Rate

Bab 1

Romance Series 4877

"Qaseh!!! Pukul berapa nak bangun!!" Suara lantang mak menusuk masuk ke pendengaranku. Bingit betul suara mak ni, naik berdengung telinga aku.

Dalam keadaan mamai, aku meraba-raba mencari telefon bimbitku untuk melihat jam. Sambil memisat kelopak mata, aku melirik pada skrin telefon bimbitku.

" alamak!!aku dah lambat!" Aku terjerit kecil, tanpa berlengah aku terus melompat dari katil dan berlari ke kamar mandi. Habislah kau kasih..! Mati! Memang mati kau kali ni!

"  Dah tingkatan 6 pun buat perangai lagi! Tahun ni STPM tapi perangai lengah tu lansung tak nak ubah. Kau kena tahan dengan cikgu disiplin, kau jawab sendiri dengan abah. Mak tak tahu."

Mulut mak masih lagi kedengaran membebel di dapur. Ah malas nak dengar. Abah bukan selalu balik pun. Setelah mengelap ala kadar tubuhku yang masih dibasahi dengan air, aku mencapai uniform sekolahku yang sudah siap digosok semalam dan aku sarung ke tubuhku.

"Mak! Qaseh pergi dulu!" Laungku sebaik saja selesai memakai kasut. Sejurus itu aku melompat atas motor scooter hondaku dan memecut keluar dari perkarangan rumah. Mulutku tidak henti-henti berdoa agar sempat sampai ke sekolah.

SMK Tun Teja

Aku menarik nafas lega kerana tepat jam 7 15 pagi, aku tiba di sekolah. kelihatan segerombolan pelajaran sudah berpusu-pusu menuju ke kawasan perhimpunan. Seraya aku mencapai beg dan aku sandang ke bahu kiri. Dalam keadaan kelam kabut, aku terlanggar seseorang yang berada di tepiku. Sejak bila dia berada disini?

"Sorry! Sorry! Tak sengaja." Ujarku tanpa memandang. Lelaki atau perempuan tidak lagi aku endah. Apa yang aku endahkan sekarang ialah cikgu Amir yang kelihatan sudah muncul dengan rotan di tangannya. Kalau kena sebat ni mahu seminggu baru baik. Siapa yang tidak kenal cikgu paling garang di sekolah menengah tun teja ni. Badan sasanya saja boleh membuatkan semua pelajar gerun. Inikan pula menerima sebatan dari rotan keramat dia tu.

" weh kau asal lambat. Nasib sempat sampai." Lela bersuara sebaik sahaja aku tiba di barisan pelajar tingkatan 6.

" sorry beb. Aku lambat bangun." Balasku termengah-mengah. Al maklum sekolah aku ni atas bukit. Memang hari-hari mendaki.

" kau ni kan nasib sempat.kalau tak memang kena warning la dengan cikgu disiplin. Buat malu je tau kalau pelajar senior kena denda."

"Alah..nak malu apa. Tu namanya pengalaman hidup."

Lela ketawa mengejek. " pengalaman hidup konon. Engkau tu baru dengar suara cikgu Amir dah menggelabah, ada hati nak kena denda. Podahhh" 

" kau cabar aku?" Aku mengangkat kening. Pantang betul aku orang main cabar ni. Lela tersenyum, menyerlahkan pipi paunya.

" kalau cabar pun tak datangkan faedah untuk aku qaseh. Buang masa aku. Kau tu bukan boleh. Orang cabar, laju je nak sahut. "

" ha tau tak ape!" Aku memeluk tubuh berserta riak megah.

" yelah..yelah kalau dengan kau aku takkan menang. Petang ni jangan lupa.training macam biasa."

" kau pun training tak lela?" Soalku sambil menyeluk poket baju sekolahku, mengeluarkan nametag kemudian aku pin di atas lencana sekolah.

" traininglah..tahun ni tahun last kita kan wakil silat. So kena la buat yang terbaik."

Aku sekadar mengangguk kemudian melarikan pandangan ke depan.

"Weh tengok-tengok! Ada budak barulah!" Bahuku digoncang kuat secara tiba-tiba, spontan aku menoleh pada arah yang dimaksudkan. Mataku tertancap pada seorang pelajar lelaki yang diiringi cikgu amir memasuki baris pelajar tingkatan 5. Tingginya. Saat itu aku tertawa geli hati.

" kau gelak pesal?" Lela menepuk bahuku. Sudahlah tadi digoncang, kini ditepuk. Memang nak kena lipat budak lela ni.

" cikgu amir nampak pendek weh.hahaha!" Serentak itu lela menekup mulutku. Mujur sempat, jika tidak sah-sah aku kena maki dengan cikgu andartu yang menjaga baris pelajar tingkatan 6. Sekali lagi bahuku ditepuk kuat. Aduhai lela, nasib kau ni spesis badang, kalau tak kat sini juga kau kena balun.

" ya rabbi...aku suruh kau tengok pelajar tu bukan cikgu amir. Hish. Hensem dowh!"

" sapa bodoh?okay!okay! Jangan tepuk.sakit kau tahu?" Cepat-cepat aku menahan tangan yang hampir hinggap di bahuku sekali lagi.aku menggosok bahuku yang sakit.

Loceng rehat berkumandang dengan lantang. Aku turut tidak ketinggalan mahu mengisi perutku yang sudah berkeroncong. Apa tidaknya sejak pagi tadi aku tidak menjamah secubit makanan pun. Terpaksalah aku bersesak dengan budak tingkatan 5. haih!

" mak cik!! Bagi mee sup satu! Lepas tu air milo ais."

" oi qaseh. Kau ni dah kenapa. Takut mak cik kantin tu kau buat. Bawak bersabar boleh tak?" Tukas lela yang dari tadi berada di belakangku.

" aku gastrik mana boleh lambat makan. Mak cik cepat mak cik...saya kebulur dah ni." Aku mencemik kepada mak cik kalsom. Wanita itu tertawa melihat gelagatku yang sudah seperti sebulan tidak makan.

" kau bukan gastrik kau tu saka! Makan banyak. "

" ahhh! Saka ke hantu ke aku tak kisah. Aku nak makan, aku nak makan jugak. Jangan kau aku makan sudahlah."

" nah mi sup kamu dengan milo ais." Mak cik kalsom menghulurKn pesanan, serta merta wajahku tersenyum.

" terima kasih cik kalsom!" Ujarku lalu menyambut makanan tersebut. Dengan berhati-hati aku membawa makananku di meja yang  berdekatan. Aku melabuhkan punggungku dan dengan pantas menadah tanganku membaca doa makan.

tatkala aku meraup wajahku, pandanganku bertembung dengan seseorang yang duduk dimeja depan. Kedudukannya yang berdepan denganku, jelas menunjukkan dia sedang memandangku. Dia budak baru yang lela tunjuk pagi tadi. Buat apa dia pandang aku?

Kelihatan di sisinya terdapat seorang budak perempuan yang boleh dikatakan hot stuff dekat sekolah tun teja ni. Cantik, bijak, dan harapan sekolah. Maisarah iaitu anak kepada dato helmi, penyumbang dana terbesar bagi sekolah tun teja ini kelihatan begitu manja dengan budak baru tersebut. Meremang bulu romaku melihat perempuan meliuk lintuk dengan lelaki luar. Lainlah keluarga sendiri atau suami.

Abaikan. Yang penting perut. Tak mati pun orang pandang, yang mati kalau aku tak makan. Lalu aku menceduk sup dan aku hirup perlahan. Ya allah nikmatnya tidak terkata. Biarpun aku tahu gerak geriku sedang diperhatikan olehnya, aku tak ambil pusing. Setakat budak tingkatan lima, tak adanya buat ovari aku pecah. Not my taste at all!

" weh!"

" apa?" Aku mengerutkan kening apabila lela menganggu masa makanku. Lela mengambil tempat di depanku lalu meletakkan mi sup dan air sirap bandung.

" budak baru tu tengok kaulah!"

" alah biar la. Dia ada mata." Ujarku , meneruskan menyantap makanan.

" kau ni kan..Lelaki punya hensem macam tu kau tak pandang? Qaseh perempuan spesis kita jangan memilih. Yang ada sebat je. Kita bukan elok sangat sampai nak memilih."

" ahhh! Ada aku kisah lela? Dia nak pandang aku suka hati dia. Tak semestinya dia pandang aku. Mungkin dia pandang belakang aku."

" belakang kau tu dinding sengal." Selamba saja mulutnya menggelarkanku sengal.

" aku rasa dia ada six sense. Tu dia tengok dinding. Ada something kut belakang aku."

" malas aku nak cakap dengan kau qaseh. Baik aku makan dari melayan kau. Ada je jawapan mengarut kau bagi. Masa stpm paper pengajian am boleh lah kau auta lebih."

Aku tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience