Rate

Six

Short Story Series 6323

22.08.2017

Hari ini dan esok aku ada ujian mendengar bahasa Melayu dan English untuk PT3 yang sebenar . Lagi dua minggu aku akan jumpa dengan peperiksaan percubaan , dan tak lupa juga lagi beberapa minggu juga aku akan menghadapi peperiksaan yang penting pada tingkatan 3 2017 . Peperiksaan Tingkatan 3 .

Setelah tempat duduk disusun mengikut angka giliran , kami sudah semua siap mengeluarkan peralatan yang perlu dan bersedia untuk menjawab .

Sekarang pukul 7.50 pagi , baru aku teringat yang hari ini hari Selasa . Mata pelajaran yang pertama ialah AGAMA !

YES ! DAPAT JUMPA DIA .

Sedang leka aku tersenyum sendiri , dia pun masuk dengan gaya kereknya itu .

"Psst psst pewwit .. Haz , untung lah buah hati teman jawab exam ."

Kedengaran usikan daripada para pelajar yang mengetahui tentang aku meminati ustaz itu .

Makin melebar senyuman di mulutku .

Siapa je tak happy bila crush dia masuk kelaskan??

Sementara menunggu kertas peperiksaan dan pelajar yang lambat , dia mula meronda dan tiba-tiba berhenti ditempatku .

"Haz , slip nama ni cikgu bagi ke awak bawa sendiri ?"

"Hah ? Err , cikgu yang bagi ."

"Habistu kenapa ramai yang tak ada ni ?"

"Ouh , tu sebab diorang tak bawa waktu saya nak kutip untuk bagi cikgu hari itu ."

Dia mengangguk faham dan pergi begitu saja . Tak apa , sis redha .

Tak lama selepas itu , kertas peperiksaan pun tiba . Tapi masih belum boleh mula kerana ada seorang pelajar yang belum sampai .

Maklum lah , peperiksaan ini sangat penting dan berkait dengan PT3 sebenar . Jadi cikgu akan memastikan setiap calon hadir biarpun dia lambat , cikgu boleh tunggu . Kalau yang ada kemalangan juga perlu hadir walau apa pun cara . Kecuali yang tidak sedarkan diri mungkin ditangguhkan .

Setelah semuanya ada dan lengkap . Dewan peperiksaan mula senyap dan calon semua sudah bersedia .

Lagi beberapa minit hendak mula , ustaz kembali ke tempatku dan berkata sesuatu .

"Ni exam pentingkan . So make sure awak buat elok-elok . Dengar betul-betul apa jawapan dia . Sebelum mula baca bismillah dan AlFatihah . Ustaz tahu kamu boleh buat ."

Pesannya sedikit berbisik . Aku apa lagi , senyum sampai telinga lah . Muka merah sampai ke kepala wey .

"B..baik ustaz . T..terima kasih ."

Gagap terus aku dibuatnya . Haih lah Encik Jodoh Tak Pasti .

Selepas itu , dia bergerak ke arah meja Shikin dan menanyakan sesuatu . Aku hanya memerhatikan sahaja gerak gerinya .

Selepas ustaz pergi dari mejanya . Shikkin mula berlagak dan seperti ingin cemburukan aku . Eleh , tak kisah .

"Baiklah , diminta semua calon bersedia kerana ujian mendengar Bahasa Melayu akan bermula sekarang . Ulang suara . Diminta semua calon bersedia kerana ujian mendengar Bahasa Melayu akan bermula sekarang ." Kata ketua pengawas atau guru yang menjaga dewan peperiksaan

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan tersenyum untuk menghilangkan rasa gementar .

9:30 pagi

Akhirnya tamat sudah ujian mendengar bagi bahasa Melayu . Lega rasanya . Lagi lega kerana kebanyakkan soalan yang keluar , aku pernah menjawabnya waktu di tingkatan 2 .

Semua pelajar mula berpusu-pusu untuk ke kantin . Kitorang periksa kan , so kitorang dibenarkan keluar rehat awal .

Dalam perjalanan untuk ke kantin aku ditemani dengan beberapa sindiran , ucapan , kutukann seperti

"Untung lah , ada orang tu buah hati dia teman jawab waktu jawab exam

"Tahniah Haz ! , tadi ustaz teman kau kan . Untung crush notice"

"Eleh , ustaz cakap sikit macamtu pun nak bangga . Entah-entah ustaz bukan dia pun . Dah lah selekeh"

Selekeh-selekeh aku pun , aku tak menggedik nak pergi jual muka atau maruah dekat lelaki . Oppss

Biasa lah orang yang suka hidup orang memang macam tu .

Tomorrow .

Last paper for listening test yeay !

Harini tak banyak yang berlaku sangat sebab hari ni hari Rabu .

Hari Rabu , kelas agama waktu akhir sebelum masuk waktu kokurikulum . Tu pun satu masa je . Jadi waktu menjawab soalan Inggeris tadi kebanyakkanya aku dengar sindiran pelajar je lah macam ..

"Harini buah hati tak teman ke ?"

"Heh ! Padan muka kau , ustaz taknak teman kau lagi sebab kau buruk !"

"Waktu last nanti boleh jumpa . Kau jangan lah broken pagi-pagi ni"

Etaaaa terangkan lahhh ewahhh .

Eh ! Dah masuk waktu agama . Awallah bertukar jadi gadis ayu . Perempuan melayu terakhir gitu . Hahahaha

Count with me !

5
4 3
2 1
0.5
0

Dia datang dengan gaya kereknyaa . Wahai ustaz hey pujaan hati sayaa ewahhh??

Sambil aku tengah syok nyanyi dalam mimpi tidurku , aku dikejutkan semata nak suruh bagi salam .

Haikal ada kot , dia ketua tapi kenapa pilih penolong yang cantik sedang beradu ini ?

Terpaksa jua aku bangun dan memberi salam .

Sesudah beri salam , kami dibenarkan buat kerja sendiri . Ustaz Khubair siap perli aku lagi

"Kalau ada yang rasa nak tidur atau SAMBUNG TIDUR , silakan ."

Katanya dengan menekan perkataan sambung tidur lepas tu pandang ke arah aku . Macam mana aku tau dia pandang aku ? Perasan . Eh takde lah .

Budak yang duduk sebaris dengan aku kata

"Heheheh Haz , ustaz pandang kau tho . Dia perli kau lah tu"

Aku malas nak berfikir jadi aku ambil keputusan untuk sambung tidur .

Baru sahaja nak meletakkan kepala , bala dah sampai

"Hai Zie sayang ."

"Hai yayang Ziezie ."

Agak-agak siapa yang kacau waktu tidur aku sekarang ni ?

Yes ! Anda betul .

Aiman Haziq , Ikhwan shah and the geng .

Mengeluh habis aku dibuatnya .

Nak halau karang , merajuk tak mahu layan , kawan semua .

Dengan sukarela , terpaksa tersenyum manis dan menyambut kedatangan mereka .

"Hai~" balasku seperti acuh tak acuh .

Selepas aksi membalas sapaan 'hai' , masing-masing diam dan buat duduk bertenggek dekat tepi tingkap . Jatuh kebawah padan muka .

Tidak lama selepas itu , masing-masing mula berbual dengan rancak . Bukan dengan aku tapi Shikin . Aku buat apa ? Hello aku kan minat naw dekat ustaz kerek ni sekarang , so aku just perhatikan dia buat kerja sambil telinga dengar apa yang diorang bualkan .

KRINGGGGG !

"Haz ." Panggil ustaz dari meja guru .

Aku yang leka membaca buku 'Equation' dari penulis Mr.Apis lekas mengalihkan pandangan apabila namaku disebut .

"Ye saya ustaz ." Aku menjawab panggilannya . Ustaz hanya menunjuk pergelangan tangannya sebagai maksud waktu belajar sudah tamat . Aku menganggukkan dan berdiri untuk mengucapkan 'terima kasih'

Selepas sudah mengucap terima kasih , semua pelajar terburu-buru keluar mahu pulang dan tak mahu solat zuhur berjemaah di surau .

Bila aku dan Shikin mahu keluar , dia menegur Shikin sesuatu . Aku hanya tunggu diluar .

Sesudah itu , Shikin mula menyakat aku pasal ustaz tegur diaa .

"Warghhhh Haz ! Dia tegurrrrrrrrr akuuuuuuu lahh ! Omg !! Kau hado ? Hahahahahaha" Sakatnya sakan

Eyyy bab*nyaa perangaii .
Eleh tak jelly jealous pun ....

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience