Rate

Bab 2

Romance Series 4877

Aku membuka video cam di komputerku. Pejam celik sudah 5 tahun aku dan abang haikal berhubung melalui skype. Sejak dia berpindah hanya skype menjadi pengubat rinduku. Siapa sangka orang sepertiku tidak mempunyai crush? Haruslah ada!

"Hai abang haikal!" Aku menggawangkan tanganku ke arahnya. Lambaianku dibalas dengan senyuman lebar abang haikal.

" hai qaseh. How are you?" Soalnya seperti kebiasaannya. Wajah tampan abang haikal aku tatap melalui skrin komputer di bilikku. Aduh bergetar tulang jiwa aku dengan senyumannya. Lantas aku mencebikkan bibirku.

" not good." Ujarku disertakan keluhan berat. Propa je lebih aku ni.

" why? Anything happen?" Soal abang haikal. Nadanya kedengaran dia agak risau. Apa lagi memang melonjak kegedikanlah aku dibuatnya.

" tipu jelah. Qaseh okay, abang haikal bila nak balik sini." Aku mengongoi sedih.

" kalau abang balik qaseh suka ke?" Dia menopang dagu, dan menjungkitkan keningnya yang cantik terbentuk itu.

" soalan apa tu. Mesti lah suka!" Tuturku dengan girang.

" wah..ada orang tunggu abang balik nampaknya..hem..tak tahu lagi la dik..too busy with work." Keluhnya dalam nada perlahan.

Aku mengetapkan bibirku kemudian menyandarkan belakang badanku pada kerusi. Keluhan berat aku lepaskan. Busy sangat ke sampai lansung tak balik Malaysia? Jawapan yang sama aku dengar setiap kali aku bertanya soalan sebegitu. Naik jelak telinga aku mendengarnya.

" qaseh marah ke?" Suaranya abang haikal kedengaran setelah suasana antara kami berlalu sepi buat seketika. Aku menegakkan tubuhku kembali lalu bibirku dibasahkan sebelum membalas soalannya.

"Taklah.mana ada marah" balasku acuh tak acuh.

" yeke. Macam abang tak tahu adik abang ni marah macam mana."

"Yelah..memang qaseh marah. Tapi nak buat camne. Abang pun ada life kan. "

Abang haikal tertawa menampakkan lesung pipitnya. Aduh sekali lagi aku cair. Andai saja dia tahu apa yang terbuku dalam hati aku ni.

Sekejap..saat ini wajah abang haikal seakan mirip dengan seseorang. Kenapa minda aku teringat pada budak baru tu? Pelanduk dua serupakah??

***

Hari sukan sekolah merupakan hari yang paling tidak digemari oleh aku kerana aku tidak begitu tertarik dengan acara larian, lompat jauh dan sebagainya.

Walaupun sudah pelbagai cara untuk mengelak sudahnya aku terpaksa menyertai mana-mana acara sukan bagi mewakili pelajar tingkatan 6 atas faktor bilangan pelajar tingkatan 6 yang sedikit.

Tepat jam 3 petang aku selesai menukar baju sukanku dan melangkah malas ke padang. Bahang mentari begitu memedihkan kulit aku ketika ini.

Sedang aku berjalan melepasi sekumpulan pelajar yang bermain bola keranjang, entah jebon mana membaling bola tepat di kepalaku. Berpinar-pinar pandanganku dibuatnya hingga aku terduduk di atas jalan tar yang panas. Masak punggung aku.

" aduh sakitnya kepala aku! Hoi siapa baling bola ni ha? Tak cukup ruang sangat ke sampai baling dekat orang?!" Kepalaku digosok.

Tatkala pandanganku mula jelas aku mengambil bola tadi dan aku baling sekuat hati ke dalam gelanggang mereka. Nasiblah siapa yang kena balingan maut aku tu.

" aku yang baling." Satu suara lelaki mencelah. Spontan sepasang mataku tertuntas pada individu tersebut. Turut kelihatan bola yang aku baling sebentar tadi sudah berada dalam pegangannya.

Kelihatan seorang pelajar lelaki muncul dari kalangan pelajar yang bermain bola keranjang di situ. Dia melangkah menghampiriku. Ketika ini tubuhnya hebat dilenjun peluh. Eww...geli aku tengok peluh dia.

" kau tak nampak ke orang jalan kat sini. Gol kau dekat situ, bukan kat sini. " aku bangun sambil mengibas seluar tracksuitku.

" aku nampak kau macam tiang tu aku baling. Sorry la ye."

Eh sudah baling bola dekat kepala aku, boleh pula loya buruk. Ingat tak bayar fitrah ke kepala aku ni?

" Kau ingat lawak? Sakit tau tak kepala aku! Berani buat berani tanggunglah, minta maaf ke apa. Ni tak kau loya buruk dengan aku eh!" tempikku, mengabaikan beberapa pasang mata yang memerhatikan kami berdua. Kisah pulak aku.

Bola ditangannya dipusingkan dengan satu jari. Kelihatan dia tersengih sinis." lain kali jalan pun tengoklah. Ingat semua orang nak elak kau ke? Jalan menonong tak tengok kiri kanan. Salah kaulah."

Aku pula dituduh. Muka je nampak suci, tapi boleh tahan juga perangai iblis dia ni.

"Salah aku pulak? Kau tu yang rabun sesuka hati kau nak baling bola kat orang lalu lalang kat sini. Sini kawasan terbuka, ada je pelajar lalu, bukan ada pagar keliling gelanggang tu. Takkan tu pun nak aku ajar? Makan penumbuk aku nak?"

" tumbuklah kalau berani..." lantas dia mendekatkan wajah dia padaku.

Owh..kau nak cabar aku ye budak baru. Siap kau. Aku menoleh ke kiri dan kanan sejenak kemudian kembali memandangnya yang masih lagi menghalakan pipinya padaku. Get ready ye budak.

" betul ni? Kau jangan cakap aku cari pasal dengan kau. Kau sendiri yang bagi. Serius ni? Kau tak menyesal?"

Dia menggeleng. Oh cabar aku ye... Dengan sekali hayunan,kakiku menendang kuat tulang keringnya, membuatkan dia melompat-lompat kesakitan.

" hoi! Kau kata tumbuk, apahal kau tendang aku?!" Tulang keringnya digosok laju. Sakit sangat agaknya. Hatiku tertawa terbahak-bahak.

" eh sakit ke? Kaki aku ni tak boleh tahan la. Kaki aku pergi dulu sebelum tangan. Jahat kaki aku ni. Ha macam mana? Baru kau tahu sakit ke tak kepala aku ni." Ujarku dengan nada mengejek.

" weh akak form 6..kau ni dah melebih..." aku menjelirkan lidahku. Namun tidak lama setelah kelihatan dia mula menegakkan tubuhnya .gulp! Aku menelan liur. Nampak wajahnya sudah berubah riak. Bagai ada api dalam bola matanya ketika ini.

" eh cikgu amir!" Acahku sambil menunding jari ke arah belakangnya. Spontan dia turut menoleh kebelakang. Aha senang kena kelentong rupanya. LARI!!

" kurang asam punya perempuan! Woi! Aku tak habis lagilah!!" Jeritannya masih kedengaran tatkala aku sudah jauh melarikan diri.

" wekkkk!!!" Aku pantas berlari menuju ke padang, menyelamatkan diri.

Apa masalah budak baru ni? Hari tu tenung aku, hari ni di baling bola kat kepala aku pula. Esok? Nak bertumbuk dengan aku ke? Betul kata pepatah dont judge a book by its cover. Luaran indah, hakikatnya dalaman busuk nauzubillah.

***

Sesampainya aku dipadang aku terus menghampiri cikgu aziz yang berdiri di bawah khemah pengurusan.

" lela kau pergi dulu. Aku nak jumpa cikgu aziz kejap." Aku menepuk bahu lela yang berada disebelahku.

" eh kau nak pergi mana qaseh. Khemah kita kat sana." Lela menahanku.

" aku tak boleh la lela. Kepala aku sakit. Berdenyut-denyut ni."

" la yeke..herm tak apalah jom aku teman kau. Kang tumbang payah pulak." Lela memaut lenganku sebelum sempat aku menghalang lalu mengiringiku ke arah cikgu aziz.

Aku dan lela mendekati cikgu lelaki yang ralit membaca sesuatu pada kertas ditangan. Sedar akan kehadiran kami di situ, cikgu aziz menoleh.

"Err..Cikgu..saya minta maaf kepala saya pening sikit. Boleh tak saya nak minta izin rehat dekat kantin kejap."  Pintaku pada cikgu aziz iaitu guru yang bertugas pada hari tersebut.

" kamu tak sihat ke? Kenapa tak balik je tadi?"

" kepala saya kena bola cikgu. Sebab tu pening. Saya nak rehat kejap kat kantin. Nak balik pun saya tengah pening ni cikgu."

" kena bola? Hem ada-ada jelah kamu ni. Tak apalah saya bagi awak pergi rehat. Kalau dah okay nanti baru balik." Pesan cikgu aziz yang mengenakan spek mata hitam dan topi biru laut.

" terima kasih cikgu. Saya pergi dulu." Ujarku

" cikgu saya temankan qaseh pergi kantin kejap. Takut pengsan nanti susah." Lela pula bersuara. Itu semua agenda lela, semata-mata hendak mengelak dari latihan sukan.

" Banyaklah alasan awak. Awak masuk balik rumah sukan awak. Kawan awak boleh jalan lagi." Cikgu aziz menahan. Wajah lela berubah cemberut.

" tapi cikgu..."

"Masuk barisan.." potong cikgu aziz. Lela mencemikkan wajahnya padaku kemudian beransur pergi ke arah rakan yang lain. Aku tertawa kecil, namun cepat-cepat disembunyikan, tatkala cikgu aziz memandangku.

" saya pergi dulu cikgu."

***

Nikmatnya dapat duduk dibawah kipas sambil menonton televisyen di kantin, di saat semua pelajar sedang berjemur menjalani latihan sukan. Aku menggosok kepalaku lagi, kuat benar balingan budak itu. Boleh gugur otakku dengan hentakan bola tadi.

" ehem!" Kedengaran orang berdehem di belakangku. Spontan aku menoleh.

Budak baru itu sedang duduk dibelakangku. Apa masalah dia ni? Dia mengukirkan senyuman namun sinis. Aku merengus dan memalingkan kembali wajahku. Sempat aku melirik pada penampilannya. Baju sukan yang lencun dengan peluhnya terlihat semakin kering, rambut lurusnya yang agak perang itu juga sudah kering. 

Boleh tahan juga rupa budak baru ni. Hidung mancung, alis mata lentik dan kening elok terbentuk. Kulit pula kuning langsat, rambut lurus dan hitam keperangan. Stok jambu ni. Kalah perempuan.

" kau buat apa kat sini? Pergi duduk jauh. Semak!" Aku menyilang tanganku.

" aku nak tanya soalan yang sama. Kau buat apa kat sini? Ponteng latihan ke?" Aku mengabaikan soalannya. Buat apa menghabiskan air liur berbalah dengan budak sepertinya. Baru saja masuk sini, sudah mula tunjuk taiko.

" bukan masalah kau. Tapi kau punca masalah ni. Sedap-sedap baling bola kat kepala aku. Ingat aku ni patung?"

" Qaseh..qaseh.."

Aku menoleh laju. Mana dia tahu nama aku?

" kau kenal aku ke?"

Budak baru itu tertawa kecil namun tetap sinis.

" tak apalah. One day kau akan kenal juga aku. Malas nak introduce awal. I love suprise.." tuturnya dalam nada menggoda. Eh budak ni.sasau ke? Aku mencebik geli.

" by the way, here. Ambil ni." Bungkusan plastik berwarna putih dihulur. Seraya keningku berkerut.

" apa ni?"
" bom."
Mataku dibuka luas apabila mendengar jawapan selamba pelajar didepanku ini. Sehingga kini aku tidak faham apa tujuannya berada disini. Setelah itu pelajar baru itu tertawa.

Aku melihat bungkusan dihulurkan kepadaku oleh budak tersebut. Namun aku memilih untuk tidak mengambil bungkusan tersebut lantaran rasa curigaku yang begitu tinggi.

" okay aku letak sini. Kalau kau rasa nak ambil kau ambil. Kalau tak nak buang je." Wajahnya sedikit berubah.

" okaylah aku nak pergi padang. Kau sambunglah berangan dekat sini. Bye qaseh." Tangannya digawang berserta sengihan sinis. Seram sejuk aku dibuatnya.

Setelah itu dia melangkah pergi meninggalkan aku sendirian. Beberapa minit kemudian,Tumpuanku beralih pada bungkusan tadi. Aku menjengah isi di dalamnya. Apa yang aku lihat terdapat minyak angin dan panadol berserta air mineral.

Budak baru tu rasa bersalah ke dengan perbuatan dia tadi? Orang dah bagi, apa salahnya ambil. Lantas bungkusan itu aku ambil dan aku simpan ke dalam beg sandangku.

-------

Spek mata nerd yang dipakai sejak umurku 13 tahun, ditanggalkan. Kelopak mataku yang letih, aku urut lembut.

Selepas selesai menyelesai beberapa tugasan yang diberikan oleh guru kelas, lembaran buku teks dan kertas kajang yang bersepah di atas meja studiku dikemas. Tahun ini aku perlu berusaha keras dalam pelajaran. Peperiksaan besar sudah menanti untuk beberapa detik saja lagi.

Sebelum melangkah ke katil, aku terpandang beg sandangku yang aku letak di tepi meja. Serentak itu peristiwa petang tadi berlegar dalam bayanganku. Aku membuka zip poket beg sekolahku dan mengeluarkan bungkusan plastik berwarna putih tersebut.

Rasa hairan masih bermaharajalela dalam fikiranku. Bagaimana dia boleh tahu nama aku? Sedangkan ketika aku bertikam lidah dengannya, nametag aku tidak dipakai. Pernah ke aku jumpa dia sebelum ni? Tindakan dia membuatkan ketenangan alam persekolahan aku kian terancam.

Minyak angin dan panadol di dalam plastik itu aku masukkan semula ke dalam poket beg sekolahku. Aku nak pulangkan. Aku tak perlukan belas kasihan sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience