Rate

7

Adventure Series 2635

Febuari 2014

Aizat terbaring diatas tilam yang empuk. Jam pada telefonku menunjukkan pukul 4.17p.m. Lebih sebulan sesi persekolahan untuk tahun 2014 telah bermula. Hari persekolahannya seperti tahun-tahun lepas, tiada apa yang berubah. Selepas solat asar, Aizat akan terus ke padang. Bersama kawan-kawan perumahannya, mereka selalu bermain bola sepak disana. Selalunya Aizat mengambil posisi penyerang, tetapi hari ini dia bermain di posisi sayap kanan untuk membantu pasukannya.

Sebelum azan maghrib berkumandang, mereka akan pulang ke rumah. Aizat akan pulang ke rumah menaiki motosikalnya memandangkan kedudukan rumahnya yang agak jauh dari padang. Sampai sahaja dirumah, Aizat terus ke biliknya untuk membersihkan diri. Matahari mula tenggelam, langit menunjukkan tanda-tanda hampir malam. Selasai sahaja Aizat mandi, dia mencari telefonnya. Diatas katil, meja belajarnya, meja di ruang tamu, semuanya tiada.

Dia tidak menjumpai telefonnya. Aizat mula gelisah. Dia cuba ingat kembali kali terakhir dia menggunakan telefonnya. Padang. Itu gambaran yang terlintas difikirannya. Aizat mula teringat, ketika itulah kali terakhir dia nampak telefonnya. Aizat bersiap-siap memakai baju seluar, lalu mengambil kunci motornya untuk keluar.

Ayah Aizat, En. Azman yang ketika itu berpakaian baju melayu bersama kain pelikat ternampak Aizat hendak keluar rumah.

“Aizat, tunggu ayah. Kita pegi surau sama-sama”

“Eh, Aizat nak pergi ambil telefon Aizat kat padang. Tertinggal tadi”

“Laaaa… Kalau macam tu takpelah, jumpa dekat surau nanti”

Tanpa menjawab, Aizat terus menghidupkan motorsikalnya, lalu memecut laju kearah padang. Keadaan padang yang gelap menjadikan pencarian telefonnya lebih sukar. Sebanyak 3 kali Aizat keliling padang, namun masih tidak menjumpainya. Kawasan padang yang gelap sebentar tadi menjadi semakin cerah, Aizat ternampak telefonnya ditepi tayar belakang motorsikalnya. Tanpa berfikir panjang Aizat terus kearah motorsikalnya untuk mengambil telefonnya. Dia membelek telefonnya untuk melihat jika ada kerosakan.

7.48 p.m.

Itu waktu yang ditunjukkan di skrin hadapan telefonnya. Dia mula terfikir, bagaimana padang tersebut boleh menjadi cerah. Keadaan padang menjadi semakin cerah. Aizat melihat keliling padang. Tiada satu pun tiang lampu yang tercacak di kawasan padang. Aizat mendongak keatas, matanya terbeliak, bibirnya membisu, badannya menjadi kaku. Aizat terlihat cahaya laju menuju kearahnya. Cahaya tersebut masuk kedalam badannya lalu hilang begitu sahaja.

Keadaan padang menjadi gelap semula termasuklah pandangan Aizat.

Keadaan di Malaysia sama seperti negara-negara lain. Kemajuan teknologi seperti telefon pintar dan internet mula meningkat, memudahkan cara hidup orang ramai. Tetapi timbul pula masalah lain, keselamatan di Malaysia tidak terjamin dengan munculnya sekumpulan kongsi gelap yang membuat masalah. Nama kumpulan tersebut masih tidak dapat diketahui. Mereka mula menyerang kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan sebagai kongsi gelap paling berbahaya di Malaysia. Termasuklah kongsi gelap bernama Break yang diketuai oleh Dragon, atau nama sebenar Jack Lee. Kumpulan Break dianggap ancaman kepada Malaysia kerana mereka mempunyai ramai pengikut serta mempunyai hubungan dengan beberapa Yakuza dari Jepun dan juga Mafia dari Amerika.

Namun pada 17/1, terpampang di muka hadapan pada surat khabar dan menjadi tajuk utama bagi siaran berita tentang kumpulan Break diserang. Hampir semua ahli kumpulan yang berjumlah 37 orang cedera parah. Ketua mereka pula meninggal dunia dalam keadaan kehilangan tangan kanannya. Semua dalam ketakutan. Ketika soal siasat dilakukan, kesemua ahli kumpulan yang disoal mengatakan mereka diserang oleh seorang lelaki. Penjenayah tersebut memakai topeng berwarna merah seakan warna darah.

Keadaan ketika mereka diserang sangat laju. Apabila mereka sedar, mereka nampak ketua mereka, Dragon sudah tidak bernyawa lagi. Kesemua mangsa ketika itu memanggil dia, The Reaper. Salah seorang dari mangsa mebuat-buat pengsan ketika kejadian itu mendengar penjenayah tersebut berkata…

“Demi mencapai matlamat, pengorbanan diperlukan”

Tersedar Aizat, silauan cahaya memasuki matanya. Aizat memandang kearah kirinya, melihat keluar tingkap, pemandangan yang cukup asing baginya. DIa memandang kearah kanannya, dia melihat ibunya sedang tidur berposisi duduk sambil kepalanya diletakkan diatas katil. Hospital. Dia kenal sekali dengan tempat ini. Aizat cuba mengingat kembali perkara yang berlaku terhadapnya. Tiada apa yang terlintas. Cuma cahaya tersebut sahaja yang berada di mindanya.

Aizat turun dari katilnya secara perlahan-lahan, takut terbangunkan ibunya yang sedang tidur. Melihat keluar jendela, kereta lalu-lalang, matahari terpacak menyinari bumi.

“Aizat… Aizat dah sedar? Alhamdulillah” Satu suara dari arah belakang. Pn. Nordiana terbangun dari tidurnya, menitis air mata kegembiraan yang mengalir dipipinya.

Aizat hanya mengangguk kepalanya sahaja. Dia mebuka mulut untuk bertanyakan soalan kepada ibunya.

“Apa yang berlaku?” Soalan yang cukup pendek keluar dari mulut Aizat.

“Aizat tidak balik rumah semalam. Ibu ayah call Aizat, tapi panggilan tidak masuk. Ayah yang jumpa Aizat dekat padang. AIzat pengsang” Balas ibunya.

Pn. Nordiana terus menelefon ayah Aizat untuk memberitahu situasi terkini. 10 minit kemudian, seorang doctor lelaki bersama misinya, dating ke bilik Aizat untuk memeriksa keadaan Aizat. Doktor tersebut memberitahu bahawa Aizat boleh keluar dari hospital pada waktu petang.

Hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, tiada perubahan yang berlaku pada Aizat. Aizat mula menganggapnya sebagai khayalannya sahaja. AIzat mengambil udara segar pada petang tersebut. Berjalan perlahan menuju ke taman permainanan. Dari jauh dia melihat kanak-kanak riang bermain di sana. Penjaga mereka duduk di bangku yang disediakan sambil memerhati anak mereka bermain. Ada yang bersembang dengan jiran mereka. Suasana yang riuh menjadikan dia lupakan masalahnya.

Tiga budak dalam lingkungan 5-6 tahun bermain bola getah di tepi taman tersebut. Lantunan bola tersebut membuatkan mereka gembira keriangan. Salah seorang dari mereka berundur kebelakang sedikit cuba untuk menyepak bola yang melantun kearahnya. Satu tendangan lemah, tapi cukup membuatkan bola tersebut melantun ketengah jalan. Budak yang memakai baju berwarna merah pergi ketengah jalan untuk mengambil bola tersebut.

Budak tersebut tidak perasan ada kereta memecut laju kearahnya. Ibu budak tersebut menjerit namanya dari jauh apabila melihat kereta yang datang kearahnya. Aizat terpaku, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Kedudukannya agak jauh dari budak tersebut. Tidak mungkin dia sempat menyelamat budak tersebut. Mustahil. Itu yang terlintas dalam fikirannya.

Tetapi badan Aizat tidak berputus asa. Tolonglah hambamu, Ya Allah. Demi menyelamat budak tersebut, Aizat menggunakan segala kudhratnya berlari kearah budak tersebut. Selangkah demi selangkah, Aizat cuba sedaya upayanya. Pemandu kereta tersebut masih lagi tidak perasan. Kelihatan dia sedang bercakap ditelefon.

Aizat berhenti berlari… Aizat memandang sekelilingnya. Matanya terbeliak. Aizat berpusing ditempat dia berdiri.

“Apa yang berlaku?” Ayat pertama yang terkeluar dari mulut Aizat pada ketika itu.

Keadaan ketika itu tidak masuk akal. Semua dalam keadaan kaku. Tidak bergerak. Tiada bunyi yang terkeluar. Burung yang sedang terbang seakan terapung diudara. Aizat mula teringat tentang budak tadi. Tanpa berfikir panjang Aizat berlari kearah budak tersebut. Aizat menariknya ketepi jalan. Keadaan masih tidak berubah. Aizat mula tidak keruan. Dia tidak tahu apa yang berlaku.

Dia mula berfikir. Cahaya haritu. Itu alasan yang terfikir untuk penjelasan apa yang berlaku. Aizat cuba tenangkan dirinya. Dia tahu panik tidak akan membantunya. Aizat mula tenang. Keadaan tadi menjadi normal semula. Budak yang berada dipangkuannya mula bergerak seperti biasa. Kereta tadi brek secara tiba-tiba. Terpancar kerisauan pada wajah ibu budak tersebut.

Ibunya berlari kearah anaknya apabila melihat anaknya selamat. Dia terus memeluk budak tersebut sambil mulutnya memuji Allah. Berulangkali ibunya mengucap terima kasih pada Aizat. Aizat hanya tersenyum. Dia masih bingung dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience