BAB 1 - KEDUDUKAN

Romance Series 3411

Loceng jam berbunyi menunjukkjan pukul 6:40 pagi.Melisa bangun mencapai kain tuala lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap ke sekolah.

Setelah selesai membersihkan diri,Melisa menyarungkan uniform sekolah menengah ketubuhnya.Rambut diikat kemudian dia mengoleskan sedikit pelembap bibir.Dia mencapai tote bag,iPhone 11 yang sudah penuh dicas diambil lalu dimasukkan kedalam tote bag.

Kaki laju melangkah turun ke ruang makan.Dari jauh jelas kelihatan Daddy,Mommy dan kakaknya sedang menikmati sarapan sambil bergelak ketawa.Namun bila Melisa sampai sahaja di ruang makan itu,suasana tadi berubah menjadi tegang.

"hmm..ingatkan dah tidur mampos" sergah Syasya Syazana yang merupakan kakak Melisa.

"kan macam biasa Mel bangun" jawab Melisa cuba untuk pertahankan diri.

"menjawab ehh kau,mommy,daddy tengok Mel ni" adu Syasya dengan manja.

"dah sayang,biarkan dia je,dia memang macam tu,tak nak masam muka,nanti staff daddy kata tak cantik" pujuk TS Eyman

Hari ini merupakan hari pertama Syasya kerja di syarikat TS Eyman selepas tamat pengajian.

"Mel dah siap,Mel pergi dulu" beritahu Melisa dengan berhati-hati supaya ayatnya tidak salah,untuk menjaga kulitnya juga daripada tangan-tangan keluarganya.

"kalau boleh aku harap kau accident mati tengah jalan!" jerit PS Kamelia.

Melisa yang mendengarnya cuma mengendahkannya,sudah biasa didoakan perkara yang buruk setiap hari.Dengan malasnya dia membuka pintu kereta lalu memboloskan diri.

"sabar ye Mel,satu hari Allah sedarkan diorang jugak,Pak Mat mampu doa je,nak menegur tak berani,memang diorang tu baik dengan Pak Mat,tapi macam Pak Mat tak pernah kena marah sebab tegur diorang"

"takpe Pak Mat,Mel dah cukup bersyukur sebab ada Pak Mat dengan Mak Leha" ujar Melisa dengan senyuman dibibir.

Pak Mat merupakan pemandu kereta kepada Melisa,sudah 8 tahun dia berkhidmat kepada keluarga terkaya dibandar itu.Mak Leha pula merupakan tukang masak yang selalu memahaminya berbanding pembantu rumah yang lain.Melisa juga akan meminta Mak Leha mengajarnya memasak apabila cuti sekolah,supaya dia boleh berdikari.

Melisa selalu meluahkan apa yang membebaninya pada Mak Leha atau Pak Mat,mereka saja yang dia ada untuk bermanja dan menumpang kasih.

Kereta yang dipandu Pak Mat diparkir depan pagar sekolah.Melisa memberitahu jam pulangnya kepada Pak Mat dan mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari kereta.Dengan langkah yang perlahan dia berjalan masuk lalu memberi salam kepada pengawas yang bertugas.

Semasa perjalanan ingin ke kelas,hampir sahaja dia dilanggar,mujur sempat mengelak.Melisa menarik nafas lega lalu mengangkat wajah melihat pemilik motosikal itu.

"maaf,saya tak sengaja" lelaki itu membuka topi keledar memandang wajah Melisa.Seketika dia terpegun dengan kecantikan gadis dihadapannya sekarang.

"awak ni pelajar baru ke?,saya tak pernah nampak pun" soal Melisa,kejadian tadi serta merta hilang dari kotak ingatan.

"ohh,erkk ye saya pelajar baru tingkatan 5" jawab lelaki itu.

"ohh senior la ni,saya pelajar 4 Biruni" beritahu Melisa lalu mengoyakkan senyuman.

"oh... apa..." belum sempat lelaki tadi menanyakan nama Melisa,loceng berbunyi.

"takpelah,saya masuk kelas dulu,nanti ada jodoh kita jumpa lagi ye?" selepas berkata Melisa mengatur langkah meninggalkan lelaki yang kelihatan bingung.

"ehh Mel,kau okey tak? aku tengok kau hampir je kena langgar tadi,ada luka tak?" sebaik sahaja dia masuk ke kelas ramai yang bertanya.

"aku okey je,dia dah mintak maaf pun" jawab Melisa bersahaja.

"emm memang la dia mintak maaf,kau tu cantik,anak TS pulak tu" seloroh Azlin rakan sekelas Melisa

'kalau la diorang tahu apa yang tengah aku hadap sekarang ni' bisik hati Melisa.

Ya,mereka cuma melihat apa yang mereka lihat dan percaya apa yang dilihat.Jika seseorang mempunyai kedudukan yang tinggi pasti dianggap sudah memiliki segalanya,termasuk kebahagiaan?

"tapi dia pelajar baru lah" tegah Melisa.

"pelajar baru? form berapa?! handsome tak?!" soal Qistina dengan teruja.Pantang disebut pelajar lelaki baharu.

"boleh lah" Melisa malas mahu melayan sahabatnya,berjalan menuju ke tempat duduk meletakkan totebag nya lalu mengeluarkan buku nota Sains.

"ish kau ni,memang tak lepas dengan buku,dah akhir tahun pun kau still baca buku"

"nak berjaya kan?"

"emm,Mel...bagi la tau ciri-ciri dia macam mana?hitam ke,putih ke,pendek ke,tinggi ke?" pujuk Qistina

"aaa taknak dengar" Qistina berjalan sambil membaca buku ditangan.Qistina yang tidak berpuas hati mengejar Melisa keluar kelas.

Dengan tidak sengaja Melisa telah terlanggar tiang.Buku ditangan jatuh,tangan kanan naik mengusap dahi yang kemerahan.Mujur tiada siapa yang lalu waktu itu,tidak pasti Melisa kena tebalkan muka.

"Mel!!" Qistina berlari mendapatkan sahabatnya.

"Mel,sorry Mel,aku..." terbit rasa bersalah.

"ehh tak pe Qis,kau tak salah pun,aku yang salah,jalan tengok buku"

"ni awak punya ke?" lelaki itu menyuakan buku dari belakang Melisa

Hye,new novel MayaAdriana dah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience