Rate

Five

Short Story Series 6323

Makin sikit masa ustaz dekat sekolah , makin banyak pula perasaan yang bercampur dalam hati aku .

Adakah aku dah jatuh hati dengan ustaz tu ke apa ni ?

Sejak kebelakangan ni pun aku banyak mengelamun pasal dia . Oh woo takkan lah Zie !

Tapi , mungkin juga . aku selalu gila nampak dia senyum . dan aku macam pelajar yang bertuah . yelah ramai sangat cakap yang diorang tak pernah nampak ustaz tu senyum .

Shikin ! Yes shikkin !

————————————————

KinBit??

Kin !!

Awallah reply tho !!

Wey gigi !!

Rabbit !!

Jangan lah spam bodo !

Kau apa si*l !

Tengok aku dah mencarut dah !

Haa wey !

Aku nak cakap ni

Aku rasa dah terfall in love dengan 'kebait' tho

Serius tho aku kata , aku rasa aku dah jatuh hati dgn diaa !!

Omg ! Wey tolong aku tho!

Hahahahah !

Aku dah agak dah !

Dari dulu lagi aku dah nampak yang kau makin
Lama , makin jatuh hati

Yelah , bila orang lain cakap
pasal ustaz je ,mesti muka kau berubah

Congrats je laa beb

Normal thing lah bila student minat or jatuh hati dekt cikgu dia

Ye ke wey ?

Aduu patut ah lepastu ada orang tiba2 mntak maaf

Aku ingat sebab apa lah

Hahahaha

Ramai yang dah tau pasal ni
dengan tengok riak muka kau je tho .

Aduu kantoi siaa
??

————————————————
Aku nak pergi mana eh hari ni ? Esok dah isnin . Aku tak boleh betul lah kalau hari ahad ni duduk rumah je

Ajak Hayana lah . Lagi senang alang-alang aku malas nak mesej orang .

Aku segera naik keatas dan merempuh pintu biliknya . Kesah pulak aku kalau dia memekak , nanti nak betulkan bukan pakai duit dia pun . Duit aku dengan abang je .

"Kakak ! Apa ni main masuk je bilik Yana ! Bagi lah salam dulu ! Ish dia ni kan !" Aku buat tak tahu je . Memekak je tahu budak ni huh !

"Yana , jom teman kakak pergi jalan-jalan dekat Aeon jom . Kakak boring lah Yana . Pleaseeeee....." habis sudah aku aku kemut muka untuk merayu dekat dia ..

?????????

"Bangun semua ! Assalamulaikum ustaz ."

"Assalamualaikum ustaz ."

"Waalaikumusalam , okey duduk dan baca doa . "

"Bismillah....."

"Aminn.."

"Okey ! Hari ni ustaz nak kamu semua buat kerja sendiri , ustaz ada kerja sikit nak buat okey ."

"baik ustaz !"

kelas mula kedengaran bising dari suara pelajar yang agak nakal. Dengan perangai yang bermain di luar kelas , menjerit macam orang gila dan ada juga pelajar yang ponteng di tangga hujung untuk menghisap rokok .

entah apa kena dengan kumpulan Mila a.k.a 'supergirls' tiba-tiba pulak terniat nak main campak-campak barang sehingga ke depan . 

Aku ? aku seorang harini , Shikkin tak datang sebab kecundang dekat depan sekolah rendah area rumah dia . Mujur tak teruk sangat ,cuma kaki sahaja yang luka dan lebam-lebam .

"Hahahahha eyy you ni Ashira ! You ambil balik barang i tu ! " suruh Shahadah kepada temannya Ashira . Dari suara yang agak nyaring itu membuatkan aku rasa menyampah . Aku memandang ustaz , yela mana tau kalau dia nak tegur atau apa kan .

Hahahahah guess what ? dia pandang aku , aku pandang dia . 

eyyy ustaz ni aku kata bodoh nanti marah , takkan tak reti nak tegur pelajar yang perangai mengalahkan syaitan ni ?! kau boleh pandang then jeling je ?!

aku yang elok tengah sejuk tadi , tiba-tiba rasa panas . Haish sabar Haz sabar .

"Excuse me SuperGirls , can you guys slow your voice and sit at your place properly ?"

tegurku sedikit memerli sambil mataku melihat kearah ustaz Khubair ! Ish ! dia boleh senyum ? huh . nah cairkan hati aku lah tu . eyy

Boleh dikatakan hampir semua pelajar 3T yang berkeliaran diluar tadi sudah berjaya aku bawak masuk ke dalam kelas . Atas usaha sendiri tau , nak harapkan ustaz ? huh hampeh !

Akhirnya loceng telah bunyi menandakan waktu rehat sudah tiba . ustaz Khubaib hanya keluar membawa komputer riba dan failnya sahaja . kertas kerja dan buku teks ditinggalkan .

Mengeluh habis lahh aku. 

Baru sahaja aku ingin mengambil barang-barang diatas meja tersebut , Faezah dan Farizan sudah serbu kelasku .

"Haz !" jerit mereka serentak . Kenapalah orang dekat sekolah ni suka sangat menjerit ?

ouh ! sekarang ramai pulak yang panggil aku 'HAZ' . Semuanya sebab ustaz tu lah yang panggil nama tu mula mula

"Haa ! kechik ! Bagus . kau datang tepat pada masa ." Aku senyum kemenangan . malas aku nak pergi hantar barang barang ni . dah lah tadi dia buat bodoh je bila budak bising , aku pula yang menahan pedih telinga ni dek kebisingan budak budak kelas .

"kenapa beb ?" Faezah ni dia geng dengan aku lah kiranya . dulu benci jugak dekat ustaz , tapi sekarang terus ???

"haa macam ni cerita dia , kau nak sangat tengok ustaz pujaan tu senyum kan ?" Sekarang kalau nak upah Faezah ni senang je , gunakan je nama ustaz . laju terus minah ni

memandang aku hilang mood dengan ustaz tadi , jadi aku buat keputusan biar Faezah yang hantarkan barang-barang ustaz ni . malas aku pergi menghadap muka diaa deh !

"Nakk laa Haz !"

"Kalau nak , kau tolong aku pergi hantar barang barang dia ni . bilik guru tu kunci , nanti kau ketuk dulu . Pintu tu nanti ustaz yang bukak , kau jangan pengsan pulak ."  Pesanku atau lebih kepada sindiran .

"Eh kau ni Haz , takkan lah aku nak pengsan . Tak pasal-pasal melepas aku nanti tau nak tengok dia senyum." Aku balas dengan muka menyampah laa

"Haa ni kan barang-barang dia ? Aku pergi hantar dulu eh Haz . Bye !" Berlari terus Si Faezah dan Farizan dengan muka happy macam baru lepas dapat duit berjuta-juta .

KHUBAIR POV

TOK , TOK , TOK

Aku melihat pintu yang mengeluarkan bunyi ketukan dari luar .

Mesti Haz ni , nak hantar barang aku yang sengaja tinggalkan di kelas tadi .

Aku bangun dan membetulkan diri ku lalu menuju ke arah pintu . Bila pintu dibuka ....

"Assalamualaikum ustaz !"

Okay , harapan musnah kejap

Bila mendapati dua orang pelajar perempuan Tingkatan 3Bestari memegang barang-barangku

"Waalaikumusalam , ye ada apa ?" Tanyaku kepada mereka berdua .

"Err , ustaz . Ni barang yang ustaz tertinggal dekat dalam kelas 3T tadi kan ?" Tanya salah seorang dari mereka yang orangnya kecil saja sambil menghulurkan kertas dan buku teks tersebut .

Aku mengangguk

"Haah ye , ni barang ustaz . Terima kasih tolong pulangkan . Tapi kenapa bukan Haz yang hantarkan tapi kamu berdua ?" Tanya ku pelik

"Ouh , tadi kitorang tengok Haz macam mood dia tengah swing . Jadi dia decide untuk suruh kitorang yang pulangkan barang-barang ni dekat ustaz ."

Ni tak lain tak bukan mesti sebab aku buat tak tahu je bila kelas bising

Yelaa , aku leka dengan kerja-kerja nak sambung belajar sampaikan kelas yang bising tu Haz seorang yang kena senyapkan .

"Ouh , tak apa lah . Terima kasih" ucapku lalu senyum sedikit dan menutup pintu .

HAZIRAH POV

3...2...1...

"HAZ !"

Aku yang tengah syok berangan sambil menjongketkan kerusi kebelakang , terus jatuh tergolek .

"Haz ! Wey ! Dia senyum wey . Serius kata handsome siaa bila diaa senyum ! Alaaa ni takleyh ni ! Haz ! I need a oxygen right now !" Kata Faezah sambil menggoncangkan badanku kedepan dan kebelakang .

"Woi woi sabar lahh . Dia senyum je pun alah alahai . Pening sial kepala aku kau goncang-goncang tadi . Aduh !"

Kuat juga penangan ustaz ni . Sampaikan naik histeria kawan aku sebab nampak dia senyum je . Haih .

????????
_done . Tq .
_keep reading and voting dear?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience