Rate

Chapter 4 - Takdir Yang Menemukan Kita

Romance Series 42930

Sebaiknya memakai pakaian seragam, Lily keluar dari bilik air lalu menuju ke arah Hana.

"wei syegak...." puji Hana sebaiknya melihat Lily

Lily tayang wajah hairan. Hana hanya mengukirkan senyuman.

"kenapa?" tanya Hana

"aku rasa macam nak pergi maharban ja wei..." ujar Lily

Tergelak kecil Hana mendengar ayat selamba Lily.

"kau ni, Lily.. Agak-agak la. Kalau ia pun takkan orang marhaban nak pakai baju macam ni sedangkan kerja kat hotel."

"kau tengok la uniform aku ni.." ujar Lily

"baju bercorak-corak labuh paras bawah bontot, tangan panjang, seluar slack biru"

"tak macam kau pun..."

"sebab aku jaga bahagian lain, kau bahagian lain..." balas Hana

"dah jom."

"aku kena jaga kitchen ka wei?" tanya Lily

"tak... Bos aku kata kau kena jaga bahagian pool. Bahagian kitchen tak perlu lagi dah sebab orang yang ganti Dayah kelmarin tu ganti tempat Dayah. So kau ganti tempat orang tu."

"ohh maksud kau, dia ganti tempat Dayah dan aku ganti tempat dia?" soal Lily untuk kepastian

"yes!"

Lily angguk faham.


Lily menghela nafas panjang sebaiknya dirinya ditinggalkan oleh Hana dan beberapa rakannya di bar kolam.

Pertama kali bekerja dengan orang lain membuatkan Lily berasa gusar. Lagi-lagi pengurus di bahagian kolam itu sudah memberitahu bahawa dirinya harus berhati-hati ketika melayan pelanggan yang datang.

Dalam masa yang sama, Haris dan Waiz juga berjalan di belakang Lily yang sedang menghidangkan minuman pelanggan lain.

"can I ask for water?" soal Haris sebaiknya tiba di kerusi santai kolam renang

"Lily.. Hantar pesanan pelanggan tu..." ujar pengurusnya

"okay baik.." balas Lily sambil mengambil minuman pelanggan yang sudah siap itu.

Ketika Lily membawa dulang minuman itu, tetiba Lily terlihat kelibat Waiz yang berada di kolam yang sedang berenang.

"Allah!" tetiba kepalanya terhantuk pada bucu besi payung yang diduduki oleh Haris sehingga tertumpah minuman itu ke atas Haris.

"sorry..sorry" ucap Lily sambil memegang kepalanya

Pantas Haris bangkit dari baringnya.

"awak okay ke?" soal Haris

"okay..." balas Lily sambil melihat wajah Haris

"eh?" terkejut Haris seketika

"you.... Mmm.." ingin saja Haris sebut nama Lily. Namun apabila difikirkan semula, Lily beritahu namanya 'Love' terbantut niat lelaki itu

"are you sure?" tanya Haris lagi

"yah..." jawab Lily sambil menahan sakitnya

Terus saja Haris mengambil tisu yang berada di dalam begnya lalu diberikan kepada Lily.

"kepala awak berdarah tu" ujar Haris

"oh..." tak sangka Lily

"tapi sikit je kan..." ujar Lily apabila mengelapnya

"sikit pun nanti jadi benjol la tu" balas Haris

Lily senyum tawar.

Alahai, cuainya dia. Salah sendiri kan... Sapa suruh jalan tak tengok depan.

"tapi awak bekerja kat sini ke?" soal Haris

"ganti kawan je. 4 hari" balas Lily

"Hana je yang kerja tetap kat sini" beritahu Lily

"ohhh... Kalau macam tu saya pergi dulu. Nak tukar baju. Belengas " jelas riak wajah tidak selesa di wajah Haris

"maaf la. Saya betul-betul tak sengaja..." takut Lily

"tak apa... Benda tak sangka nak jadi kan" ujar Haris sebelum berlalu pergi.

Pergi saja Haris, Lily hembus nafas lega. Terasa jantungnya mahu tercabut. Kemudian Lily memegang kepala yang luka itu.

"auuu" sakit Lily

Kenapalah dia boleh nampak si mamat clorox itu. Kalau tidak, pasti dirinya tidak dapat sakit. Percuma saja kepalanya menjadi mangsa dan sudah pasti malu.

Haris memalingkan dirinya memandang ke arah Lily seketika.

"ok je dia. Tak ada la gila yang macam Waiz ceritakan."

"normal elok kawan tu, sesuka hati je kau kata dia gila, Waiz..." pening Haris dengan rakannya yang satu itu

"mungkin dengan kau je dia tak ok. Yang penting, dengan aku dia ok" ujar Haris sambil menyambung langkahnya

Gadis rupawan yang bernama Ayuni Azlin memandang ke arah lelaki yang berada di hadapan yang sedang meluahkan perasaan cinta terhadapnya.

"I boleh bagi masa untuk you.."

"I tahu terlalu cepat tempoh perkenalan kita, tapi I betul-betul ikhlas cintakan you"

Ayuni berdiam diri lagi.

"macam ni la Zahir. Kita kawan dulu." ujar Ayuni

"kalau I rasa hubungan ni boleh pergi jauh, kita tunang dan kahwin. Setuju?"

"kalau itu keputusan you I ikut je" ujar Zahir

Sejurus itu Ayuni mengukirkan senyuman. Sebenarnya dirinya berasa selesa di samping lelaki itu. Tetapi bagaimana dirinya harus ungkapan perkara sebenar kerana dirinya harus memilih sama ada bersama dengan teman lelaki sendiri ataupun bersama lelaki yang baru dikenalinya.

Akibat penat berenang, Waiz berhenti di tepi kolam. Tetiba Waiz terlihat Lily yang sedang melayani pelanggan di meja bar.

Terus saja dirinya mengukirkan senyuman tidak percaya. Entah apalah kesalahan yang dilakukannya sehingga berkali-kali bertemu dengan perempuan gila itu walaupun mereka berdua sering berharap agar tidak bertemu lagi.

Dalam masa yang sama, Lily juga terlihat ke arah Waiz. Terus saja Lily mengalihkan pandangannya ke arah hadapan semula.

"dia nampak aku ke?" soal Lily

"huh apa?" tanya rakan sekerja Lily

"tak ada apa..." balas Lily.

"excuse me!" panggil Waiz

Lily dan rakan sekerjanya itu berpandangan.

"hello...."

Terus saja rakan sekerja Lily menuju ke arah Waiz yang masih berada di dalam kolam.

"ya encik? Nak pesan apa?" soalnya

" panggilkan perempuan tu datang sini" tepat Waiz tunjuk ke arah Lily

Lily menghembuskan nafas berat.

"dia nak awak pergi pada dia..." beritahunya.

"pesanan 57 dah siap..." ujar tukang masak sambil memberi dulang makanan itu kepada Lily

"tak boleh, saya ada kerja." ujar Lily sambil mengangkat dulang makanan itu

Sejurus itu Lily berjalan ke arah pelanggan yang memesan makanan itu. Apabila melihat kerusi nombor itu, Lily hembus nafas berat. Dirinya terpaksa lalu di hadapan lelaki itu.

Akibat tidak mahu bertembung dengan lelaki itu lagi, Lily sanggup mengambil jarak jauh untuk menghantar pesanan itu.

Selesai menghantar pesanan itu, Lily kembali ke arah meja bar tersebut.

"Lily.. Pergi layan customer tu." ujar pengurusnya

Lily menahan amarahnya. Ingatkan mamat clorox itu tidak sanggup menunggunya.

Tanpa buang masa, terus saja Lily menuju ke arah Waiz.

"kau nak apa huh?" geram Lily

"kau tahu tak, sedaya upaya aku cuba jauhkan diri daripada kau!"

"kalau macam tu kenapa kau ada kat sini lagi kalau kau cuba jauhkan diri daripada aku?" soal Waiz

"siap bekerja kat sini lagi. Uishhh nak stalk aku ke?"

"euwwwww, tolong sikit eh... Tak ada masa aku nak stalk kau. Kau ingat kau siapa?" balas Lily

Waiz hanya mengangkat keningnya. Lily memainkan lidahnya ke arah pipi kanan. Apa dia katakan ini?

"ye aku tahu kau instafamous macam yang Hana cakapkan tu. Tapi aku tak kenal kau. Aku tak tahu kau siapa."

"tapi memang betul kau bukan famous sangat pun" lagak Lily

" Waiz!!" tetiba sekumpulan gadis remaja berada tidak jauh dari mereka

"tolong ambilkan gambar kitorang..." tetiba gadis remaja itu memberi telefon kepada Lily

Terdiam Lily seketika. Waiz senyum lagak.

Apa perempuan gila tu cakap? Tak famous? Hmmm....

"cepat tangkap, miss..." ujar Waiz sambil melihat tanda nama Lily

"Lily...." senyum Waiz

Lily mendengus geram menahan amarahnya.

Dalam keadaan marah sekalipun, dirinya tetap membantu menangkap gambar mamat clorox itu bersama peminatnya.

"bye, jumpa lagi Waiz." lambai mereka

"tak sangka kan, Waiz ni friendly gila. Ingatkan sombong. Dah la hensem" Sipi-sipi Lily dan Waiz mendengar perbualan sekumpulan remaja perempuan itu.

Waiz mengangkat keningnya sambil memandang Lily.

"Love la sangat. Padahal namanya Lily je.." sindir Waiz

"Encik Waiz Qayyed, kalau tak ada perkara penting, jangan sesekali panggil saya ye" Lily mengukirkan senyuman tidak puas hati sebelum berlalu pergi

"Lily..."

Lily menoleh ke arah Waiz semula

"tak ada apa.."

Lily menahan geramnya.

"Lily..." namanya dipanggil lagi

Lily memandang ke arah Waiz lagi

"saja test.."

"nak pastikan itu nama kau.." Waiz senyum jahat

Lily menarik nafas sedalam-dalamnya

"Li...ly...Lily" panggil Waiz lagi

"Lily..."

Kali ini Lily tidak pedulikan panggilan Waiz lagi

"siapa pengurus bahagian pool ni?" tanya Waiz dengan nada kuat

Dengar saja perkataan pengurus, pantas Lily menoleh ke arah Waiz.

"tahu takut..." ujar Waiz sebaiknya Lily berdiri di hadapannya

"apa kau nak lagi huh?" geram Lily

"kau nak balas dendam balik kan?" soal Lily

"salah tu..." balas Waiz

"habistu kau nak apa?" soal Lily sambil bercekak pinggang

"ambilkan air mineral untuk aku" ujar Waiz

"ha, kalau gitau dari awal-awal kan senang!" geram Lily menahan sabar melayani Waiz

Waiz bergerak menjauhi Lily kemudian dirinya sambung berenang. Lily hembus nafas lega.

Lily membawa dulang botol mineral bersama gelas menuju ke arah Waiz.

Waiz melihat ke arah Lily yang sedang menunggunya. Lagi galak dirinya berenang menjauhi Lily.

"cepat la datang sini..."geram Lily

" sampai bila nak suruh aku berdiri kat sini? "

" dah la panas.. Haishh. Menyusahkan betul la mamat ni. " rungut Lily.

Lily melihat Waiz berenang ke arahnya. Namun apabila Waiz hampir mendekati Lily, dirinya berenang ke arah lain.

Lily menahan geramnya. Waiz pula tersenyum sinis.

" Encik..." apabila Lily hendak memanggil Waiz, kesemua lelaki yang berada di dalam kolam renang itu memandang ke arah Lily

"Encik yang berenang berbaju biru, seluar hitam tu... Minuman awak telah siap." ujar Lily

"tolong jangan sidai saya, macam saya ni tugu negara. Saya ada banyak kerja nak kena buat lagi tau" selamba Lily

Terus saja Waiz berenang menuju ke arah Lily.

"nah air yang kau minta" Lily meletakkan dulang itu di hadapan Waiz.

"bukakan..." ujar Waiz

Lily renung tajam pada Waiz. Waiz menunjukkan bahawa tangannya basah.

Terus saja Lily mengambil botol mineral itu lalu membuka penutup itu. Buka saja penutup itu, Lily menuangkannya ke dalam gelas.

"tak ada ais pun" ujar Waiz

Lily mendengus geram

"nak ais..." pinta Waiz

Dengan sabar Lily berjalan mengambil ais batu untuk Waiz.

" straw mana?" tanya Waiz

" aku nak minum guna straw"

"minum je la. Demand sangat aih..." balas Lily

Waiz hanya renung wajah Lily.

"Idiot...." kutuk Lily dalam diam sambil berjalan berulang alik ke meja bar semula

Ternganga Waiz apabila mendengar Lily mengutuknya.

Sebaiknya Lily kembali bersama penyedut minuman yang diminta olehnya tetiba dirinya berfikir sejenak.

" I change my mind. Tak nak la air mineral. Nak air soda letak ais dan lemon."

Lily renung tajam ke arah Waiz.

"pergi ambilkan..." ujar Waiz sambil renung tajam ke arah Lily juga

"kau ada kaki kan? Ada tangan kan? Keluar dan pergi ambil sendiri!" tegas Lily

"kalau aku cakap tak nak macam mana?" soal Waiz

"betul ni tak nak?" soal Lily semula.

"betul ni?" tanya Lily sekali lagi

"biar aku tolong kau..." pantas Lily mencurahkan air mineral yang berada di dalam gelas itu ke atas Waiz

Waiz terdiam. Kemudian Waiz memandang ke arah Lily.

"perempuan gila!" sejurus itu Waiz menarik baju labuh Lily ke dalam kolam

Kemudian Waiz senyum sinis melihat Lily yang tergapai-gapai itu. Dalam masa yang sama, dirinya mendapati Lily tergapai-gapai meminta pertolongan.

Terus saja Waiz mendekati Lily lalu di bawa ke tepi sehingga naik ke atas semula.

"bongok!" marah Lily sebaiknya dirinya selesai dirawat oleh penjaga kolam itu.

"nak bunuh aku ke huh?"

"aku hampir mati lemas disebabkan kau!"

"mana la aku tahu kau tak pandai berenang" balas Waiz

"ni semua salah kau. Kenapa kau tarik aku?"

"kau yang mula dulu. Kalau kau tak tuang air atas aku, benda takkan jadi." balas Waiz

"salah kau sendiri la. Siapa suruh kau cuba buli aku" lawan Lily

"siapa suruh kau cari pasal dengan aku dulu?" lawan Waiz juga.

Masing-masing tidak mahu mengalah. Kemudian mereka berdua merenung tajam antara satu sama lain.

Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...

Mereka berdua bangkit lalu berlalu pergi ke arah masing-masing. Sorang ke kanan dan sorang lagi ke kiri.

Kalau boleh mati hidup semula pun, sumpah mereka berdua tak nak tengok masing-masing lagi.

---

Hari demi hari mereka berdua berusaha agar tidak bertemu lagi. Sedaya upaya mereka cuba untuk tidak berhadapan antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, mereka pasti akan bertembung juga kerana Lily bekerja di hotel itu. Namun, jika mereka melihat kelibat antara mereka pasti mereka melarikan diri dahulu.

Tetapi lari la sejauh mana pun, kalau dah takdir untuk bertemu lagi, pasti agar bertemu juga.

Hari ini dan malam ini merupakan hari terakhir Lily bekerja. Dalam masa yang sama, malam ini juga terdapat satu majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan di dewan hotel itu oleh rakan-rakan Waiz.

Nak tak nak mereka berdua terpaksa juga berdepan antara satu sama lain.

Lily duduk di atas kerusi selepas selesai menghidangkan makanan untuk para tetamu. Tetiba Lily terlihat ke arah Waiz.

Terus saja dulang yang berada di atas meja diambil lalu ditutup mukanya.

Dalam diam Lily memerhatikan Waiz yang sedang berbual dengan rakan-rakannya.

"aduhh dia ni... Tak ada tempat lain ke nak pergi?" rimas Lily

Muzik yang dipasang kuat membuatkan Lily menoleh ke arah Dj. Lily melihat Hana dan beberapa rakan sekerjanya berada di situ.

Kemudian Lily menoleh ke arah Waiz semula. Namun Waiz sudah pun tiada di tempatnya.

Aik, mana mamat tu pergi?, gumam Lily

Dah pergi ke?, Lily tercari-cari kelibat Waiz lagi

Mantap arghhh, fuh dapat bernyawa bebas aku, getus hati Lily sambil meletakkan dulang ke atas meja semula.

Tetiba Waiz berdiri di belakang Lily. Waiz melihat Lily masih lagi mencari kelibat seseorang.

Perlahan-lahan Waiz mendekati Lily.

"cari saya ke?" soal Waiz

"mak kau!" tetiba Lily terlatah kuat. Mujur suaranya tenggelam kerana dek muzik yang dipasang kuat itu.

"apa kau cuba buat ni?!" soal Lily

"menakutkan la..." ujar Lily

"mujur tak ada sakit jantung..."

"kalau ada mesti dah terkejut then mati kan..." ujar Waiz

Satu jelingan diberikan pada Waiz. Kemudian Lily berlalu pergi.

Waiz hanya senyum sinis.

Ketika Lily sedang berjalan menuju ke arah bilik staf, tetiba tangannya ditarik.

Lily menoleh ke arah pemilik tangan yang menariknya itu.

" Hi sayang...."

"who are you?" soal Lily kerana tidak mengenalinya

"dari tadi lagi saya perhatikan awak, sayangku yang cantik.."

"excuse me?!" tak faham Lily sambil meleraikan pegangan tangannya itu dengan kasar.

"garang eh"

Lelaki itu menarik nafasnya.

"jom couple."

"tapi boleh tak teman saya malam ni? Sejuk..." goda lelaki itu

Pang!!
Pantas Lily memberi lima jari tangan kanannya di pipi lelaki itu.

"ni makannya." ujar Lily dengan nada tegas

Dalam masa yang sama, mereka semua melihat ke arah Lily.

Lelaki itu memandang ke arah Lily. Apabila dia cuba menampar Lily semula tetiba tangannya dihalang oleh Waiz.

"apa ni bro?" soal Waiz

"jangan la sampai pukul perempuan..." sambung Waiz

"aku ajak dia teman aku je. Tapi dia tampar aku.." ujar lelaki itu

"dia yang mula dulu..."

"memang tak salah, aku tampar kau." ujar Lily. Membara saja dirinya

Kali ini, lelaki itu mengangkat tangannya ingin menumbuk Lily pula.

"sudahlah!!" halang Waiz

"tepi!" lelaki itu menolak Waiz ke tepi.

"layan aku, perempuan!" lengan Lily ditarik dengan kuat.

"lepaslah!" meronta-ronta Lily minta dilepaskan

Sejurus itu, dulang yang berada di tangannya dihayunkan tepat pada wajah lelaki itu.

Tak cukup dengan itu, Lily memberi tendangan di bahagian kemaluan itu.

Lelaki itu menyeringa sakit. Setelah itu, dirinya cuba menumbuk wajah Lily, namun ia dihalang oleh Waiz yang berada di hadapannya.

Lily menutup mulutnya akibat terkejut.

Waiz memegang tepi bibirnya yang sakit itu. Kemudian Waiz melihat ke arah lelaki itu.

"kenapa? Sakit? Back up lagi perempuan ni?"

"girlfriend kau kan?"

"bagi aku rasa dia sikit." gelaknya

Bukk!
Sejurus itu, satu tumbuk dari Waiz terhadap wajah lelaki itu.

Ternganga mulut Lily sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.

Lelaki itu juga berlawan tumbukan dengan Waiz.

Suasana di situ menjadi kelam kabut. Ada yang menjerit, ada yang merakam, ada yang sibuk memanggil pengawal keselamatan.

Beberapa rakan Waiz cuba meleraikan pergaduhan itu.

Lily memandang keadaan sekeliling. Tetiba Lily terlihat dulang yang dipegangnya itu berada di atas lantai.

Pantas Lily mengambilnya.

Apabila Lily melihat lelaki itu mencekik leher Waiz. Terus saja Lily memukul kepala lelaki itu tanpa fikir ke depan tindakannya itu.

Pegangan dulang itu terlepas dari tangannya dan jatuh di lantai semula.

"kau okay?" soal Lily sambil bertinggung semasa melihat Waiz yang terbaring di atas lantai itu.

Kemudian mereka melihat ke arah lelaki itu yang cuba untuk bangun. Mereka berdua berpandangan.

"go...go..."ujar Waiz

Pantas Waiz bangkit dari baringnya. Begitu juga dengan Lily. Lily bangkit berdiri.

" I will kill you... " ujar lelaki itu

Lily yang kalut berlari hampir terjatuh itu dipegang oleh Waiz. Kemudian Waiz menarik tangan Lily lalu mereka berlari keluar dari dewan itu dan masuk ke dalam kereta yang berada di situ.

Sempat juga Waiz menghulur beberapa kepingan not 100 kepada si pemilik kereta itu.

Tercungap-cungap Lily dan Waiz sewaktu pintu kereta itu ditutup.

"ni semua salah kau..." ujar Waiz

"macam ni ke cara kau berterima kasih?" soal Lily

"aku selamatkan kau tau tak?!"

"aku pun selamatkan kau!" balas Waiz

"kau tengok apa jadi pada muka ni!" tunjuk Waiz

Lily terdiam.

"tapi aku cederakan lelaki tu disebabkan kau" ujar Lily

Waiz hanya diam.

"sekarang ni kita nak pergi mana?" soal Waiz

"balik hotel semula?"

"no way!" halang Lily

"mati aku kalau balik hotel semula."

"aku pukul orang kot."

"betul juga cakap kau tu. Mesti viral hal tadi. Ada orang rakam kot..." ujar Waiz

"mesti diorang dah tak nak ambil aku berkerja lagi kat situ. Aku baru plan nak kerja kat situ"

"tapi ni semua salah kau la. Kalau kau tak balas tumbukan lelaki tu benda ni takkan jadi" ujar Lily

"so kau nak cakap aku ni bersalah sepenuhnya la?" soal Waiz

"yes!" tanpa segan silu Lily jawab.

"kau memang betul-betul gila, perempuan gila..." ujar Waiz kerana tidak puas hati.

Lily hanya menjeling tajam ke arah Waiz kemudian mereka diam seketika.

"kau dah makan?" soal Waiz

"belum..."

"kau nak makan apa? Makan dekat-dekat ni sudahlah" ujar Waiz

"KFC depan tu dah la..." ujar Waiz

Mereka berdua diam seketika.

Kereta yang dipandu oleh Waiz itu masuk ke bahagian Drive Thru sebaiknya tiba di restoran KFC itu.

Apabila tiba di tempat pemesanan. Mereka berdua melihat ke arah menu yang disediakan itu.

"signature box" serentak Waiz dan Lily bercakap

Sejurus itu mereka berpandangan.

"bahagian dada..." serentak juga pintaan mereka berdua itu. Sebenarnya masing-masing berharap agar tidak sama

"come on..." sekali lagi mereka berdua bercakap serentak

Lily dan Waiz menarik nafas penat. Apa masalah mereka berdua ni?!

"this is too much la.." ujar Waiz

"kau memang follow aku ke, stalk aku ke sampai nak makanan pun nak kena sama?"

"euwwww tolong la jangan perasan!" balas Lily

" memang ada kamera yang disembunyikan kat mana-mana ke sebab setiap kali kita asyik berjumpa ni? Ada kat body aku ke?, eh tak lawak la. Scary wei kalau ada kamera dipasang kat body"

"Ya Allah Ya Tuhanku, asal kolot sangat pemikiran kau ni? Setiap kali pertemuan kita tu kesemuanya tak dirancang!" ujar Lily

"ke mana saja aku pergi, aku mesti nampak muka clorox kau ni" sambung Lily

"encik, cik... Beritahu dulu makanan apa yang nak order then korang boleh sambung bergaduh."

Lily dan Waiz terdiam. Dalam masa yang sama, mereka berdua melihat ke arah cermin sisi. Mujur tiada kenderaan di belakang lagi.

" signature box, dua." ujar Waiz

" satu lagi bahagian... "belum sempat Waiz menghabiskan ayatnya

" sayap... " celah Lily

" sayap.. " Waiz juga menyebut bahagian ayam yang dikehendakinya itu.

Kemudian mereka berpandangan lagi.

Waiz dan Lily hendak menukar bahagian ayam itu kerana berharap tidak mahu sama. Tetapi apakan daya.

"bagi je la bahagian apa-apa pun..." Waiz beri kata putus kerana tidak mahu bertengkar lagi sebaiknya melihat sebuah kereta baru saja berhenti di belakangnya.

---

Waiz mengerling ke arah Lily yang hanya mendiamkan setelah sekian lama mereka diam.

"Kau dah tidur ke?" soal Waiz

"belum..." jawab Lily

"kau tahu tak kita kat mana eh?" tetiba Waiz menanyakan soalan

Terus saja Lily memandang ke arah Waiz

"kau yang bawa pastu kau tanya aku?" soal Lily

"serius aku cakap aku tak tahu kita tak mana.." ujar Waiz

"habistu takkan kau tak tengok board yang ada kat setiap jalan?"

Waiz hanya mengangkat bahunya. Lily menggelengkan kepalanya.

"kau ni memang suka menyusahkan orang eh?" tanya Lily

"dah la esok aku nak balik" ujar Lily

"ni sesat macam ni tak guna juga"

"call la family kau." ujar Waiz

"kalau phone ada kat aku sekarang ni, aku tak cakap apa dah. Time sesat macam ni la aku boleh buka maps lagi"

"phone?" tetiba Waiz terdiam.

"oh shit! Phone aku kat Haris.." ujar Waiz

Lily hembus nafas berat. Terasa ingin menangis.

"jalan kampung mana kau masuk ni..."

"aku tak tahu... Dari Penang terus tebus ke mana tah ni... Aku tak biasa guna jalan kampung.."

"kalau dah tahu tak biasa, dah kenapa ikut jalan ni?" tanya Lily

"kau juga yang suruh. Kau cakap nak cari hotel yang berdekatan la apa la.. Bila sampai, sikit pun kau tak nak cakap!" ujar Waiz

"asal aku pula.. Kau la.." balas Lily

"sepatutnya kau tak boleh ikut aku. Kau yang drive, duit kau so semua pilihan kau.. Keputusan kau.. "

"pulak dah!" pening Waiz dengan gadis bernama Lily ini

"aku tak faham dengan kau ni" ujar Waiz

"aku pun tak faham la dengan kau!" balas Lily. Kemudian Lily membuka pintu kereta.

"Oii..."

"kau nak pergi mana pula?"

Lily tidak mengendahkan panggilan Waiz itu.

"Lily..."

"bahaya la." ujar Waiz sambil keluar dari perut kereta juga

"better kau cakap baik-baik... Sebenarnya kau nak jual aku kan?" terus saja Lily menyerbu Waiz dengan soalan yang di luar kotaknya

Waiz hanya pandang Lily. Terkejut.

"kau nak organ dalaman aku kan?"

"sebenarnya kau pura-pura kata kita sesat then kau masukkan ubat dalam minuman aku lepas tu kau jual aku kan?"

Tak terkelip mata Waiz pandang Lily

"aku masuk kereta dulu." ujar Waiz sebelum berlalu pergi.

Malas Waiz layan kegilaan gadis itu. Tengok drama banyak sangat tu. Tu yang jadi macam tu.

"eeeeeeeeeee!!" geram Lily

"masuk Lily..."

"tak nak!" degil Lily

"nanti kau jual aku!"

"tak nak sudah! Aku tinggal kau!" balas Waiz

"tengok tu.. Tengok tu.. Ayat ugut. Sah ii memang kau nak jual aku."

"nak masuk ke tak oii?" tanya Waiz

Dengan kasar Lily mengangkat kedua-dua bahunya sebagai tanda tidak tahu.

Waiz hanya tayang wajah selamba sambil menekan sedikit pedal minyak.

Lily melihat kereta itu bergerak ke hadapan meninggalkan dirinya sendirian di kawasan yang sunyi sepi itu. Waiz juga memerhatikan Lily melalui cermin sisi.

Sejurus itu, Lily mengerakkan kedua-dua tangannya dan melompat sedikit sambil menjerit geram.

Waiz simpan senyum melihat perlakuan Lily itu
Kemudian dirinya perlahan-lahan mengundurkan kereta itu.

"last aku tanya, nak masuk ke tak?" tanya Waiz sebaiknya berhenti di hadapan Lily

Lily memandang keadaan sekeliling. Kemudian Lily mendengus geram.

Pintu kereta dibuka kasar kemudian Lily masuk ke dalam perut kereta.

"sejak aku berjumpa dengan kau, pasti setiap hari akan terjadi sesuatu!" geram Lily

Waiz hanya diam.

Tetiba tayar kereta di bahagian depan jatuh ke dalam lopak jalan yang besar.

Waiz menekan pedal minyak itu lagi. Namun kereta itu masih tidak bergerak juga.

Lily hembus nafas panjang.

" tengok... "

" baru tak sat ja aku cakap... Dah jadi..." ujar Lily sambil memegang dahinya.

"sekarang ni nak buat apa huh?" soal Lily

"dah la tengah-tengah malam ni..."

"sesat pula tu.. Haishhh kenapa la aku tinggal phone kat lokar bilik staf. Kenapalah aku tak masukkan telefon dalam poket?"

"kau diam kejap boleh tak?" soal Waiz

"bagi aku fikir jalan penyelesaiannya.." ujar Waiz

Terus saja Lily tutup rapat mulutnya itu.

Waiz keluar dari kereta lalu melihat keadaan tayarnya kereta itu. Kemudian Waiz masuk ke dalam kereta semula.

"nak tak nak kita kena tunggu esok la.." ujar Waiz

Terkedu Lily mendengarnya.

"kau ok kan kalau tidur dalam kereta?" tanya Waiz

Lily hanya diam.

"tak perlu takut la. Aku takkan jual pun. Nak buat bukan-bukan lagi la tak mungkin."

"tak sanggup aku nak ada kaitan dengan kau lagi."

"sekarang dah pukul 1 lebih... Dalam 5 jam centu kita cuba la keluarkan kereta ni dari lopak besar ni."

"nak minta tolong orang pun, kita tak tahu kat mana. Hutan kiri kanan je ni.."

"tapi tak apa ke? kalau ada apa-apa macam mana?" soal Lily sebenarnya Lily takut mahu menyebut perkataan yang bukan-bukan. Bukan apa, dalam hutan ni mulut kena jaga

"tawakal je la. Minta pertolongan dari Tuhan. Tu je caranya. Tak ada yang lain dah..." kali ini Waiz berbicara dengan nada yang baik.

Kali ini tiada lagi istilah mahu bertengkar atau saling lawan berbalas lagi seperti sediakala lagi.

Lily angguk faham. Waiz pula masuk ke dalam kereta. Kemudian Waiz menurunkan kerusi lalu memejamkan matanya. Lily memandang ke arah Waiz.

Macam tu je dia tidur? Senangnya..,gumam Lily

Lily memandang keadaan sekeliling. Kedengaran bunyi burung membuatkan Lily berasa takut.

Lily juga menurunkan kerusi itu lalu menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

---

Bangkit saja dari perbaringannya tetiba Lily terlihat ke arah Waiz yang menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim di hadapan kereta.

Teringat lagi Lily sewaktu mereka berdua sedang makan tetiba Waiz keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai runcit.

Diborongnya botol air mineral yang besar, sejadah kecil dan kompas kecil.

Sememangnya dari awal lagi Waiz membuat persediaan awal untuk menghadapi apa saja kerana dia mengambil risiko untukku menggunakan jalan kampung.

Mana tahu kat masjid tu tiada air ke apa ke, tangan kotor ke. Jadi sengaja Waiz berfikiran jauh lalu menyediakan air yang secukupnya untuk mereka berdua.

Kerana itulah Lily menganggap lelaki itu mahu menjualnya. Kerana dari awal dia membuat persediaan. Rupanya tanggapan Lily salah.

Jauh Lily berkhayal sehinggakan Waiz masuk ke dalam kereta pun dia tidak perasan.

"Lily..." panggil Waiz

"huh?" Lily tersedar dari lamunannya

"kau tak boleh solat kan?" tanya Waiz

"mmm" malas-malas Lily jawab. Segan dirinya terhadap Waiz.

"pelik..."

"pelik apa pula?" tanya Lily

"kau tak kalut nak pergi tandas pun..."

"selalu orang cuti ni rimas..." ujar Waiz

"harini dah masuk hari ke 7. Maybe tak banyak dah..." ujar Lily

"jap..jap..kau sibuk nak tahu sangat eh?" tanya Lily

"tanya je kot. Sebab kau ada dengan aku. Dah kira kewajipan aku untuk memastikan kau solat. Kalau kau sengaja tak solat, nanti aku juga yang kena."

"nanti Tuhan tanya kenapa aku tak ajak kau solat sedangkan kau boleh. So bila aku tanya ni terlepas dah la aku dari kau."

"jangan cakap aku tak tegur eh.."

Lily renung tajam ke arah Waiz.

"aku buat semua tu sebab tak nak ada kaitan dengan kau sikit pun!"

"tak kira di dunia atau akhirat.. Faham?!"

Lily menjeling tajam ke arah Waiz lagi. Bukan setakat Waiz je, kalau boleh Lily pun tak nak la.

"Lily, kau boleh drive kan?" tanya Waiz

"hmm"

"kau bawa, aku nak tolak kereta ni"

Terus saja Lily bergerak dari kerusi sebelah pemandu kerusi bahagian pemandu.

Lily menghidupkan kereta itu lalu menekan pedal minyak.

"tekan lagi..." ujar Waiz

Lily menekannya lagi.

"tekan sikit lagi..." ujar Waiz

Kali ini Lily menekannya lagi.

"lagi...."

Tetiba tayar kereta itu keluar dari lopak besar namun belum sempat Lily berhenti, tayar kereta di bahagian sebelah pemandu masuk ke dalam lopak lagi lalu terlanggar pokok yang berada di hadapannya itu.

Pantas Waiz menuju ke arah Lily. Kemudian Waiz melihat kereta itu.

"kau okay?" tanya Waiz lagi

"aku okay.."

Waiz masih lagi tercungap-cungap akibat penat menolak kereta sendirian masih belum hilang lagi.

"Waiz..."

"kau perasan tak kita tak mana ni?" soal Lily

Waiz pandang keadaan sekeliling.

"rasanya kita macam kat kebun orang je..." ujar Lily

"ni pokok getah kot. Mesti ada tuan dia datang menoreh..." ujar Lily

"mana-mana?" kalut Waiz cari

"ishhh, kita kena cari la.. Minta tolong." ujar Lily

"ha ya... Tapi nanti kejap. Aku penat ni" ujar Waiz

Lily hanya diam.

Tetiba Lily terlihat ke arah atas. Terdiam Lily seketika.

Kemudian Lily menarik baju Waiz berkali-kali.

"wei...wei..."

"tengok tu..."

"apa?" tanya Waiz

Waiz juga mendongak kepalanya ke atas.

Satu saat..
Dua saat...

Lily dan Waiz berpandangan.

"Run...." perlahan Waiz

"Run!!" kalut Waiz dan Lily berlari apabila melihat terdapat 3 sarang tebuan di atas pokok yang dilanggar oleh kereta itu.

Kelam kabut mereka berdua berlari mencari tempat selamat.

Berkali-kali Ayuni cuba menghubungi sang kekasih namun satu panggilan tidak pun diangkatnya olehnya.

Ayuni menghembus nafas panjang.

Lily duduk bertinggung sebaiknya kakinya sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi.

Sudah hampir setengah jam mereka berjalan tanpa henti tapi masih belum berhasil menemukan bantuan.

"Lily..." panggil Waiz tanpa menoleh ke arah Lily yang berada di belakangnya

"rehat dulu wei. Kaki aku tak larat nak jalan lagi dah ni...." ujar Lily

Kali ini Waiz menoleh ke arah Lily.

"aku lapar...." ujar Lily

"kau ingat kau sorang je ke yang lapar?" soal Waiz.

Tetiba Waiz terlihat ada satu jalan kecil.

"Lily..."

"kau rasa tu jalan shortcut ke?" soal Waiz

"entahlah..."

"jom cuba nak?" tanya Waiz

"aku tak larat jalan ni. Serius wei!" balas Lily

Waiz berjalan ke arah jalan kecil tu.

"nak pergi mana wei... Jangan la tinggal aku" Lily ingin bangkit dari duduknya

"duduk dulu..." ujar Waiz

"aku cuma nak tengok-tengok je" ujar Waiz

"kau kumpul dulu tenaga kau. Expecially kaki kau tu...".

"kalau kaki kau sakit, aku juga yang susah..."

"terpaksa kena papah kau jalan pula..."

"hahaha that's funny...." balas Lily sambil menjulingkan matanya ke atas

Waiz sambung berjalan ke arah jalan kecil tersebut.

Berkerut-kerut dahi Waiz cuba melihatnya.

"wei..."

"kita dah jumpa...."

"jumpa apa?"

"kawasan perumahan!"

Dengar saja kawasan perumahan, terus saja Lily bangun berdiri.

"mana?"

"sini.. Sini..." panggil Waiz

"nampak tak tu..." tunjuk Waiz sebaiknya Lily berada di sebelahnya.

"haah la..." Lily senyum lega

Kemudian mereka berdua berpandangan. Apabila tersedar kedudukan mereka agak dekat dan masing-masing tersenyum, terus saja mereka menjauhi antara satu sama lain. Senyuman di bibir juga telah hilang.

Mereka menyambung perjalanan mereka dengan melalui jalan kecil itu.

Tetiba mereka terlihat ada satu gerai yang menjual nasi lemak dan kuih muih.

"ada orang jual la.."

"ye la. Sekarang kan awal lagi." ujar Lily

"mesti sekarang pukul 7 lebih kan?"

Lily hanya menganggukkannya.

"ye adik nak apa?" soal penjual itu sebaiknya mereka berdua berdiri di hadapannya

"bagi dua nasi lemak"

"kau nak apa?" tanya Lily

Waiz menggelengkan kepalanya.

"nasi lemak dah cukup..." ujar Waiz

"mm mak cik.. Boleh saya tahu, ni kat mana?" tanya Lily

"iya, sekarang ni kita kat Kuala Kangsar..."

"ohhhh Kuala Kangsar..." Lily dan Waiz angguk faham

"eh jap Kuala Kangsar kat mana?" tanya Waiz

Lily dan Waiz berpandangan seketika.

"Perak!" serentak mereka menyebutnya.

Lily menutup mulutnya.

"jauhnya kita pergi..." ujar Lily

"ni semua salah kau la..." ujar Waiz

"dah kenapa aku pula... Kau yang drive kot." balas Lily

"yea memang aku yang drive... Tapi kau patut juga persoalkan dulu kat mana nak pergi.. Ini tidak, cakap je pergi mana-mana tanpa ada titik."

"tengok la sampai mana dah kita sekarang. Kuala kangsar nokkk!" panjang lebar Waiz membalas

Sejurus itu mereka berdua kembali merenung tajam terhadap antara satu sama lain. Pergaduhan mereka seperti kucing dan tikus bermula kembali.

"dah siap, dik...." tetiba si penjual itu mencelah di antara mereka

Waiz menghentikan renungan tajam itu dengan membayar nasi yang dibeli oleh mereka.

Lily menjulingkan matanya ke atas.

---

Tepat saja pukul 10 pagi, kedai pakaian di tepi jalan membuka pintu terus saja Waiz dan Lily menjadi pelanggan pertama masuk ke dalam kedai itu.

Kemudian Waiz melihat pakaian seragam yang dipakai oleh Lily seharian.

Terus saja Waiz mengambil baju t-shirt yang tergantung itu lalu diletakkan di atas kepala Lily dengan selambanya kemudian dia mengambil baju itu untuk dirinya satu.

Lily mengambil baju itu daripada terus menutup wajahnya dengan menahan sabar.

Selesai saja membayarnya, mereka masuk ke dalam bilik persalinan menukar baju yang baru dibeli itu.

Lily keluar dari bilik persalinan itu setelah selesai menukar baju.

"dah?" soal Waiz

Lily menganggukkannya.

Kemudian mereka berdua berjalan keluar dari kedai itu.

Mereka berdua melihat keadaan sekeliling. Tetiba Lily terlihat terdapat sebuah kedai telefon yang baru saja dibuka pintunya.

"Waiz..."

"mm"

"tu kedai dah buka.." ujar Lily

Waiz memandang ke arahnya.

"tak payah la. Kita tahan teksi je la."

"mana ada teksi kat sini.."

"kau nampak tak tu?" tunjuk Waiz.

"kalau ada orang macam mana?" tanya Lily

Waiz renung tajam ke arah Lily.

"boleh tak kau fikir positif?" tanya Waiz

"aku dah penat la berjalan tanpa henti."

"aku cakap je. Kalau ada orang, nanti kau juga yang cakap kenapa tak bagitau kau untuk beli phone. Minta bantuan. Tak pun order grab sendiri" Lily ajuk percakapan Waiz apabila setiap kali mereka bertengkar

Waiz menjeling tajam ke arah Lily.

Apabila teksi itu bergerak kerana lampu isyarat berwarna hijau, terus saja Waiz menahannya.

"ada kosong tak?" soal Waiz

"ada..ada..masuklah" ujarnya

"see!" ujar Waiz

Lily menjeling tajam ke arah Waiz. Kemudian mereka masuk ke dalam teksi itu.

---

Tiba saja di hotel, mereka berdua keluar dari perut teksi itu.

Lily dan Waiz berpandangan.

"finally kita dah pulang ke pangkal jalan pun..."

Lily mengukirkan senyuman terpaksa.

"terima kasih banyak-banyak kerana korbankan masa dan duit kau untuk aku..." ucap Lily

"sama-sama kasih..." balas Waiz

"sepatutnya hari ni kau pergi kan?" soal Waiz

"ya betul.. Jangan risau, lepas ni aku pergi."

"aku pergi dari sini dan takkan pernah kembali."

"dan aku berharap kita takkan jumpa lagi selepas ni"

"me too" ujar Waiz

Mereka mendiamkan diri sejenak sambil menghayati angin yang menampar di wajah mereka.

Kemudian mereka mengorak langkah mengambil haluan masing-masing.

Tetiba Waiz menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Lily.

"Lily...."

Terus saja Lily memusingkan dirinya menghadap Waiz yang memanggilnya itu.

"aku doakan kau bahagia di dunia dan akhirat walaupun kau selalu menyakiti aku" ujar Waiz sewaktu sesi perpisahan mereka

Lily mengukirkan senyuman sinis sambil menundukkan wajahnya.

Kemudian Lily memanggungkan wajahnya semula memandang Waiz.

"aku juga mendoakan kau supaya proses kematian kau berjalan dengan lancar walaupun kau selalu menyusahkan kehidupan aku" balas Lily

Waiz juga mengukirkan senyuman sinis.

Masing-masing mengharapkan mereka tidak bertemu lagi setelah apa yang berlaku kepada mereka dalam tempoh ini. Berbaik atau tidak terpulang pada diri masing-masing dan mereka berpegang pada prinsip it's okay if you don't like me,not everyone has good taste.

Jangan lupa tinggalkan komen, rate, follow dan support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience