Rate

bab 4

Romance Series 4878

Hari ini seperti biasa, aku dan lela akan turun gelanggang untuk latihan silat bersama pasukan sekolah. Sebaik saja selesai menukar pakaian kami dengan baju silat, aku dan lela turun beriringan ke gelanggang. Saat kami berdua sampai, sesi memanaskan badan baru bermula. Tanpa membuang masa aku dan lela pantas mengikuti sesi tersebut.

Latihan kami diadakan ditempat biasa iaitu tempat yang paling mudah dilihat oleh para pelajar yang lain. Malu atau tidak bukan persoalan lagi buatku. Sudah terbiasa menjadi tontonan pelajar lain.

" okay team! Berkumpul sekejap!" Suara jurulatih kami iaitu cikgu azwan kedengaran memanggil. Aku menyeka peluhku yang mula keluar dari pori-pori kulitku dengan baju silatku kemudian melangkah ke arah cikgu azwan.

" apa lagi budak tu buat kat sini lela?!" Aku menepuk lela disebelah. Lela menggeleng pantas, tanda tidak tahu. Aku merengus perlahan apabila melihat pelajar yang berada disebelah cikgu azwan. Lengkap berpakaian silat. Ah sudah...

" hari ni saya nak perkenalkan seorang lagi ahli pasukan kita yang akan mewakili pasukan kita. " ujar cikgu azwan dengan wajah girang. Rata-rata ahli yang lain terutama perempuan, tampak teruja dengan kehadiran rafael. Namun aku berasa sebaliknya. Tambahan, saat rafael merenungku tajam, seolah-olah menyatakan sesuatu.

'Antara kita belum habis!'

Okay. Aku sedang gali kuburku sendiri. Nampaknya aku perlu cari jalan tarik diri dari pertandingan.

" muhammad rafael lee . Dia akan mewakili pertandingan kategori olahraga kelas B. Jadi cikgu harap pasukan bagi tunjuk ajar dan kerjasama kepada rafael. Ha qaseh!"

" ye cikgu!" Sahutku. Apa pula kali ini.

" sebagai pelajar senior, cikgu nak qaseh tunjuk ajar rafael hari ni."

" tapi..hasnol kan ada cikgu."

" Hasnol cuti hari ni. Jadi sebagai penolong, awak ganti hasnol untuk lead pasukan." Arah cikgu azwan tanpa mendengar penjelasanku. Aku mengerling ke arah rafael, kelihatan dia tersenyum senget berserta renungan yang hendak menelanku hidup-hjdup. Mati kau hari ni qaseh!

" okay. Sekarang pergi berkumpul ikut kategori masing-masing. Lela awak lead macam biasa bahagian seni, qaseh akan lead bahagian olahraga." Ujar cikgu azwan lagi. Tanpa banyak bicara aku dan lela berpecah kepada dua bahagian. Sempat aku mencemik pada lela. Namun apa dayaku.

" okay hari ni kita buat latihan tendangan dan tumbukan. Buat dua barisan. Barisan satu buat tumbukan dan barisan kedua buat tendangan." Arahku seperti biasa. Seboleh-bolehnya aku mengelak dari berpandangan dengan rafael. Aku pasti dia sedang merancang sesuatu.

Aku memegang punching bag berwarna merah dan memasang kuda-kuda supaya stabil.

" okay mula!" Arahku. Bermula satu per satu tendangan dan tumbukan datang dan aku pula sedaya upaya menahan serangan tersebut. Ada yang kuat ada yang manja-manja aku rasakan.

Sampai juga giliran rafael melakukan tendangan. Kelihatan dia sedang menanti sesuatu. Aku menjengah di balik punching bag yang aku pegang. Serentak itu rafael mengukir senyuman dan melakukan tendangan. Dalam keadaan aku yang tidak bersedia, tubuh terjelepok di atas rumput. Mujur atas rumput, kalau atas simen? Retak tulang belakang dibuatnya.

" kak qaseh okay?" Rafael menyoal dengan wajah tidak bersalah. Senyuman yang dibuat-buat terukir dibibirnya.huh!

" okay.." lantas aku bangun dan kembali mengangkat punching bag. Berbisa lenganku akibat tendangan rafael. Begitu kuat tendangannya sehingga berdenyut lenganku.

Aku mengurut lenganku sebaik sahaja usai latihan. Sambil melepaskan keletihan di bangku batu yang berdekatan dengan gelanggang aku memandang kosong pada awan yang berarak petang. Seraya bibirku tersenyum kecil. Dari tempatku, aku melihat lela sedang mengemas begnya, begitu juga dengan pelajar yang lain.

" lela aku balik dulu!" Laungku, kemudian melangkah pergi bersama buku dan beg kasutku.

---------

Sedang aku berjalan keluar dari kawasan sekolah, kedengaran bunyi hon dibelakangku. Aku menjengah sedikit pada cermin tinted tersebut. Sebaik saja cermin diturunkan wajah rafael menjengul. Begitu hampir denganku. Pantas aku berdiri tegak dan berdehem. Panas wajahku dirasakan saat ini.

" qaseh!" Suara di bahagian pemandu kedengaran. Aku membongkok sedikit, kelihatan abang haikal tersenyum. Dengan kemeja biru gelapnya, dan lengan bajunya dilipat hingga ke siku, membuat hatiku tidak tentu arah. Buat seketika aku tidak sedar kehadiran rafael disitu.

" abang haikal."
" jomlah naik dengan abang. Abang hantar balik rumah." Pelawa abang haikal.
" hish..rumah dia kena guna jalan lain la..!" Rungut rafael dengan tiba-tiba. Eh tahu pula saka sesat ni rumah aku. sedapnya mulut kau. Dah lah kau belasah sampai sakit lengan aku. Aku pantas meraih senyuman paksa.

" tak apalah abang. Qaseh balik naik bas je." Aku menolak lembut.
" jangan mengada.jom naik. Abang hantar. Jangan layan budak sebelah ni." Tutur abang haikal. Dalam keterpaksaan aku melangkah masuk ke bahagian penumpang.

" bukak tingkaplah. Busuk bau peluh!" Rafael mematikan penghawa dingin kemudian membuka tingkap. Budak lelaki ini sememangnya mencabar kesabaranku. Sejak kecil lagi, dia begitu membenci aku tanpa aku sendiri tahu asbabnya.

" sorry qaseh. Raf memang macam ni jangan ambil hati ye." Laju saja tangannya mengetuk kepala rafael.

" qaseh masih duduk dekat rumah lama?" Abang haikal mula membuka topik ketika dalam perjalanan pulang. Rafael diam seribu bahasa, namun aku dapat lihat riak wajahnya pada cermin sisi. Masam mencuka.

" a.ah.kakak pun..." kata-kataku tergantung tatkala mulutku terlajak bicara. Wajah abang haikal tidak begitu jelas memandangkan dia sedang memakai spek mata hitam dan membelakangkan aku.

"Kakak qaseh sihat?" Setelah mendiamkan diri abang haikal mula bersuara.
" er..sihat." balasku tergagap-gagap. Risau jika mencetuskan perasaan tidak senang abang haikal, memandangkan cintanya dan kakakku putus di tengah jalan. Kini kakak sudah berpindah ke pulau pinang bersama suaminya, yang tinggal hanya aku, mak dan abah. Lantas aku mengambil keputusan untuk membisu, khuatir jika mulutku terlepas cakap lagi.

Aku tidak begitu ingat bagaimana hubungan mereka berdua berakhir, di dalam ingatanku masih jelas terngiang kakakku  menangis dan tidak keluar bilik selama seminggu ketika abang haikal dihantar belajar ke kanada. Pada mulanya aku tidak begitu faham, namun setelah kakak mendirikan rumah tangga, barulah aku sedar, cinta itu tak semestinya memiliki. Begitu juga antara aku dan abang haikal.  Aku hanya mampu memendam perasaanku, kerana aku tahu aku tidak setaraf dengan lelaki hebat ini.

------------
Ketika di rumah, seperti biasa aku akan membantu mak menyusun kuih muih untuk dihantar ke kedai rakannya. Jarang abah duduk di rumah memandangkan kerjanya sebagai kelindan, membuatkan lelaki itu perlu bekerja mengikut trip. Kadangkala 2 3 hari baru abah menunjukkan mukanya, oleh itu kehidupanku lebih banyak dihabiskan bersama mak.

" siapa yang hantar qaseh tadi?" Soal mak sambil memasukkan kuih semperit ke dalam balang. Soalan mak agak sukar untuk aku jawab, kerana tidak mahu membuat wanita ini bersedih jika aku menyebut nama abang haikal.

" err..cikgu qaseh. Dia kebetulan lalu sini,so dia tolong hantar qaseh."

" baiknya cikgu kamu tu. Nanti bagi satu balang kuih ni pada cikgu qaseh. Cakap dekat dia mak kirim salam."

"Ai mak...ada berkenan ke?" Usikku. Seraya mak mencubit tanganku. Aku mengaduh sakit, bukan sakit dicubit saja malah bisa akibat tendangan rafael masih lagi terasa.

" pandai je. Abah kamu tu nak letak mana?" Seloroh mak.

" letak dalam hati."

" banyaklah. Dah pergi tengok kuih dekat oven tu. Esok mak nak guna motor lagi. Kereta tu buat hal pula."  Omel mak, kereta kancil merah yang sudah uzur itu sememangnya sering menyusahkan mak untuk kemana-mana. Mujur skuter hondaku tidak meragam.

" pakai jela mak. Qaseh boleh naik bas. Tak pun jalan kaki. Bukan jauh sangat sekolah tu." Hakikatnya sekolahku sememangnya jauh. Boleh tercabut skru kaki jika aku berjalan.

" eleh jalan konon. Baru minta pergi kedai sekangkang kera tu pun pakai motor. Inikan pergi sekolah. Mati hidup balik pun mak tak percaya."

Aku sekadar tertawa dengan kata-kata mak. Tidak dinafikan, aku memang malas berjalan kaki. Sebab itu setiap kali acara merentas desa aku sering memberi alasan.

Share this novel

Noraisyah Ishak
2019-11-14 21:09:13 

sambung lg ye..


NovelPlus Premium

The best ads free experience