Rate

2

Adventure Series 2635

“Dekat kawasan sini “kata Illiya. Dihadapan mereka bertiga sebuah kilang lama yang sekelilingnya hanyalah kawasan lapang dan hutan. Kemungkinan kilang tersebut pernah digunakan untuk membuat bahan binaan dan terbiar sejak beberapa tahun lepas. “Husna, cuba periksa keliling kilang lama ni” kata Piya sambil menunjukkan kearah kilang tersebut. Cahaya hijau atau lebih tepat lagi aura hijau mula mengelilingi Husna dan bibirnya mula membaca ayat-ayat suci al-Quran. Bagi pandangan Piya, kelebihan yang dimiliki oleh Husna serta ilmu agama yang dimilikinya sangat berguna bagi memeriksa kawasan musuh dan untuk menghapuskan sihir lapangan atau lebih dikenali sebagai Magic Field. Magic Field selalu digunakan untuk melindungi sesuatu kawasan dari pandangan musuh dan mengelakkan dari masuk kekawasan itu tanpa kebenaran. Sihir ini antara sihir tahap 5, iaitu tahap paling rendah. Sihir mempunyai 5 tahap, paling rendah tahap 5 dan paling tinggi tahap 1.

“Dah selesai. Aku dah padamkan Magic Field tu. Kilang tu hanya ade satu tingkat dan dalam tu ade tiga orang. Sorang tu aku rase ade aura yang kuat sekeliling dia. Aura ini adalah milik salah seorang Elite” kata Husna. Aura hijau kelilingnya sebentar tadi sudah hilang.

“Piya, kau pasti ke boleh lawan dengan dia tu? Pangkat Elite pula.” Illiya mula menunjukkan kesangsiannya

“Boleh atau tidak tu lain cerita. Aku tak boleh biarkan mereka teruskan rancangan jahat. Kita kene teruskan juga.” kata Piya.

Jadi, tanpa ragu-ragu mereka tekad untuk teruskan rancangan asal meraka untuk hentikan rancangan musuh mereka. Beatific Cahaya: Pantulan Cahaya. ‘Beatific’ kuasa yang dimiliki oleh Nur Safiya yang merupakan darah daging dari salah seorang puteri Melayu Purba. Dengan kuasa Piya, mereka menjadi halimunan dari pandangan manusia dan haiwan. Baru sahaja mereka ingin ke pagar kilang tersebut, kelibat seorang remaja berada dihadapan pagar.

Pelik…. Itu yang mereka rasa. Macam mana mereka tidak perasan ade orang disitu. Husna memberitahu bahawa aura tiga orang musuh itu tidak termasuk remaja tersebut. Remaja tersebut hanya berjalan kehulu-kehilir seperti hilang arah dihadapan kilang tersebut. Kemudian, Piya perasan remaja tersebut merupakan kenalannya semasa disekolah menengah dan dari tahun yang sama. Tanpa syak wasangka, Piya membatalkan kuasanya. Remaja tersebut adalah Aizat.

“Aizat, awak buat ape dekat sini?” tanya Piya.

“Eh!!! Piya.” dengan nada terkejut. “Saya nak ambil barang dekat kilang ni. Mesti awak pelikkan, barang apa yang saya nak ambil dekat kilang lama. Saya ada sorokkan barang dekat sini. Lagipun saya tengah tunggu kawan ni. Hehehe. Semua ni kawan-kawan awak ke Piya? Apa korang buat dekat sini?” sambil ketawa kecil.

Tanpa menjawab pertanyaan Aizat, dengan nada keras Piya membalas “Awak tidak boleh masuk kilang ni. Kilang ni bahaya. Dah pergi balik rumah”

Aizat terkejut dengan nada tinggi Piya. Husna dan Illya pun sama, Piya tidak pernah tinggikan suara sejak mereka kenal. Tapi mereka tahu Piya buat begitu untuk keselamatan Aizat.

“Kenapa pula? Selama ni Saya masuk okay je. Mana boleh awak sukahati nak buat orang macam ni. Lepas ambil barang nanti saya baliklah. Korang kenapa tidak balik kalau tahu tempat ni bahaya? Lagipun saya tengah tunggu kawan . Mana boleh balik macam tu je” balas Aizat

“Kau ni annoying la” Beatific Cahaya: Ikatan Cahaya. Lalu satu lingkaran cahaya mengikat Aizat pada pagar.

“Woi!!! Piya, ape ni? Lepaskan . Ape benda yang ikat ni?” jelas terpancar ketakutan pada muka Aizat

“Terkejut? Takut? Dalam dunia semua benda ni wujud. Kuasa dan kelebihan tu bukan fantasi. Inilah reality. Dengan kuasa ini saya akan lindungi manusia dari kejahatan. Dah awak duduk sini diam-diam. Kami nak masuk kilang ni” kata Piya.

Lalu mereka bertiga masuk kedalam kawasan kilang tersebut meninggalkan Aizat. Dalam perasaan bersalah Piya meminta maaf dalam hatinya

Didalam kilang-“Woi cepat sikit buat kerja. Kita kene selesaikan tugas cepat. Kalau tidak mati kita.” Arah seorang lelaki melayu berbadan sederhana kepada dua orang konco-konconya. Keadaan dalam kilang itu kosong seperti satu kawasan lapang yang luas. Tiada peralatan yang terdapat dalam kilang tersebut.

“Dah jumpa, tuan” kata salah seorang daripada pengikut lelaki tersebut sambil menunjukkan batu permata berwarna merah sebesar tapak tangan. Setelah itu, mereka bersiap untuk meninggalkan kilang tersebut. “Gerak cepat-cepat tu nak pergi mana?” laung Illya dari jauh.

“Korang berdua pergi dulu, biar aku selesaikan budak-budak ni” kata ketua meraka. Salah seorang dari mereka mengeluarkan kristal lalu mencampakkan ketanah, satu portal keluar dihadapan mereka. Tanpa melengahkan masa mereka masuk kedalam portal tersebut dan mereka hilang dari pandangan. Kemudain portal tersebut tutup serta-merta. Husna dan Illya ingin mengerja mereka tetapi dihalang oleh lelaki tesebut.

Satu angin yang kuat menghalang mereka dari terus bergerak kehadapan. “HAHAHAHAHAh… Jangan pergi mana-mana. Aku akan hapuskan korang secara perlahan-lahan. Korang dah banyak menyusahkan kitorang” kata lelaki tersebut. Lingkaran angin mengililingi kedua tangannya. Piya menyuruh Husna dan Illya berudur kebelakang.

Piya memulakan serangannnya. Beatific Cahaya: Panahan Cahaya. Dengan menggunakan busur dan anak panah cahaya, Piya memanahya kearah lelaki tersebut. Sebanyak enam anak panah cahaya menuju kearah lelaki tersebut. Perisai Angin. Satu lingkaran angin yang kuat mengelilingi lelaki tersebut dan menterbalikkan panahan tersebut kearah yang lain. Piya terus menggunakan serangan seterusnya tanpa memberi peluang kepada musuhnya. Beatific Cahaya: Silauan Cahaya. Keluar satu cahaya lalu menyilau pandangan lelaki tersebut. Apabila Piya melihat lelaki itu memejamkan mata, Piya berlari kearahnya sambil menggenggamkan tangan, Beatific Cahaya: Tumbukan Cahaya. Satu tumbukan padu singgah kemuka lelaki tersebut. Lelaki tersebut melayang sebanyak lima meter dari kedudukan asalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience