BAB 5 - TAN SRI EYMAN

Romance Series 3404

PETANG itu Melisa cuma membuat latihan seorang diri kerana Raziq dan Shamil perlu menghadiri kelas tambahan,manakala Qistina pula kurang sihat,jadi terpaksalah dia berseorangan hari ini.

Melisa mengeluarkan iPhonenya lalu membuka aplikasi Instagram sementara menunggu yang lain.Sedang ralit dia melihat telefon bimbit,Pak Mat menelefonnya.

*hello,kenapa Pak Mat?*

*Mel,cepat kemas barang,Pak Mat datang ambik,Tan Sri accident* terdengar suara Pak Mat termengah-mengah dihujung talian.Dia terus menamatkan panggilan.

Tak tunggu lama,Melisa mengambil totebag nya,kemudian berlari ke arah Cikgu Amsyar untuk memaklumkan tentang keadaan ayahnya.Raziq yang melihat keadaan Melisa dari tingkat atas melalui cermin pelik.Kenapa dia begitu kalut?

"akak...mommy" perlahan Melisa memanggil.

"kau buat apa kat sini?!" jerkah PS Kamelia,pasti ada sahaja yang tak kena pada Melisa.

"daddy macam mana mommy?" air mata Melisa mengalir.

"ehh kau tak payah nak belakon lah! menangis bagai,padahal kau suka kan?"

"astaghfirullah,apa yang mommy cakap ni? itu daddy Mel,takkan Mel nak ada perasaan macam tu"

"kau tak payah nak berlakon lahh!!" Syasya yang tadi duduk kini bangun menolak Melisa hingga tersandar pada dinding.

"Sya,kenapa buat adik macam tu" Mak Leha cuba mahu menolong Melisa,tapi dihalang PS Kamelia.

"apa salah Mel hah? dari Mel kecik,mommy,daddy dengan akak tak pernah suka Mel,hina sangat ke Mel ni?" terluah apa yang dia simpan selama ini.

"memang,kau ni memang hina kau tau tak? hidup kau cuma bawa malang,kau tengok apa yang jadi dekat daddy kau,tapi bagus jugak,bagi dia mampos cepat!senang harta dia dapat dekat aku" kata-kata yang terluah dari bibir PS Kamelia membuatkan Melisa tergamam,tapi tidak bagi Syasya.

"astaghfirullah,mommy apa yang mommy cakap ni!"

"ehh kau tak payah nak belagak baik lahh,ingat aku taktau kau bercinta dengan anak Dato' tu,acah suci" Lagi-lagi hinaan yang Syasya lontarkan.

"ouhh,dah pandai bercinta ehh sekarang,hah baguslah,dulu masa aku suruh goda anak TS kau taknak,sekarang boleh pulak kau bercinta dengan anak Dato' wahh hebatnya kau!!" tak cukup dengan kata-kata,bahu Melisa jadi mangsa cubit PS Kamelia.

"dah kau pegi balik!,tak payah ada sini,laki aku pun tak hingin tengok muka kau,blahh!" sekali lagi,Melisa ditolak,namum cepat-cepat Mak Leha menangkap Melisa dari jatuh.

"Tapi Mel nak tengok daddy,please bagi Mel peluang" tadi dia berdebat,tetapi sekarang dia merayu,seburuk mana sekalipun TS Eyman itu,dia tetap ayah Melisa.Masih belum tahukah Melisa perkara yang sebenar?

"takpayah lahhh!!,Leha bawak dia balik" Jerit PS Kamelia.Mak Leha menarik Melisa keluar dari ruangan menunggu turun ke lobi.

"Mak Leha,kenapa diorang buat Mel macam ni? apa salah Mel" Dia sudah tidak peduli pada mata-mata yang memandangnya,bukan sedikit manusia di lobi,ramai.

"shhh,Mel orang tengok Mel" Mak Leha menggosok belakang Melisa bagi menenangkannya.Syukur waktu itu kereta Pak Mat sudah tiba dihadapan lobi.

"jom kita balik Mel"

"Mak Leha ada apa-apa cerita pasal daddy?" dari tadi soalan itu sahaja yang keluar dari mulut Melisa.

"hmm" Melihat mata Mak Leha berair sudah cukup buat jantung Melisa berdegup dengan kencang.

"TS dah takde Mel.." mendengar itu,membuat seluruh tubuh Melisa lemah.Dia cuba bangun mencari kenyataan,namun apabila dia sudah berjaya berdiri lututnya terasa lemah sekali,dia jatuh terduduk.Mak Leha mendapatkan Melisa lalu memeluk tubuh Melisa yang sedang menggigil itu.Sungguh mulia hatinya,walaupun arwah selalu memaki,mencaci,memukulnya tetapi dia tetap menyayangi arwah.Apa yang Melisa pernah kata padanya,seburuk manapun TS Eyman,dia tetap ayah kandungnya.Masih belum tahukah Melisa rahsia yang disimpan selama 16 tahun ini?

Saat itu loceng pintu rumah berbunyi,Mak Leha sudah pasti jenazah TS Eyman sudah sampai,kerana PS Kamelia memaklumkan padanya bahawa jenazah dalam perjalanan.Melisa bangun dibantu oleh Mak Leha.Sebelah tangan Mak Leha membuka pintu,lagi sebelah tangan memegang Melisa.

Melisa bagai nak meraung bila melihat apa yang dihadapannya sekarang.Namun dikawal perasaan itu,dia tahu berdosa jika dia meraung.Ditahan tangisnya.Dikerling wajah ibu dan kakaknya.Wajah mereka nampak bersahaja.

"daddy..." panggil Melisa,dia tahu daddynya tak kan menjawab panggilannya,takkan.Air mata laju mengalir.Seseorang menepuk bahunya sudah tidak dipeduli,dia mahu menatap wajah tua itu.Walaupun sudah banyak yang TS Eyman lakukan padanya,rasa sayang tetap ada.

"ampunkan Mel daddy,ampun semua dosa Mel" teresak-esak dia menangis.

TS Eyman mengalami kemalangan yang teruk,dikhabar dia memandu dalam keadaan mengantuk.Keretanya bertembung dengan lori,bahagian depan kereta hancur.Dia cuma dapat bernafas lima jam selepas kemalangan itu terjadi,itupun dengan bantuan alat yang terdapat dihospital.

Melisa tetap disisi TS Eyman,dibaca Yaasin entah keberapa kali.Kemudian dia menyuruh Mak Leha mengambil al Quran,tidak henti dia membacanya.Memohon tuhan mengampunkan segala dosa TS Eyman.Kehadiran Qistina tidak dihiraukan,Raziq juga hadir kerana ayahnya Dato' Hairul berkerjasama dengan arwah.Kesian dia melihat keadaan Melisa,jadi ini punca Melisa kelam kabut petang tadi.

Selesai pengebumian TS Eyman,Melisa cuma mengurung diri dalam bilik,dia langsung tidak menyertai majlis tahlil.Pintu bilik Melisa ditolak kasar dari luar

"buat apa kau nak meratap hah?" soal Syasya,tangannya disilang pada dada

"ehh aku tanya ni,kau ni bisu ke hah? dari tadi tak bercakap,asal? sedih sangat orang tua tu mampos?kau ni memang acah suci lahh!!" di menolak Melisa yang duduk berpeluk lutut hingga jatuh dari katil.

"asal lemah sangat kau ni?" Tak cukuo dengan itu,dia menarik rambut Melisa lalu mengheret tubuh lemah itu.Melisa tidak bereaksi.

"lawan lah! menjawab lah macam sebelom ni!!" Syasya menedang kuat punggung Melisa.Melisa tergolek diakhiri dalam keadaan meniarap.Syasya memijak tangan Melisa.Dia mengambil pengecas telefon bimbit yang ada di atas meja lalu memukul Melisa.Sakit jangan dikenang.Sudah puas dia memukul,dia keluar dari bilik itu,menghempas pintu bilik sehingga terangkat bahu Melisa.Dengan tenaga yang tersisa,Melisa cuba bangun,lalu menyandar disisi katil,melepas tangis.

Kenapa aku diuji begini ya Tuhan?

maaf ye kalai ada typo tuu ; )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience