Rate

one

Short Story Series 6323

Kelas yang senyap dan sunyi tanpa sebarang bunyi dari mulut murid 3 Terbilang amat menyenangkan hatiku .

Mana tidak nya , sekarang waktu Sejarah dengan Cikgu Nordin kot . Siapa pula yang berani berbuat bising memang nahas lah jawabnya .

"Baik lah pelajar , kelas kita sampai disini sahaja . Esok kita ada kelas selama 3 waktu kan Hazirah ?" Hampir terkejut aku bila namaku dipetik .

Aku segera mengeluarkan buku catatan tu yang ada jadual waktu dibelakangnya .

"Err ... ye betul cikgu . Lepas rehat . 10:50 hingga 11:50" Ujarku sedikit gementar .

"Baiklah kelas esok kita sambung . Terima kasih kelas "

"Terima kasih Cikgu Nordin" ucapan kami satu kelas .

Keluar sahaja Cikgu Nordin , Kelas mula huru hara dengan bunyi bising dari pelajar dalam kelas tersebut .

Dengan perangai yang tergedik-gedik dari Mila and the geng , konsert akustik tak berbayar dari Harith dan Fiqkri , jeritan 'orang sawan' dari Irfan .

Aku ? Aku duduk bergosip dengan kawan baik aku lahh si Ashikin ni .

Sedar tak sedar dah waktu P.Islam . Aku sebagai Penolong Ketua Kelas ditugaskan untuk memanggil ustazah . Nak harap kan Ketua Kelas Si Haikal Gendut tu ? Memang tak lah . Apa yang dia tahu tidur , buli budak , tawaf sekolah . Macam tu pun boleh jadi Ketua kan .

"Wey kin ! Aku nak pergi panggil ustazah . Kau nak ikut tak ?" Tanyaku sedikit kasar .

"Nakk ! Memang tak lah aku nak tinggal ."

Kawan aku seorang ni memang kena aku report dekat dia mana aku nak pergi . Sebab dia lawa wey . Kang habis budak lelaki kacau dia . Dia tak selesa .

12:20 p.m.

Semua pelajar tekun membuat latihan yang ustazah Rabe'ah bagi .

"Baiklah kelas , mulai minggu hadapan ustazah dah tak ada , jadi seperti yang ustazah pernah bagitahu sebelum ni akan ada seorang ustaz yang gantikan ustazah . Jadi , ustazah nak kamu semua jaga diri baik-baik , jangan nakal-nakal tau terutamanya anak-anak menti ustazah yang ketuanya Si Irfan ." Beritahu ustazah dengan nada arahan .

"Eh ! Hah ? Apa saya pulak ustazah ?" Soal Irfan yang masih bingung dengan situasi

"HAHAHAHAHAH" Habis satu kelas dengan gelak tawa .

'I will miss you ustazah'

1:50 p.m.

"Okay class ! We're dismiss . Now you can go to surau for solat zuhur ."

Tamat sudah mata pelajaran terakhir iaitu kelas English dari Teacher Azljn Ahmad

Semua pelajar islam mula berpecah ke tempat solat masing-masing . Perempuan di surau manakala lelaki dia dewan . Pelik kan ? Aku pun tak tahu kenapa cikgu penolong kanan kitorang asingkan pelajar .

2:30 p.m.

Tiba sudah aku di kawasan rumahku bersama Syikkin . Teman baik aku since this year . Kami balik sekolah hanya menaiki motor . Ibu bapa kitorang bukan sibuk bekerja atau apa tapi memang kitorang yang nak pergi baik motor . Normal kan ?

"Okay lah Kin ! Elok-elok tau . Bye ." Aku menghantar kepulangan Syikkin dengan ekor mata sahaja .

"Aik ! Tak ada orang dekat rumah ke ? Kereta tak ada , rumah senyap aje . Jangan la wey . Aku dah lah tak bawa kunci pendua . Aduhai ." Rengek ku sedikit

"Eh kakak , kenapa nangis tu ? Ni ha Ibu ada tinggalkan kunci dekat Mak Timah ni . Ibu dengan Ayah kakak pergi tengok Pakngah katanya tadi ." Kata seorang Makcik yang berusia dalam lingkungan 60-an dan dikenali sebagai Mak Temah atau Kak 'Temoh' .

Aku menyambut huluran kunci dari Mak Temah dan mengucapkan terima kasih dengan senyuman manis .

Baru aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah , Mak Temah menyampaikan pesanan ibu kepadaku .

"Kakak , tadi ibu ada bagitahu Mak Temah yang ibu tak masak dan mungkin balik lambat atau tak balik langsung . Kalau kakak tak kisah , Datang lah rumah Mak Temah , Mak Temah ada masak lebih tadi sebab anak Mak Temah yang berlajar dekat Mesir tu nak balik ." Katanya dengan lembut seperti ada aura kasih sayang gitu .

Aku hanya senyum dan menggosok belakang leherku . Malu wey makan rumah orang . Takut kang keluar sifat gelojoh aku , hah buat malu je .

"Kalau kakak malu , kakak ajak lah kawan kakak tu Si Syikkin tu suruh dia teman kakak . Nanti kalau Ibu Ayah tak balik , dia boleh teman kakak ." Pesan Mak Temah lagi

"Baiklah Mak Temah , nanti kakak ajak lah kawan kakak temankan kakak dekat rumah . Terima kasih bagitahu ye ." Balasku dengan sopan dan membuka kunci pintu untuk masuk kedalam rumah selepas mendapat balasa terima kasih tadi .

Ttut ttut ..

"...hello ?"

"...Hello kin ."

"...haa yee , amende ?"

".....free tak harini ? Kalau free aku nak minta kau teman aku dekat rumah . Family aku tak ada , diorang pergi tengok Pakngah aku . Belum tahu balik atau tak.."

"...ouh aku free je harini . Family aku tak ada dekat rumah . Haa boleh lah aku datang rumah kau ."

"...okey cun ! Bye"

............

Terus aku meletakkan ip6+ milikku ke tepi lalu mencapai tuala yang cantik tersangkut di almari dan menuju ke bilik mandi .

Selesai aku membersihkan diri dan solat asar , aku pergi ke bilik bacaan untuk membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu-cikgu yang mengajar harini .

Sedang aku leka membuat kerja rumah , aku terfikir sesuatu .

Ustazah kata nanti akan ada ustaz yang ganti dia kan .

Urgh ! Why ! Aku paling benci kalau belajar dengan ustaz .

Jangan lah aku dapat ustaz yang sombong , kerek atau entah apa-88apa perangai ..

Aku menggelengkan kepala aku banyak kali . Kenapa aku kena fikir pasal ni . Bukan masuk PT3 pun lah Zie .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience