Rate

Two

Short Story Series 6324

Kejapnya masa berlalu . Harini hari terakhir Ustazah Rabe'ah dekat Malaysia . Dia dah pun berlalu pergi ke KLIA untuk menunaikan Haji dan Umrah di Makkah .

Kemungkinan jugak harini Ustaz baru tu akan masuk . Haih .

Baru berapa minit tak tengok muka ustazah dah rindu . Dengan lawaknya , comelnya . Harap ustaz tu macamni laa .

KRING !!

Haa sekarang waktu agama . Pergi ambil kerja yang ustazah tinggalkan selama sebulan .

"Kin , jom ambil kerja ustazah bagi tu" Shikkin hanya ikut aku dari belakang dan kami berdua turun ke bawah untuk ke bilik ketua bidang .

Selepas aku mengambil kertas kerja diatas meja ustazah dan memakai kasut . Aku dikejutkan dengan panggilan dari Cikgu Hj . Norizam .

"Eh awak berdua tingkatan 3T kan ?"

Kami mengangguk , tiba-tiba mataku tertacap kearah seorang lelaki yang segak berbaju melayu berwarna perang dan berkaca mata disebelah Cikgu Norizam .

'Siapa abang yang boleh tahan handsome ni eh ?' Bisik hatiku .

"Hah ! Ni saya nak kenalkan seorang ustaz ni , dia akan ganti ustazah Rabe'ah dan mengajar kamu mata pelajaran Agama ." Terang Cikgu Norizam .

Ouh ni dia ustaz tu . Aku senyum padanya . Dengan harapan dia balas lah kan .

Tapi wth ?! dia boleh jeling aku ? Eh-eh ustaz ni kerek pulak . Ustazah kata senyum tu sedekah . Buat jenuh je aku sedekah . Sedekah lah dekat aku balik ustaz ni . Nak tunjuk sombong sangat apahal ! Ish !

"Baik cikgu terima kasih ." Jawab Shikkin bagi pihak aku . Ni mesti dia nampak aku bengis sekarang ni . Huh !

APA NI ! USTAZ KEREK GANTI USTAZAH ?! TAKNAK !!!

Aku dan Ekin berjalan masuk kedalam kelas lalu aku mengedarkan kerja yang ustazah tinggalkan sambil menjerit sedikit .

"Wey ! Buat kerja yang ustazah bagi ni ! Nanti ada ustaz dari planet mana tah masuk gantikan ustazah ! Yang bertenggek macam gagak kat luar masuk ! CEPAT !"

Laju sahaja mereka masuk dan duduk ditempat masing-masing dan membuat kerja . Nampak sangat masing-masing tak mahu kena pelesing dari aku . Huh !

Aku berjalan kearah tempat dudukku yang bersebelahan dengan Ekin .

"Wey Zie , bapak kerek giler siot ustaz tu . Menyampah pulak aku !" Kata Ekin kepadaku . Huh ! Ekin pun rasa apa yang aku rasa .

"Kan ! Tau tak apa . Buat jenuh je aku bagi senyuman manis dekat dia , last-last kena jeling . Ish ! Geram betul aku dengan ustaz ni ." Bentak ku kecil .

Baru sahaja aku hendak sambung marah , ustaz tu dah masuk .

Aku dengan perasaan malas bercampur geram bangun dan memberi salam

"Bangun Semua ! Assalamualaikum Ya Ustaz !" Ucapku geram

"Bangun Semua ! Assalamualaikum Ya Ustaz !" Semua perlajar mengikut dengan semangat .

"Waalaikumusalam , okay baca doa ." Ujarnya dengan muka dingin . Aku pelesing juga ustaz ni kang . Muka nak ketat jee  

"Aminnn....." habis membaca doa , kami disuruh duduk .

"Bismillah , baiklah seperti yang kamu semua tahu ustazah Rabe'ah tak ada selama sebulan ni . Dan saya akan menggantikan dia selama sebulan ." Terangnya .

Okay . Suara cun , serak-serak basah giteww .

"Harini hari pertama saya , jadi saya taknak mengajar tapi saya nak berkenalan sahaja dengan semua . Baiklah saya mula dengan dengan saya dulu . Nama saya Khubaib Bin Ramlan AlHafiz , saya tinggal di Taman Rasa Sayang . Umur saya kamu tak perlu tahu lah , saya pernah berlajar hingga Mesir dan sekarang saya menjadi guru ganti di sekolah ini ."

Selepas aku mendengar namanya , aku perhati setiap muka-muka didalam kelas . Nampak sangat mereka cuba untuk menahan ketawa .

Aku memandang wajah Ekin lalu tergelak .

"Patut lah kerek , tengok lah nama dia . Khubaib khubaib 'KEBAIT' lah ! Hahahahaha ." Aku dan Ekin tergelak perlahan didalam kelas . Seronok dapat membahan nama 'ustaz kerek' itu .

Selepas sesi perkenalan antara guru dan pelajar . Ustaz tu cuba menerangkan cara-cara untuk dia mengajar kami .

"Dalam kelas ni ustaz tak nak langsung berlajar pakai rotan , tapi kelas lain mungkin ustaz akan pakai rotan . Macam Ustazah Rabe'ah , dia ajar korang pakai buku Modul kan ? Tapi ustaz tak . Ustaz nak pakai buku teks . Dan sebabkan korang semua ni dah nak periksa . Ustaz nak cadangkan setiap hari ustaz nak seorang datang dekat depan ni baca kisah nabi , kisah malaikat atau apa yang cerita yang kamu tahu ." Katanya sambil duduk diatas meja . Amboi ustaz ni . Cikgu lain tak pernah duduk atas meja , dia duduk . Ish ish ish .

Aku baru perasan , selama dia bercakap dia banyak memandang ke arah ku . Tetapi aku buat bodoh je . Jangan terlalu berharap , entah-entah dia pandang Ekin .

"Boleh ustaz tahu siapa yang pegang senarai nama ?"

"HAZIRAH !" Serentak satu kelas menyebut namaku . Aku yang sedang leka melukis di kertas kosong terkejut dan hampir melatah .

Ustaz tu memandangku

"Awak Hazirah ?" Aku mengangguk .

"Saya nak senarai nama boleh ?" Aku mengambil senarai nama di laci meja dan menghulurkan kepadanya . Dia menyambut huluranku dan mengucapkan terima kasih . Aku angguk sahaja .

"Baiklah mulai esok ustaz nak Ketua Kelas yang baca dulu kisah nabi dia . Boleh Haikal ?"

"Boleh Ustaz ."

"Okay , sekarang ada masa lagi , ah korang buat lah kerja yang ustazah bagi tu ."

Semua pelajar mula tekun membuat kerja . Aku dengan Ekin berbincang sedikit mana yang tidak faham .

Tiba-tiba ada seseorang datang merampas perlahan kertas aku ketika aku sedang menulis . Baru sahaja aku ingin marah terus terbatal niatku bila melihat ustaz dihadapan . Terus aku melepaskan keluhan yang sedikit kasar

"Erm ... okay ." Katanya dan memberi semula kertas aku . Tu je ? Erk

"Wey Zie zie . Tadi aku nampak en ustaz tu asyik pandang kau je tho . Bukan dia tengok kertas sangat pun ." Bisik Ekin kepadaku . Aku tak endahkan  

KRING !!!

"Bangun semua ! Terima kasih ustaz !"

"Bangun semua ! Terima kasih ustaz !"

"Baik . Sama-sama . Nanti kertas ni semua kumpul dekat Haikal okay . Nanti hantar dekat bilik ketua bidang ."

"Wey Zirah , nah ! Kau pergi lah hantar . Aku nak pergi rehat ." Kata Haikal lalu mencampakkan kertas tu kepadaku .

Kurang ajar punya gendut . Main campak jee ! Ish !

"Kin . Kau tunggu jelah aku aku dekat bawah , nanti aku datang ." Pesanku kepada Ekin dan segera ke bilik ketua bidang untuk menghantar kertas tersebut .

TOK TOK TOK

Baru aku ingin menarik pintu itu , pintu itu menolak kau balik sehingga aku hampir jatuh tapi sempat bertahan pada tiang koridor .

"Eh eh sorry , awak tak apa-apa ?" Tanya ustaz dengan nada sedikit cemas .

Aku berdiri dan senyum sedikit lalu menghulurkan kertas tersebut kepadanya . Tiba-tiba dia mengangkat keningnya .

"Bukan saya suruh Haikal ke tadi , kenapa awak pula yang bagi ?" Tanya dia hairan .

"Hehe , dia malas ustaz . Okay lah ustaz saya pergi dulu , Assalamualaikum ." Kata ku . Baru sahaja hendak mengorak langkah dia memanggil .

"Nama awak siapa eh ?"

"Hazirah , Hazirah Dayana ."

"Ouh ye Hazirah , okay Haz . Terima kasih ye ."

"Er sama-sama , saya minta diri dulu ye ustaz , assalamualaikum ."

Selepas mendengar dia menjawab salam , terus aku lajukan langkah untuk turun ke bawah .

Kenapa tiba-tiba jantung aku berdegup bila dia panggil aku 'Haz' eh

Ah whatever lah . Yang penting aku nak pergi makan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience