Rate

BAB 3

Drama Completed 476

“ ok, cuba kau jelaskan relevan semua yang aku lakukan tadi. Kau nak permainkan aku? Atau ada sesuatu ?” Danny melontar soalan sebaik sahaja Razi kembali melabuhkan punggung nya ke kerusi. “ setiap sesuatu pasti ada yang tersirat disebaliknya. Kau tidak melihat makna disebalik permintaan aku tadi?” tanya Razi kembali. “ aku merasakan ada sesuatu tetapi tidak pasti apa. Seolah melihat bayangan tetapi tidak tahu bayangan apakah itu.” Jawap Danny .

“ kita sebagai manusia , perlu sentiasa membuat pilihan. Kita tidak boleh memiliki semuanya. Untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, kadang kala kita harus memilih untuk melepaskan sebahagian daripada apa yang telah kita miliki. Untuk mendapat yang terbaik, kita harus melepaskan semua yang kita telah ada. Seperti mana ketika kau cuba menggenggam semua syiling, kau tidak boleh melakukan nya. Pasti ada sedikit yang terjatuh. Kemudian kau cuba menggenggam not rm50, kau tidak boleh melakukannya kecuali selepas kau memilih untuk melepaskan sebahagian daripada syiling.

Selepas kau melepaskan semua syiling, barulah kau merasa yakin untuk mendapatkan semua not rm50.” Terang Razi sambil tersenyum. Danny menganguk perlahan kemudian berkata, “ tetapi aku gagal mendapatkan semua not itu.” “ itu kerana, kadang kala kita merasa sangat yakin akan mendapat apa yang kita mahukan, tetapi takdir Allah SWT menyatakan ia terlepas dari milikan kita. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan berusaha. Tetapi penentuannya tetap di tangan Allah SWT. Mungkin kita merasa telah membuat pilihan yang tepat, melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, tetapi gagal mendapatkan nya, kerana Allah SWT ingin mengurniakan yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.” Kata Razi .

“ hmm, benar kata kau. Tapi apa pula kaitan nya dengan situasi aku sekarang?” Danny bertanya lagi. Ternyata dia masih belum dapat mencerna apa yang Razi cuba sampaikan. Razi mengeluh sedikit, kemudian menyambung penerangan nya. “ situasi kau sekarang sama seperti permintaan ku tadi. Kau harus lepaskan sebahagian syiling untuk mendapatkan not rm50. Seperti situasi kau sekarang, aku merasa kan kau harus lepaskan saja sebahagian pohon buah buahan itu untuk mendapat rumah kedua. Itu lebih baik untuk keluarga kau. Pohon pohon itu mungkin sebahagian daripada kenangan dan tradisi keluarga kau, tetapi Allah SWT telah mentakdirkan kau harus memilih untuk melepaskan nya kerana Dia ingin mengurniakan sesuatu yang lebih baik, iaitu ruang yang lebih selesa untuk keluarga kau berkumpul. Pohon pohon itu ibarat syiling, rumah itu seperti not rm50.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience