Sl1:PROLOG

Drama Series 1996

.
. .
.

Dalam kelarutan malam sepasang kembar melarikan diri dengan berpegangan tangan.Keadaan mereka kelihatan tidak bermaya.Pakaian mereka terkoyak dan terluka teruk  namun mereka tiada masa untuk merungut. Mereka masih berdaya untuk berlari dengan kekuatan yang ada.

Mereka berhenti di suatu tempat untuk mengambil nafas.Perasaan  mereka semasa itu  sangat bingung dengan apa yang terjadi.Mereka sangat celaru.

Kedua kembar itu melihat sesama sendiri dengan penuh debaran.Tangan mereka masih berpaut rapat.Darah yang mengalir dibiarkan begitu sahaja.Luka yang agak dalam sudah dilumuri darah.

Air mata mereka mengalir deras saat mendengar derapan kaki yang menakutkan semakin hampir.Kedua kembar itu menekup mulut tanpa sebarang bunyi.

Bila-bila masa sahaja pembunuh akan datang untuk membunuh mereka.Itu akan menamatkan dua nyawa pada saat akhir.Apabila derapan kaki sudah tiada mereka berasa lega.

" Are you okay Anne? "Gusar Anna yang memeriksa satu persatu badan Anne.

" Akak ok adik tak apa-apa? "Soal Anne pula risau akan keselamatan adiknya.Baginya Anna lebih penting dari dirinya sendiri.

" Tak perlu risau adik ok yang penting kita selamat " Balas Anna memegang erat tangan kakaknya.

Anne mengutumkan senyuman tanda dia rasa lega ada seseorang yang selalu berada di sisinya.Anna sahaja yang boleh memujuk hatinya.

" Apa yang jadi?Kenapa lelaki tu cuba nak bunuh adik "Soal Anne dengan banyak persoalan bermain dalam kepalanya.

" Adik tak tahu apa yang berlaku ini terjadi selepas ibu marahkan adik tentang kakak " Kata Anna menjangka ini kerja ibu kandungnya.

" Apa maksud adik?Jadi lelaki yang kejar kita tadi angkara ibu? "Soal Anne yang masih rasa keliru.

" Itulah apa yang bermain dalam kepala adik  " Perlahan  Anna bersuara.

" Ibu takkan sanggup buat kita macam ni dia sayangkan kita "Geleng kepala Anne laju .Dia tahu ibu tiada sebab untuk sanggup bunuh anaknya sendiri.

"Itu apa yang kakak anggapkan selama ni tapi kita tak tahu apa yang sebenarnya ibu mahukan "Kasar kata Anna memandang tepat dalam mata Anne.

" Akak rasa ini cuma salah faham mungkin kerja orang lain yang berdendam dengan kita "Balas Anne masih mempertahankan ibunya.

" Tak Akak selalu percayakan ibu sebab dia selalu beri apa yang kakak mahukan tanpa banyak soal "Kata Anna seakan tidak puas hati.

" Tak ibu takkan lupa setiap kali adik pergi dia selalu rindukan adik "Gelisah Anne melihat keadaan Anna yang tak mempercayai ibu nya sendiri.

" Tipu tu semua tu tak pernah jadi kalau tak ibu takkan cuba bunuh adik "Balas Anna.

" Mengarut ibu beri kasih sayang yang sama pada kita berdua patutnya adik tak patut libatkan ibu dalam hal ni!Sanggup adik berasa was-was pada ibu dia yang melahirkan kita!Tanpa dia kita bukan sesiapa "Marah Anne dengan tingkah laku Anna.

" Akak tak patut percayakan semua tu "

" Ibu selalu risaukan anna takkan adik tak sedar semua tu "

" Ibu risau bila adik dikurung?Pernah ke dia jaga adik semasa sakit? Bagi ibu  akak seorang sahaja yang sempurna dalam dunia ni  tapi adik terpaksa berusaha untuk jadi yang terbaik! "Tengking Anna sepuas hatinya.

Hati Anne terguris dengan kata-kata yang diucapkan dari Anna.

" Ibu takkan sanggup.."

" Akak dapat semua kesenangan yang ada sebaliknya adik langsung tak dapat merasakan kasih sayang seorang ibu ! "Air mata Anna semakin deras.

" Anna.."

Belum sempat Anne menyambung ayatnya asap hitam masuk ke dalam rumah usang itu.Mereka terus menekup mulut sambil merangkak ke arah pintu utama.Asap makin berkepul memasuki ruang rumah dengan banyak begitu juga api yang marak mengepung mereka berdua.Tangan mereka masih bertaut erat.

" Anna kita kena lari sekarang! "Desak Anne menarik tangan adiknya dengan segera.

PRAKK!

" Anne!Adik tak boleh gerak! "Meraung Anna merasa sakitnya yang perit.

Bunyi kayu yang jatuh mengejutkan Anne yang turut sama tersekat.Kayu itu menghempap kaki Anna yang terbaring.Anna cuba mengeluarkan kakinya yang tersekat tapi tidak berjaya.

" Anna akak akan cuba keluarkan adik "Bantu Anne melepaskan tangannya lalu cuba mengeluarkan kayu yang menghempap kaki adiknya.

Kayu itu dialihkan dengan sepenuh tenaga sedikit demi sedikit kaki Anna dapat dikeluarkan.Tiba-tiba kayu yang marak terjatuh atas badan Anne hingga dia tak dapat bergerak.Anna menghentikan pergerakannya apabila mendapati Anne tersekat.

" Anna tolong Akak! "Jerit Anne memegang kaki Anna yang terluka.

Riak muka Anna berubah sama sekali dia melepaskan tangan Anne yang bergantung pada kakinya.Dia mendongakkan dagu Anne yang gelisah.

" Kau tak patut kembali lagi ke sana keluarga tu hanya perlukan aku " Kata Anna menolak kasar dagu kakaknya ke tepi.Sangkaan anne sama sekali jauh meleset.

Ini bukan adiknya yang dia kenal.

" Anna!Biarlah ibu bencikan kau tapi aku tetap sayang kau! "Jerit Anne dengan air matanya yang deras.Dia tak sanggup lihat adiknya begini.

" Tapi ibu akan tetap pandang kau bukannya aku.. "Kata Anna melangkah keluar dari rumah yang terbakar itu.

" Maafkan aku..ini sahaja caranya "

....

Suasana di perumahan rumah agam bertambah kecoh selepas kehilangan dua permata yang berharga buat mereka.Puan Hannah jalan ke hulur hilir menunggu berita tentang anaknya.Debaran dadanya tak dapat dikawal.

" Abang Anne akan selamat ke ?Anak saya takkan apa apa ke?"Cemas puan Hannah memandang suaminya dengan risau.

" Awak ni  polis akan bantu kita nanti baliklah anak awak tu " Kata Encik Mohd yang tak peduli keadaan anaknya dengan bermain catur bersama atuknya.

" Takkan saya nak duduk diam bila anak kesayangan saya hilang!Itulah abang sibuk sangat nak hantar dia ke luar negara!Tengok apa abang buat! "Geram puan Hannah menyalahkan suaminya dalam perkara ni.

" Tak payahlah awak nak salahkan abang dalam hal ni setiap perkara dalam mata awak tu semuanya serba tak kena "Dengus kasar Encik Mohd memandang isterinya tajam.

" Anak saya tak ingin pun ikut cakap abang  tapi dia yang terpaksa!Memang patut saya salahkan abang dalam hal ni saya dah agak anak saya akan larikan diri juga "Puan Hannah masih tak mahu mengalah dengan kata kata yang pedas.

" Awak ni dari dulu lagi asyik pentingkan anak awak sorang tu je " Geleng kepala Encik Mohd kecewa dengan perangai isterinya.

" Awak nak saya buat apa lagi?Memang sejak dulu saya mahu anak seorang tapi raksasa tu sibuk muncul dalam hidup kita, dia tu yang patut pergi bukannya Anne! "Marah Puan Hannah sakit hati memikirkan anaknya yang lagi seorang.

" Abang nak cakaplah mak siapa dalam dunia ni yang bencikan anak dia sendiri sampaikan nak berharap anaknya mati?Abang pelik lah dengan awak ni dia tak salah pun dilahirkan awak tu yang terikut sangat dengan perangai mak awak tu "Berleter Encik Mohd dengan perangai teruk isterinya yang makin menjadi.

" Abang tak faham apa saya rasa selama ni ,dia tu tak patut wujud!Saya tak pernah akui dia tu anak saya ! "Puan Hannah masih tetap dengan pendirian nya.Tiada siapa yang dapat mengubah hakikat yang Anne sahaja anak kandungnya.

" Mama.."

Dalam kekecohan yang berlaku Anna berdiri tanpa sesiapa di sisi membuatkan Puan Hannah bertambah cemas.Sepatutnya  mereka balik bersama.

" Mana anak aku?!Apa kau buat pada dia!! "Jerit Puan Hannah memegang bahu Anna dengan kuat.

" A-anna tak tahu " Terketar-ketar suara Anna bersuara apabila melihat Puan Hannah yang jadi tak tentu arah.

PANG!

" Aku dah kata jaga dia! Kenapa ingkar cakap aku! "

Satu tamparan hinggap ke pipi Anna dengan kuat.Menjengil mata puan Hannah dengan bara api. Baju Anna diheret masuk ke dalam bilik yang gelap.Bilik yang tiada langsung cahaya masuk malahan baunya yang busuk macam bangkai.Inilah  tempat Anna tidur selama ni.

" Mama sakitlah..."

" Kau diamlah raksasa! "

Puan Hannah menghempas Anna ke lantai dengan kasar.Dahinya berkerut menahan marah.Tak sangka dia tak dapat jaga anak kesayangan nya dengan baik.Itu memang tugas dia buat selama lamanya.

" Bagitau aku mana anak aku !Mana kau sembunyikan dia! Aku tahu kau mesti dengki sangat kat dia sebab tu kau bawa lari dia! "Bengis wajah puan Hannah memandang Anna yang menggigil ketakutan.

" A- Anna tak tahu mama..Anna tak nampak langsung kakak " Gentar suara Anna memberitahu hal sebenar.

" Kau tipu !Mana anak aku raksasa!Mana kau bawa Anne pergi! "Tertunduk Puan Hannah dengan rintihan yang perit.

" Anna tak tahu " Ulang Anna dengan ayat yang sama.

" Tak payahlah menipu aku!Aku tak percayakan raksasa macam kau! "Dengus Puan Hannah mencengkam rambut Anna dengan kasar.

" M-mama sakitlah "

" Kau dengar sini! Mulai sekarang tiada lagi kemudahan yang kau senang lenang dapat selama kau hidup ni! Kau carilah duit sendiri untuk sara hidup aku tak nak tanggung pembunuh anak aku! "Tolak Puan Hannah dengan kasar.Anna mula menangis .

" Mama..Anna tetap anak mama walau apa pun Anna masih darah daging mama..Tolonglah lihat anak mama ni "Rayu Anna memegang kaki Puan Hannah.

" Tak sedar diri lagi kau ni?Kau tu hanya bayang-bayang anak aku !Kau tu tak berguna untuk keluarga ni! " Tengking Puan Hannah melihat Anna meraung sekuat hati .

" Mama..Anna tak salah mama.." Sebak Anna yang tak menyangka Puan Hannah masih mementingkan Anne .

Puan Hannah tak mahu duduk lama-lama di dalam bilik ni.Dia terus melangkah keluar dengan hati yang membara.Bilik Anna juga dikunci dengan mangga supaya dia tak keluar dari biliknya lagi.

Anna menuju ke pintu bilik dengan hati yang gusar.Dia tahu Puan Hannah sanggup buat begini kepadanya .

" Mama buka ni!Mama! "Rayu Anna semahunya.Air matanya deras mengalir ke pipi.

" Mama buka Anna tak salah langsung dalam hal ni!Keluarkan Anna dalam ni!Mama! "Rayu Anna lagi mengetuk beberapa kali pintu itu dengan sekuat hati .Namun Puan Hannah langsung tak peduli dengan pujuk rayuan.

" Jangan sesiapa cuba masuk bilik ni nak tolong budak tu  faham!Biar dia mati kebuluran dalam tu "Arah Puan Hannah kepada pembantunya.

" Baik puan "Serentak mereka menerima arahan.

Anna mengetap gigi dengan kuat .Perit dia mendengarnya.Mama tetap melayan dia dengan buruk walaupun Anne sudah pergi.Bagi mama Anne bagaikan permata yang bersinar terang dan Anna hanya menumpang sinar itu.

Semua ni tak

" Tak..Anna takkan pergi dari rumah ni Mama, selagi nyawa Anna tak tergadai Anna akan tunggu peluang untuk bangkit semula " Tekad Anna yang ingin mengubah keadaan yang serba kekurangan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience