2

Drama Series 1661

"1..2..3..4..5..6..7..8....", hitungan nombor tidak terkira. Sudah tiga pusingan. Ini yang terakhir kerana kedengaran bunyi patah. Aku dan kak Fay berpandangan. Kelihatan kak Fay bertungkus lumus. Gagah dia melakukan CPR terhadap pesakit. Doktor Kamila dan doktor Azwan turut sibuk membagging. Pesakit berjaya diintubasi. Namun tekanan darahnya turun secara mendadak dan nadinya pandai surut secara tiba-tiba dan adakalanya hilang. Mesin denyutan nadi berkali-kali error. Bunyi beep kuat berlanjutan sebelum denyutan kembali hadir setelah CPR dilakukan.

Kak Jee dan Atira sibuk menyediakan ubat. Terlihat di situ level senioriti. Ternyata kak Jee, dalam sifat annoying dia tu, jika dibandingkan dengan senior yang lain. Ketangkasannya dalam penyediaan ubat adalah yang terbaik. Sehinggakan ada jururawat dari Unit ICU pernah berguru dengannya. Atirah juga tidak kurang hebatnya. Dalam ramai-ramai staf, dia antara yang paling cepat ketika proses intubasi. Dia selalu menjadi lead staf yang lain. Adakalanya arahan dia yang berikan sementara menunggu doktor atasan datang untuk mengintubasi. Kebolehan itu, bukan diperoleh dengan wang ringgit. Tetapi pengalaman bekerja bertahun-tahun menjadikan mereka seperti itu. Aku salut dengan mereka.

Doktor Hakimi, doktor pakar bius tiba. Setelah hampir 30minit cuba menyelamatkan pesakit, doktor Hakimi mengarahkan untuk kami menghentikan CPR. Pesakit tidak dapat diselamatkan. Kami semua mengeluh berat. Tepat pukul 2 petang hari Rabu, pesakit berbangsa Cina Wong Chee Hun disahkan meninggal dunia dengan diagnosis 'Multi Organ Failure with Multifocal Infarct complicated with Aspiration Penumonia underlying ESRF'. Mesin untuk memeriksa nadi menujukkan garisan halus yang lurus. Doktor Azwan dan doktor Kamila mengesat peluh dingin di dahi mereka. Kukira mereka juga kepenatan.

Aku dan kak Fay membersihkan kotoran yang ada pada pesakit. Doktor pakar bius doktor Hakimi berjumpa dengan waris pesakit. Menerangkan apa yang berlaku dan menyampaikan berita sedih itu. Terlihat waris keluarga tenang mendengar berita tersebut. Anak sulung pesakit, Wong Fui Ha diam seribu kata. Dia cuma mengangguk tanda faham. Mungkin sudah diduga ini akhirnya. Manakala anak perempuannya Wong Fui Yin kelihatan tidak dapat menahan sebak. Dia menangis teresak-esak. Agaknya tidak dapat menerima kenyataan bahawa bapanya sudah pergi.

Usai membersihkan jenazah, semua wayar dan tiub telah dialihkan dan kain putih membaluti tubuh jenazah. Sengaja kami biarkan kawasan wajah terdedah untuk tatapan waris sebelum tubuh jenazah dibawa turun ke Unit Forensik. Kak Fay memberitahu waris bahawa mereka boleh bersama pesakit sementara menunggu troli keranda tiba untuk membawa pergi jenazah. Ahli keluarga mula berpusu-pusu memasuki ruang wad yang tidak seberapa. Aku dan kak Fay segera membersihkan diri. Sarung tangan getah dan mask yang melindungi diri kami tadi segera dibuang ke dalam tong sisa klinikal berwarna kuning. Penat!

"Tak sangka aku Jona kita hari ini ya!", ucap kak Fay setelah siap membasuh tangan. Kak Jee mengangguk setuju.

"Yala.. Ni mungkin sebab aku pakai spender merah kot",balas kak Jee berseloroh. Kami yang berada di bilik Prosedur itu ketawa besar. Itulah lumrah staf Perubatan. Seakan-akan 'taboo'. Ada banyak pantang larang yang perlu dipatuhi seandainya tidak mahu perkara buruk atau insiden buruk berlaku semasa kerja. Antaranya dilarang menggunakan baju, jaket, pakaian dalam atau stokin yang berwarna merah. Kononnya itu pembawa bencana. Pasti ada saja perkara yang menyibukkan atau membuatkan suasana di wad atau unit itu menjadi kacau bilau. Contohnya sekarang insiden hari ini. Biarpun begitu, kami juga sedia tahu bahawa ajal maut seseorang itu memang telah ditetapkan. Pantang larang ini sekadar gurauan penyedap rasa apabila tamatnya suatu insiden.

Ceritanya begini, asalnya sedari awal pagi tadi tiada apa-apa masalah. Semua staf gigih menyiapkan kerja kerana shif hampir berakhir. Senyuman hampir terukir kerana tiada apa-apa yang menyibukkan diri berlaku. Tiba-tiba seorang pesakit berubah kondisi. Yang awal pagi pesakit kelihatan normal dan stabil tiba-tiba mengadu sesak nafas dan akhirnya pengsan. Semua doktor dan jururawat bertugas bergegas ke bilik tersebut cuba menyelamatkan pesakit. Namun kuasa Allah melebihi segalanya. Dia tidak dapat diselamatkan hatta doktor pakar sekalipun yang datang cuba menyelamatkan. Pesakit sendiri pun memang tahu dengan keadaan beliau. Saluran jantungnya sudah banyak yang tersumbat, paru-paru juga tidak kuat lagi untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan. Kedua buah pinggangnya juga turut rosak dan berada pada stage terakhir. Pendek kata, kesemua organ utamanya sudah rosak. Dan peluang untuk sembuh sediakala sangat tipis.

Bunyi troli keranda semakin kuat. Mungkin PPK unit Forensik telah tiba untuk membawa jenazah turun ke unit Forensik. Urusan pengkebumian akan diuruskan dibawah samada waris mahu melakukan sendiri atau pihak hospital yang lakukan. Jenazah berjaya diletakkan di troli keranda. Semua ahli keluarga waris turut keluar dari wad mengikuti troli itu turun ke tingkat bawah untuk mengiringi jenazah. Masing-masing kelihatan sedih. Satu-satu ucapan terima kasih kami dengar daripada pihak keluarga.

Suasana wad kembali tenang. Semua staf bertugas termasuk jururawat kembali ke sub-unit masing-masing meneruskan kerja yang terbengkalai. Jururawat Maisarah baru sahaja muncul. Entah dari mana dia, tidak pula kelihatan ketika proses intubasi tadi.

"Patient survive ke?", soalnya pada Atirah. Atirah memandanganya sekilas. Dan terus menggelengkan kepala.

"Endak! Tida sempat mau CPR lama-lama terus fracture. Tua sudah kan tu patient", jawab Atirah ringkas. Maisarah mengangguk faham. Bibirnya mencebik ke depan. Aku dan kak Fay berpandangan. Kami terus beredar dari situ. Meninggalkan kak Jee dan Atirah bersama Maisarah.

"Kau kemana tadi Mai? Orang semua dok sibuk CPR, dah la tak cukup orang tadi. Kenapa kau tak tolong?", soal kak Jee lancang. Dia panas betul tadi. Jururawat cuma 4 orang, doktor 2 orang dan doktor pakar seorang. Kami tidak cukup orang tadi untuk melakukan intubasi. Setiap seorang ada tugasnya. Dan kelibat Maisarah tidak kelihatan langsung. Usai proses intubasi, dia sedang asyik di kaunter sub-unit dia menyiapkan laporan kejururawatan.

"Saya siapkan laporan tadi kak. Ada pesakit mau discaj petang ni. Jadi saya sibuk sikit", jawab Maisarah. Senyuman sinisnya tak lekang di bibir. Matanya kosong. Tiada emosi disebalik percakapannya.

Tercengang kak Jee mendengar balasan Maisarah. Matanya bulat seakan-akan terkejut. "Kau lebihkan laporan tu? Eh, pesakit kau tu discaj petang kot. Yang sibuk sangat nak buat sekarang kenapa? Tak nampak ka kami sibuk tadi?", soal kak Jee lagi. Kali ini nadanya sudah tinggi. Amarahnya hampir menggelegak. Namun Maisarah masih selamba.

"Kan itu pesakit Atirah, dia kan incas sana", balas Maisarah sinis.

"Ooo... Jadi kau tak mahu tolonglah sebab bukan pesakit kau. Wah-wah.. Macam tu ruapanya cara kau bekerja? Okay, aku dah faham sekarang! Nanti bila pesakit kau change condition, kau tengok la siapa yang akan bantu kau!", ucap kak Jee dengan nada marah. Terus kak Jee berlalu pergi meninggalkan Maisarah terkulat-kulat disitu. Atirah juga terkejut dengan reaksi Maisarah dan jawapan beliau. Sungguh tidak.disangka junior seperti Maisarah berfikir sebegitu rupa. Alasannya untuk tidak.membantu adalah kerana sibuk dengan discaj dan laporan? Dimana keutamaan dia?

Jururawat diajar dan dilatih dengan sifat bekerjasama. Tiada istilah pesakit kau, tanggungjawab kau. Pesakit aku, tanggungjawab aku. Semuanya harus dilakukan bersama. Aku cuma perhatikan mereka. Kecewa dengan sikap Maisarah yang pentingkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya datang lah untuk.memberikan ubat atau membantu perkara-perkara kecil. Ini tidak! Dia langsung tidak datang dan sekadar memerhati dari jauh.

"Mai, that is not how you should think", ucap Atirah ringkas. Atirah menggelengkan kepalanya dan turut beredar. Dia menyiapkan sisa kerjanya kerana staff shif petang telah tiba.

Kelihatan jururawat Alice sudah bersedia untuk Take Over shif seterusnya. Sempat dia mencalit gincu dibibir munggilnya. Aku tersenyum. Alice! Jururawat yang dikenali sebagai 'Angel Of Medical'! Terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut dan gemar bersolek. Asal ada kelapangan waktu, dia akan berceloteh mengenai peralatan dan teknik solekan yang betul. Latar belakangnya juga menarik. Gadis berketurunan campur Dusun dan Pakistan. Datuk dan neneknya pula masing-masing berbangsa Dusun dan East-Western. Boleh dikatakan she got a lot of mix! Sudah tentu cukup sifatnya. Hidung mancung terletak, bermata bundar dan berkulit cerah. Baik budi bahasa dan jarang sekali marah. Kecuali jika nasib tidak baik, biarpun digelar 'Angel' sekiranya maskara ataupun eyelinernya cair, dia akan mengamuk.

Aku menolak troli kecemasan ke tempat asalnya. Shif bekerja sudah tamat. Aku mengemaskan troli tersebut dan terus ke sinki untuk membasuh tangan. Posisi aku hari ini adalah Medication Nurse yang bertanggungjawab menyedia dan memberikan ubat kepada semua pesakit di dalam wad Perubatan Lelaki itu. Jenuh juga kaki. Nasib lah!

Sebelum aku beredar, sempat aku menghendap bilik pakcik Karim. Aku terdengar gelak tawanya hingga ke kaunter. Risau pula aku jikalau 'makcik' datang melawat. Kelihatan pakcik Karim asyik bercerita dengan seorang lelaki. Bersuap-suap lagi mereka.

'Suhaimi mungkin!', fikirku. Syukurlah jika anak dia datang melawat. Tidak lah aku di cop suka cong pesakit nanti.

Sedang asyik aku melihat mereka, perasan pulak pakcik Karim dengan kehadiran aku. Alamak!

"Nurse! Masuklah, ni anak saya Mie!", ucapnya girang. Ketara kedutan diwajahnya. Gembira betul pakcik Karim dengan kehadiran anaknya. Agaknya terubat rindu setelah lama tidak bertemu. Aku diam dan cuba mempamerkan senyuman. Walaupun kekok aku cuba menyembunyikan perasaan itu. Lain pula fikirnya mereka jika aku segera balik. Dan aku pun masuk ke bilik pakcik Karim. Hari ini dos antibiotik beliau yang terakhir. Jika beliau stabil mungkin esok boleh pulang ke rumah. Aku pasti dia gembira.

"Wah makan besar ya pakcik!", ucapku ceria. Aku lihat mangkuk besar dia atas meja pesakit. Pasti bubur Lambuk yang aku pesan kemarin.

"Ya nurse! Mie anak pakcik ni, dia bawakan bubur Lambuk kesukaan pakcik. Dia masak sendiri ni. Nurse cubalah, ada Mie bawa lebih dalam bekas besar tu hah!", balas pakcik Karim sambil menunding ke arah kontenan Ais Krim Walls berwarna biru. Wah! Besar juga. Kena lagi aku lapar, dah kena pelawa memang macam heaven.

"Wah yake? Mesti sedap kan. Takpa, pakcik makan dulu kenyang-kenyang. Nanti dah siap baru bagi ye. Saya kalau pakcik bagi sekarang, habis tu rasanya. Tak cukup!", ucapku berseloroh. Pakcik Karim ketawa besar. Anaknya Suhaimi juga ketawa. Mungkin lucu bagi mereka. Tapi sebenarnya aku tidak melawak. Aku betul-betul lapar.

Nurse! Sebekas ni nurse ambil dan makan dengan kawan-kawan yang lain. Ni sekadar buah tangan dari saya", ujar Suhaimi anak pakcik Karim. Orangnya tinggi, berkulit sawo matang dan berpakaian kemas dengan kemeja biru cair. Rambutnya tersisir rapi mengikut stail fesyen rambut terkini. Berjambang nipis yang berpotongan kemas. Bila dipandang sekilas wajahnya mirip pelakon Bront Palarae. Sesuai dengan pekerjaannya sebagai pegawai bank.

'Hensem jugak anak pakcik Karim ni!', bisikku.

Aku menyambut bekas berisi bubur Lambuk itu. Nampaknya rezeki staf shif pagi. Penat-penat intubasi tadi bolehlah menjamah makanan sebagai isi perut sebelum pulang ke rumah. Homemade pula tu.

"Terima kasih la ye. Nanti saya akan share dengan kawan-kawan kalau mereka sempat datang", jawabku melawak. Aku tidak juga bertujuan untuk memgahbiskan seorang diri. Biarlah semua merasa.

"Inilah nurse yang telefon kamu semalam tu Mie", ucap pakcik Karim tiba-tiba. Serta merta senyumanku menghilang. Bulat mataku melihat pakcik Karim. Senyuman kelat kuberikan tatkala memandang Suhaimi.

'Ala, pecah lah tembelang aku ni. Dah aku pedajal anak dia kemarin. Mesti anak dia mengamuk tengok bapa dia takda apa-apa. Aku pulak siap bagitahu pakcik nak sampaikan pesan terakhir lah, pesan buburlah. Kantoi!'.

"Eh pakcik! Bukan saya lah. Tu kawan saya, Julia. Dia yang telefon kemarin", bingkas aku potong ayat pakcik Karim. Takut pulak mengamuk si Suhaimi ni. Tapi aku tengok dari riak wajahnya, dia kelihatan tenang. Senyuman diwajahnya tidak hilang dari tadi. Hairan juga! Sebab selama ini dia sering mengelak dari melawat bapanya. Tapi hari ini macam okay je. Hmmm.. Pelik!

"Oh, kawan cik nurse ke. Tidak mengapa, saya cukup berterima kasih sebab gara-gara panggilan kemarin saya tersedar sesuatu. Nanti, kalau kawan cik nurse tu ada, sampaikan salam saya ya pada dia. Dia telah menyedarkan saya," jawab Suhaimi. Aku tersenyum. Pujian itu buat aku. Oh tidak! Nama Julia yang aku jual. It's me! Me!

"Baiklah! Nanti saya maklumkan pada dia. Saya rasa, saya patut tinggalkan encik Suhaimi dengan pakcik Karim dulu. Luangkan masa dengan dia. Saya pasti pakcik Karim happy!", balasku lagi. Aku cuba beredar, walaupun hakikatnya masih menyembunyikan sesuatu.

"Terima kasih ya untuk bubur ni!", ucapku lagi sebelum beredar.

'Eh, sayang. Terlepas satu peluang. Hensem pulak tu, dia senyum lagi. Mak oii cair aku. Nasib lah anak pesakit. Naya aku oleh si Janett nanti kalau dia tahu'.

Memang menjadi satu kesalahan bagi penjawat awam khususnya jururawat untuk bermain cinta dengan pesakit ataupun keluarga pesakit. Sedikit sebanyak ianya boleh menjejaskan nama baik sesuatu profession. Sebaiknya hal itu perlu dielakkan dari berlaku semasa bekerja. Tapi kalau pesakit discaj, dan terjumpa kembali di luar waktu bekerja, lepas tu mata bertentang mata dan hati pun mula berkata cinta, itu memang tak boleh dielakkan lagi. Itu namanya Jodoh! Keke..

Selepas menjamah sedikit bubur yang diberikan pakcik Karim tadi, aku dan Atirah berjalan beriringan untuk punch time out. Memang menjadi lumrah untuk tiba ke tempat kerja awal, tapi baliknya tidak pernah tepat pada waktu. Jarang sekali. Kebetulan aku perlu menunggu kerana dijemput adik lelaki. Dan Atirah pula perlu menunggu suaminya untuk menjemput beliau. Untunglah!

Sementara menunggu pintu lif terbuka, aku didatangi seorang makcik tua. Berbaju kurung dengan berselendang. Dari riak wajah dan keadaan tubuhnya, aku yakin usianya lebih kurang 60 hingga ke 70-an. Dia kelihatan bingung. Kemudian dia mendapatkan aku. Kiraku dia tersesat.

"Nurse! Dimana wad perubatan lelaki? Saya mau cari bilik suami saya bah ni. Dari tadi makcik berjalan tidak jumpa. Kabur-kabur sudah mata makcik", ucapnya dengan perlahan.

"Oh! Sini bah tu makcik", jawabku sambil menunding jari ke arah pintu besar wad tempat aku bekerja. Makcik itu kemudiannya mengangguk. "Apa nombor bilik suami makcik? Mari saya kasi tunjuk jalan", ucapku lagi. Kasihan aku melihat dia kebingungan. Nanti tersesat lagi masuk bilik pesakit lain.

"203A nurse!", balasnya ringkas. Aku tersenyum.

"Oh, tu nah makcik bilik dia. Selepas lorong ni seja. Makcik terus seja pegi depan tu. Yang langsir warna hijau tu. Situlah bilik dia ya!", jawab aku sambil tangan menunjukkan arah bilik.

"Oh! Terima kasih ya nurse,"balasnya dan terus beredar memasuki wad. Aku sekadar mengangguk dan tersenyum. Pintu lif pun terbuka. Kakiku melangkah masuk bersama Atirah.

Usai dalam lif aku terdiam sejenak.

'Suami? Bilik 203A? Bukan itu bilik pakcik Karim ka? Takkan itu wife dia? Bukan wife dia sudah....', aku mengetap bibir. Kerut dahi aku ibarat kedutan warga emas. Tangganku mula sejuk. Aku melihat Atirah, dia sibuk bermain telefon.

Ah sudah! Takkan yang tadi tu, the 'makcik' yang kemarin? Sudah!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience