Matahari terik memancar dipagi hujung minggu itu. Bunyi desiran ombak menghempas pantai jelas kedengaran. Muzikal bayu pagi itu cukup mendamaikan jiwa yang sedang kusut. Kelihatan beberapa orang pelancong sedang asyik berjemur dibawah oanas matahari. Hairan! Orang Malaysia sibuk pasang aircond sampai dua tiga biji sebab tidak betah dengan bahang matahari. Orang luar khususnya pelancong barat sibuk berjemur di bawah matahari untuk memerangkan kulit. Beg galas kamera yang diusung kesana kemari sejak subuh tadi disimpan kemas di bonet kereta.
Hari ini hari cuti aku. Entah apa angin sister Janett memberi aku cuti empat hari sekaligus. Fikirku tiada juga aku request atau ada apa-apa event penting. Maka dengan itu sejak awal pagi lagi aku berada di pantai Tanjung Aru untuk mengambil gambar sunset. Tapi sayangnya awan terlalu banyak. Cahaya matari ketika sunset berpecah dan mengakibatkan pancarannya tidak seindah biasa. Aku terus mengambil keputusan untuk berehat saja di pantai itu. Khemah DIY yang sememangnya berada di bonet kereta sudah sedia terpacak di tanah. Mudah untuk aku berehat.
Sebentar lagi aku akan menjemput Julia. Katanya hendak shopping hari ini. Aku turutkan saja kerana aku juga kebosanan di rumah. Hampir setengah jam di situ aku hampir tertidur. Risau pula aku didatangi anjing liar jika tertidur disitu. Silap-silap dijadikan aku tandas awam mereka. Aku segera mengemaskan khemah dan mula beredar dari situ.
Tiba di rumah Julia sempat aku membersihkan diri sebelum beredar. Dah lah ketiak masam, muka berminyak. Hampir saja diperah untuk menggoreng. Disudut bilik kelihatan Julia sedang asyik bersiap. Orangnya kecil molek bertubuh tinggi lampai. Berasal dari Jawa Barat campuran pribumi Dusun. Berkulit cerah. Perfect! Itu sahaja gambaran yang dapat aku berikan. Usai bersiap kami terus beredar menuju me pusat bandar.
Memandangkan hari ini hari Selasa, iaitu hari bekerja. Pasti jalanraya tidak terlalu sibuk. Almaklumlah jururawat jarang sekali mendapat cuti hujung minggu. Apalagi yang belum berkahwin. Sister wad yang bertugas biasanya akan mendahulukan staf yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga untuk bercuti di hujung minggu. Kerana itu sahaja lah waktu untuk diluangkan bersama keluarga. Terfikir juga hendak kahwin, namun rezeki jodoh itu tak kunjung tiba. Barangkali tersesat di Venice. Entahlah!
"Kau ada dengar pasal patient kita pakcik Karim?", soal Julia memecah kesunyian. Aku masih fokus memandu kerana cuaca agak panas dan silau matahari agak terik.
"Kenapa dengan pakcik tu? Kalau tak silap aku dia dah discaj kan?", soalku semula. Kerana setahu aku selepas insiden minggu lepas, pakcik Karim telah discaj berikutan ubatnya sudah habis dan keadaan beliau semakin baik.
"Aku dengar dari sister Latifah yang pakcik tu masa discaj anak dia terus hantar pergi rumah Harapan Kasih dekat Inanam tu. Kesian pula, ingatkan dibawa pulang ke rumah. Rupanya dihantar di rumah warga tua pulak!", jawab Julia. Terlopong aku dibuatnya. Hampir sahaja break kereta aku tekan kerana terkejut.
"Serius Ju? Mak aii.. Masa hari tu aku jumpa anak dia tu macam okay seja orang dia. Macam baik je, macam comel je", balas aku lagi. Teringat kembali susuk orangnya Suhaimi anak pakcik Karim itu. Ah, Bront Palarae!
"Iya Sya. Aku tak pasti la kebenaran dia, sebab ni aku dengar dorang cerita dekat pantry. Sister Latifah yang bagitahu. Kalau betul kesian la kan", ucap Julia lagi.
Aku diam. Kasihan memikirkan nasib pakcik Karim. Ada anak seorang sahaja, namun yang seorang itulah tidak boleh diharap. Masa kecil ditatang bagai minyak yang penuh, diberi kasih sayang secukupnya. Dah dewasa mereka harapkan yang sebaiknya, tapi ini pula dibalas.
"Apa boleh buat. Kudrat kita dengan pesakit masa dorang di wad saja. Sudah discaj kita tak dapat mau ambil tahu lebih-lebih. Kita pun ada keluarga mau dijaga kan", jawabku.
"Yalah kan Sya",
"Tapi kan Ju, hari tu masa dia datang melawat pakcik Karim. Bukan main baik lagi aku tengok. Dia cakap punya lembut dengan aku. Sampai suap-mentuap lagi dengan pakcik Karim",bidas aku teringat kisah hari itu. Suhaimi kelihatan menyesal tidak menjenguk bapanya yang sakit. Siap hulur makanan lagi sebagai buah tangan. Hmm.. Ada kepelikan disitu!
"Agaknya dia nak tackle kau saja tu! Tunjuk hero depan-depan, lagak baik. Konon gentleman, wanafi minta ampun. Siapa tahu belakang tu dia ada niat lain. Muka macam musibat ja aku tengok",balas Julia sambil mencebik. Aku memandang Julia. Cemerut bibir dia seakan-akan tidak suka dengan Suhaimi. Ai! Bila pula kau jumpa dengan si Suhaimi tu?
"Kau pernah nampak dia ke? Cakap main bedal ja aku tengok",balas aku.
"Ada. Masa pakcik tu mula-mula masuk, aku dengan Syafa runner. Kitaorang yang receive dia masa tu. Anak dia datang cuma hantar pampers, air mineral, biskut kering lepas tu balik. Dan tak muncul-muncul. Tu sebab tiap hari dorang follow up anak dia tanya bila mau datang. Tapi ada saja alasan dia!", ucap Julia geram.
Wah! Nampaknya banyak benda yang aku tak tahu. Ni benda besar ni. Huhu! Kalau betul apa Julia khabarkan ini, Suhaimi tu tidaklah seprti yang aku lihat. Nampak baik tapi sebenarnya macam jipake!
Bila difikirkan semula, anggap sahajalah pakcik Karim dibawah jagaan yang sepatutnya. Rumah warga tua adalah tempat terbaik jika anak dia tidak dapat menjaga beliau. Daripada dibiarkan di rumah pusaka mereka dipinggir bandar, yang pastikan kurang penjagaan dapat diberikan. Lebih baik pakcik Karim ditempatkan di bawah jagaan orang lain. Sekurang-kurangnya dia masih selamat dan terjaga makan minumnya serta kebajikan yang lain.
Isu anaknya tu pula, biarlah antara dia dengan Allah. Manatahu niatnya baik, tapi kalau sebaliknya. Wallahualam!
Kami berdua diam membisu. Cuma lagu-lagu hipster dan lawak jenaka yang tiada moral bermain di corong radio. DJ masa kini bagiku lebih kepada 'shok sendiri'. Lawak mereka selalunya hambar dan untuk memeriahkan suasana agar tidak ketara lawak mereka itu hambar, mereka ketawa sendiri.
Jenis pesakit ini kalau admit di wad, laju sahaja doktor kami merujuk kepada pakar Psychiatry. Sekurang-kurangnya boleh juga diberikan tablet Diazepam sorang satu bila malam tiba. Aduh! Jahat sungguh fikiran aku.
Share this novel