Rate

Chapter 3 - I Hate You!

Romance Series 42930

Aunty Syasya melihat Lily sedang mengemas pakaiannya untuk beberapa pergi ke Penang.

Berat hatinya untuk membiarkan anak saudara terakhir mengikuti Hana untuk bekerja sebagai pekerja sambilan untuk beberapa hari bagi menggantikan tempat Dayah.

Kerana Dayah terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang sedang sakit.

"aunty..." Mawar juga berdiri di muka pintu sambil memandang ke arah Lily

"Lily nak tolong Dayah ke?" soal Mawar

Aunty Syasya menganggukkannya

"aunty okay?"

"tak apa. Aunty okay je. Nasib beberapa hari macam tu je..." balas Syasya

"tapi baguslah Lily berkorban untuk Dayah. Sebab Dayah banyak tolong kita."

"Dayah, Hana, Mimi...mereka banyak tolong kita terutamanya dari segi kewangan"

Mawar angguk setuju.

"aunty... Kakak..." tetiba Lily terpandang ke arah mereka

Mereka berdua tersenyum.

"kenapa berdiri kat situ? Sinilah..." panggil Lily

"lama ke Lily nak pergi?" tanya Mawar

"tak ada la lama sangat... 5 hari je.." jawab Lily

"kakak dengar seminggu..."

"tak la... Lily cuma ganti tempat Dayah untuk 5 hari je. Hari ke-6 Dayah dah masuk kerja."

"ooo, kalau macam tu elok-elok kerja kat hotel tu eh..."

"okay..." senyum Lily

"tapi kalau Lily nak balik rumah juga bo..." belum sempat Lily menghabiskan ayatnya

"No!" larang Syasya

"walaupun jarak Sungai Petani dengan Penang tak jauh sangat pun macam sini pergi KL... Jangan sesekali balik. Lily tidur je kat hotel tu"

"nanti jalan sesak... Kasihan Lily"

"Hana, ada tempat tinggal kan?" soal Syasya

"ada aunty... Bilik pekerja disediakan. Cuma tak mewah dan besar macam bilik customer la..."

"ada tempat perlindungan dah cukup. Tu penting!" ujar Syasya

"Lily selesaikan kerja Lily selama 5 hari tu... Lepas tu baru balik.. Okay?"

Lily tersenyum melihat wajah kerisauan ibu saudaranya itu.

"aunty risau ke?" soal Lily

"soalan apa Lily tanya ni?" tanya Syasya semula

"mestilah aunty risau..."

" apalah Lily ni...kalau bukan aunty dengan kakak siapa lagi nak risaukan Lily?" soal Mawar

"nak harapkan ibu? Ayah? Hermmmm..." Mawar menjulingkan matanya

"kakak....."

"ibu ayah kita tu aunty Syasya la..." ujar Lily sambil pegang tangan Mawar

"aunty Syasya sendiri besarkan kita dari Lily baby sampailah besar ni"

"dah umur 20 tahun dah pun..." sambung Lily

" tapi tak best sebab aunty Syasya tak kahwin"

"dan kitorang takkan izin aunty kahwin selagi belum dapat lelaki yang tepat!"

Syasya mengukirkan senyuman.

Teringat lagi dirinya akan kisah lama di mana bakal tunang tidak dapat menerima kehadiran Lily dan Mawar. Oleh kerana itu, Syasya meninggalkan bakal tunangnya itu hanya kerana kedua-dua anak saudara jagaannya ini.

Mawar, Lily dan Hana memandang ke arah Syasya.

"jangan risau aunty. Kitorang dah besar. Kalau bakal suami aunty tak nak kami... Kami boleh jaga diri sendiri dah.." ujar Mawar

"tak.... Aunty dah tak ada perasaan untuk bercinta lagi. Takut dapat lelaki yang tak boleh terima kehadiran korang sebagai anak aunty..."

"sebab kami terlalu berkepit dengan aunty la orang fikir kami ni anak aunty...aunty janda anak 2...padahal dia tak tahu, aunty ni anak dara lagi.. "

"haishhh apa cakap macam tu. Biarkanlah. Benda dah lama. Sekarang ni, aunty fokus pada korang je..." senyum Syasya.

Terus saja Mawar, Lily dan Hana memeluk mak cik kesayangan mereka itu.

---

Hana mematikan enjin kereta sebaiknya tiba di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta.

" Tolong bayarkan "ujar Hana sambil menghulurkan sekeping not 50

"okay..." balas Lily sambil menolak huluran itu

"Lily.. Duit ni?"

"simpan la. Kali ni aku bayar" ujar Lily

"kau ada duit ke?" soal Hana

"aku ni bos kedai bunga tau. Jangan pandang rendah... Hehe tak ada la.. Saja nak belanja kau" ujar Lily sambil membuka pintu

"Belikan ais krim sekali..." sempat Hana pesan

Lily hanya pandang Hana.

"orang nak belanja. Bukan selalu" sengih Hana

Lily hanya diam.

Selesai saja membayar duit minyak, Lily hampir terlupa akan pesanan Hana itu. Terus saja Lily masuk ke dalam kedai di stesen minyak itu.

Kemudian Lily membuka peti sejuk yang mengandungi pelbagai jenis ais krim.

Dua batang ais krim diambil. Kemudian Lya menoleh ke arah belakang sehingga tanpa sedar seorang lelaki di belakangnya itu terlanggarnya.

Lily dan lelaki itu berpandangan antara satu sama lain. Mereka mengerutkan dahi.

Satu saat..
Dua saat..
Tiga saat..

"kau lagi?!" serentak mereka berdua

Waiz dan Lily menayangkan wajah yang tidak percaya dan tidak berpuas hati.

"kau ikut aku eh?" soal Waiz

"excuse me! Kau siapa untuk aku ikut?" soal Lily dalam nada rendah

"ada faedah ke ikut orang clorox macam kau ni?" jeling Lily

"eee tepi la..." rimas Waiz

Terus saja mereka berdua mulakan langkah untuk menuju ke arah yang sama walaupun laluan di situ agak sempit membuatkan mereka agak rapat.

Mereka memandang antara satu sama lain.

"I hope we won't see each other again" ujar Waiz

"me too!"

"bagi aku jalan dulu!" terus saja Lily menyinggung Waiz ke belakang

Waiz hanya menahan geramnya.

Keluar saja dari kedai itu, masing-masing membuat haluan masing-masing. Lily ke kiri manakala Waiz ke kanan.

---

Lily terus membaringkan dirinya di atas katil sebaiknya masuk ke dalam bilik pekerja itu.

"leganya dapat baring-baring..." ujar Lily

Hana tersenyum.

"belum kerja lagi dah penat..."

Terus saja Lily bangkit dari perbaringannya.

"ni katil Dayah ke?" soal Lily

"kalau shif malam, iya... Ni bilik kitorang.." jawab Hana

Lily angguk faham.

"tapi kan Lily...."

"bahagian kita tak sama tau..."

"sebab aku cleaner... Dayah pula waiter..."

"ooo macam tu eh..." ujar Lily

"tak apa la, kita buat kerja kita dulu..." sambung Lily

"tapi aku start kerja lusa kan sebab esok ada pengganti Dayah kan..."

"yeap..."

Lily kembali baring di atas katil.

---

Keesokan harinya, Lily berjalan di sekitar kawasan hotel itu memandang hari ini dia mempunyai masa lapang.

"Lily..." tetiba Hana memanggil namanya yang datang dari arah belakang

Terus saja Lily menoleh belakang.

"jom makan... Aku free sekarang ni" ajak Hana

"jom la. Memang aku nak gi makan pun" balas Lily


Ketika mereka berdua sedang mengambil makanan tetiba Lily terpandang ke arah lelaki yang bertentangan dengannya.

Masing-masing tidak percaya.

"oh no... Are you kidding?" soal Waiz sebaiknya dirinya juga melihat wajah Lily

"good word!" balas Lily

"siapa nak jumpa kau lagi?" sambung Lily

Hana yang berada di sebelah Lily dan Haris yang berada di sebelas Waiz berpandangan antara satu sama lain. Kemudian mereka memandang ke arah Lily dan Waiz.

Terdiam Hana seketika apabila melihat wajah Waiz.

"kau follow aku eh?" tanya Waiz

"tolong jangan perasan la aku nak follow kau." balas Lily

"habis tu apa sebab kau datang sini?" soal Waiz

"urusan aku suka hati aku la" balas Lily

Waiz hembus nafas berat.

"boleh tak kau pindah ke planet lain. Semak la asyik hadap muka ni..." ujar Waiz

Ternganga Lily seketika.

"kau tu yang patut pergi!" balas Lily sambil memandang wajah Waiz dengan tajam.

Tak terkelip mata Hana dan Haris apabila melihat mereka berdua.

"hei..hei...."tegur Haris

" siapa ni bro? "

" kenapa kau nak marah ni? "

" kalau kau nak tahu ni la perempuan gila nak patahkan wiper kereta aku tu " ujar Waiz

Terkedu Haris dan Hana seketika.

" kenapa kau patahkan wiper kereta dia? " bisik Hana

" sebab dia penyebab aku mandi krim kek!" tegas Lily

Sejurus itu, Lily dan Waiz berpandangan tajam. Renungan mereka seperti ada petir yang sambar menyambar.

Hana memandang ke arah Lily yang hanya mendiamkan dirinya saja.

"betul ke dia lelaki clorox tu?" soal Hana lagi

Terus saja Lily melepaskan pegangan sudu dan garfu.

"oh come on, Hana. Berapa kali kau nak tanya?" keluh Lily

"aku tanya je.. Janganlah marah..." ujar Hana

Lily hanya memandang ke arah Hana. Dia sendiri tidak tahu mahu mengatakan apa lagi.

Bersilih ganti Haris memerhatikan wajah Waiz dan Lily yang berada tidak jauh dari mereka.

"bro..."

"kau tak pernah cakap pun yang perempuan gila tu boleh tahan cantik" ujar Haris

"kau ni buta ke apa?" soal Waiz

"perempuan gila macam tu kau kata cantik? Herghhhh!" menyampah Waiz

"sepatutnya soalan tu berbalik pada kau. Kau sendiri yang buta." balas Haris

"cantik macam tu pun kau boleh tak nampak lagi...haish memang tak tahu nak cakap apa lagi la"

Waiz hanya menjeling tajam ke arah Haris.

"asal kau marah teruk sangat kat perempuan tu eh?" tanya Haris

"aku geram dengan dia tak habis lagi tau. Asyik bertembung je!" geram Waiz

"kalau kau nak tahu masa kita berhenti stesen minyak kat Kulim, aku jumpa dia lagi. Tetiba kat sini pun jumpa. Aku ingat hari tu la hari terakhir kami berjumpa rupanya tak!. Entah berapa kali lagi nak kena jumpa huh"

Haris hanya mengukirkan senyuman.

"aku rasa korang ni berjodohan la..." serentak Haris mengucapkan kepada Waiz dan Hana mengucapkan kepada Lily

"hoii, minta simpang la.." seraya itu Waiz balas

"no way, man!!!" balas Lily juga

"tak mungkin!" sambung Lily

Hana tergelak kecil melihat reaksi Lily.

"tak la... Korang ni asyik bertembung kan. Lepas tu setiap kali bertembung je gaduh. Sah ii"

"apa yang sah?" soal Lily

"jodoh kuat..."

"eeeeee" terus saja Lily terasa geli tengkuk apabila mendengarnya.

Lagi seronok Hana ketawakan Lily.

---

Lily mendongakkan wajahnya ke atas apabila dirinya terasa ada figura di hadapannya itu.

Lihat saja wajah pemilik figura itu terus saja Lily mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"kau memang tak ada tempat lain ke nak duduk?" soal Waiz

Lily mendiamkan dirinya.

"hoii"

"ishhh, aku rasa macam dengar orang cakap la" sengaja Lily berpura-pura tidak dengar

"hello miss..." Waiz cuba menahan sabar memanggil Lily

"kau nak apa?" soal Lily dalam nada tegas

Waiz renung tajam pada Lily.

"hi cik..." tetiba Haris yang berada di sebelah cuba meleraikan renungan tajam mereka

"sebenarnya barang saya tertinggal kat kerusi belakang cik tu.. Nak jalan kat belakang, mat salleh ramai pula kat situ. Sekarang ni..." belum sempat Haris menghabiskan ayatnya, Lily merenung tajam ke arahnya pula. Terdiam Haris seketika.

Kemudian Lily menoleh ke arah belakangnya. Betul kata Haris itu apabila melihat meja kosong di belakangnya ada satu beg kertas. Hendak lalu di situ di halang oleh orang ramai pula. Sekarang ni memang mereka mahu meminta pertolongannya untuk bangun supaya mereka dapat menuju ke arah meja itu.

Tanpa buang masa, terus saja Lily bangkit dari duduknya lalu beri laluan kepada mereka berdua.

"terima kasih..." ucap Haris

Sejurus itu satu dijelingan diberikan kepada Waiz yang memandang wajahnya.

Haris hanya mengangkat keningnya akibat terkejut dengan reaksi Lily.

Sebaiknya beg kertas milik Haris diambil, sekali lagi Haris mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lily kerana mengganggunya lagi-lagi dengan ketidakpuasannya pada Waiz.

"boleh saya tahu nama cik?" soal Haris sambil mengambil kesempatan ingin mengetahui nama Lily

"dah kenapa kau tanya nama dia?" tak puas hati Waiz

Lily hanya diam.

"aku tahu kita akan sentiasa jumpa dia.. Why not kita tanya nama dia siap-siap" balas Haris

Waiz menahan geramnya terhadap Haris yang tersengih itu.

Ingat dia tidak tahu ke niat sebenar Haris?! Rakannya mencuba nasib ingin memikat perempuan gila itu saja.

"kalau ia pun nak buat pasangan hidup, kau cari la perempuan lain. Perempuan ni awal-awal aku reject..." balas Waiz

"itu kau bukan aku..." ujar Haris

"apa nama cik?" Haris mengangkat keningnya pada Lily

"saya tak ada nama..." jawab Lily sambil memandang ke arah Haris

"Lily...." tetiba Hana datang ke arah Lily

"apa? Apa?" soal Haris

"apa apa?" tak faham Hana

"apa nama kawan awak ni? Saya dengar Li.. Li je"

Lily memberi isyarat pada Hana agar mendiamkan diri. Tetiba Hana terlihat ke arah Waiz.

Terkedu Hana seketika.

"oi.." Lily menyinggung siku Hana

"kau ni dah kenapa?"

"asal nampak diorang ni kau macam terpaku je.."

"kau tak kenal ke siapa diorang ni?" tanya Hana

Lily hanya memandang ke arah Hana. Kemudian Lily mengelengkan kepalanya.

"tangkap gambar aku.. Tangkap gambar aku dengan diorang..." terus saja Hana memberikan telefonnya kepada Lily

Terpinga-pinga Lily melihat keterujaan Hana. Namun permintaan Hana, Lily turuti juga.

"tengok cantik tak?" teruja Hana

Lily memandang ke arah Hana lagi.

"siapa mereka ni?" tanya Lily

"dari mana kau kenal?" tanya Lily lagi

"haishh kau ni... Takkan kau tak kenal mereka ni?" tanya Hana

"tak!" jawab Lily

"diorang ni instafamous. Ni Waiz, ni pula Haris. Betul tak?" senyum Hana

"betul tu..." senyum Haris dan Waiz

"Haris ni ada 1.5M.."

"tapi Waiz ni follower dia lagi ramai la. Dalam 2.2M centu." fikir Hana

"kenal tak?"soal Haris

Lily menggelengkan kepalanya

" serius la takkan tak kenal?"

" kitorang ni instafamous kot.. Semua orang kenal.. "

" salah tu. Tak cukup famous lagi. "ujar Lily

" saya tak kenal korang pun. Lagi-lagi mamat clorox ni... "

" tak baik la... "terus saja Hana menampar lengan Lily

" Waiz dengan Haris ni baik tau.. "

Sejurus itu mereka berdua mengukirkan senyuman pada Hana.

" dengan kau je baik. Dengan aku, macam kucing jumpa tikus... "ujar Lily

" kau tu yang jual mahal sangat. "

"apa nama awak?" soal Waiz pada Hana. Lembut.

"Hana..." balas Hana

"sedap nama..." puji Haris

Hana tersenyum malu.

"nama kawan awak pula?" soal Haris

"tak ada nama..." jawab Lily

"takkan la awak tak ada nama kot?" tak percaya Haris

"yea!" balas Lily

"tak payah tahu la, Ris... Dia bukan nak bagi tau pun." ujar Waiz

"betul tu" kali ini Lily sokong Waiz.

"kalau saya beritahu nama saya, belum tentu korang berdua nak panggil sebab nama saya lain dari yang lain..." ujar Lily

"apa namanya?" Haris masih tidak putus asa

Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...

"Love...." beritahu Lily

"nak panggil lagi?" soal Lily

Terdiam Haris dan Waiz dibuatnya sambil berkerut dahi mereka akibat pelik. Mulut mereka juga terkunci rapat.

Biar betik ada orang namanya 'Love'?!

Jangan lupa tinggalkan komen, rate, follow dan support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience