SL:CHAP 3

Drama Series 1996

.
. .
Setelah tibanya di perumahan milik ayahnya Anna sudah menyarungkan bengnya terlebih dahulu.Apabila kereta berhenti pintu dibuka tanpa berkata apa-apa.Kelam kabut Irwan keluar dari kereta terkejut tingkah laku Anna yang sepantas kilat.

Tangan Anna dirangkul terlebih dahulu Irwan   cuba untuk menahannya pergi .Mata mereka bertemu.Kening Anna terjongket  sebelah melihat irwan yang masih memegang tangannya.

"Kau nak apa lagi?  "Soal Anna kasar.

" Awak tak nak tunggu dulu ke?Bukan senang nak cakap ngn awak " Balas irwan mengukirkan senyuman nipis

Anna mula silangkan tangannya dengan pandangan tajam.Suka hati dia je nak mengarah bukannya penting sangat.Setiap hari asyik menyemak dalam hidup.

" Tapi aku takde niat langsung nak cakap ngn kau "Sinis kata Anna yang menusuk tepat ke hati Irwan.

Irwan rasa kecewa bercampur geram dengan kedegilan Anna yang selalu menolak perbualannya .Tapi kalau dah sayang semuanya dia terima.

" Laju betul awak nak tinggalkan saya?Macam tak nak saya tunggu lama-lama "Hampa Irwan meninggikan sikit suaranya.Anna bercekak pinggang sambil matanya melihat atas bawah.

" Memang aku tak nak kau tunggu!Suka hati akulah nak tunggu atau tak lagipun kau juga yang nak hantar " Tengking Anna balik.

" Anna saya tak kesahlah awak nak halau saya ke tapi biarlah saya lihat muka awak "Senyum Irwan yang muncul hadapan Anna secara mengejut.

" Hei ke tepilah muka lipas kau tu! "Marah Anna beranjak ke belakang.

" Sampai hati cakap saya ni lipas muka nilah awak kena tenung setiap hari tau "Muncung mulut Irwan yang terasa dipanggil begitu.

" Merepek je kau "

" Betullah mana tahu jodoh kita panjang awak boleh jadi isteri saya "Terus terang Irwan dengan muka yang gembira.

Tersasar jauh pula si mamat ni.Dengan muka lipas tu ada hati nak pimpin dia.

" Jangan beranganlah kau!Angan-angan tu bawa ke langit je "Malas Anna nak melayan kerenah Irwan lagi.

" Alah awak ni kejam sangatlah dengan saya "Rungut Irwan

" Lain kali tak payah gatal sangat nak jemput aku naik kereta kau kalau kau tak nak dengar bebel aku ni "Tajam mulut Anna berkata-kata.

" Saya izinkan awak naik kereta sebab saya takut akan apa apa jadi kat awak mana tahu ada orang cuba nak buat sesuatu kat awak "Balas Irwan yang bernada risau atas keselamatan Anna.

Anna buat rolling eyes.

Kalau satu hari Irwan tak nampak Anna boleh jadi histeria.Baginya Anna sangat bernilai dan perlu dilindungi bagaikan puteri.Irwan nak mengubah tanggapan Anna bahawa dia layak untuk merasa bahagia yang dia inginkan.

Kisah silam buatkan Anna menjadi anti sosial itu membuatkan irwan makin mahu lindunginya.

Betapa dia sayang pada Anna sejak zaman mereka kecil lagi.Namun Anna tak memandangnya walaupun sedikit kerana dia takut tindakan ibunya yang akan membahayakan nyawa Irwan.

" Aku boleh jaga diri aku ni bukannya tak kuat nak lawan lelaki tak guna tu petik jari pun boleh "Berlagak Anna yang mengeluarkan kunci rumahnya.

" Mana boleh awak tak tahu lagi betapa kejamnya dunia ni boleh jadi " Desak Irwan yang beranjak ke hadapan Anna.

Anna membatukan diri apabila perkataan itu keluar.Riak wajah Anna berubah menjadi dingin.Irwan juga diam seketika.

" Anna saya tak bermaksud.."

"Bagi aku dunia aku lebih kejam daripada semua ni dan aku tak nak kau terlibat sama jadi lebih baik kau pergi sebelum terlambat "Perlahan suara Anna yang dingin.

" Tak!Saya tahu awak takut dengan ibu awak sebab tu saya ada untuk awak "Bantah Irwan memegang kedua belah bahunya.

" Malangnya aku ni bahaya untuk kau dunia aku tak sama macam kau sangkakan sekali kau masuk takkan ada jalan keluar lagi.."Kata Anna melepaskan tangan Irwan lalu beredar memasuki rumahnya.

" Anna cuba awak lawan perasaan takut tu!Saya tahu itu bukan salah awak sebenarnya "Pinta Irwan menghalang laluan Anna.

" Takde jalan untuk aku lawan,Aku dah terikat dan aku tak nak kau dapat nasib yang sama.Kau takkan tahu berapa jauh lagi aku akan buat hidup kau merana "Balas Anna yang melangkah ke hadapan.

Irwan cuba menahan Anna dari pergi tapi Anna terus menolaknya ke tepi dengan kasar.Walaupun kabur Irwan dapat lihat Anna mengalirkan air matanya.Pasti perasaan Anna sedih mengenangkan semula.

Semua ni salah dia mengingatkan Anna semula tentang kisah lama.Dia tahu Anna mendapat trauma sejak peristiwa itu berlaku.

" Anna saya minta maaf saya tak berniat nak buat awak sedih cuma saya harap yang saya boleh selamatkan awak dari ibu awak "Sayu suara Irwan cuba mendapatkan Anna.

" Jauhi aku "Ringkas sahaja balasan dari Anna.Dia terus beredar sebaik sahaja pintu dibuka.

" Anna!Baik awak datang sini balik!kita belum selesai lagi! "Jerit Irwan apabila melihat Anna beredar begitu sahaja.

" Pleaselah balik sebelum aku call polis! "Ugut Anna yang sudah sedia memegang telefon bimbitnya.

Dengan muka yang terkejut Irwan terus masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal.Takut juga kalau betul-betul Anna sanggup buat.Namun Irwan masih boleh melihat Anna dari tingkap sehinggalah Anna memasuki rumahnya.

Irwan masih tak beranjak kerana perasaan risau menghantuinya.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kenapalah kau susah sangat nak terima aku? "

_____________________________________

Sebaik sahaja dia sampai ke pintu utama,Anna melangkah masuk ke rumahnya yang gelap.Tangannya meraba untuk mencari suis lampu.Cahaya lampu menerangkan seluruh ruang tamu.Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan memriksa jikalau ada yang belum tidur.

Nampaknya semua ahli keluarganya sudah nyenyak tidur.Anna memeriksa pula keadaan bilik atuknya yang tak jauh dari situ.Anna berasa tenang melihat muka atuk nampak gembira walaupun ketika tidur.

Anna ingin berganjak ke tangga namun telinganya menangkap bunyi pelik yang datang dari bilik kosong.Anna tak boleh mengambarkan perasaanya apabila bunyi itu semakin jelas.Hatinya berdebar dalam masa yang sama ingin tahu apa yang ada di sebalik pintu itu.

Dia perlahan menjengket kakinya menuju ke bilik kosong itu.Pintu dibuka sedikit.Lampu bilik itu masih terbuka terang dan Anna mula rasa curiga.Takkanlah lewat malam begini masih ada yang berjaga.

" You tak nak datang sini ke?Lama kita tak jumpa " Soal suara wanita yang dia cukup kenali.

Anna cuba berfikiran positif namun apabila dia melihat muka wanita itu di bawah cahaya lampu .Tergamam seketika mukanya apabila jangkaan nya betul.

Ibunya sibuk melayan seseorang melalui panggilan telefon.Anna mula rasa tak sedap hati.

" Alahai you ni tak payah risaulah orang tua tu I dah hapuskan demi kita berdua "Kata Puan Hannah yang berbual dengan seseorang melalui telefon.Tertunduk Anna apabila mendengar setiap butir yang keluar.

Anna tak percaya tindakan ibunya tersasar jauh dari yang dia sangkakan.Jadi selama ni ibu hanya mempermainkan perasaan ayah.

Ibu buat semua ni kerana harta pusaka ayah yang langsung tak bernilai sama sekali pada pandangan Anna.

Arwah ayah berikan segalanya untuk ibu.Tapi ibu sanggup melakukan perkara sebegini hanya untuk kepentingan sendiri.Cinta ayah hanya dibuang sesuka hati.

" Satu hari I akan halau juga budak tu dari rumah ni tapi you sabarlah sikit ada benda I nak buat pada dia "suaranya lebih ceria apabila bercerita tentang Anna.

" Dia takkan bertahan lama kat sini selagi dia masih sayangkan orang tua tu I boleh buat apa je "Ketawa Puan Hannah sebaliknya Anna menahan amarahnya yang terbuku.

" Apa yang ibu bincangkan lewat malam macam ni? "Soal Anna yang membuka pintu apabila dia tak mampu tahan lagi mendengarnya.Air mata Anna tak dapat menampung ketika itu.

Reaksi ibunya amat berbeza sekali, puan Hannah masih tenang dalam situasi ini.Dia mengakhiri panggilan itu dengan kata-kata yang manis.Perasaan Anna sangat hancur apabila ibu mengkhianati arwah ayah dalam diam ketika ayah masih hidup lagi.

" Oh kau dah dengar semuanya "Senyum Puan Hannah yang sudah duduk bersilang kaki di sofa.

" Apa yang ibu cuba buat sekarang ni? "Soal Anna sekali lagi.

" Aku tak faham apa kau nak cakap ni cuba terus terang je "Balas Puan Hannah.

" Anna penat balik dari tempat kerja dan Anna dengar semua benda ni jadi selama ni semua tu hanya sebuah lakonan!Ibu sanggup buat kerja kotor ni ke atas suami ibu sendiri! "Jerit Anna menggengam erat tangannya beriringan air mata yang mengalir deras.

" Oh itu yang kau nak marah sangat..memang betul apa kau cakapkan tu "Angguk kepala Puan Hannah menerima kata-kata Anna.

" Kenapa ibu buat semua ni?Ayah jaga keluarga kita dengan baik kenapa ibu sanggup lukakan hati ayah! "Marah Anna memandang mata ibunya.

" Ayah kau tu asyik fikirkan kau sampai tak makan semata-mata nak lihat kau balik!Setiap malam!Setiap hari!Setiap bulan!Takde satu hari dia takkan ingat tentang kau "Tengking Puan Hannah.

" Tapi tu tak bermaksud ibu boleh lakukan benda jijik ni pada ayah!Apa perasaan ayah kalau dia dapat tahu hal sebenar!Ayah banyak berkorban selama ni untuk ibu dia tak pernah mengeluh walau sikit pun! " Jerit Anna membalas balik.

" Aku takde masa nak fikir hal remeh macam tu terimalah hakikat yang ayah kau tu dah takde " Sinis senyuman puan Hannah yang ingin mencabar Anna.

" Benda ni takkan selesai kalau ibu berperangai begini!Anna tak pedulj ibu bencikan Anna tapi Anna takkan biarkan ibu permainkan perasaan ayah macam ni! "Tengking Anna meletuskan amarahnya.

" Semuanya berpunca dari atuk kau yang paksa aku kahwin dia sebab syarikat jadi itu bukan salah aku kalau aku tak cintakan dia lagipun ada ramai lagi yang boleh bahagiakan aku bukannya dia..No way "Kata Puan Hannah yang masih tenang.

" Ayah satu satunya lelaki yang boleh bahagiakan keluarga kita mungkin lelaki tu boleh beri ibu harta tapi dia takkan mampu bahagiakan ibu sama macam ayah! "Jetit Anna yang memukul dadanya kuat.Perit rasanya mendapat tahu kebenaran yang pahit.

Sebaliknya puan Hannah menepuk tangannya sebaik sahaja Anna melontarkan kata-kata itu.Dia membuat muka yang bangga.Anna tahu itu bukan tanda yang baik.

" Kau dah banyak berubah sekarang mungkin sebab budak yang asyik melekat dengan kau dah bangkitkan kau .Kenapa dia dah ubahkan kau jadi seorang manusia ke? "kata Puan Hannah menukar topik tentang Irwan.

Anna mula berasa takut apabila ibunya bercakap tentang Irwan.Dia bertambah takut apabila ibu dapat tahu tentangnya.

" Dia takde kaitan dengan semua ni jadi ibu patut lupakan dia!Jangan pernah ambil tahu tentang dia! "Takut Anna membuat alasan.

" Aku ingat lagi dia tu yang selalu bermain dengan kau dulu takkanlah aku boleh lupa, dia juga datang bila kau sedih dia sentiasa ada untuk kau. Mesti kau gembira akhirnya ada seseorang yang akan sayangkan kau "Sinis senyuman Puan Hannah mmebuatkan jantung Anna ingin berhenti berdegup.

" Dia tak memberi makna apapun bagi aku jadi buang masa ibu fikir tentang dia!Dia langsung tak berguna!Aku bencikan dia "Bantah Anna menggeleng kepalanya berulang kali.

" Tapi ibu nak tahu sangat apa istimewanya dia bagi anak ibu ni..mesti dia tak sama macam yang lain tu kan? "Soal Puan Hannah mengukirkan senyumannya.

Anna tak dapat bergerak seinci pun dia berasa sangat takut apabila teringat kembali orangnya yang terkorban disebabkannya.Semuanya berlaku di hadapan matanya sendiri.Jeritan mereka masih jelas didengari setiap kali Anna fikirkan tentangnya.Dia cuba abaikan tapi tak mungkin dia akan terselamat dalam semua ni.

" Cukup!! Berapa banyak lagi ibu nak musnahkan hidup seseorang! Aku sanggup beri bahagia pada orang lain semata-mata untuk ibu berubah!Aku tak peduli tentang hidup ni untuk lihat ibu berhenti buat semua ni! "Jerit Anna meluahkan segala isi hatinya.

Puan Hannah gembira apabila dia dapat mengawal perasaan Anna lagi.Lemah sangat jiwanya.

" Tapi aku takkan berhenti buat hidup kau sengsara larilah sejauh mana aku akan tangkap kau! Aku takkan biarkan sesiapa sayangkan kau!Mereka semua tak layak beri kasih sayang pada raksasa macam kau! "Ketawa Puan Hannah yang menyeramkan.

Anna mengundur ke belakang dengan perasaan yang celaru.Air matanya mengalir deras sekali.Peristiwa lepas semakin menghantui nya.

" Aku hanya nak disayangi..Aku cuma nak bahagia!! "Terketar-ketar suara Anna melawan perasaan takut itu.

" Tapi kau tak berpeluang sebab selamanya kau akan jadi bayang-bayang anak aku hidup kau hanya dihabiskan untuk ikut arahan aku " Kata Puan Hannah lalu mendogakkan dagu Anna.

" T..tak "

" Ibu tahu Anna tak nak jadi Anna kena rahsiakan benda ni atau.." Bisik Puan Hannah.

" Aku akan bunuh budak tu depan mata kau ,aku takkan biarkan sesiapa jumpa dia sama macam yang lain,Kau mesti tak nak aku cederakan dia jadi ikut cakap aku!! "Ugut Puan Hannah menarik kasar Anna ke dalam bilik itu.

Badan Anna dicampak begitu sahaja ke dalam bilik kosong itu.Lutut Anna lemah untuk berdiri.

" A..anna akan ikut..Anna akan ikut arahan ibu jadi jangan cederakan dia!! "Rayu Anna yang tersekat-sekat suaranya.

" Apa? aku tak dengarlah "

" Anna takkan cuba rapat dengan sesiapa lagi!Anna akan ikut arahan ibu! "Jerit Anna yang melutut hadapan ibunya.
Puan Hannah berpuas hati apabila Anna mudah ikut arahannya.Dia mengusap lembut kepala Anna yang ketakutan.

" Ibu tahu Anna boleh jadi baik Anna siap sedia untuk jumpa seseorang esok "Senyum Puan Hannah yang mencampakkan beg pakaian.

Anna mengambil dengan perasaan yang keliru.

" A..apa semua ni?!Anna tak nak buat lagi! "Terkejut Anna apabila melihat beg pakaian itu.

" Kau mesti nak bahagia jadi aku akan beri apa kau nak..Takkan kau tak nak?! "Marah Puan Hannah menendang badan Anna dengan kuat kerana melawan kata-katanya.

" Ini bukan.."

" Kau mesti nak buat ayah kau gembira jadi berkorbanlah sikit untuk dia..Mesti dia akan ingat jasa kau tu "Kata Puan Hannah.

Anna buntu apabila melihat pakaian dan rambut palsu itu ,dia tak boleh membantah arahan ibunya.Tindakan ibu selalu di luar jangkaannya jikalau dia tak ikut arahannya.

" Baiklah.."

" Aku tahu kau takkan hampakan keluarga ni,jadi aku harap kau tidur nyenyak "Kata Puan Hannah lalu menutup pintu itu.

Anna memandang kosong ke arah pintu.

Seperti biasa Anna akan dikurung sepanjang malam tanpa keperluan untuk tidur.Baginya sudah menjadi kebiasaan rutin hidupnya.Anna duduk selalunya di sudut dinding sambil memeluk kakinya.

Dia melihat balik kertas tentang lelaki yang dia akan berjumpa esok. Muka Anna kecewa melihat wajah lelaki itu.Kasihan betul nasibnya.

Selama ni dia hanya alat untuk ibunya mengawal harta syarikat yang lain.Ramai yang tak tahu tentang kerja kotor ibu kerana pembunuh upahannya yang cekap.

Sehingga hari ni dia tak pernah tahu identiti pembunuh upahan yang mungkin akan menamatkan riwayatnya suatu hari nanti.Sejak dahulu lagi Anna sudah lama bersedia kerana hidupnya langsung tak berguna.

Dia sanggup menggadai nyawanya daripada diseksa ibunya secara berterusan.Namun dia takkan terlepas selagi ibunya tak puas menggunakannya sebagai tempat pengganti kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience