Rate

Chapter 1 - Pertemuan Yang Tidak Diduga

Romance Series 42863

Jam di pergelangan tangan dipandang lagi. Begitu laju kakinya melangkah menuju ke arah sebuah kedai bunga. Sesekali nafas dihela panjang untuk menghilangkan rasa penat.

Fuhh, sampai berpeluh dibuatnya, gumam Lily

Tiba di kedai bunga seperti yang dijanjikan, anak matanya mencari kelibat Syasya iaitu ibu saudaranya a.k.a pemilik kedai bunga SYLWAR Flowers sempena nama Syasya, Mawar dan Lily.

"sorry aunty Syasya..." ucap Lily sambil meletakkan begnya

"Bangun lambat lagi la tu" ujar Syasya

"Tak la... Tadi Lily hantar kak Mawar pergi tempat temuduga" beritahu Lily

"kak Mawar tak cakap apa-apa pun kat aunty" ujar Syasya

"ooo Lily tak tahu la yang tu..." balas Lily

"tak apa..Lily jagakan kedai kejap eh.. Aunty nak keluar" ujar Syasya

"nak pergi mana?" tanya Lily

"aunty nak hantar bunga-bunga ni dekat kawan aunty. Anak dia nak bertunang.."

"oh okay..." balas Lily.


Bosan menunggu kepulangan Mawar, anak mata Lily memandang keadaan sekeliling.

Tetiba telefonnya berdering. Tertera nama Kak Mawar di skrin telefon Lily. Terus saja Lily mengangkatnya.

"macam mana kak, dapat tak?" tanya Lily

"oooo kena tunggu diorang panggil eh.." balas Lily sebaiknya Mawar menjawab pertanyaannya.

"Lily ada kat mana?" tanya Mawar

"ada kat kedai la" jawab Lily

"Lily datang sini jemput akak boleh tak?" soal Mawar

"teman kak Mawar shopping" ujar Mawar

"boleh..." balas Lily sambil bangkit dari duduknya dan mengambil beg galas belakangnya

"Nabila, tengokkan kedai.. Lily nak keluar" ujar Lily kepada satu-satunya pekerja mereka

"baik..." Nabila angguk faham

Lily menuruni tangga dengan laju kemudian berjalan di laluan penjalan kaki sambil mencari teksi.


Seorang lelaki bergaya keluar dari keretanya yang tayar pancit itu.

Cermin mata yang dipakainya itu diambil kemudian dirinya melihat keadaan sekeliling.

Kiri kanannya hanya dipenuhi dengan pokok getah dan hanya ada beberapa buah rumah di kawasan itu.

"dah lambat ni...." ujarnya sambil tercari-cari jikalau ada kenderaan yang akan lalu

"menyusahkan je la masuk kampung ni!" rungutnya

"ni semua salah Mila." geramnya pada setiausaha baru

Kemudian dirinya maju ke hadapan. Mungkin

Selang beberapa minit dirinya berjalan kaki mencari bantuan tetiba dirinya terlihat ada sebuah kereta yang berhenti di kedai runcit.

Dari jauh dirinya dapat melihat perkataan 'grab'.
Satu senyuman puas diukirkan. Cepat-cepat dirinya berjalan menuju ke arah kereta itu.

Buka saja pintu kereta, serentak Lily dan lelaki itu masuk ke dalam kereta.

Kemudian mereka berdua berpandangan.

"who are you?" soal mereka dengan dahi berkerut.

"get out!" arah Lily

" you get out!" balas lelaki itu

"wah wah...." geram Lily

"aku masuk dulu la." ujar Lily

"lagipun jauh aku berjalan semata-mata nak cop kereta ni dulu tetiba kau masuk" kasar Lily

"aku pun penat berjalan juga." balasnya

"itu urusan loooo...bukan gue!" balas Lily

"lagipun aku ni pelanggan tetap... Pemandu ni kawan aku. Setiap hari, muka ni orang pertama pelanggan dia..." Lily tunjuk wajahnya

"so you, get out!"

"nak naik... Ikut turn."

"ada aku kisah?" soalnya

"kawan ke, lawan ke, tahwan ke, itu bukan urusan aku..." ujarnya dengan lagak

"meh sini aku bagi tau something...."

"dah biasa naik kan?... Elok kot kalau turun. Sebab kereta ni pun muak tengok muka kau."

"harap muka cantik tapi bodoh..." lagaknya lagi

"apa kau cakap?" soal Lily

"bodoh..." sebut lelaki itu tanpa segan silu. Sedikit pun dirinya tidak berasa bersalah mahupun berdosa.

Lily mendengus geram.

Satu saat...
Dua saat...

"Maillllllllllllll" jerit Lily sambil keluar dari kereta

Tergopoh gapah Mail keluar dari kedai runcit itu. Sebenarnya orang-orang di situ sudah biasa dengan keadaan begitu. Lagi-lagi apabila Lily and the geng datang. Kalau dengar jeritan dari mereka, ada la tu benda tak kena.

"kenapa Lily?" soal Mail

"kau tengok jantan ni!!" tunjuk Lily

"aku cakap aku cop kau dulu dia tak percaya..."

"lagipun aku memang dah order kau guna apps Grab tau"

"jantan?" tak percaya lelaki itu mendengarnya

"yes, ada masalah?" tanya Lily

Lelaki itu menarik nafasnya. Sabar.

"Lily, kau masuk dulu..." ujar Mail

"tak nak!" degil Lily

"okay..." Mail cuba menenangkan Lily

"kau nak pergi mana?" tanya Mail

"aku nak pergi jumpa kak Mawar la." ujar Lily

"Encik pula nak pergi mana?" tanya Mail

"kalau sehala dengan kami, saya tumpangkan encik..." ujar Mail

"kau pula?" soal Mail pada Lily

"Aman Jaya Mall" serentak Lily dan lelaki itu jawab

Kemudian mereka berpandangan antara satu sama lain.

Mail memandang ke arah mereka. Terdiam dirinya seketika.

Bukan setakat tempatnya sehala, tetapi memang tempat mereka sehaluan.

"boleh saya masuk?" soal lelaki itu

"masuklah..." pelawa Mail

"Lily... Masuklah..." ujar Mail

Terus saja Lily membuka pintu hadapan dan duduk di sebelah Mail.

Sebenarnya Lily hanya akan duduk di kerusi depan sebaiknya tamat tempoh Mail berkerja. Jikalau waktu Mail bekerja, Lily akan duduk di bahagian belakang.

Namun dengan keadaan sekarang ini, membuatkan dirinya terpaksa duduk di tepi Mail juga. Tak kuasa dirinya duduk belakang bersama lelaki itu.


Tiba saja di Aman Jaya Mall, mereka berdua keluar dari kereta setelah selesai membayar tambang mereka.

Pintu kereta ditutup. Satu dijelingan diberi oleh mereka berdua.

"Lily..."

"bye Mail, jumpa nanti.." ujar Lily sebelum dirinya berlalu pergi.

Mail memandang ke arah Lily yang hanya berlalu pergi begitu saja.

Dengan pantas Lily berjalan laju tanpa memandang keadaan sekeliling.

Tetiba dirinya ditahan oleh seseorang.

"woooo...wooo, lajunya jalan." Mawar menahan langkah adiknya itu

"kak Mawar!" terkejut Lily

"kenapa Lily?" soal Mawar

"tak ada apa..." ujar Lily

"tipu..." ujar Mawar

"akak kenal adik akak..." sambungnya

"Lily berharap takkan jumpa mamat clorox tu lagi" geram Lily

"mamat clorox?" tak faham Mawar

"kak..." Lily memegang kedua-dua bahu kakaknya itu

"perjalanan Lily ke sini sungguh malang!"

"sebab Lily terpaksa berkongsi kereta Mail dengan si clorox tu"

"okay.... Tapi kenapa Lily panggil dia mamat clorox? Apa salah dia?"

"acah perfect" nak termuntah Lily

Mawar mengerutkan dahinya. Tak faham.

"entahlah... Kakak tanya je la kat Mail. Dia tahu kenapa Lily gelar mamat tu mamat clorox..." malas Lily fikir

Mawar hanya mengangkat bahunya.

"dah...dah jangan marah."

"sebab akak nak suruh adik akak ni pau la akak sebanyak mungkin sebab akak dapat kerja" senyum Mawar

Terbeliak biji mata Lily mendengarnya.

"serius la?" tanya Lily

Bersungguh-sungguh Mawar menganggukkannya

"alhamdulillah..." ucap Lily

"alhamdulillah...." ucap Mawar juga

Kemudian mereka berdua tersenyum.

Siapa cakap hidup bersederhana tak boleh bahagia?.Sebenarnya boleh je. Cuma bergantung pada diri individu.

Percayalah, dugaan teruk yang datang sekalipun pasti ada pelanginya juga nanti. Ia akan datang pada waktu yang tepat.

Cuma lambat atau cepat saja.

Jangan lupa tinggalkan komen, rate, follow dan support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience