Rate

6

Adventure Series 2635

Selasa, 2.00 p.m., luar rumah masih lagi panas. Termenung Aizat dirumah membaca berita tergempar pada minggu itu di telefon pintarnya. Dia sedar bahawa SINISTER telah mula melancarkan fasa terakhir mereka. Dia perlu mengumpul maklumat secepat mungkin. Tanpa maklumat yang tepat dia tidak mampu menhalang mereka.

Nada dering telefonnya berbunyi, terpapar di skrin telefon nama Nazmi. Nazmi mengajaknya lepak dikedai makan. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Nazmi. Perkara SINISTER ini tidak boleh dibincang melalui panggilan telefon atau ‘whatsapp’. Mereka sedar risiko dapat dikesan oleh pihak polis. Mereka setuju berjumpa di Restauran Steak House pada malam ini.

Pusat Kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur, pegawai atasan dari anggota keselamatan Malaysia telah berkumpul untuk mengadakan perbincangan tergempar di seluruh Malaysia. Ahli-ahli Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju menyerah kes ini kepada PDRM. Dalam mesyuarat tersebut, mereka menyata bahawa kegiatan tiga kongsi gelap paling bahaya tersebut hanya di Selangor. Mereka juga dapat tahu bahawa ketiga-tiga kongsi telah menubuhkan pangkatan SINISTER. Semua maklumat ini diperolehi dari penyamaran Inspektor Polis Azman dan juga merupakan kawan kepada Illya.

Pada mulanya pihak polis hanya mendiamkan diri memandangkan ketiga-tiga kongsi gelap tersebut tidak pernah melakukan jenayah berat. Inspektor Azman juga ada menceritakan tentang amalan sihir yang dilakukan oleh ahli SINISTER tersebut tetapi kebanyakan pegawai tertinggi tidak percaya akan perkara tersebut termasuklah Ketua Polis Negara Osman Ali.

Jadi dalam mesyuarat tersebut mereka mengendahkan amalan tersebut dan menganggap bahawa kongsi gelap tersebut sama seperti yang lain. Perkara ini telah membimbangkan Inspektor Azman.

“Kita pihak polis tidak akan mengulangi peristiwa yang berlaku baru-baru ini dan yang berlaku tiga tahun lepas di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM berulang lagi.” kata Ketua Polis Negara Osman Ali dalam mesyuarat tersebut. Dengan ini mereka melancarkan Ops Banteras SINISTER.

Suasana di Restauran Steak House pada malam itu sangat bising keran dipenuhi oleh pelanggan-pelanggan. Restauran Steak House hanya terletak 10-kilometer dari rumah Aizat. Biasanya apabila Aizat keluar rumah dia selalu menggunakan kereta milik ayahnya, tetapi memandangkan ayahnya tidak pulang lagi dari kerja di Skudai, Johor dia terpaksa meminjam kereta milik ibunya. Ayah Aizat selalu keluar negeri atas urusan kerja kadang-kadang terpaksa keluar negara.

Sampai sahaja disana, Aizat mencari tempat duduk kosong dan ternampak Nazmi yang datang lebih awal melambai tangannya di satu sudut dalam restaurant tersebut. Tanpa berfikir panjang dia terus ke tempat duduk tersebut. Selepas beberapa minit dia mereka berada di restaurant tersebut, Piya serta rakan-rakannya tiba. Mereka di jemput oleh Nazmi sendiri, Aizat tidak tahu mengenainya terkejut.

“Kenapa kau jemput mereka?” tanya Aizat. Nazmi terangkan bahawa, mereka ingin membantu lagipun Piya serta kawannya Illya dan Husna mempunyai maklumat terbaru tentang SINISTER. Aizat terpaksa akur dengan kehendak Nazmi.

Keadaan di meja yang mereka duduk bernombor 12, sunyi sepi. Tiada siapa yang berani memulakan perbincangan. Nazmi melihat keadaan tersebut, mula buka suara.

“Jadi apa maklumat baru yang korang dapat?”

Dari soalan tersebut Illya menjawab bahawa seminggu lepas, SINISTER ada membuat perbincangan antara orang kuat mereka. Kemudian Tiga General memberitahu angota SINISTER yang lain. Illya memberitahu bahawa SINISTER sedang melancarkan fasa terakhir, Fasa Kehancuran. Pertama, peristiwa yang berlaku di PMDTeM antara pelan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat fasa terakhir.

Tujuan pencerobohan PMDTeM masih tidak dapat dipastikan. Kedua, mereka Berjaya menumpul empat batu abadi. Fungsi batu tersebut masih menjadi misteri. Tetapi SINISTER seperti mempercayai kuasa yang terdapat dalam batu tersebut. Ketiga, Tiga General sendiri turun padang dalam melancarkan pergerakan pelan mereka. Nazmi dan Aizat saling berpandangan.

“Aizat, nampaknya mereka sudah mula serius. Haikal memang tidak bagi kita peluang kali ini.”

Piya, Illya dan Husna berasa hairan dan tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Nazmi.

Nazmi menjeling mata kepada Aizat, tanda untuk dia memberitahu perkara sebenar. Tetapi reaksi dan expressi pada wajah Aizat membuktikan bahawa dia tidak bersedia lagi. Nazmi faham akan perasaan Aizat. Perkara yang berlaku pada Aizat pada masa lalu memang sukar untuk dia lupakan.

Piya nampak perubahan yang berlaku pada Aizat. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Suasana di meja tersebut menjadi tegang, makanan yang dipesan sudah lama tiba, Illya sedar akan keadaan itu cuba untuk tukar topik perbincanan mereka. yang lain cuba ikut rentak Illya,suasana di meja tersebut menjadi ceria. Cuma Aizat walaupun dia ketawa bersama mereka, tapi fikirannya masih lagi terganggu.

Selasai sahaja Aizat makan dia bangun dari tempat duduknya untuk membasuh tangan. Kemudian dia keluar dari restaurant tersebut untuk ambil angin. Restauran tersebut terletak berhampiran dengan Tasik Permai, menjadikannya satu tarikan kepada pelanggan untuk makan disitu sambil menikmati permandangan tasik yang dihiasi lampu berwarna-warni pada waktu malam. Angin malam yang bertiup dingin bagaikan menghiasi kesepian Aizat.

Dalam fikirannya, perlu ke dia memberitahu perkara sebenar kepada Piya serta kawan-kawannya. Aizat berasa sangat takut, dia takut jika perkara yang berlaku tiga tahun lepas berulang lagi.

“Aizat, jangan menangis. Ini bukan salah awak. Terima kasih sebab buat saya bahagia selama ini. Saya sayang awak.” kata-kata seorang perempuan yang sayu dan lemah sebelum menghembus nafas terakhirnya didakapan Aizat.

Piya yang memerhati Aizat dari jauh, perlahan-lahan mendekati Aizat. “Awak tidak rasa sejuk berada diluar macam ini?” tanya Piya. Aizat hanya diam seribu-bahasa. Piya masih menunggu jawapan memandang Aizat. Aizat yang masih mengelamun menoleh kearah kirinya terkejut apabila ternampak Piya. “Apa?” tanya Aizat. Piya mengulang semula soalannya sebentar tadi.

“Tidak” jawab Aizat tanpa nada dan perasaan. Piya yang tidak puas hati dengan cara menjawab Aizat hanya memalingkan mukanya kearah lain. Aizat juga memalingkan mukanya kearah bertentangan.

“Terima kasih, Piya. Sebab ambil berat.”

“Sama-sama.” balas Piya sambil tersenyum.

Aizat menjadi tenang sedikit dan dia dapat mengawal emosinya. Aizat dan Piya mula pergi ke meja makan. Mereka berlima tidak mampu bertindak selagi mereka tidak tahu rancangan SINISTER yang seterusnya. Mereka berserah kepada kawan Illya, untuk membocorkan rancangan mereka.

“Piya, tunggu sebentar” suara seseorang dari belakang Piya. Aizat baru sahaja pulang. Piya, Illya dan Husna pulang bersama menaik kereta Illya memandangkan mereka tinggal berdekatan. Piya melihat Nazmi berjalan mendekatinya. Illya dan Husna menunggu disebelah Piya.

“Ya, Nazmi.”

“Aku hendak mintak tolong dekat kau”

“Cakaplah, aku akan cuba tolong apa yang termampu.”

“Aku tidak tahu hendak cakap macam mana, tapi aku mintak tolong sangat-sangat supaya kau bantu Aizat. Aku dapat rasakan kau sahaja yang boleh tolong dia sekarang ini. Aku sudah buat yang termampu, tapi tiada perubahan.”

Kata-kata Nazmi membuatkan Piya berasa pelik. Dalam hatinya, apa yang berlaku sebenarnya pada Aizat? Illya dan Husna memandang sesama sendiri.

“Aku tidak faham. Apa maksud kau dengan ‘bantu Aizat’, Nazmi” soal Illya.

“Macam mana aku terangkan. Aizat, dia bukan dalam keadaan dirinya yang sebenar. Pemikirannya, emosinya, tingkahlakunya semua berbeza. Dia dibendung dengan zaman silamnya.”

Piya sedar akan kata-kata Nazmi, kerana selama ini dia selalu tertumpu pada Aizat sejak sekolah menengah lagi.

“Nazmi, boleh kau ceritakan, apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Piya dengan perasaan ingin tahu.

Nazmi menarik nafas. Dia tekad untuk menceritakannya pada mereka bertiga.

“Aku akan ceritakan perkara yang berlaku pada Aizat.”

Maka, Nazmi memulakan kisah hidup Aizat tiga tahun lepas…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience