Rate

bab 3

Romance Series 4877

Sesi persekolahan sudah bermula. Ketika perhimpunan pagi belum bermula, mataku meliar mencari kelibat budak tersebut. Bungkusan yang diberikan padaku kelmarin berada dalam genggaman aku.

" kau cari siapa tu qaseh." Lela menegur apabila dia sedar gerak geriku. Tangannya lincah mengipas wajah dengan kipas kartun doraemon kegemarannya. Lela..lela..dah besar pun tak boleh hilang lagi fanatik pada doraemon.

"aku nak pulangkan barang ni. Malas nak simpan." Lela melirik pada plastik yang aku pegang.

" barang apa dalam plastik tu?" Soal lela ingin tahu.

" minyak angin dengan panadol. Budak baru tu bagi kat aku semalam." Ujarku sambil membuka plastik tersebut, memperlihat isi di dalamnya kepada Lela.

Sejuru itu Lela tersenyum penuh makna. Senyum selebar-lebarnya. Ha ada lah tu dia fikir! Memang pantang dia ni..

" kau jangan nak fikir bukan-bukan."

" eh mana ada. Aku senyum pun salah ke?"

" senyum tak salah, makna sebalik senyum kau tu yang salah." Tukasku, tatkala berasa kurang selesa dengan pandangan nakal lela.

" orang dah bagi..ambil jela. Lagi pun boleh guna kalau sakit nanti. Tak payah nak pergi bilik guru mintak ubat."

" aku rela berjalan pergi bilik guru dari ambil barang ni dari budak poyo tu. Huh! Berlagak macam bagus." Aku menyilangkan tangan.

" shus..karang dengar geng Maisarah tu. Naya kita. Tak aman kita nak habiskan sekolah." Bisik lela memberi amaran sambil melirik pada sekumpulan pelajar perempuan yang berdiri di barisan tingkatan 5. Pelajar perempuan yang terkenal dengan rekod salah laku di sekolah.

Siapa yang tidak kenal dengan ketua kumpulan samseng bernama Maisarah. Muka saja cantik, tapi perangai jauh panggang dari api.

" herm...kenapalah wujud manusia macam ni. Masalahnya aku tak cari pasal dengan sesiapa." Aku masih cuba menegakkan pendirianku yang begitu menentang kegiatan buli.

" kau ni tak ingat ke macam mana kes suri dulu kena buli dengan geng maisarah tu. Diorang tu main gila kau tahu tak. Kalau boleh kau elak budak lelaki tu. Aku tengok maisarah bukan main melekat dengan budak baru tu."

Aku bungkam.

Ada benarnya kata lela, pelajar perempuan yang dimaksudkan lela itu sememangnya suka mendatang masalah, namun disebabkan mereka memilik latar belakang anak orang berpengaruh, pihak sekolah terpaksa menutup mata dengan tindakan mereka.

Dalam masa yang sama aku tak pernah lupa bagaimana menggeletisnya Maisarah di sisi budak baru itu ketika di kantin. Sedikit pun tidak berasa malu dengan mata-mata yang melirik pada mereka berdua. Itulah manusia...sudah hilang rasa malu dalam diri.

Plastik putih tadi dimasukkan kembali ke dalam poket baju sekolah. Aku batalkan niat suci murniku tadi atas nasihat Lela. Betul juga cakap lela, lebih baik aku terima. Bukannya racun kan? So tak salah kalau nak terima.

" good. Macam tulah qaseh. Orang dah bagi ambil jelah. Dah-dah nanti kita sambung borak. Guru besau dah berdiri depan mic tu. Jom sumbat kapas." Seloroh lela mengejek sikap guru besar kami yang jakun dengan microphone itu. Pantang jumpa microphone, berjela-jela topik dia keluarkan. Aku turut tergelak kecil sambil menggelenh-gelengkan kepalaku.

" dah diam. Sat lagi cikgu Amir nampak naya kita." Balasku, menghentikan perbualan.

Loceng mula berkumandang. Pantas aku berpaling ke depan, menghadap tapak perhimpunan.Ketika aku menebarkan pandanganku ke arah para guru yang duduk di depan, anak mataku kaku pada seorang guru lelaki berbaju kemeja kelabu yang duduk di barisan belakang. Tak syak lagi...aku takkan silap...wajah insan yang sangat aku rindui kini hanya beberapa meter dariku!

ABANG HAIKAL!!

***

Perhimpunan pagi akhirnya tamat, naik lenguh kakiku berdiri lama, menadah ceramah dari guru besar. Para guru mula beredar ke bilik guru. Panjang leherku memerhati kelibat abang haikal turut melangkah bersama guru yang lain. Seraya aku melepaskan keluhan, niatku untuk menegur jejaka tersebut terpaksa dilupakan.

Sambil melangkah malas menuju ke kelas, sosok abang haikal kembali terlihat. Kelihatan dia dikerumuni pelajar perempuan tingkatan 3, meluat pula aku melihatnya.  Choi! Stay away from my future husband!!

" abang!" Panggilku sambil berusaha merapatkan jarakku. Persis seorang peminat yang mahu bertemu dengan idolnya. Sayang sekali panggilanku tidak didengari. Bahkan ditolak kuat hingga membuatkan tubuhku hampir melayang.

Debar di dadaku berkocak hebat. Lantas aku memejam mataku dengan kejap. Habislah aku kali ini. Tiba-tiba ada seseorang menyambut tubuhku. Fuh selamat! Kalau tidak, jadi nangka busuk aku tadi.

" terima kasih! Nasib baik awak tahan badan sayakalau tak.." tolehku dengan cepat namun nafasku tersekat.Budak baru ni lagi! Suir betullah dia ni. Senyumanku hilang serta merta. Mana aku pergi ada saja dia ni.

" jalan tengoklah. Ini tempat orang lalu lalang. Bukan ada pagar keliling kau tu." Pulang paku buah keras nampak. Ayat yang sama diulang. Pandangan kami bertembung antara satu sama lain buat seketika, sehinggalah terdapat pelajar yang datang dari arah bertentangan melanggar bahuku. Aku bagaikan terjaga dari mimpi.

" Jangan nak sibuklah." Tanpa berlengah aku berlari anak meninggalkannya. Virus sepertinya wajib elak. Nampaknya aku terpaksa lupakan niat aku untuk bertemu abang Haikal. Terpaksalah aku tunda masa rehat nanti.

***

Ketika waktu rehat tiba, sepantas kilat aku menuju ke ruang bilik guru, meninggalkan lela dengan rakan yang lain. Meski namaku dilaung berulang kali oleh lela, aku abaikan. Ketika ini dikepalaku sarat dengan abang haikalku yang tercinta.muahahaha.

Setibanya aku di depan bilik guru, aku menjengahkan kepalaku ke dalam. Spontan pandanganku terhenti pada guru lelaki yang kelihatan seronok berbual dengan seorang pelajar. Yes! Line clear.

Segera aku mengemaskan sedikit penampilanku. Memasang senyuman paling manis kemudian melangkah masuk. Mujur kebanyakan guru sudah beredar dari situ.

" eh qaseh!" Tutur abang Haikal dengan wajah girang apabila terpandang aku yang menghampiri mereka. Lantas aku menggawangkan tanganku sambil tersenyum menampakkan baris gigiku.

" hye qaseh..." satu suara menyapaku.

Erk. Macam kenal suara ni. Seraya aku melarikan pandanganku kepada pelajar yang duduk bertentangan dengan abang Haikal itu. Bulat mataku tatkala sedar gerangan yang menyapaku sebentar tadi. Sinis sekali senyuman yang diukir.

What the hell... budak baru ni lagi..

Mana aku pergi ada je mamat ni. Kenapa masa rehat macam ni dia lepak dengan cikgu. Pergilah buat kerja berfaedah sikit. Kacau daun betul!

"Tercegat pula budak ni. Jom duduk sini. Lama tak berbual dengan adik-adik abang." Pelawa abang haikal dengan ramah.

Adik? Hatiku mula berentak hebat. Takkanlah...

" adik?" Soalku , mahukan kepastian.

Abang haikal kembali menghenyakkan punggungnya ke atas sofa.

" ye adik. Qaseh dah lupa ke?" Soal abang haikal. Terbedik-bedik mataku cuba menghadam maksud abang Haikal kemudian aku melirik pada budak baru itu pula. Dia mengangkat simbol 'peace' dengan muka kerek tahap 7 petala langit.

Maksud dia budak baru ni? Rafael?

Spontan memori lamaku terimbas.

" qaseh dah jangan nangis. Nanti abang ubatkan luka qaseh." Pujuk abang haikal saat aku menangis menahan sakit tatkala ditolak oleh rafael ke tanah. Abang haikao membelek luka pada lututku. Darah sudah mula kering, namun pedihnya hanya tuhan yang tahu.

Apalah daya budak 12 tahun sepertiku untuk menahan sakit. Apa yang aku tahu menangis dan terus menangis. Baju gaun yang baru dibeli oleh mak, sudah rosak dan terkoyak. Ini semua rafael punya pasal. Kalau dia tak tolak aku ketika aku berlari mendapatkan bola, gaun baru aku takkan rosak.

Aduh pasti mak membebel jika lihat keadaanku. Punyalah susah aku memujuk mak untuk membelikanku sepasang gaun. Nampaknya usahaku sia-sia saja.

" alah sikit-sikit nangis! Manja!" Rafael yang masih tercegat di tepiku mengomel. Seraya aku merenung tajam pada budak lelaki yang memakai t shirt polo biru dan seluar pendek pattern kotak-kotak ini. Dia menyedari renunganku, namun berlagak tiada apa yang berlaku.

" raf kau diam. Kau punya pasal qaseh jatuh ni. Tak habis-habis nak cari gaduh dengan qaseh."

Aku menjelirkan lidahku tanda mengejek. Saat itu rafael mendengus geram.

" dah cakap jangan bawak perempuan main dengan kita, abang bawak juga. Tengok, main kasar sikit terus nak nangis." Rafael yang berumur 10 tahun ketika itu mula berhujah. Abang haikal memandang serius pada adiknya.

" baik kau diam. Jangan sampai abang report dekat ayah kau buat macam ni dekat anak dara orang."

" alah papa tu busy memanjang. Mana ada masa dengan kita."

" busy tak busy. Abang cakap abang report memang abang buat. Dari kau membebel kat sini, pergi ambil ubat dekat motor abang." Arah abang haikal. Kelihatan rafael mendecit dan melangkah kasar ke arah motor abangnya yang diparkir berdekatan dengan padang.

" qaseh abang minta maaf ya. Adik abang tu dia memang kasar sikit." Pujuk abang haikal lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Saat itu pertama kali aku jatuh hati kepadanya.

Seputar kenangan lama mengingatkanku kembali gerangan budak bernama Rafael ini. Sudah semesti bukan memori yang indah, dia merupakan mimpi ngeriku. Oh no!!!!

" kau...? Rafael?" Tekaku dengan kerutan kening sambil menuding jari telunjuk padanya.

Dia sekadar tersenyum senget.

" ingat pun kau kat aku..punya lama aku bagi hint dekat kau. Punyalah slow." Balasnya dengan selamba. Saat itu aku mengetap bibir. Macam mana aku boleh tak sedar dia ni rafael? Muka dia semasa kecil jika hendak dibandingkan dengan sekarang tidak banyak beza

" eh duduklah qaseh. Boleh kita berborak. Dah lama kita tak berkumpul macam ni." Pelawa abang haikal lagi.

Ketika ini aku tidak pasti sama ada hendak menerima pelawaannya atau tidak. Berat hatiku mahu menerima pelawaan abang haikal lantaran keberadaan rafael disitu.

" tercegat apa lagi? Duduklah!" Tutur rafael mengejut, membuat bahuku terjungkit sedikit. Aku mengeluh kemudian akur, tiada guna berdebat dengan budak tak cukup kasih sayang ni.

Dalam keterpaksaan aku melangkah ke sofa rotan yang kosong lalu aku melabuhkan punggungku.

"Apa lah Raf ni. Kasar sangat dengan perempuan. Berlembutla sikit... kau berdua bergaduh lagi ke? Tak habis-habis dari kecik sampai dah besar. Naik jenuh abang tengok kau orang berdua.." omel Abang haikal sambil menggelengkan kepalanya.

"Mana ada. Kitorang baik je. Kan qaseh?" Rafael melirik padaku dengan senyuman yang menakutkan. Aku menelan liur.

" er..ye kitorang okay je.." bohongku. Mestilah tak okay!

" alah budak ni pun baru kenal raf. Sebelum dia mana cam raf siapa. Siap buat tak tahu lagi. Kena baling bola kepala pun tak ingat juga."

" kau baling bola dekat qaseh rafael?" Wajah abang haikal berubah mendadak serius. Rafael yang sedar wajah serius abangnya, menggaru kepalanya.

" err..tak sengaja. Masa tu Raf main bola...lepas tu minah ni lalu. Memang mendapatlah." ujar rafael sambil tersengih. Mataku menjeling tajam padanya. Sementara gigiku sudah diketap kuat.

Amboi! Kau sendiri yang sengaja baling dekat orang lalu lalang. Kecil besar aku tengok mamat ni. Kalau tak disebabkan abang Haikal ada di sini, memang aku tendang keluar si Rafael ni. Cakap ikut sedap mulut je.

" kau bergurau kasar sangat la raf. Jadi apa-apa kat anak orang kau nak tanggung?" Bebel abang haikal lagi.

" entah..nak tanggung ke..?" Bisikku perlahan. Tiba-tiba rafael mencerun tajam padaku dengan renungan seperti hendak menelanku. Padanlah muka kena marah. Salah sendiri tanggunglah. Gelakku dalam hati.

***

" Seronok la kau ye tengok aku kena marah dengan haikal?" Soal rafael ketika kami beriringan keluar dari bilik guru. Berkerut keningku tatkala dituduh sebegitu.

" Eh apahal aku pula? kau sendiri yang lepas cakap. Aku diam je dari tadi. Sendiri tanggunglah." Aku mengerling. Malas hendak memandang manusia dua alam ini.

" oh sendiri tanggung...kalau kau tak menyibuk tadi, tak adanya topik tu keluar. Hish memang malang hidup aku ni jumpa kau. Dalam banyak sekolah kenapa sekolah ni kau nak belajar ha?" Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil mendecit.

Ewah mulut saka sesat ni...

Aku menyambut kata-katanya tadi dengan ketawa dibuat-buat berserta riak muka mengejek. " aku pun terfikir juga...dah tak ada sekolah swasta ke yang kau nak masuk? Sibuk masuk sekolah kerajaan kenapa? Kata kaya kan? Pergilah beram...masuk private. Kau dekat sini pun tahu menyusahkan aku je." Balasku.

Rafael menggigit bibir bawahnya. Ha marah lah tu. Ada aku kisah?

" wow...dah pandai ye melawan sekarang. Mana pergi budak gembeng yang kuat mengadu tu? Abang...huhuhu..." rafael mengajuk gaya budak menangis. Mendidih terus amarahku ketika ini.

" baik kau diam. Ada aku pijak kau kejap lagi."
" pijaklah..itu pun kalau boleh. Dah lah kenit." Nasi tambah pula rafael ketika ini, sengaja menambah rasa geramku padanya.

Aku menarik nafas, mengawal emosiku. Semakin dilayan semakin melampau.

" kenit aku ni...aku tetap tua dari kau. kau ni cuba respect sikit kat aku. Aku ni tua 2 tahun tau dari kau." Aku bercekak pinggang. Naik lenguh aku mendongak, memandangkan ketinggiannya begitu jauh berbeza denganku.

Rafael menyilangkan tangan. " so?" Macam tu je dia balas??

" panggil aku akak." Pintaku.

"Akak?" Rafael menjungkitkan kening. Dia tertawa sinis sambil menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket sekolahnya. Gelak tak ikhlas...

" aku rasa sepanjang 17 tahun aku hidup, aku ada abang je. Tak tahu pulak ada adik beradik lain. Cik noor qaseh binti naim..jangan beranganlah nak dengar aku panggil kau tu kakak. Tak sesuai lansung. Okay?" Dia menjeling tajam. Jeling...jeling...korek biji mata tu baru tahu.

Belum sempat aku membalas, perbualan atau lebih kepada pertelingkahan ini terhenti tatkala Maisarah mendekati kami. Dengan renungan tajam menikam, Maisarah menyinggul bahuku hingga aku mengundur beberapa tapak. Boleh tahan keras badan gadis ini.

" awak buat apa kat sini raf? Puas saya cari awak tau. Baru ingat nak rehat sama-sama.." Aduh suara manja meloyakan tekakku.

" Aku jumpa cikgulah. Kau buat apa kat sini? Apahal kau nak jumpa aku?"

" saja je..bosanlah lepak tak ada awak.." balas Maisarah, mengabaikan cara rafael menjawab sebentar tadi.

" ah kau ni. Mana aku pergi nak melekat, semak tau. Dah macam girlfriend aku pulak."

" eh baguslah kalau saya jadi girlfriend awak. Kan family kita boleh lagi rapat kalau kita couple." Dia merangkul lengan rafael tanpa segan silu.

" B.E.R.A.N.G.A.N..." Jari telunjuknya menolak dahi Maisarah, hingga dia terpaksa melepaskan lengan rafael. Bulat mataku melihat cara rafael melayan Maisarah. Cukup kasar dan biadap. Tak cukup ajaran barangkali.

Terkulat-kulat wajah Maisarah menahan malu apabila Rafael berbuat demikian. Saat itu itu dia menoleh padaku pula. Barangkali nak tutup rasa malu, aku pula dihambat sebagai alat melepaskan geram.

" kau buat apa kat sini lagi? Eh sedar sikit diri tu. Dah tua pun menggatal dengan pelajar form 5. Tercegat apa lagi. Blah lah! Sibuk nak tengok kat sini buat apa? Nak jadi mak cik bawang ke? " cantik benar ayat si Maisarah ni. Dia yang menghalang laluan, aku pula dilabel sebagai mak cik bawang. Aku menggigit bibir bawahku, menahan sabar.

" sorrylah dik. Akak nak lalu sebenarnya. Tapi jalan ni muat-muat je. So bagilah ruang sikit.." balasku selamba. Kedengaran Rafael hampir tergelak mendengar jawapanku namun ditahan, sejurus itu Maisarah mendengus kuat.

"Eh kau ni..." Maisarah melangkah ke arahku, lengan bajunya sudah disinsing hingga ke siku dengan lagak samsengnya. Kalau berani datanglah! Bisik hatiku. Tiba-tiba lengannya ditarik oleh Rafael.

" dahlah. Nak gaduh dengan dia buat apa. Kau juga yang tutup jalan. Dah lah. Pergi balik kelas. Kalau kau tak nak balik kelas kau tinggal la sini. Aku blah dulu."

Tanpa menunggu, dia mengorak langkah pantas beredar dari situ. Maisarah yang kelihatan tidak tentu arah, membuang pandang ke arahku untuk kali terakhir.

" kau tunggu nasib kau!" Ugutnya kemudian berlari mendapatkan Rafael yang sudah jauh berjalan.

***

Keesokan harinya ketika waktu rehat tamat, aku melangkah tenang bersama Lel masuk ke dalam kelas tingkatan 6 sastera yang terletak di tingkat 3. Sambil menyanyi kecil langkahku di atur masuk ke kelas. Sebaik tiba, suasana kelasku kelihatan sunyi walaupun ketika itu semua pelajar berada disitu.

" qaseh..." lela memandangku dengan wajah sugul. Begitu juga pelajar lain. Yang menghairan semua sedang mengerumuni mejaku. Tanpa berlengah aku menghampiri mereka. Apabila rakan sekelasku memberiku ruang, mataku terbuntang melihat keadaan mejaku yang dipenuhi sampah sarap.

" hish siapa yang pedajal aku ni?" Aku bercekak pinggang. Bukan sampah sahaja, malah terdapat nota turut ditinggalkan. Pantas aku mengambil nota tersebut.

" perempuan gatal...." suaraku bergetar menahan geram. Kertas tersebut aku renyuk dan aku baling ke lantai. Dengan kadar segera Lela mengambil tong sampah dan membantu membersihkan mejaku yang kotor. Begitu juga rakan sekelasku yang lain.

" aku pun tak tahu siapa buat ni. Kitorang semua pergi kantin time rehat so memang tak tahu siapa yang buat." Ujar umar iaitu ketua kelasku. Sememangnya hubungan antara kami erat, keadaan ini yang membuatkan kelas kami sentiasa dipuji oleh para guru.

Aku menggigit bibirku. Sejak hadir rafael ke sekolah ini duniaku sudah tidak aman lagi. Tiada angin tiada ribut, aku menjadi ancaman kepada para perempuan di sekolah ini. Ini sudah tentu kerja kumpulan budak perempuan yang sering bersama rafael itu. Tidak syak lagi!

" tak apa..aku tahulah nak buat apa. Pelajar sekolah ni makin biadap pada senior macam kita. Siap lah kau rafael!" Desisku.

" siapa rafael?" Lela menghampiriku.

" budak jahanam. Datang menyusahkan hidup aku."

" sabarlah qaseh. Kita boleh adukan benda pada cikgu disiplin."

" tak payah. Kalau kita adu dekat cikgu disiplin pun nanti makin teruk kumpulan tu kenakan aku."

Lantas aku menapak keluar dari kelas,menghilangkan bara yang hangat membakar aku saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience