Rate

Chapter 2 - Malang Sungguh Nasibku Ini

Romance Series 42930

Mawar menghampiri Lily yang jauh termenung itu.

Perlahan-lahan Mawar menghampiri Lily sambil simpan senyum dengan Aunty Syasya, Hana, Dayah dan Mimi.

"HAH!!"

Terhinjut bahu Lily akibat terkejut. Kemudian Lily memandang ke arah mereka yang mentertawakannya.

"termenung lagi..." ujar Aunty Syasya

"kau kenapa, Lily?"

Lily hanya mendiamkan dirinya.

Satu saat..
Dua saat...
Tiga saat..

"Lily cuma terfikir apa yang akan terjadi pada kita bila kak Mawar dah start bekerja esok..." ujar Lily

"mesti kedai ni sunyi sebab kakak dah jarang datang sini."

"ye la kan, kak Mawar kerja kilang. Ikut shif pagi, petang dan malam pula tu. Belum OT lagi. Cuti sehari je. Mesti kakak akan busy dan kita takkan ada masa nak berkumpul macam ni lagi"

"auwwwww" tersentuh hati mereka

Terus saja mereka berlima memeluk Lily.

"sibuk mana kakak pun nanti, kakak takkan abaikan Lily... Aunty Syasya. Hana. Dayah.. Mimi."ujar Mawar

" Mawar sayang korang sangat-sangat! "jujur Mawar

" kami pun. "

" kita satu family. "

" susah senang sama-sama. "

" sama-sama. "

" takkan berpisah! " senyum mereka

" okay.. Okay dah habis sesi peluk-peluk.. Now kita ada kerja." Aunty Syasya menghentikan sesi luahan emosi mereka itu

" nak kena COD ke aunty?" tanya Lily

Aunty Syasya menganggukkannya.

" korang tolong aunty Syasya la. Biar Lily yang COD nanti" Lily sendiri mempelawakan dirinya untuk menghantar pesanan pelanggan itu sendiri

"kelia!!!"

"tapi bukan bunga saja tau"

"sebab tadi cust tu hantar kek and dia nak kita hantar kek ni dengan bouquet bunga tu. Tak apa ke?" soal Aunty Syasya

"tak apa..." balas Lily

Syasya hanya pandang wajah Lily dengan penuh ketidakpercayaan. Selalunya Lily tidak begini. Dia cukup malas untuk menghantar pesanan pelanggan sehingga ke rumah. Tapi kali ini, dirinya sendiri yang pelawa.

Nak tolak tak gamak. Takut terasa pula Lily nanti. Oleh itu mereka hanya membiarkan kemahuannya saja.

Kereta BMW X5 dipandu laju oleh lelaki yang bernama Waiz Qaayed.

Sesekali dirinya memandang ke arah telefon yang berada di tangannya. Cuba menghubungi sang kekasih yang sedang melakukan yoga.

"tak angkat pula" ujar Waiz

Telefon di tangannya itu diletakkan di kerusi sebelah.

Lily mengambil bungkusan barangan yang berada di atas kaunter itu.

"hati-hati..." pesan aunty Syasya

"kau nak aku temankan?" tanya Hana

"tak perlu" Lily mengukirkan segaris senyuman

"Lily pergi dulu..." ujar Lily sambil menolak pintu kaca kedai bunga itu

Kertas yang mengandungi alamat penerima diambil oleh Lily.

"larghhh dekat je ke?" ujar Lily

"tapi dekat-dekat pun kena naik motor juga"

"tapi macam mana nak bawa?" soal Lily apabila melihat tangannya penuh

Tanpa buang masa, Lily masuk ke dalam kereta Axia milik aunty Syasya.

Tiba di taman kediaman si penerima, Lily keluar dari perut kereta. Matanya tercari-cari rumah sang penerima.

Rupanya rumah sang penerima berada di sebelah kirinya saja.

Tanpa fikir panjang Lily mengeluarkan sekotak kek dan bouquet bunga itu untuk melintas ke seberang memandang tiada satu pun kenderaan lalu di situ. Suasana juga sunyi sepi.

Buka saja langkah untuk melintas tetiba Lily terlihat sebuah kereta dipandu laju sehingga Lily terpaksa berhenti secara mengejut.

Dalam masa yang sama si pemandu juga gelabah apabila dirinya hampir melarang seseorang yang berada di hadapan.

Kek dan bouquet bunga yang terbaling ke atas itu dilihat oleh Lily ketika tubuhnya sedang mendarat ke atas jalan tar taman itu.

Lelaki itu memberhentikan kerja secara mengejut. Kemudian dirinya memandang ke arah Lily.

Kek yang berada dalam kotak itu terkeluar.

Bukkkkkkk!!!
Selamat kek itu mendarat pada wajah Lily.

"whooaaaa" terkejut lelaki itu yang bernama Waiz itu

Lily hanya memejamkan matanya. Pasrah habis dirinya ketika dimandi kek itu.

Kemudian Lily memegang wajahnya. Kek yang mendarat di wajahnya dibuat dengan redha.

Waiz keluar dari keretanya. Kemudian Waiz melihat bahagian hadapan keretanya jikalau mengalami sebarang kerosakan apabila melanggar tong sampah.

"Fuhhh..." lega Waiz apabila keretanya tidak mengalami kerosakan iaitu kemek ataupun calar.

"that's good."

"nasib tak jadi apa-apa"

Lily mengecilkan matanya sambil memandang ke arah lelaki di hadapannya itu.

Sudahlah pertemuan pertama mereka begitu menyakitkan. Pertemuan kali kedua juga lagi menyakitkan.

Dasar mamat clorox silau!, kutuk Lily

"hei..." dengan beku Waiz tegur Lily

"kau tak mati lagi kan?" tanyanya

"tengok apa jadi! Kau hampir langgar aku!" balas Lily sambil bangkit dari duduknya

"baguslah kau hidup lagi. Kalau tidak, cacat kereta aku ni..." balas Waiz

"kereta?" soal Lily

"kau fikir kereta lagi penting dari nyawa orang?" tak puas hati Lily

"kau tahu tak kereta aku ni mahal..." balas Waiz

"itu urusan kau la. Mahal murah itu duit kau."

"sekarang ni kau hampir korbankan nyawa aku. Kawasan taman pun nak bawa laju lagi ke?. Ingat ni highway ke apa huh?"

"dah tahu ni kawasan taman, tak payah dok gatai kaki la nak tekan minyak sampai 100 km/h"

"tak faham aku macam mana kau boleh lepas test JPJ masa ambil lesen dulu..." geram Lily

Waiz hanya memerhatikan wajah Lily.

"kau patut bersyukur kereta aku tak rosak kerana kau..." serius Waiz

"so?" dengan lagak Lily balas

"kau tak perlu ganti rugi..." ujar Waiz

"eh eh... Sepatutnya kau yang kena ganti rugi..." balas Lily

"tengok apa kau buat..." tunjuk Lily pada kek yang musnah itu

"alah setakat RM60 apalah sangat... Sedekah je la..." ujar Waiz

Terdiam Lily seketika. Ini kali pertama dirinya melihat lelaki seteruk ini. Ingatkan dalam novel yang dibaca oleh Dayah je ternyata memang ada dalam dunia ini.

Lelaki spesis ini layak dihapuskan saja supaya tidak menyakiti dan disakiti.

" lelaki jenis apa kau ni? Tak bertimbang rasa sikit pun..." geram Lily

"minta maaf pun tak!. Berlakon macam kau mangsanya..."

Dalam pergaduhan mereka, pelanggan Lily dan beberapa jiran di situ memerhatikan mereka.

"maaf?" soal Waiz

"sepatutnya kau orang yang patut minta maaf. Kau yang jalan tak tengok kiri kanan dulu."

"come on, miss. Kau minta maaf dan pergi. Settle!"

"Aku nak cepat ni"

"Cik?" tetiba pelanggan Lily itu membuka pintu pagar rumahnya

"kenapa ni?" tanyanya

Lily memandang wanita yang kelihatan 30-an itu. Kemudian Lily terlihat nombor rumah wanita itu.

"Maaf puan. Kek yang dibeli oleh puan hancur disebabkan dia. Dia sengaja cuba langgar saya..." ujar Lily

"wait? Sengaja langgar... Oh sorry, miss.. Kau silap ni." sampuk Waiz

"Puan... Saya tak tahu apa-apa ye. Tapi perempuan ni cuba fitnah saya. Dia yang berdiri kat tengah jalan. Dia sendiri yang nak bunuh diri, dia salahkan kita pula..."

Ternganga Lily dibuatnya.

"hey!" geram Lily sehingga hampir menumbuk wajah lelaki di hadapannya itu

"apa?" lelaki itu menegakkan dadanya tanda tidak takut pada Lily

"kau memang lelaki yang tak berhati perut!"

"memang lahir-lahir terus bengap ke?" soal Lily

"kau sendiri yang salah, kau nak salahkan orang lain."

"kasihan puan ni. Kek dia musnah disebabkan KAU!"

"apa kau nak buat huh?!" marah Lily

"Aku tak tahu! Aku tak nak tahu! Dan aku tak peduli!" balas Waiz

Dalam masa yang sama, Waiz mengeluarkan sekeping not 100 lalu diberikan kepada wanita itu.

"lain kali puan beli dan bawa balik kek sendiri. Jangan guna apa-apa servis. Akan berlaku masalah penghantaran lagi-lagi muka perempuan ni yang hantar. Sebab tu la kek puan musnah" depan-depan Waiz kutuk Lily sebelum dirinya masuk ke dalam kereta.

Lily mendengus geram.

Terus saja Lily menuju ke arah kereta lelaki itu. Wiper kereta lelaki itu dikepak sepuas-puas hatinya.

"hei..hei...apa kau cuba buat? Kau gila ke huh?" kalut Waiz keluar dari keretanya

Selesai saja Lily mengerjakan kedua-dua wiper kereta lelaki itu, Lily memandang ke arahnya.

"biar sama-sama adil! " ujar Lily

Kemudian Lily berjalan menuju ke dalam keretanya tanpa segan silu.

Waiz melihat kedua-dua wiper keretanya rosak akibat dipatahkan oleh Lily. Bukan setakat dipatahkan, wipernya juga kotor akibat terkena krim kek yang jatuh atas wajah Lily tadi.

---

Terkedu lelaki yang bernama Haris iaitu sahabat kepada Waiz Qaayed apabila terlihat kereta Waiz yang berhenti di hadapannya.

Terkejut apabila kereta yang dipandu oleh sahabatnya itu mempunyai wiper kereta yang kelihatan patah serta terdapat kotoran di situ.

"Bro, apa yang terjadi?" soalnya

"aku jumpa lagi perempuan gila tu..." beritahu Waiz

Tergelak Haris seketika.

"kali ni teruk juga dia kerjakan kereta kau kan..." ujar Haris sambil menyentuh sedikit wiper kereta Waiz yang rosak itu.

Dalam masa yang sama, wiper yang disentuh itu jatuh.

"sangat teruk!" ujar Waiz

Perlahan-lahan Lily berjalan masuk ke dalam kedai bunga mereka.

Aunty Syasya, Mawar, Dayah, Hana dan Mimi memandang ke arah Lily.

"Lily, apa yang terjadi?" tanya aunty Syasya sebaiknya terlihat tubuh Lily dipenuhi dengan sisa-sisa kek itu

"jangan tanya, aunty...." Lily terasa ingin menangis

"Lily rasa macam nak hapuskan manusia clorox dalam bumi ni" ujar Lily sambil berjalan ke arah bilik air.

Mereka berlima memandang ke arah Lily.

Waiz menyerahkan kunci keretanya kepada tukang pembaiki keretanya itu.

Lily pula membersihkan rambut dan pakaiannya yang tersisa kek itu.

'Aku berharap takkan jumpa dia lagi!', gumam mereka berdua

Jangan lupa tinggalkan komen, rate, follow dan support!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience