BAB 3 - HOSPITAL

Romance Series 3404

"ini dah macam kes penderaan puan" Dr.Aisyaa bersuara dengan mata menatap dalam mata Mak Leha mencari kebenaran.

"takkan kut,dia duduk sorang dalam rumah,saya keluar keja"

"hmm kalau macam tu,kami ada dua sebab,kalau Mak Leha cakap dia duduk rumah sorang,dan bukan kes penderaan,jadi maknanya adik Melisa menghidap depresi."

"depresi.." gumam Mak Leha perlahan.

"Mak Leha tahu kan apa itu depresi?, hidup seseorang yang penuh dengan tekanan dan masalah tak pernah berpeluang dapat ketenangan,mental dia lemah,jadi orang yang mental lemah ni la kita kena jaga,jangan bagi dia marah,jangan bagi dia stress,tekanan kecewa atau sebagainya"

"sebab dia tak dapat nak kawal semua perasaan tu,bila dia tak dapat nak kawal perasaan dia,dia akan bertindak di luar kawalan seperti mencederakan diri sendiri,dan kesannya,dia menghidap depresi" terang Dr.Aisyaa panjang lebar.

"jadi saya harap Mak Leha selalu tanya masalah dia,mintak dia kongsikan beban,dan jaga mental dan perasaan dia,saya minta diri dulu" Selesai berkata Dr.Aisyaa berlalu dengan fail ditangan.

Mak Leha menolak pintu bilik yang menempatkan Melisa.Perlahan-lahan dia menghampiri jasad Melisa yang berselirat dengan wayar.

"Mel,maafkan Mak Leha ye nak.." air mata mula mengalir,mukanya disembam di atas katil.

Sesaat Mak Leha merasakan ada sesuatu yang memegang kepalanya.

"Mel..."

"Mel dah sedar,Alhamdulillah,Mel dah sedar" Senyuman dibibir Mak Leha kembali terukir.

"Mel kau bagitahu aku apa dah jadi sebenarnya?" soal Qistina sebaik sahaja melabuhkan punggung.

"kau tak cederakan diri sendiri kan? family kau yabg pujul kau kan?" bertubi tubi soalan yang dituju pada Melisa.

"aku..." Melisa menundukkan wajahnya,tiada apa yang dia boleh rahsiakan dari Qistina,sahabatnya itu bijak.

"Mel cerita dekat aku kenapa diorang pukul kau sampai macam ni?" pujuk Qistina.

"malam semalam,diorang ajak aki pegi majlis makan malam,diorang suruh aku...goda anak kawan daddy,kahwin dengan dia bolot harta dia dan...minta cerai" air mata Melisa sudah merembes laju.

"astaghfirullah..."

"aku ada maruah Mel,aku tak murah" adu Melisa perlahan.

"Mel,aku...dah jangan sedih,aku ada dengan kau," Lantas Qistina memeluk Melisa bagi menenangkan sahabatnya itu.

Qisitina tidak sangka,begitu tamak sekali TS dan PS,kenapa tak suruh Syasya saja,kenapa Melisa,dia masih muda,lagipun apa lagi yang mereka nak? harta dan pangkat mereka sudah cukup.Kasihan Melisa yang menjadi mangsa.Betul kata orang,harta,kekayaan tidak memberi kebahagiaan ia cuma untuk kesenangan.
. .
. .
. .

"Assalamualaikum..." salam diucap apabila seseorang menolak pintu bilik yang ditempatkan Melisa.

Melisa yang sedang mengunyah mochi makanan kegemarannya hampir terlekat dikerongkong melihat kemunculan Raziq,terjegil matanya seketika.

"ishh apa jegil biji mata,kang Raziq lari tengok.." bisik Qistina.

"macam mana Mel,awak okey ke?"

Hampir tersembur makanan didalam mulut bila Raziq memanggil nama panggilannya.

"macam mana awak tahu saya ada dekat hospital?" dalam hati Melisa sudah mengagak.

"Qis...." belum sempat Raziq menghabiskan ayat,Qistina bersuara.

"ehh tak pe lah,borak la dulu,aku kena balik ni,mama aku call,suruh beli susu adik aku,bye,Assalamualaikum" kaki laju mengatur langkah keluar dari bilik.

Benar sekali,tepat sekali.Naluri seorang sahabatnya tak pernah salah!

"awak okay?" soal Raziq lagi.

"ahh,emm saya okay,petang japgi dah boleh balik" jawab Melisa.Jantungnya usah dikata,seperti baru lepas lari marathon sahaja.Kurang selesa bila berduaa di dalam bilik dengan Raziq seperti ini.

"macam mana awak jatuh?"

"hah? jatuh?" pelik,bila dia jatuh.

"saya rasa kepala awak terhantuk kuat kat lantai masa jatuh tangga ni,Qistina bagitahu saya yang awak jatuh tangga" Raziq tertawa kecil.

"ahh ye-ye,say tergelincir,kaki basah sebab baru keluar bilik air" Melisa tersengih sendiri

Qistina!! kenapa kau selalu tak bagitahu aku kalau kau buat something! erghh!!

"lain kali hati-hati,masa nak turun tu,lap kaki bagi kering dulu" dengan spontan Raziq melabuhkan punggung dikerusi yang terdapat disebelah katil Melisa.

DUP!! jantung Melisa dah jatuh tergolek dekat lantai hospital.

"kenapa mula awak pucat? awak okey tak?,kejap saya ambikkan air"

Melisa cuma mampu melihat setiap pergerakan Raziq,tanpa membantah,dia tidak tahu apa yang sedang menantinya.

"nah" Raziq menghulurkan segelas air kosong.

"terima kasih,Raz" itu sahaja yang mampi Melisa ucapkan.Sebaik sahaja mahu membuka mulut iPhone Raziq berbunyi.

*Waalaikumussalam,ye pa Raz ada kat hospital ni,kawan Raz jatuh tangga*

*okey,lima belas minit Raz sampai* jawab Raziq lalu mematikan talian

"Sorry Mel,saya kena balik,papa saya ada urusan,jumpa dekat sekolah nanti ye,Assalamualaikum"

Selepas kelibat Raziq hilang dari pandangan,terus pintu bilik ditolak dengan kasar,terjengol wajah bengis PS Kamelia dan Syasya.

"amboii,aku suruh goda anak TS kau taknak,bila dengan anak Dato' kau boleh pulak berdua-duaan dalam bilik ni,siap tolong tuangkan air lah,duduk bukan main rapat." kepala Melisa ditunjal PS Kamelia.

"macam ni ada maruah,huh..." Syasya bersuara membuatkan Nelisa mendongak memandang wajah kakaknya tanpa berkelip.Jelas kelihatan merah wajahnya.

"kenapa? marah? betul la kan apa yang aku cakap,kau tu acah suci,padahal murah!" kini bahu Melisa pula menjadi mangsa tumbukan Syasya.

"sakit kak!" erang Melisa sambil mengusap bahunya.

"sakit?...nak lagi? nah ambik ni...hidup aku takkan pernah aman kalau kau hidup atas dunia tahu tak!" ditampar muka Melisa hingga terteleng.

"tak cukup tuu." kali ini PS pula yang menumbuk-numbuk lengan Melisa menggunakan gelas kaca.

"ya Allah PS,cukup PS!!" jerit Mak Leha sebaik sahaja dia masuk.

"nasib ada orang tua ni,kalau tau memang mayat kau mandi je kat hospital ni,takpayah balik rumah,menyampah! dah jom mommy.." dengan gaya persis sotong berkaki lapan,Syasya dan PS melamgkah keluar dari bilik itu.

Mak Leha terus mendapatkan Melisa,ditarik Melisa kedalam dakapannya.

"Mel sakit....sakit" adu Melisa dengan tangisan.

"sabar Mel,ini bahagian Mel,Mak Leha yakin satu hari nanti Mel akan bahagia"

Melisa melepaskan tangisan dalam pelukan Mak Leha yang sudah dianggap seperti ibunya.Kenapa nasibnya begitu malang?

maaf ye lama menghilang,sibuk sikit dengan kerja pdpr,jangan lupa tinggalkan komen ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience