Rate

5

Adventure Series 2635

Disuatu tempat yang tidak diketahui, meja bulat dan empat kerusi diletakkan ditengah-tengah bilik tersebut. Tiga kerusi telah dipenuhi oleh tiga ketua kongsi gelap yang yang berbahaya di Malaysia. Ketiga-tiga ketua kongsi gelap berumur lingkungan 18 ke 20 tahun.

Tiga ketua dimulai dengan, Indra, remaja berbadan biasa, berambut pacak yang hanya minat dengan semua yang berkaitan dengan anime, dari Organisasi K.O.A (King Of Apocalypse). Razef, remaja yang hanya minat dengan permaina video, dari Organisasi 00. Akhir sekali, Zamir Jackson, keturunan Inggeris yang tinggal bersama keluarganya di Bukit Tinggi sejak dari keturunan moyangnnya semasa Perang Dunia Ketiga, dari Organisasi Abyss. Mereka bertiga dipanggil Tiga General.
Tiga organisasi tersebut membentuk pakatan, yang dipanggil SINISTER. SINISTER diketuai oleh Suzerain, yang bukan dari dari kalangan ketua kongsi gelap tersebut.

Selain mengetuai kumpulan kongsi gelap, mereka juga merupakan Guardian. Indra, Guardian Tanah, dia mampu mengawal elemen tanah. Razef mampu mengawal elemen api iaitu Guardian Api. Zamir Jackson, Guardian Angin yang mampu mengawal elemen angin. Ketiga-tiga mereka menunggu seseorang. Lalu kedengaran bunyi tapak kaki, dari pintu masuk bilik perjumpaan mereka.

“Seperti biasa, orang yang paling lambat datang.” kata Razef yang baru habis bermain permainan video ‘Modern Combat’. Muncul seorang remaja berbaju hitam yang dipakai sekali dengan kot kulit berwarna merah bersama pembantunya. Dia terus duduk ditempat kosong tersebut tanpa berkata apa-apa.

Dia adalah Haikal, Suzerain bagi pakatan SINISTER. Haikal mampu mengawal lima elemen iaitu api, air, tanah, angin, dan kilat. Bagaimana Haikal mampu miliki kuasa seperti itu masih menjadi misteri. Dikatakan, jika ketiga-tiga General bergabung masih tidak mampu mengalahkannya.

“Dengan ini perjumpaan SINISTER dimulakan” kata pembantu bagi Suzerain, dan merupakan juga Ketua Elite bagi SINISTER, Sam Saimon.
“Tiga tahun, tiga tahun kita menunggu untuk mencapai matlamat terakhir kita. Aku tidak mahu buang masa lagi. Empat batu abadi telah dijumpai. Cuma tinggal lagi satu. Aku sudah dapat maklumat mengenai batu terakhir tersebut. Kemudian, SINISTER akan mencapai fasa terakhir, fasa kehancuran. Aku tidak akan terima kegagalan seperti tiga tahun lepas. Hancurkan sesiapa yang menghalang.” kata-kata Suzerain membuat semua didalam bilik tersebut terdiam.

“Nampaknya, terpaksalah aku turun padang.” Kai mencelah. Zamir Jackson tersenyum sinis “Kau tidak ingat ke, Indra? Kau punca rancangan kita gagal. Sebab kau kalah lawan dengan dia. Sampaikan ketua kita terpaksa selesaikannya. Aku rasa kau patut duduk diam-diam, tengok aku selesaikan masalah.”

Hentakan meja yang sangat kuat menyebabkan bilik itu bergema. ”Apa kau cakap, kau memang suka cari masalah dengan aku. Marilah lawan, aku akan buat kau senyap dengan tumbukan aku ini”

Zamir hanya balas dengan senyuman perlinya membuatkan kemarahan Indra semakin memuncak. Kawasan tempat mereka langsungkan perbincangan bergegar. Bilik tersebut berlaku rekahan pada dinding.

“Mari aku tunjukkan cara guna kuasa yang betul” Berbola angin yang cukup kuat terbentuk ditapak tangan kanan Zamir. Empat orang Elite didalam bilik tersebut berasa risau. Mereka sedar akan kekuatan General. Ketua Elite, Sam, hanya berdiri disebelah Suzerain tanpa tergugat. Razef hanya duduk ditempat duduknya sambil ketawa melihat gelagat rakan sepasukannya.

“Cukup!!!” sergah Suzerain, lalu kuasa Zamir dan Indra terbatal. “Aku tidak mahu General bergaduh sesama sendiri. Indra, ingat jangan gagal lagi” sambung Suzerain. Indra sedar bahawa ini perluang terakhir baginya. Aizat!!! Jeritan kemarahan apabila teringat nama tersebut. Dia juga terkejut apabila Razef memberitahu bahawa Aizat telah kembali selepas dua tahun menghilang ketika Razef baru pulang dari kilang lama tempoh hari.

“Untuk fasa terakhir, aku akan serah kepada Alex untuk terangkannya.” Sam cuma mengangguk tanda memahami perkara yang disampaikan oleh Suzerain.

Selama dua jam, Sam menerangkan fasa terakhir. Dalam fasa tersebut membuat beberapa objektif yang berbeza. Setiap organisasi yang diketuai oleh General diberi satu tugasan yang perlu diakukan sebelum fasa terakhir itu lengkap. Sam memberi amaran tentang bahawa kegagalan satu objektif dalam fasa tersebut menyebabkan objektif utama mereka tidak akan tercapai.

“Setiap General, saya bekalkan satu ubat yang digunakan ketika kecemasan sahaja. Ubat ini mampu meningkatkan kekuatan sebanyak tiga kali ganda. Semestinya ubat ini mempunyai kesan buruk. Jadi, gunakannya sebaik mungkin.” Kata Sam sambil menghulur plastic berbekal satu capsul berwarna hitam keemasan kepada setiap General.

“Aku akan pastikan rancangan ini tidak gagal lagi. Kita akan selesaikan semua objektif sebelum hari tersebut. Hari dimana aku akan hapuskan kejahatan dibumi ini.” Kata Suzerain. Dia bangun dari tempat duduknya lalu melangkah keluar dari bilik tersebut sambil diikuti oleh pembantunya, Sam.

Maka bermulalah gerakan yang dilakukan oleh SINISTER…

Seminggu selepas itu, Pangkalan Maklumat Dan Teknologi Malaysia (PMDTeM) diceroboh oleh Organisasi Kongsi Gelap Abyss yang diketuai oleh General Zamir Jackson. Kumpulan Abyss telah berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Alpha, Beta dan Gamma. Setiap kumpulan mempunyai 3 ahli.

Kumpulan Alpha ditugaskan menyeludup Kumpulan Beta kedalam pengkalan tersebut. Pada hari tersebut, PMDTeM akan menerima barang yang dipesan menggunakan khidmat GD Express. Jadi tiga hari sebelum itu, Kumpulan Alpha telah mencuri satu lori milik GD Express. Padi hari PMDTeM diceroboh, kumpulan Gamma ditugas menghalang lori penghantar sebenar dengan membuat sekatan jalan raya.

Kumpulan Gamma menyamar menjadi polis traffic untuk melengahkan masa, serta mendapat maklumat tentang lori penhantar yang sebenar untuk membantu kumpulan Alpha mengubahsuai lori tiruan mereka. Manakala kumpulan Alpha membantu kumpulan Beta menyelinap masuk kedalam fasiliti PMDTeM. Sebelum lori GD Express yang sebenar sampai ke PMDTeM, kumpulan Alpha keluar dari pengkalan tersebut.

Kumpulan Beta pula ditugaskan menyelinap masuk, menyamar menjadi pegawai disana untuk mencari pusat keselamatan pengkalan serta pusat maklumat utama dikumpulkan. Mereka perlu mengesahkan dua tempat tersebut satu jam sebelum PMDTeM diceroboh. Rancangan mereka Berjaya apabila pegawai keselamatan yang ditugaskan menjadi kelam-kabut ketika diserang.

Mereka tidak mampu menghalang kumpulan Alpha dan Gamma yang tiba-tiba menyerang dihadapan PMDTeM apatah lagi apabila mendapat tahu kawasan dalam pengkalan tersebut diserang. Paling menyedihkan apabila bantuan yang diminta lambat sampai akibat kemalangan jalan raya yang sengaja dilakukan oleh kumpulan Gamma sebelum mereka menyerang.

Sebanyak 13 orang mati termasuk 4 orang cedera. Mereka termasuk pakar kajian teknologi, Professor Jaafar Ali dan Professor Khairul Azmin. Kematian dua tokoh negara menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentam dengan kritikan serta cacian dari kerajaan serta masyarakat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience