SL:CHAP2

Drama Series 1996

.
. .

" Anna dah makan?Mesti lama tak makan masakan tok mah kan " Senyum nenek mah yang mencedok lauk kegemaran Anna.

"Mestilah rindu masakan tok mah kat sana anna selalu makan western je tak kenyang langsung " Manja Anna memeluk lengan nenek mah yang bersebelahannya.

" Kesian cucu nek ni kalau macam tu nenek setiap hari boleh masakkan untuk anna kita boleh makan sama-sama "Kata nenek Mah mengusap kepala Anna dengan lembut.

" jangan manjakan dia sangat nanti tak sampai sebulan perut dah buncit "Usik Tok bakri yang duduk tengah meja makan.

" Biarlah saya nak manjakan cucu saya seorang ni itu pun salah ke?Lama saya tak borak ngn dia tau "Cebik muka nenek Mah apabila diusik begitu.

" Nenek boleh borak dengan anna sebanyak yang nenek mahukan "Senyum Anna memegang tangan nenek mah.

" Aduhai kalau macam nilah kerjanya asyik nak melayan nenek jelah nampaknya "Ketawa Nek mah mencubit pipi lembut Anna.

Suasana di meja makan dipenuhi dengan gelak tawa.Hati Anna tersentuh kerana ada lagi yang masih mengharapkan kepulangan nya walaupun disisihkan oleh ibu kandungnya.Puan Hannah masih tak boleh terima Anna dalam keluarga ni baginya Anna tak layak langsung menggantikan tempat arwah ayahnya.

Setelah lama berborak panjang,
Anna membersihkan pinggan yang kotor untuk diletakkan di singki.Meja makan dilap dengan kain basah.Mata nya tertumpu pada sekujur tubuh yang menjelingnya.Tak lain tak bukan Puan Hannah yang menghampiri dengan senyuman yang kurang senang.

" Ibu dah makan? Ada lagi yang anna tinggalkan "Sapa Anna dengan senyuman manis.

Puan hannah memandang sebelah mata.Nampaknya dia memang tak mahu menjamah walau sedikit.

" Aku tak makan benda haram yang melekat dalam tubuh kau tu ,entah apa kau letak dalam lauk ni "Sinis Puan Hannah sambil bersilang tangan.

Wajah Anna terus hampa apabila dituduh begitu sedangkan dia terlalu ingin memasakkan untuk ibunya sendiri.

" Ya allah ibu kenapa boleh fikir sampai macam tu sekali?Anna buat ni ikhlas untuk keluarga kita makan " Balas Anna menghulurkan lauk.

" Memang betul apa kau cakap kalau luar nampak baik kita tak tahu dalamnya macam mana " Perli Puan Hannah melihat Anna dari atas ke bawah.

" Sanggup ibu fikir anna macam tu?Ibu tak tahu  Anna berusaha nak majukan syarikat ayah takkan ini yang ibu balas "Kata Anna dengan suara yang mendatar.

" Setakat itu je usaha kau untuk keluarga ni yang lain aku sendiri yang buat kau tu takde kaitan langsung dalam keluarga ni "Balas Puan Hannah dengan kata-kata yang pedas.

Anna cuba bertenang dalam situasi tegang ni walaupun api amarahnya tak dapat dikawal lagi.Dia masih ingat apa arwah ayah pesankan untuknya.

" kenapa ibu masih tak boleh terima anna?Anna ni teruk sangat ke pada mata ibu "Sebak Anna memandang ke dalam mata hazel ibunya.

" Aku takkan terima pembawa malang macam kau,ingat apa kau buat pada anak aku dulu patutnya kau dah menyesal " Jawab Puan Hannah menunding jari ke dahi Anna.

Mesti nak kaitkan benda yang lama setiap kali bertekak mulut.Dah muak telinganya nak mendengar.Benda yang tak berubah asyik berulang-ulang dari mulut ibunya .

" ibu benda tu dah lama takkan ibu tak boleh lupakan je "

" Apa kau cakap?Benda lama? "

Riak muka Puan Hannah terus berubah apabila kata kata itu terpancul dari mulut Anna.Tangannya menolak anna ke kerusi dengan kasar hingga pinggan pecah.Serpihan kaca terkena pada kaki Anna melukakan kulitnya.Darah mengalir keluar membasahi lantai namun Anna hanya boleh menahan sakitnya.

Mata Anna membulat dengan perbuatan ibunya yang mengejut.Badan Anna tak boleh bergerak apabila terhimpit dengan kerusi.

" I..ibu lepaskan! "

" Kau memang tak pernah insaf perempuan!Kau ni sama je memang tak pernah berubah!Jangan ingat kau dapat perhatian orang lain hidup kau akan senang! "Naik angin Puan Hannah mencekik leher Anna hingga dia tak boleh bernafas.

" I..ibu sakit "

" kalau tak disebabkan kau keluarga ni dah bahagia!Anak aku dah lama hidup senang!Semua ni salah kau!! "Geram Puan Hannah mengingatkan balik memori hitam.

Air mata Anna deras mengalir keluar.Dia cuba melawan namun ibunya tak mahu melepaskannya begitu sahaja.

" Itu semua hanya kemalangan.."Perlahan suara Anna.

" Aku tahu kau yang bunuh dia!Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau! "Jerit Puan Hannah menolak Anna ke lantai yang dipenuhi dengan kaca yang pecah.

" Ibu.." Terketar-ketar suara Anna melihat sendiri sisi ibunya yang masih tak berubah.

" Aku boleh buat lagi teruk berbanding ni ,Kalau kau nak hidup dalam rumah ni pastikan kau ikut semua apa aku cakap faham?! "Ugut Puan Hannah menjeling tajam wajah Anna.

" Ibu..." Sedih Anna melihat Ibunya yang berlalu begitu sahaja.

Dia melihat serpihan kaca yang tertusuk ke dalam tapak kakinya.Kata-kata ibunya tergiang-giang dalam kepalanya.Anna mengesat air matanya lalu membersihkan semua kaca.

' Aku takkan benarkan orang lain ambil  hak aku semula '

________________________________________

Kotak hadiah dibaluti dengan kemas ditambah pula reben merah.Senyuman nya tak boleh disembunyikan apabila terlihat wajah yang dirinduinya.Dia berharap kali ni dia akan diterima semula.Kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat dengan hati yang berdebar.

" Cakk!Welcome back Miss puff " Gembira Irwan yang membawa hadiah untuk Anna.

" Baik kau balik " Dingin suara Anna yang sibuk melihat risalah iklan.

" Orang baru datang dia nak halau pula "Muncung mulut irwan apabila dihalau  begitu.

" kau takde apa-apa urusan dengan aku jadi kau boleh balik sebelum aku panggil pengawal baru kau nak gerak! "Geram Anna dengan sikap lelaki yang tak reti bahasa.

" Garangnya janganlah sampai macam tu sekali saya datang ni sebab rindukan awak " Senyum manis diukir untuk menenagkan semula hati Anna.Muka Anna menyampah.

" Tapi aku tak rindu kau.."

" Sampai hati!Tahu tak saya tunggu awak selama 10 tahun ni!Saya tak pandang pun perempuan lain yang saya pandang puteri comel depan mata saya ni "Balas Irwan melihat anak mata Anna.

Nak termuntah dengar ayat macam tu.Dia sungguh tak suka ayat begitu lagi-lagi keluar dari mulut nya.

Anna tak sangka pula Irwan masih tunggu walaupun dia   sudah menolaknya dahulu namun dia masih tak putus asa.Entah apa yang Irwan suka terhadapnya.Hampir setiap hari muka Irwan akan terpancul dahulu.

Mesej nya juga berlambak tapi tidak pernah Anna membacanya.Sampai naik pening Anna nak melayan kerenah Irwan yang tiada kesudahnya.Tolaklah macam mana pun dia tetap akan kembali.

Persis anjing yang setia dengan tuannya.

Bagi Anna dia hanya menganggap Irwan sebagai seorang abang kerana selalu menjaganya dari sejak kecil.Anna tak mengharapkan lebih dari itu.

" kau ni takde kerja ke?Asyik nak melepak dalam office aku buat apa! "Marah Anna menolak kasar tangan Irwan yang menutup kertas.

" Daddy I pergi lawatan so I takde kerjalah I sanggup datang jauh semata-mata nak jumpa you tau "Manja Irwan ingin mendapatkan perhatian.

" Aku tengah sibuklah boleh tak kau balik rumah dulu "Pening kepala Anna nak melayan sikapnya.

" Anna awak dah terima surat saya kat sana kan?Mesti terharu bila awak baca sebab setiap hari saya hantarkan surat mana tahu awak rindu saya " Irwan terus tukar topik dengan cerita lain.Lajunya sepantas kilat.

" Aku tak baca langsung surat tu " Jujur Anna hingga tersentak Irwan mendengarnya.

" Penat saya tulis untuk awak takkan satu pun tak baca awak ni jahatlah "Merajuk Irwan sambil menyilangkan tangannya.

" sebab itu bukannya kena mengena dengan aku lagipun aku banyak benda yang nak kena buat "Jawab Anna memberi alasan.

" Benda tu lagi penting dari saya ke?Awak patut hargai apa yang saya buat untuk awak setiap hari saya layan awak macam puteri takkan tak cukup "Berang Irwan meletakkan kotak hadiah yang dibaluti reben merah.Anna memandang dengan muka yang selamba.Sikit pun dia tak rasa teruja.

" Aku tak harapkan kau layan aku lagipun dengan sikap kau macam ni kau yakin yang hasil usaha kau tu berbaloi ? "Pedas mulut Anna bersuara.Sekali lagi Irwan tersentak dengan kata-kata Anna.

" Saya takkan putus asalah!Saya akan buat sampai dapat!Tunggu! "Cebik muka Irwan yang ingin melangkah pergi.Anna sekadar ketawa.

" Seronok betul cik Anna ketawa sampai ke telinga "Tegur Puan Amirah yang memasuki ke dalam bilik Anna.

" Takdelah apa awak nak jumpa saya ni? " Tanya Anna dengan perasaan yang curiga.

" Saya ada benda penting nak cakapkan " Lembut suara puan Amirah yang duduk hadapan Anna.

" cakaplah saya dengar "

" Saya dah lama berkerja untuk ayah cik jadi saya rasa dah tiba masa saya berehat cik pun tahu saya dah tua "Kata Puan Amirah menudukkan kepalanya lalu menyerahkan surat letak jawatan.

" Tapi awak buat semua kerja bagus takkan awak nak berhenti?Mana saya nak cari pengganti "Gusar Anna memegang erat tangan puan Amirah.

" saya tahu sukar cik Anna nak lepaskan saya tapi ini keputusan saya cik..Saya harap cik faham "Balas Puan Amirah yang menahan air matanya keluar.

" Baiklah saya takkan halang awak lagipun saya nak banyak berterima kasih sebab sentiasa setia berkhidmat sepnajang arwah ayah saya masih hidup lagi "Senyum Anna dengan manis.Dia tak boleh memaksa Puan Amirah untuk terus berkerja jika itu keputusannya.

" saya harap cik Anna akan terus majukan syarikat tuan..Saya akan sentiasa doakan cik berjaya "Kata puan Amirah mengesat air matanya.Anna bangun dari tempatnya lalu memeluk erat wanita yang banyak berjasa untuk arwah ayahnya dahulu.

" Saya harap awak akan terus gembira..Terima kasih ya "Jawab Anna tersenyum ikhlas.

Anna meleraikan pelukan dengan air matanya yang deras.Dia melihat sahaja Puan Amirah berlalu pergi begitu sahaja.Ini semua hanya dugaan hidupnya jadi dia perlu terus tabah.

_______________________________________

Tepat pukul lapan malam Anna sedia untuk pulang.Sakit belakang badannya selepas seharian duduk di pejabat.Buat sementara dia menggantikan tempat ayahnya jadi kerjanya lebih banyak dari apa yang dia sangkakan.Butang lift ditekan untuk ke bawah.

Selalunya waktu begini yang lain sudah balik mungkin dia patut segera pulang.Lift terbuka luas , Anna melihat ada seseorang lelaki yang bersilang tangan menyandarkan dirinya.Tanpa banyak soal dia menekan butang lift tingkat lobi.Anna rasa tak selesa apabila berdua-duaan inikan pula sekarang malam.

Lift dibuka pada tingkat lobi,Anna terus keluar dari lift dengan segera.Kepalanya menoleh ke belakang semula namun lelaki tadi ajaibnya sudah hilang.Anna menggaru kepala tak faham apa yang berlaku sebentar tadi.

Peliknya..

" Anna lambatnya balik tahu tak saya risau?! "Jerit Irwan melambai tangan ke arah Anna yang berjalan.

" Kau lagi bukan ke kau dah balik! "

" Saya tunggu awaklah lambat juga awak balik mesti awak buat kerja lagi tu yang saya risau "Jawab Irwan tersenyum lebar.

" kenapa pula kau tunggu aku ni dahlah malam sekarang ni tak ngantuk ke? "Menjegil mata Anna berjalan keluar dari bangunan.

" Sebab malamlah saya nak temankan awak mana tahu nanti awak dalam bahaya siapa yang nak selamatkan awak "Gusar Irwan yang risau keadaan Anna.

" Aku naik teksi lah so baliklah aku tak nak kau sesat pula cari rumah aku "Balas anna yang mengimbau ketika dia setuju untuk pulang bersama namun rumah Anna sendiri tak ingat.

" Tak boleh!Perempuan macam awak ni bahaya balik malam macam ni ,Saya dah hafal alamat rumah awak jadi biar saya bawak awak balik "Kata Irwan mengambil beg Anna.

" Takpelah aku boleh balik sendiri!Susahkan kau je nanti "Geram Anna cuba mengambil begnya semula.

" Anna please..."

" Aku boleh balik sendirilah "

" Pleaselah!Bagilah saya peluang untuk dekat dengan awak beri saya satu peluang je! "Terdesak suara Irwan yang ingin temankan Anna pulang.

Keluhan kasar dilepaskan menghadap kerenah Irwan.Anna tak boleh buat apa-apa selain bersetuju.

" Fine aku ikut kau tapi untuk kali ni je! "Setuju Anna dengan terpaksa.

" Terima kasih Anna!! "Gembira betul Irwan membuka pintu untuk Anna.Dia terus memasuki kereta tanpa banyak cakap.

" Awak duduk elok-elok saya akan bawak awak dengan selamat "Jawab Irwan menghidupkan enjen keretanya.

" Apa-apalah janji aku balik "Cebik muka Anna menghandap tingkap.

_____________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience