SL:CHAP 1

Drama Series 1996

.
. .

Air mata nya bergenang dengan lebatnya seperti hujan yang tidak henti mencurah.Langkahnya menjadi lemah mendekati susuk tubuh yang sudah dibaluti dengan kain kapan.Perasaan yang semakin perit menyukarkan dia untuk bergerak.

Bagasi  terjatuh dengan kuat ke lantai bersama sijil pelajaran nya.Anna menggeleng kepala beberapa kali beriringan air mata yang deras  taktala melihat jasad ayahnya .

Dia tertunduk lemah tak dapat menerima kenyataan bahawa ayah nya yang selama ni menyokong nya sudah pergi.Rasa baru semalam dia bertanyakan tentang khabar tentang ayah nya.

" Ayah.. "Perlahan suara Anna cuba menghampiri ayahnya yang sudah terbaring.

Ketika dia ingin menghampiri ada satu tolakan yang kasar menghalang dia mendekati jasad ayahnya.Mata tajam yang penuh dengan dendam tersemat dalam hatinya merenung tajam ke dalam mata Anna .Wajah yang dia sangat merindui nya tapi wajah ini juga yang membencinya.

" M-mama Anna .."

" Kau buat apa kat sini?!Berambus! "Tengking puan Hannah menarik Anna pergi dari jasad ayahnya.

Anna tergamam dengan kata-kata ibunya sendiri.Air matanya semakin deras apabila melihat riak muka ibu nya yang sangat membenci akan dirinya.

" Mama biar Anna jumpa ayah!Tolonglah! "Rayu Anna menangis dengan kuat.

Puan Hannah menarik baju Anna kasar tanpa menghiraukan sekeliling nya.Begitu dia benci akan Anna.

" Kau ingat kau siapa datang sini?!Kau berambus dari rumah aku!Kau tak layak berada di sini! "Tolak Puan Hannah sekuat hati.

" Anna rindukan mama sebab tu Anna datang sini tapi tak sangka ayah boleh kemalangan "Gagap Anna mengatakan niatnya.

" Aku dah kata jangan muncul depan aku lagi!Aku tak izinkan kau jejak langsung rumah ni duduk diam-diam kat sana je! "Bengis Puan Hannah merenung tajam anak mata Anna .

Renungan itu masih sama ketika dia terkurung dalam biliknya.Ia tetap menakutkan.

" Mama tak boleh ke Anna tengok papa dengan mama Anna sendiri? "

" Apa hak kau?!Kau tu bukan anak aku! "Tolak puan Hannah kasar.Serta merta Anna membetulkan bajunya yang  sikit terkoyak

Anna tak menyangka yang ibunya masih tak berubah.Setelah dia berhijrah ke US untuk melanjutkan pelajaran tentang kulinari.Tanggapan ibunya terhadap dia tetap tak pernah berubah.

Ibu tetap Anna bukan anak kandungnya sendiri tetapi Anne Kakak kembarnya yang hilang.

Namun Anna tetap bersungguh-sungguh untuk berjaya sampai ke tahap ini untuk mengembangkan syarikat ayah nyya.Dia ingin melihat senyuman ibunya apabila melihat kejayaan nya.

" Mama Anna datang sini nak jumpa mama..Anna dah berjaya mama  "Senyum Anna menunjukkan sijil pelajaran nya.

Puan Hannah melihat dengan sebelah mata.Ternyata dia langsung tak bangga keputusan Anna .

" Apa aku heran sijil kau ni!Kau boleh kembalikan Anne dengan sijil ni ke?! "Tengking puan Hannah merampas sijil yang berada dalam pegangan Anna.

Anna menangis lagi dengan teresak-esak .Kesedihan dia  tak dapat dibendung lagi.

" Mama tetap salahkan Anna dalam semua perkara..Anna ni bukan anak mama ke? "Hampa Anna dengan sikap Puan Hannah yang teruk terhadap nya.

" Memang kau bukan anak aku!Aku tak pernah harapkan kau lahir ke dunia ni!Sebab kau ayah kau ni mati aku yang  jaga dia sampai ke hayat dia sementara kau senang lenang di sana tu! "Jerit Puan Hannah menolak kasar tubuh Anna yang melekat dengan kaki nya.

" Mama yang tak beri Anna jejak rumah ni!Semuanya punca mama !Mama tak sedar ke?! "Anna tak mahu berdiam diri apabila dituduh sebegitu.

Pang! Pang!

Tamparan yang kuat hinggap pada pipi kanan Anna.Tubuh Anna menggigil menahan sakit.Hati nya lebih sakit menerima nya.

" Pandai kau melawan sekarang suka hati cakap itu salah aku!Cermin diri kau tu perempuan! "Tunjal jari Puan Hannah kasar.

" Mama! Terima kenyataan yang Anna seorang je anak mama ! Kalau tak disebabkan Anna syarikat papa takkan berkembang macam ni! "Jerit Anna tak berpuas hati.

" Oh sekarang kau nak berlagak yang syarikat tu kau punya! Sampai bila-bila syarikat tu milik Anne anak aku bukannya kau! "Tengking Puan Hannah yang tak mahu mengalah.

" Mama! Anna buat untuk keluarga kita kenapa mama tak pernah faham! "Sakit hati Anna apabila puan Hannah tak nampak usahanya selama ni.

" Sebab aku jijik tengok muka kau dalam keluarga ni!Aku tak mintak kau majukan syarikat keluarga ni apa yang aku minta kau berambus dari rumah ni! "Geram Puan Hannah melawan mulut dengan Anna .

" No mama!Anna takkan berganjak sikit pun dari rumah ni!Anna akan buktikan yang Anna boleh lakukan nya sendiri tanpa bantuan sesiapa pun! "Tekad Anna menanam kan azam nya untuk mengubah nasib keluarga ni

" Kau ni memang nak kena! "Bengang puan Hannah dengan kata-kata Anna yang berani.

" Hannah!Sudahlah tu!Anak kau ni baru balik tak boleh ke sambut baik-baik!"Pinta atuknya yang baru sampai ke rumah agam itu.

Dia sendiri sakit jantung menonton pertengkaran antara mereka tadi.

" A-atuk.."Gagap Anna bersalam tangan yang berkedut itu.

" Biarkan je mama kau ni nak kata apa maklumlah suami baru meninggal dunia lagipun tak baik kita bertekak depan orang yang tiada "Pujuk Tok Bakri  mengusap kepala Anna perlahan.

Puan Hannah membuat muka menyampah .Tiap kali mesti ayah nya ingin selamatkan Anna dari masalah.

" Ayah tak payah manjakan cucu ayah ni sangatlah "Benci Puan Hannah melihat keakraban mereka.

" Kau tu yang patut malu Hannah!Tak nampak ke ramai tengok kau jaga lah maruah sikit depan tetamu kita ni "Marah Tok Bakri yang sudah masak sangat dengan perangai anaknya yang tak henti menyalahkan cucunya seorang ni.

" Memang saya betul pun ayah, budak ni memang bawa malang je sepanjang dia hidup dalam rumah ni baik dia berambus je "Menyampah Puan Hannah melihat muka Anna yang masih basah dengan air mata.

" Dia tetap anak kandung kau Hannah terimalah kenyataan nya "Geleng kepala Tok Bakri berulang kali.

" Lantak ayahlah nak cakap apa ,Ayah bawalah pembawa malang ni pergi jauh-jauh dari rumah saya!Tengok muka dia pun saya dah menyampah! " Kata puan Hannah tak mahu bercakap lama dengan Tok Bakri.

" Hannah! "Jerit Tok Bakri sambil menggeleng kepala lagi.

Sakit jantung dia dibuatnya memikirkan perangai anaknya yang tak pernah berubah.Entah apa yang dia rasa benci sangat pada Anna .Tol Bakri mengusap kepala Anna dengan lembut.Anna membalas dengan senyuman manis.

" Atuk tak perlu risau tentang Anna mungkin ibu masih tak boleh terima lagi  "Tersenyum Anna dengan dugaan yang menimpa nya.

Tok Bakri masih rasa simpati walaupun Anna selalu tabah dalam semua cabaran yang dihadapi.Anna satunya cucu yang paling dia sayangi.

" Kuat betul cucu atuk ni langsung tak pernah rasa negatif tentang mama kau tu  "Kata Tok Bakri rasa bangga dengan ketabahan Anna yang tak pernah putus.

" Atuk macam mana papa boleh kemalangan? "Soal Anna yang bersila hadapan jasad ayahnya.

" Atuk pun tak pasti Anna..atuk ada urusan masa tu jadi atuk terus datang sini bila dapat berita ni "Balas Tok Bakri mengesat air matanya yang mengalir.

Arwah menantu nya sangat baik orangnya.Dia tak sama macam anaknya yang angkuh.Setiap hari dia sentiasa menunggu kepulangan puteri kecilnya.Tiada satu hari dia tidak menyebut nama Anna .

" Anna tak percaya yang ayah boleh pergi secepat ni.. "Tunduk Anna melihat beberapa kali jasad ayahnya yang terbaring.

" Anna ini semua takdir Allah yang kita boleh buat selalu baca Al-Fatihah untuk arwah..doakan dia baik-baik sahaja di sana ya "Nasihat Tok Bakri duduk bersebelahan Anna.

" Ya atok.."Senyum Anna menghulurkan Yassin untuk atuk nya.

" Macam tu lah cucu atuk "Tok Bakri membalas senyuman lalu memulakan pembacaan Yassin.

......

Derapan kaki kuat menaiki tangga dengan hati yang sakit.Matanya tak senang melihat muka yang dibencinya.Orang yang tak patut wujud dalam rumah ni.

" Sikit-sikit nak berkepit dengan atuk dia!Menyampah aku! "Rungut Puan Hannah tak puas hati.

" Kau juga yang halau dia "Balas satu suara dengan sindiran.

" Aku memang nak biarkan orang tua tu mati pun dia tak layak nak terima harta yang aku dah usahakan,kali ni aku takkan sia-siakan peluang ni Bukan senang aku nak sampai ke tahap ni "Terang puan Hannah kepada lelaki yang memandang nya.

" Puan memang tak pernah berubah langsung "Balas lelaki itu dengan ketawa sinis.Suka betul tengok dia membebel seorang diri .

" Kau tu diam selagi aku bagi kau duit kau kena ikut cakap aku "Jeling Puan Hannah tajam.

" Puan nak apa lagi?Semua saya dah buat untuk puan "Soal lelaki itu menyandarkan diri pada dinding.

" Kerja kau takkan selesai selagi budak pembawa malang tu ada dalam rumah ni..Dia akan rampas apa yang aku dah usahakan selama ni! "Bentak Puan Hannah menggengam tangannya .

" Budak tu bukan senang nak mengalah puan.."Senyum senget melihat muka Anna yang kesedihan.

" Kau ni biar betul?Sebelum ni aku suruh buat kau boleh je buat! "Kata Puan Hannah tak puas hati.

" saya tak abis cakap lagi puan.."

" cakap jelah apa kau nak cakap "

" Saya ada dengar yang suami puan tu buat wasiat sebelum dia pergi "Kata lelaki itu menghulurkan salinan nya.

Terbeliak mata Puan Hannah melihat setiap butirannya.Ini tak patut terjadi.

" Tak cukup lagi kau mati dengan menyusahkan aku! "Geram puan Hannah mengoyak kertas itu.Lelaki itu ketawa lagi.

" Puan tak perlu risau .saya akan buat yang selebihnya "Balas lelaki itu.Kening Puan Hannah terjungkit ke atas.

" Puan tak yakin dengan kebolehan saya ke? " Soal Lelaki itu apabila dipandang lama begitu.

" Kau boleh buat kerja ke? "Soal Puan Hannah curiga.

" Saya takkan teruskan kalau saya tak mampu puan..Lagipun lupa ke saya yang buat kerja kotor puan sebelum ni? "Kata Lelaki itu selamba sengaja meninggikan suaranya.Kecut perut puan Hannah dibuatnya.

" Diam kau nak semua orang dengar "Marah Puan Hannah.

"Jadi apa yang puan nak bimbangkan sangat "Ketawa lelaki itu apabila melihat dia gelisah tak tentu arah.

" Lagi sekali kau cakap aku tak teranggak pancung kau nanti!Ikut je apa yang aku nak jamgan banyak soal! "Geram Puan Hannah berurusan dengan orang yang tak reti bahasa.

" saya akan dengar apa je yang puan nak "

" Pastikan kau hapuskan dia tanpa sebarang jejak aku akan bagi lebih nanti " Kata puan Hannah memberi sampul putih.

Tangannya menyeluk apa yang ada di dalamnya.Kepalanya terangguk-angguk dengan senyuman.

" Puan boleh harapkan saya "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience