorang jururawat setelah hampir tiga tahun menyemai bakti di medan kuliah sebagai pelatih jururawat. Kini aku bertugas sepenuhnya sebagai seorang jururawat terlatih dan… bla bla blab la…

“Alisya!” satu suara kedengaran dari hujung lorong wad lelaki itu.

Aku menoleh. Cukup lantang suara itu menjerit namaku sehingga lamunanku terhenti. Cukup sudah untuk aku bercerita tentang kisah aku. Aku amati pemilik suara itu. Suara lunak yang cukup menjelikkan.

“Apa?”, soal aku bermalasan membalas dan pura-pura sibuk kembali menyiapkan laporan harian yang wajib disiapkan setiap shif aku bertugas. Padahal laporan itu sudah siap, tinggal aku mencorakkan dengan beberapa bullet dan tanda tangan aku untuk mengakhiri laporan. Diam-diam aku menghela nafas lega. Kerana laporan siap, dan aku menjangkakan ada tugasan yang perlu dibuat apabila suara itu memanggil aku.

"Alisya! Kau punya site full bed ke?”,soal Janett. Ketua jururawat yang berkuasa di wad aku bertugas.

“Full bed sister! Tiada doktor plan untuk discaj pesakit hari ini. Lagipun hujung minggu, banyak temujanji belum siap. Tiada doktor pakar buat ward round hari ini”, jawab aku jujur.

Istilah full bed adalah istilah yang diberikan untuk jururawat yang bermaksud bahagian yang dijaga semuanya ada pesakit dan tiada pelan doktor untuk memindahkan pesakit ke wad-wad tertentu atau pelan discaj.

Wad aku bekerja ada 40 katil, dan dibahagikan kepada 4 bahagian yang mempunyai pengkhususan tertentu. Satu orang jururawat menjaga 10 orang pesakit. Untuk shif aku hari ini, aku ditugaskan menjaga bahagian Kronik yang bermaksud penyakit jangka panjang ataupun penyakit yang tidak dapat dirawat dalam masa terdekat. Contohnya perlu mengambil ujian-ujian tertentu untuk mengesahkan penyakit ataupun perlu mengambil ubat-ubat tertentu sebelum boleh discaj pulang ke rumah.

Dan aku sangat bersyukur kerana tiada pergerakan pesakit hari ini. Kiraku sekurang-kurangnya kerja dapat diselesaikan mengikut waktu jika tiada pelan mendadak. Jika ada pergerakan bermaksud ada tugasan tambahan yang perlu dilakukan selain penjagaan jururawat. Apatah lagi hujung minggu, banyak temujanji tidak dapat dibuat kerana kebanyakkan klinik-klinik rujukan pakar tutup dan tidak dapat melakukan sebarang rancangan. Semuanya harus ditunda hingga waktu bekerja tiba iaitu pada hari Isnin. Dan sudah maklumlah, hari Isnin adalah hari yang paling sibuk dalam kalendar hidup manusia pada masa kini.

Kelihatan Janett sibuk menconteng kertas catitannya. Entah apa yang ditulis aku tidak ambil pusing. Aku hanya menantikan butir bicara yang seterusnya.

“Okeylah! Kalau site kau tiada pergerakkan maksudnnya kita tutup kedai. Semua site penuh sudah”,ucapnya sambil tersenyum. Jelas terpamer garis-garis usia di pinggir bibirnya. Aku sekadar tersenyum tawar.

‘Baguslah sister! Hujung minggu biarlah relax sikit. Cukuplah minggu lepas kita Jona’, fikirku sambil meneruskan penulisan.
Sedang aku asyik memikirkan ayat untuk laporan terakhir, bahuku dicuit. 'Isk! Apa lagi ni,'

“Akak! Pakcik bed 205A kita perlu transfer dia ke Nephro Ward ya. Saya dah refer patient dengan Doktor Bakar, dia dah accept patient kita ni. Dia suruh kita transfer within office hour. Saya dah booked bed, Staffnurse Jamie dah receive patient”, ujar doktor Kamila ceria. Mungkin dia puas dengan hasil kerjanya. Setelah hampir setengah jam dia berceloteh ditelefon, berbincang dengan doktor pakar buah pinggang, akhirnya permintaannya diterima. Pihak Nephro akan mengambil alih pesakit yang dimaksudkan.

Aku memandang doktor Kamila kosong. Kukira masa yang berjalan. Tinggal kurang dua minit untuk shif aku berakhir. Hanya menunggu bayang rakan seperjuangan yang akan menyambung shif petang tiba. Sudah aku bayangkan katil aku yang tidak kurang empuknya, dan juga kek pisang yang aku bakar semalam. Pasti akan lebih ummph dengan secawan teh Boh menghadap televisyen menonton drama Korea kesukaan aku. Aku tersenyum tawar, aku cuba sedaya upaya memaniskan wajah.

“Doktor, dah nak dekat pukul dua. Kejap lagi staf shif petang sampai saya akan bagitau dia. Dia akan sambung urusan perpindahan pesakit. Saya boleh tolong siapkan checklist dan bagi pesakit billing sahaja. Selebihnya staf petang yang akan urus ya”, balasku bersahaja. Doktor Kamila tersenyum. Aku boleh bayangkan betapa dia gembira. Sekurang-kuarangnya hari ini. Dia baru sahaja habis oncall malam, kemudian terpaksa turun kerja pagi. Hampir 24 jam bekerja dia masih boleh tersenyum. Kalau aku, agaknya sudah terbaring di Pantry. Langsung terus pulang ke rumah.

Laporan pesakit semua sudah disiapkan. Aku menyusun rapi semua Nota Kes pesakit mengikut nombor bilik. Kukira pasti sebentar lagi smua Nota Kes itu akan berterabur sebaik sahaja doktor memulakan ward round petang. Itu sudah menjadi rutin. Dan jururawat akan bermasam muka apabila semua itu berlaku. Ya! Sangat pasti. Doktor-doktor memang sangat suka menggangu jururawat terutama ketika sedang Handing Over. Apa boleh buat, para doktor juga bukan sengaja. Mereka cuma membuat kerja dan menurut perintah doktor pakar. Dan doktor pakar pula sudah sehabis baik untuk memberikan yang terbaik untuk pesakit.

Aku meneruskan kerja yang masih bersisa sementara menunggu staf petang tiba.
Dari jauh aku melihat satu susuk tubuh yang agak gempal melenggok ke arahku. Jam di dinding menunjukkan angka dua dua puluh minit petang. Aku mendengus didalam hati. Lambat lagi!

“Sya! Sorry lah, akak lambat. Husband akak bawa makan kat McD tadi. Tahu lah, musim gaji kan. Ramai orang!”, ucap kak Jee atau nama sebenarnya Najihah. Tersenyum-senyum dia meleret. Beg tangan berjenama Bonia yang kiraku baru dibeli berikutan tag harga yang masih melekat di zip belakang beg tersebut diletakkan di kaunter meja. Dek kerana lambat mungkin tidak sempat untuk disimpan ke dalam loker fikirku.

“Husband akak belikan. Cantik kan? Bonia tu!”, ucap kak Jee lagi tanpa disoal. Aku tersenyum tawar. Tanganku ligat mengumpulkan Nota Kes untuk menyegerakan kerja. Tidak aku hiraukan celoteh kak Jee yang merapu itu.
‘Ish! Sudahlah lewat, banyak lagi ceritanya’, fikirku.

Aku memulakan sesi Handing Over sebaik mungkin. Sesi Handing Over boleh menjadi chaos sekiranya banyak kerja jururawat yang tertangguh atau tidak lengkap semasa shif pagi. Itu normal kerana pada waktu pagi biasanya lebih banyak pelan segera yang diberikan dokor untuk rawatan pesakit mengakibatkan tugas alami jururawat tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Aku bersyukur kerana shif aku pada hari ini tidak banyak kerenah dariapada doktor mahuun pesakit yang hendak dilayan.

Maka dengan itu penerangan aku beri sehabis boleh agar kak Jee mengerti apa yang perlu dia lakukan petang ini. Seramai 9 orang pesakit daripada 10 pesakit petang itu kerana satu bilik menjadi bilik isolasi berikutan pesakit tersebut menghidap chicken pox. Jadi dia perlu di asingkan daripada pesakit lain untuk mengelakkan jangkitan. Dan daripada 9 orang itu, 4 orang kategori warga tua yang tidak berupaya melakukan kerja harian sendiri atau bed bound mengikut istilah perubatan. Manakala 5 orang lagi dikategorikan sebagai pesakit biasa yang bermaksud penyakit mereka dalam keadaan yang stabil dan tidak perlu perhatian yang khusus.

Hampir 45 minit aku bercerita mengenai perihal penyakit dan sejarah perubatan pesakit kepada kak Jee. Aku lihat wajah kak Jee seakan kebosanan mendengat celotehku. Aku hendak kisah apa. Yang penting aku melakukan tugas yang diarahkan sebaik mungkin. Dan aku harap kak Jee mngerti apa yang aku beritahu dia.

“Ada apa-apa yang kak Jee mau tanya lagi?,” soal aku sekadar berbasa-basi. Aku berharap dia tidak bertanya apa-apa kerana hampir berbuih mulut aku bercakap mengenai tugasan petang itu. Fikiran dan tubuh aku sudah melayang pulang ke rumah. Aku harap dapat habiskan kerja dengan cepat dan berehat.

“Hm…akak sebenarnya tak dengar sangat apa kau cakap dari tadi Sya. Tapi tak apa lah, nanti ada apa-apa akak mesej kau ye,”.

‘Jangan harap!’,fikirku. Dalam hati aku mendengus berkali. Namun realitinya aku cuma tersenyum dan mengangguk.

“Boleh bah kak. Mesej seja saya, tapi kalau lambat balas tu akak telefon saja takut penat tertidur ke sibuk buat kerja lain ke”, balasku sambil tersenyum mesra. Aku tekankan bahagian ‘penat’ dan ‘tertidur’ itu. Aku harap dia faham bahawa aku sebenarnya tidak mahu diganggu selepas habis shif bekerja.

Kak Jee melabuhkan punggungnya. “Penat kan hari ni. Akak dari pagi lagi rasa lemas badan. Macam nak tidur aje!”, jawabnya acuh smbil mengeluarkan pen dan pembaris untuk menulis nota jururawat.

Aku memandangnya sekilas. Aku jelling dia tanpa kak Jee sedar. Baru sampai tempat kerja, belum sempat buat apa-apa sudah mengadu penat. Bingkas aku berkemas barang peribadi dan segera beredar dari kaunter. Takut ada lagi ceritanya mau diadu. Nanti kerja dia aku pula yang kena habiskan.

Kelihatan doktor Kamila berlari anak mendapatkan aku. Aku pasti dia hendak bertanya atau menyuruh apa-apa. Dengan segera aku menunjukkan hand gesture bahawa aku sudah habis duty. Peralatan jururawat yang aku biasa usung ke sana kemari aku simpan kemas dalam loker.

Kemudian membasuh tangan di sinki untuk menghilangkan segala bakteria kuman yang melekat. Sudah rutin jururawat untuk selalu membasuh tangan. Untuk shif hari ini saja tidak terkira bilanganya aku membasuh tangan. Hampir reput kulit tangan. Hehe! Aku cuma bergurau.

Aku beredar dari wad tepat pukul tiga setengah petang. Masa perjalanan diambil untuk pulang ke rumah paling kurang 40 minit. Ah! Aku mengeluh syukur. Akhirnya shif berakhir. Syukur tiada insiden yang berlaku. Semua pesakit dibawah jagaan aku selamat. Another day has been passed.

Aku melangkah menuju ke parkir kereta di tingkat 5 tempat parkir kenderaan kakitangan hospital. Mendapatkan jentera kuning aku. Si Myvi kesayangan!

Enjin kereta dihidupkan, hampir 5 minit aku bertafakur dalam kereta untuk memanaskan enjin sebelum beredar dari tapak hospital kesayangan. Cuaca cerah, tidak panas tidak hujan. Redup sahaja. Sesuai untuk pergi berkelah atau membeli-belah.

Aku mula teringat blaus idaman yang aku lihat bulan lepas di pusat membeli-belah ibu negeri. Tersenyum aku membayangkan itu. Aku berniat membelinya hari ini. Namun bila difikirkan badan aku yang semakin penat, dan uniform yang agak comot. Aku membatalkan hasrat. Apa lagi aku tidak membawa pakaian salin untuk dipakai. Aku segera pulang ke rumah. Meluncur laju di lebuhraya Kota Kinabalu yang tidak kurang hebatnya seperti di ibukota Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience