BAB 2 - BERDARAH

Romance Series 3406

RAZIQ RAIHANS mengutip semula buku yang jatuh dilantai.

"ni awak punya ke?" Raziq menyuakan buku pada belakang Melisa

Melisa dan Qistina toleh kebelakang.

"erkk,ye saya punya,terima kasih" ucap Melisa lalu menyambut huluran Raziq.

"dahi awak oke tak?dari jauh lagi saya tengok,nak tegur takut awak segan" senyuman tak lekang dari bibir Raziq

"emm,takde lah,oke je" Melisa tersenyum sendiri.Qistina pula tak sudah meratah wajah tampan Raziq sambil menggoyangkan badannya.

"nama saya Raziq Raihans,orang panggil Raz je...emm boleh saya tahu apa nama awak?" soal Raziq.

"Qistina Qaisarah" tanpa segan silu,laju saja mulut Qistina menjawab dengan sengihan dan masih menatap wajah si tampan.

"erkk,yang ini pula?" Raziq menunjukkan jari telunjuk ke arah Melisa.

"Melisa Eysha"

"emm sedap namanya..."

belum sempat Raziq menghabiskan ayatnya,telefon bimbit Melisa berbunyi.

*hello* sapa Pak Mat dihujung talian.

*hello,kenapa ni Pak Mat*

*kemas barang,Pak Mat datang ambik*

*ehh tapi kan awal lagi,kenapa?* soal Melisa bingung.

*emm TS tu,kata ada benda nak bincang lah ape lah,cepat,kejap lagi dia bising*

*emm tapi kan,nanti cikgu Mel marah*

*Pak Mat datang pejabat kejap lagi,tunggu dekat bawah*

talian terus dimatikan.

"kenapa Mel?" soal Qistina

"emm aku kena balik,daddy aku,nak bincang something,tak kena waktu langsung"

"aku rasa diorang saja nak kenakan kau lagi,sabar ye Mel,aku ada dengan kau" pujuk Qistina.

"maaf ye Raz,saya kena balik,nanti kita jumpa lagi ye" selesai berkata begitu,Melisa dan Qistina berlalu pergi dari situ.

"manja nama panggilan tu"

"Mel.." Raziq menggumam nama Melisa dengan senyuman di bibir.

"ehh pempuan cepat la masuk!,terhegeh-hegeh macam anak kura-kura" sebaik sahaja Melisa melangkah masuk,terus dia disergah Syasya.

"duduk!!" jerkah PS Kamelia.Melisa cuma mampu menahan telinga,semenjak dia kecil tak pernah dia dilayan seperti kakaknya dilayan.

"aku nak kau tolong kami semua" TS Eyman bersuara tegas.

"tolong apa daddy?"

"malam ni kau kena bersiap cantik-cantik,ikut kami semua pergi majlis makan malam dekat hotel,sempena kepulangan rakan sekerja aku"

"kalau Mel tak pergi tak pe kan?"

"ishh kau ni menjawab je keja! tunggu la daddy bagitahu sampai habis dulu!! hishh!!" Syasya yang tidak berpuas hati menarik rambut Melisa yang diikat sehingga terlepas dari ikatan.

"sakitlah kak!" erang Melisa sambil menahan tangan Syasya.

"tahu sakit!dengar apa yang daddy nak bagitahu!"

Ps Kamelia dan TS Eyman cuma melihat.Ya cuma melihat tanpa melarang dan menahan perbuatan Syasya.

"aku nak kenalkan kau dengan anak kawan aku,aku nak kau kahwin dengan dia,bolot semua harta dia kemudian mintak cerai" santai sahaja TS Eyman merancang.Tanpa berfikir.Bukankah itu terlalu awal bagi Melisa? mahu berkahwin dan perlu merampas semua harta kemudian senang-senang mahu bercerai.Apakah keluarganya fikir dia terlalu murah?

"kahwin? apa ni daddy,Mel muda lagi Mel taknak" mata Melisa sudah merah.Wajahnya juga.

"kau taknak?,ehh daddy suruh buat keja mudah je tau!!" Syasya menarik Melisa sehingga terjatuh dari sofa,kemudian ditampar pipi gebu Melisa,dipijaknya peha Melisa.Sampai begitu mahu membolot harta orang lain.Tidak cukupkah harta yang daddy ada dengan kedudukan daddy sekarang?. Hati kecil Melisa menjerit tidak berpuas hati.

"Sya cukup,nanti lebam muka dia,dah tak laku,sape je nak muka hodoh" PS Kamelia menahan perbuatan Syasya kali ini.Bukan kerana belas kasihan,tetapi kerana rancangan yang boleh merosakkan hidup Melisa.

"hish!!sekarang ni kau naik atas,tukar baju ikut kitorang pergi butik" Syasya menendang pinggang Melisa dengan kuat.

'ALLAH ! sakitnya,kenapa kau beri aku ujian sebegini? ' air mata Melisa jatuh sudah tidak mampu dibendung lagi.

Perlahan-lahan Melisa bangun mengutip tote bag nya lalu mengatur langkah ke tangga.Sampai sahaja didepan pintu bilik,dia melihat pembantu rumah sedang memerhatinya dengan simpati dan mata yang berkaca-kaca.

"Kak Zie" Melisa memeluk pambantu rumah itu,melepaskan tangis yang penuh dengan luka.

"sabar Mel,ini dugaan untuk Mel" Pembantu rumah yang dikenali sebagai Azie itu mengusap kepala Melisa air mata menitis laju.

"dah,jangan sedih,kami semua ada dengan Mel,kami semangat Mel ye" pujuk Azie

Sebaik sahaja kereta yang dipandu Pak Mat masuk ke kawasan hotel,jantung Melisa seperti mahu melompat keluar,dia memandang Pak Mat,meminta sedikit kekuatan.Seperti seorang ayah Pak Mat memandang Melisa dengan penuh kasih memberi semangat.

"Melisa!,tunggu apa lagi? cepat lah!" PS Kamelia menjerit perlahan supaya tiada orang mendengarnya.Melisa berlari anak menuju ke sisi Ibunya.

"ingat eh aku nak kau layan anak kawan daddy kau baik-baik,pikat dia" arah PS Kamelia.

Melisa cuma mengangguk,apa pandangan keluarga padanya sekarang? Umpan untuk membolot harta? atau Pelacur? tidak-tidak tak mungkin! kenapa harus dia,kenapa tak kakaknya sahaja?Sedang asyik Melisa memikirkan nasibnya,tanpa sedar dia sudah masuk kedalam dewan makan yang cuma khas untuk pekerja syarikat EKS.HOLDINGS

"Tan Sri Halim...lama tak jumpak,apa khabar?" Sapa TS Eyman dengan ramah.

'TS? bukan pangkat daddy sama dengan dia ke?,kenapa nak bolot lagi harta dia?' hati kecil Melisa berbicara seketika.

Sudah pasti TS Eyman mahu membolot semua harta TS Halim,kerana antara mereka berdua,TS Halim paling berpengaruh.

"baik,mana satu anak kau tu?" soal TS Halim.

"ishh kau ni tak sabar-sabar,ha Mel,ni kenalkan TS Halim,tapi jangan panggil dia TS dia tak suka,panggil Uncle Halim"

Kedengaran kurang sopan ditelinga Melisa,seperti mahu menawarkan dirinya sebagai pelacur sahaja.

"apa nama kamu?" soal TS Halim dengan mata yang tak lekang dari wajah Melisa

"Melisa Eysha,orang panggil Mel je" dengan acuh tak acuh Melisa jawab,benci melihat bagaimana dirinya ditatap mata tua itu.

"Mel....ahaha" PS Kamelia mencubit peha Melisa kemudian berpura-pura ketawa.

"ehh,kejap uncle panggilkan anak uncle" TS Halim menggamit anaknya yang sedang berbual.

AMIR AMZAR berjalan menuju ke arah mereka semua dengan segelas air di tangan,matanya hanya tumpu pada Melisa.

"haa kenalkan,ni anak uncle,Amir Amzar,biasa panggil Am je"

"hai,Melisa kan? yang papa I selalu sebutkan tu,ingat papa I tipu je kata cantik macam bidadari,rupanya betul betul cantik" seloroh Amir membuatkan Melisa berasa tidak selesa ditambah pula dia direnung dengan rakus.

"sesuai dress tiffany blue ni dengan kulit you yang putih gebu ni" puji Amir lagi,kali ini bukan sahaja mata,tetapi tangan sudah naik menyentuh lengan Melisa.Cepat-cepat dia menarik tangannya.

Malam ini Melisa mengenakan dress labuh berwarna tiffany blue tanpa lengan.Dia sudah menolak dress ini tadi kerana terlalu terbuka,tetapi apa saja yang dia mampu buat. Dengan solekan mengikut trend yang simple lagi menaikkan seri wajah Melisa.Tidak dinafikan,antara Melisa dan Syasya,Melisa lebih banyak dapat pujian tentang kecantikannya berbanding Syasya.

"ehh jom,biar lah diorang sembang dulu"

Saat itu cuma tinggal Melisa dan Amir,rasa tidak selesa mula menyerang.Mana tidaknya,mata nakal Amir dari tadi asyik memandang milik Melisa yang jelas kelihatan terbonjol.Melisa berpura pura mahu membetulkan rambutnya,menutup kawasan itu dengan lengan.

"emm,berapa umur Mel?" soal Amir.

'dah puas tatap aku?' hati Melisa menyumpah lelaki dihadapannya.

"16" ringkas,malas mahu melayan.

"emm,mudanya,I dah umur 23,tak pe muda pun,I suka perempuan muda" Amir mengoyakkan senyuman yang membuatkan rasa benci Melisa semakin membuak.

"Mel,apa kata kita sembang dekat parking? dekat sini terbuka sangat,I kalau nak sembang dengan pujaan hati I mesti kena privasi"

"parking? takpayah lah,kat sini pun boleh dah" Melisa sudah gelabah.

"ala kejap je,bukan buat apa pun,sembang je kan?"

Akhirnya Melisa mengalah mengingatkan ugutan keluarganya tadi,sudah cukup buat dia kalah.

Mereka berdua berjalan keluar dari hotel menuju ke tempar parkir kereta.Sunyi.

"Mel you sekolah oke ke?"

"oke je,kenapa tanya?"

"emm,takpela,saja tanya,sebab tak lama lagi kan you dah nak jadi isteri I,so I kena la tahu"

'isteri? puih!,jangan harap,aku mesti cari jalan jugak nak lepas diri,biarlah aku kena pukul sampai mati pun,maruah diri tetap kena pertahan'

"Mel,sebenarnya I....." tangan Amir mula menjalar memeluk pinggang Melisa.

"ehh Am,awak ni kenapa?" Melisa sudah rasa tidak selamat,bukan rasa,memang sudah tak selamat!.

"Am lepas lah!" Melisa sudah menjerit.Tapi tiada guna dia menjerit,kawasan itu tiada siapa,sunyi.

Dengan kasar,Amir menarik Melisa memeluknya.Wajah Amir disembam pada leher Melisa.Melisa tidak tunggu lama,dengan tenaga yang ada,dia menolak tubuh Amir hingga tersandar pada kereta.

"argh! tak guna,aku layan kau baik-baik" Amir mahu menangkap Melisa.Namun Melisa terlebih dahulu berlari keluar,disebabkan kasut tumit tinggi yang dipakainya membuatkan dia sukar untuk berlari,Melisa jatuh tersungkur.

Dia cuba bangun,terasa kakinya dipegang,tak lain tak bukan,itu Amir!,Melisa menendang-nendang mintak dilepaskan,tetapi nasibnya malang.Dalam keadaan kalut begitu,terlintas satu idea difikiran.Melisa menendang dengan kuat ke bahagian alat sulit Amir.Melihat lelaki itu sudah jatuh,Melisa bangun lalu menghadiahkan tumbukan di wajah tampan itu,berdarah mula mengalir dibibir Amir Melisa endahkan.Terus dia berlari keluar,menahan sebuah teksi yang lalu distu.

"pa!" jerit Amir memanggil papanya,Mujur didalam bilik itu cuma ada TS Eyman,Syasya dan PS Kamelia.

"oh my god!!,Am,kenapa ni!" PS Kamelia berlari mendapatkan Amir.

"anak perempuan aunty tu lah Melisa!!,tengok apa dia dah buat!" Bentak Amir

"Am cuma nak tolong pakaikan rantai tangan dia yang terlepas je,tiba tiba dia terus tumbuk Am." Bohong Amir,Bohong!

"Melisa Eysha!!" TS Eyman memjerit dari tingkat bawah.

"Melisa,turun kau!!!!" sudah hilang sabar tiga
beranak itu.

Syasya berlari tunggu di anak tangga.Geram.Marah.Tidak berpuas hati semua bercampur baur.

"Kak...." perlahan sahaja Melisa melangkah tangga,takut.

"siapa akak kau?!!sini kau..sini!!!" Syasya terus menarik tangan Melisa,ditolak adiknya hingga jatuh tersungkur di permaidani mahal itu.

"sakit kak...."

"kau tahu sakit,yang kau buat macam tu,kau ingat,kami tak sakit? tak malu?" soal Syasya,jari telunjuk nya menunjal-nunjal kepala Melisa hingga terteleng.

TS Eyman melangkah laju ke arah Melisa.Dia menarik Melisa bangun dengan kasar

"Daddy..maafkan Mel"

"maafkan kau?,sebabkan kau aku tak dapat apa yang aku nak!,sial punya anak!!" Tangan tuanya diangkat setinggi yang mungkin,dan terus mendarat di pipi gebu Melisa,jatuh tersungkur Melisa.Sakit itu jangan dikenang.Seketika dia merasa ada cecair pekat mengalir di sisi bibirnya.Perlahan dia memegang.DARAH!

TS Eyman mengatur langkah naik ke bilik,biar sahaja anak dan isterinya yang mengurus,kalau diikutkan hati mahu saja dia memijak-mijak seluruh tubuh Melisa.

"kau...aku suruh kau pikat dia,goda dia,apa yang susah sangat!!!" sekali lagi dia ditampar,kali ini ibunya yang menampar.Perit!.

"sakit mommy....Melisa ada maruah mommy" air mata jangan dikenang,sudah banyak mengalir sehingga mata Melisa bengkak.

"tak guna punya anak,kau main pasal maruah dengan aku?!!" dia mengambil pasu plastik perhiasan meja,dia mengangkat tinggi-tinggi lalu memukul belakang Melisa dengan sekuat hati!.

"Mommy,jangan mommy,sakit..."

"hati aku lagi sakit tahu tak?!!!" bagai dirasuk PS Kamelia mengerjakan Melisa.

Syasya yang tadi hilang muncul dengan sebatang mop.

"kau ni dari dulu tak habis-habis menyusahkan kami" dia memukul kepala Melisa dengan batang mop.

"kak...sakit kak!!" Melisa separuh menjerit.Seluruh badannya sudah sakit

"pegi mampos kau!!" Syasya menolak Melisa hingga dahinya terhantuk pada bucu meja kaca.

Melisa memegang kepalanya,terasa cecair hangat,pekat mengalir.Kepalanya tiba-tiba berpusing,pandangan menjadi kabur.Dia cuba bangun tetapi tak mampu,seluruh badannya sakit.Pandangan menjadi hitam.Melisa sudah tidak sedarkan diri.Dia jatuh dalam keadaan meniarap.

"woi!!,bangun lah!,takpayah buat-buat pengsan"

"woi!!" PS Kamelia menguis tangan Melisa.

"mommy..." Dengan perlahan Syasya mengalihkan Melisa.Dia tidak terkejut,tapi sebaliknya memanggil Pak Mat.

"nihh,bawak dia pegi hospital,dan jangan cakap yang kami pukul dia,suruh Mak Leha yang urus" selesai berkata PS Kamelia dan Syasya naik kebilik masing-masing.

Sebaik sahaja dua beranak itu hilang dari pandangan semua perkerja meluru ke arah Melisa.

"Ya Allah dik,apa dosa kau dik sampai diorang buat adik macam ni" mengalir air mata Azie melihat penderitaan Melisa.

Mak Leha terdiam,sakit hatinya melihat keadaan Melisa,tergamak keluarga kandung membuat Melisa begini.

Untuk readers Maya,satu hari satu Chapter ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience